Anda di halaman 1dari 6

KBAT (KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI)

PENDIDIKAN ISLAM
SPM

Teknik Menjawab Soalan KBAT Pendidikan Islam

Cara Mengesan Soalan Berbentuk KBAT

1. Mempunyai stimulus atau rangsangan minda


 Ada stimulus / rangsangan minda samada berbentuk pernyataan, ayat Quran atau
hadis, gambarajah, dialog, petikan akhbar, jadual statistik dan sebagainya.

2. Tiada kuantiti jawapan


 Bilangan jawapan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan. Hal ini kerana pelajar
hanya perlu mengemukakan 1 isi sahaja untuk soalan KBAT. Contohnya; Jelaskan dua
contoh adab kepada ibu bapa. – BUKAN soalan KBAT

3. Kata Kunci Soalan


 Antara contoh kata kunci soalan KBAT ialah MENGAPAKAH, BAGAIMANAKAH
(merujuk kepada usaha/langkah/cara mengatasi), BAGAIMANAKAH (merujuk kepada
beriman kepada…, mendapatkan keberkatan…, bersifat dengan sifat tawakal dapat…),
APAKAH YANG AKAN BERLAKU (merujuk kepada kesan, implikasi, akibat),
NYATAKAN HUJAH ANDA UNTUK MENYOKONG PERNYATAAN DI ATAS.

4. Peruntukan Markah
Perincian markah ditentukan seperti berikut;

Isi -1M
4 markah Huraian -1M
Huraian Lanjut -1M
Kesimpulan -1M

1
Contoh-contoh jawapan yang boleh digunakan mengikut stem soalan

1. Soalan KBAT : MENGAPAKAH/FAKTOR/PUNCA/SEBAB (I KA T)

Bil Isi
1 Lemah iman/jahil
2 Kurang didikan agama/kurang penghayatan agama
3 Terpengaruh dengan rakan/media massa/ budaya barat
4 Terpengaruh dengan hawa nafsu/godaan Syaitan/kemewahan dunia
5 Tidak takut azab Allah SWT
6 Tidak mempunyai kesedaran
7 Tidak berpegang kepada Al-Quran dan hadis
8 Tekanan hidup/ kesempitan wang/ kemiskinan hidup
9 Kurang kasih sayang atau perhatian ibu bapa
10 Perasaan ingin mencuba
11 Masyarakat tidak prihatin/ tidak membudayakan amar makruf nahi mungkar
12 Undang-undang Islam tidak dilaksanakan

Contoh soalan 1:

Pada pendapat anda, mengapa situasi ini berlaku.

Jawapan:
Kurang pengetahuan agama (Isi) kerana mereka tidak dapat membezakan antara perkara yang baik dan
buruk (HR). Contohnya, menularkan fitnah terhadap seseorang di media sosial tanpa usul periksa (HL).
Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa memperbaiki diri agar tidak terjerumus dalam perkara yang
mendatangkan dosa (K).

2
2. Soalan KBAT : BAGAIMANAKAH/USAHA/LANGKAH @ CARA MENGATASI

Bil Isi Fokus


1 Tingkatkan iman/mendekatkan diri dengan Allah
2 menghadiri majlis ilmu / Mendalami ilmu agama
3 Berdamping dengan ulama/orang soleh
4 Mentaati perintah Allah
5 Mengamalkan akhlak mulia/mahmudah Diri/Individu
6 Menjauhi tempat-tempat maksiat
(T H B)
7 Menjaga batas-batas pergaulan
8 Sentiasa berdoa/berzkir
9 Berpegagng dengan Al-Quran dan hadis
10 Menasihati/Menegur dengan berhemah Orang lain/
11 Melaporkan kepada pihak berkuasa Rakan
12 Mengajak ke Majlis ilmu/Membimbing untuk bertaubat/Menunjuk cara (N L A)
13 Hormat meghormati/Bertolak ansur/Membantu
14 Mengadakan aktiviti bersama
15 Mengadakan kempen kesedaran Pentadbir/
16 Menghapuskan/mengawasi tempat-tempat maksiat Masyarakat/
17 Menguatkuasakan undang-undang/Mengenakan hukuman berat Kerajaan
18 Menggiatkan usaha dakwah (KEMPEN
19 Menggalakkan program-program agama HAPUS
20 Menjalankan amar makruf nahi mungkar KUASA)

Contoh Soalan 2 :

Vandalisme banyak dilakukan di sekolah-sekolah dewasa ini.

Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah pihak pentadbir mengatasi masalah


tersebut di kalangan pelajar-pelajarnya?

Contoh jawapan :

Mengadakan kempen kesedaran (ISI) agar pelajar terdidik untuk lebih bertanggungjawab,
prihatin dan menghargai harta benda sekolah (HR). Contohnya, melaksanakan Kempen Sayangi
Sekolah dengan bergotong royong membersihkan kawasan sekolah (HL). Kesimpulannya, setiap
pelajar hendaklah beradab terhadap harta benda sekolah agar manfaatnya dapat digunakan
oleh generasi akan datang (K).

3
3. Soalan KBAT : APAKAH YANG AKAN BERLAKU/ KESAN/ IMPLIKASI/ AKIBAT

Bil Isi Fokus


1 Membatalkan iman/terpesong akidah/murtad
2 Mendapat dosa/mendapat kemurkaan Allah/dilaknat oleh Allah Diri/
3 Amalan ditolak/Tidak mendapat pahala Individu
4 Jiwa tidak tenang/memupuk akhlak mazmumah/rosak akhlak
5 Gagal dalam hidup, pelajaran/susah mendapat ilmu
6 Keluarga porak peranda/institusi kekeluargaan runtuh
7 Anak-anak terabai/berlaku penganiayaan Keluarga
8 Hilang rakan/sukar dipercayai orang lain Rakan
9 Hubungan silaturrahim putus
10 Berpecah belah/perpaduan tidak dapat dicapai
11 Maruah umat Islam terjejas Masyarakat
12 Masyarakat Islam tidak maju/mundur/mudah dikuasai oleh org lain
13 Ekonomi dan politik tidak stabil
14 Negara mudah dijajah/ketemadunan bangsa musnah

Contoh Soalan 3 :

BELIA BENCI DADAH

Berdasarkan slogan di atas, huraikan apakah yang akan berlaku terhadap sesebuah institusi
keluarga sekiranya penyalahgunaan dadah berleluasa dalam masyarakat

Contoh jawapan :

Anak-anak akan terabai (ISI) kerana tidak diberikan perhatian yang secukupnya daripada ibu
bapa (HR). Kesannya, masa depan anak-anak tidak terjamin (HL) Kesimpulannya, kita hendaklah
prihatin terhadap kebajikan anak-anak kerana mereka adalah amanah dari Allah (K).

4. Soalan KBAT : HURAIKAN HUJAH/ PENDAPAT/ PANDANGAN


4
(Jawapan bergantung pada APA YANG DIHURAIKAN DALAM PERNYATAAN sama ada cara, kebaikan @
hikmah, punca @ faktor @ sebab, kesan)

HIKMAH CONTOH JAWAPAN


Mengukuhkan iman kepada Allah SWT swt/ meningkatkan iman
Jawapan yang diberi Menjaga maruah diri/keluarga
hendaklah dalam bentuk Menjadi orang bersyukur
positif/ kebaikan tentang Dapat menambah ilmu pengetahuan
tajuk yang ditanya Tidak melakukan pembaziran
Menjauhkan diri dari kerosakan
Memberi pengajaran

KETEGORI CIRI-CIRI SOALAN CARA MENJAWAB


Soalan meminta calon - Calon perlu menjelaskan sokong/tidak
1. KBAT HUJAH menyokong atau tidak sokong atau wajar/ tidak wajar.
TERBUKA menyokong situasi yang - Kemudian, huraikan alasan
diberi berdasarkan pandangan tersebut.
- Kebiasaannya, alasan berkaitan faktor
atau kesan

Contoh soalan a:

Kemajuan teknologi maklumat membawa banyak unsur negatif kerana


telah membuka ruang kepada tersebarnya fitnah

Huraikan hujah anda terhadap pernyataan di atas.

Contoh jawapan a:

Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa banyak tersebar unsur negatif melalui kemajuan teknologi
maklumat (I). Hal ini kerana, terdapat pelbagai berita palsu yang direka oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab (HR). Contohnya, menuduh seorang pemimpin soleh mengambil rasuah (HL).
Kesimpulannya, kita mestilah menggunakan kemajuan teknologi dengan sebaik mungkin supaya dapat
memberi manfaat kepada diri (K).

5
KETEGORI CIRI-CIRI SOALAN CARA MENJAWAB
Soalan telah menyatakan - Menjelaskan alasan, mengapa perlu
2. KBAT HUJAH kewajaran sesuatu situasi. menyokong / membantah kenyataan
TERTUTUP yang diberi.
Cuma, soalan meminta calon
menghuraikan sebab situasi - Kebiasaannya, alasan berkaitan faktor
itu perlu disokong atau atau kesan atau hikmah
dibantah

Contoh soalan b:

“Pendidikan al-Quran sangat penting dalam membentuk


keperibadian muslim”

Kemukakan pendapat anda bagi menyokong pernyataan di atas.

Contoh jawapan b:

Al-Quran mengajar umat Islam sentiasa berakhlak mulia (I). Contohnya, menghormati kedua ibu bapa
(HL). Hal ini kerana, anak perlu mengenang jasa dan pengorbanan ibu yang menjaga sejak kecil lagi
(HR). Kesimpulannya, umat Islam wajar menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup yang lengkap
kerana al-Quran merupakan kalamullah (K).

Anda mungkin juga menyukai