Anda di halaman 1dari 14

SEJARAH PERKEMBANGAN PERUCAPAN UMUM Dalam penghidupan masyarakat seharian, kita seringkali berhadapan dengan masalah untuk menyampaikan

buah fikiran, gagasan, pengajaran dan ucapan secara berkesan. Adakalanya pula kita ditugaskan untuk membuat persembahan ucapan di khalayak ramai agar segala rancangan yang hendak dilaksanakan itu dapat berjalan dengan teratur dan sempurna. Justeru, semua peringkat dan golongan masyarakat terutama sekali para pendidik, pegawai dan pemimpin-pemimpin di semua peringkat dan golongan perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan ucapan untuk disampaikan kepada masyarakat. Sebagai pendidik, ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat disebarkan kepada masyarakat pelajar dengan berkesan. Begitu juga sebagai pemimpin, ucapa yang teratur bukan sahaja dapat disampaikan pendapat yang bernas malah akan dapat pula berkongsi buah fikiran di samping mereka dapat memperluas dan memperkembangkan pengaruh yang kuat dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran dalam perucapan umum merupakan suatu keperluan yang harus dimiliki oleh ahli-ahli masyarakat dari dahulu hingga sekarang. KAJIAN PERUCAPAN UMUM Pengajian Perucapan umum bukan merupakan suatu bidang pengajian yang baru malah manusia telah menulis dan membuat kajian mengenainya semenjak 3000 tahun yang lalu. Mengikut T. Hunt (1987) bahawa kira-kira 1000 tahun Sebelum Masihi lagi para sarjanan dan ahli-ahli falsafah Greek dan Roman telah membuat kajian tentang kaedah manusia berucap di khalayak ramai. Pada hakikatnya, perucapan yang dimaksudkan itu merupakan proses penyampaian buah fikiran, maklumat, pandangan dan perasaan seseorang pemidato itu kepada para hadirin dengan menggunakan lambang-lambang dan bahasa. Mereka telah membentuk teori mengenai perucapan yang berkesan. Menurut Lane Cooper (1960) Plato telah menulis apa yang dinamakannya Retorik dan dalam bukunya itu ia telah membicarakan tentang perucapan umum dengan merangkumi bidang yang amat meluas. Retorika yang ada sekarang ini telah menempuhi arus sejarah perkembangannya yang berliku-liku itu. Bidang Perucapan Ada golongan yang menyatakan bahawa retorika telah terwujud semenjak zaman Socrates (392 S.M.) lagi. Pada masa itu kurikulum sekolah yang digubal telah menitikberatkan perucapan politik dengan menekankan semangat yang berapi-api yang memerlukan kecerdasan fikiran. Bagaimanapun, Aristotle merupakan tokoh pemidato yang pertama sekali menghuraikan mengenai perucapan umum secara menyeluruh dan telah menyatakan dalam tulisannya mengenai 5 perkara penting dalam bidang perucapan, antaranya adalah idea utama dalam ucapan, gaya bahasa yang digunakan oleh pemidato, pengolahan idea, kaedah penyampaian pidato, kemampuan dan kebolehan pemidato itu memberi ucapan daripada ingatannya. Oleh itu, ia telah dianggap sebagai bapa pemidato umum yang terkenal, sebagaimana yang disaksikan hari ini.

MUSTAHAKNYA PERUCAPAN UMUM Profesional Berucap di khalayak ramai telah menjadi semakin mustahak dan dalam hal hidup, kita sentiasa diminta menyampaikan ucapan dalam berbagai-bagai upacara rasmi dan ada yang berbentuk sosial. Kita kerap kali diundang untuk menyampaikan ucapan di khalayak ramai merupakan suatu keperluan. Sekarang ini pidato umum merupakan suatu cabang perutusan yang digunakan dalam berbagai-bagai keadaan. Mengikut Mat Jizat Abdol (1992) perucapan umum tergolong keapada segala bentuk persembahan ucapan, syarahan dan juga ceramah. Perucapan umum merupakan kemahiran dalam komunikasi lisan. Lagipun, ia merupakan aktiviti utama dalam beberapa profesion. Tegasnya, ada beberapa bidang yang menunjukkan betapa mustahaknya perucapan umum itu di kalangan ahli-ahli profesional. Jelasnya, perucapan umum amat kerap dan meluas dilakukan dalam kalangan guru, para menteri, peguam, pegawaipegawai kanan kerajaan, pembesar negara, orang-orang kenamaan, jurujual, pemimpinpemimpin masyarakat dan pegawai perhubungan awam. Pekerja sosial, pemimpin politik dan ahli-ahli agama banyak terlibat dalam perucapan umum untuk menyampaikan pendapat dan idea mereka. Pendidikan Semua pendidik merupakan pemidato umum. Dengan kata-kata lain, tugas utama mereka adalah perucapan umum. Lagipun, para pendidik juga banyak sekali berucap di khalayak ramai. Kaum guru menjadi pemidato umum kepada berbagai-bagai peringkat, golongan dan ragam pelajar sejak mereka memasuki tadika hingga meneruskan pelajaran mereka ke peringkat universiti. Para pelajar juga berhadapan dengan berbagai-bagi peringkat dan jenis perucap dalam kursus pengajian mereka. Dalam hubungan ini, syarahan merupakan istilah lain bagi perucapan umum. Para pensyarah juga merupakan pakar dalam perucapan umum dan memainkan peranan yang cergas dalam dunia pendidikan oleh kerana mereka banyak menyampaikan pengajaran, ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada kaum pelajar mereka. Jikalau seseorang penyelia dalam sesebuah syarikat itu ditugaskan untuk mengendalikan sesuatu kursus latihan bagi suatu kumpulan pekerja baru, ia diduga dapat melaksanakan tugasnya dan ia seharusnya dapat memainkan peranannya bagi memberi latihan. Sekurang-kurangnya ia akan melaksanakan sebahagian daripada program latihan yang dilakukannya itu dalam bentuk ceramah dan perucapan umum. Tegasnya, ini dilakukan dalam bentuk latihan dan dalam menyampaikan maklumat dan penerangan kepada pekerja-pekerja dan pelatih baru yang diambil bekerja itu. Dengan erti kata yang luas, penyampaian maklumat dan penerangan yang dilakukannya itu adalah sebenarnya perucapan umum. Di samping itu, kumpulan pelatih itu juga mengadakan perbincangan dalam kumpulan. Ketua kumpulan perlu mempunyai bakat dan kebolehan dalam pemidato umum. Dengan itu, mereka akan dapat bercakap dan melahirkan idea yang bernas. Jikalau mereka mempunyai kekurangan dalam bidang ini, mereka perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam perucapan umum itu. Mereka perlu banyak berucap dan juga mendengar percakapan orang lain dalam bidang tugas mereka.

KEKURANGAN DALAM PERUCAPAN UMUM

Kejayaan Dalam beberapa profesion, kejayaan seseorang itu juga diukur dengan kecekapannya dalam bidang perucapan. Kejayaan mereka yang menceburkan diri dalam bidang profesional juga boleh terjejas sekiranya mereka mempunyai kekurangan dalam bidang ini. Mereka perlu banyak berucap dan juga mendengar percakapan orang lain untuk menangani masalah mereka dalam perucapan umum. Jikalau seseorang itu mempunyai kemampuan untuk menyampaikan ucapannya di khalayak rami merupakan suatu kelebihan yang ada pada dirinya. Dalam menyampaikan ucapannya itu, seseorang perucap itu jelas menampakkan keperibadiannya. Perbicaraan Lagipun, penghargaan yang diberikan kepada seseorang peguam terhadap diriya sebagai ahli profesional yang berjaya itu adalah disebabkan oleh kebolehannya dalam perucapan umum dan bukannya kejaguhan kepakaran tekniknya sahaja. Persembahan ucapan yang tidak berkesan mungkin boleh menyebabkan kekalahan kes dalam perbicaraan. Bilangan kes yang dimenangi oleh peguam yang berhujah dalam perbicaraan banyak bergantung juga kepada kebolehan dan kemampuan mereka dalam mahkamah perundangan. Jika ada dua orang peguam yang mempunyai kecerdasan fikiran dan pengetahuan yang sama dalam bidang perundangan tetapi mempunyai kebolehan yang berbeza dalam kemahiran perucapan umum mereka mungki tidak mempunyai kejayaan yang sama di mahkamah. Perhubungan Awam Sementara itu, imej bagi sesebuah perbadanan yang diwujudkan oleh pakar perhubungan awam adalah diukur dengan kejayaan mereka yang menyandang jawatan-jawatan itu. Kekurangan dalam perucapan umum amat mahal sekali. Jikalau seseorang pegawai perhubungan awam itu kurang terserlah dalam bidang perucapan umum boleh menyebabkan para tetamu yang mengunjungi syarikatnya akan mendapat maklumat yang kurang. KAEDAH PENGENALAN Perhatian dan Amalan Ada beberapa kaedah tertentu yang boleh diguna dan diamalkan untuk menarik perhatian dan meruntun fikiran para peserta dalam sesebuah majlis itu. Pengenalan sering digunakan dalam memberi dan mempersembahkan ucapan. Pengenalan yang berkesan merupakan langkah bijak yang dilakukan oleh pemidato sebagai tarikan terhadap ucapan yang hendak disampaikannya itu. Jikalau sejak dari mula lagi para hadirin telah terpukau dan terpaut dengan ucapan itu nescaya mereka akan mengikutinya hingga ke penghujungnya. Memberi Salam, Ucap Selamat dan Mengalu-alukan Kehadiran Hadirin Dalam perkara ini, ada pemidato yang menyampaikan salam, ucap selamat di samping mengalu-alukan kehadiran para hadirin. Penghormatan yang diber itu perlu mengikut protokol dan adat istiadat dan hendaklah diberi mengikut keutamaan dan kekanan mereka yang menghadirkan diri dalam majlis itu.

Memberi Fakta Yang Menarik

Zambri Haji Ahmad (1986) menyebut bahawa perhatian diperolehi daripada para hadirin dengan menyatakan beberapa patah perkataan pertama dalam ucapan itu. Untuk itu, pemidato hendaklah memberi fakta yang menarik sebagai memulakan ucapannya itu agar segar dalam ingatan pendengar. Para hadirin akan terpegun dengan fakta yang dinyatakan oleh pemidato itu sekiranya ia memberi gambaran yang nyata kepada mereka. Ini menunjukkan kepada mereka bahawa pemidato ada melakukan penyelidikan dan kajian mengenai perkara itu dan memaparkan dengan dirinya bahawa ia mempunyai minat terhadap ucapan yang disampaikannya itu. Sebagai Contoh: Di Great Britain, kaum tani mempelbagaikan usaha pertanian mereka dengan menanam barli, gandum, buah-buahan, sayur-sayuran mengikut peredaran musim. Tanah mereka digunakan sepenuhnya dengan mendapat hasil yang lumayan. Mereka juga menternak kambing biri-biri dan lembu untuk mendapatkan bulu bagi membuat pakaian dan susu untuk dijual di pasaran antarabangsa. Seekor lembu boleh mengeluarkan susu sebanyak 7-8 pain pada waktu pagi dan begitu juga pada waktu petang. Bayangkan betapa banyak susu yang dapat dihasilkan oleh peladang sekiranya ia menternak 90 ekor lembu tenusu. Oleh itu, susu dan buah-buahan mereka dieksport keluar negara. Di kawasan kita ini banyak tanah yang tidak diusahakan oleh kaum tani kita. Memandangkan bahawa pertanian merupakan suatu jenis perusahaan, saya pada kali ini bertujuan hendak menghuraikan tentan Pertanian Moden Sebagai Perusahaan. Pemidato akan meneruskan ucapannya itu sehingga tamat. PERALIHAN ISI UCAPAN Perhatian Larry A. Samovar dan lain-lain (1981) juga berpendapat bahawa dengan pengenalan yang baik akan berjaya menarik perhatian para hadirin. Pemidato akan dapat menyediakan peralihan yang nyata terhadap bahan-bahan utama dalam menyediakan mereka dengan sajian ucapan itu. Ia akan menyatakan tentang bidang dan sudut ucapan yang menerangkan bahan-bahan utama bagi sesuatu ucapan itu. Ini mungkin dilakukannya dalam bentuk ruang lingkup sesuatu tajuk yang akan dirangkumi oleh pemidato itu, tafsiran pernyataan atau dengan mengenalpasti maklumat dan bahan-bahan utama yang pemidato itu harapkan untuk diingati oleh hadirin dan kesimpulan yang akan dibuatnya terhadap ucapannya itu. Sebagai contoh, setelah Encik Othman Ismail berjaya menarik perhatian hadirin dan hadirat terhadap masa depan Syarikat Pembuatan Jentera, lalu ia berkata, Sekarang saya akan menghuraikan tentang ramalan mengenai perubahan yang akan berlaku dari segi kos yang berhubungkait dengan syarikat ini, pegawai dan kakitangan, pengurusan, pembangunan dan percukaian. Dengan kata-kata itu, Encik Othman Ismail, Pengurus Besar syarikat itu telahpun menghuraikan pendapat dan menyediakan para hadirin dengan bahan-bahan utama yang akan diliputi dalam perancangan perucapan umumnya itu. Jelasnya, peralihan isi ucapan juga menghuraikan tentang sudut manakah sesuatu tajuk itu akan dibincangkan oleh pemidato itu. Ini dapat membantu para hadirin bersedia untuk berfikir dan mempertimbangkan idea-idea utama dengan arif lagi bijaksana.

Peralihan isi yang dilakukan oleh pemidato itu perlu jelas dan mudah diikuti oleh para hadirin yang menghadiri majlis perucapan itu. Dalam pada itu juga perlu diperhatikan tentang perkaitan isi ucapan itu antara suatu buah fikiran dengan yang lain. Isi kandungan ucapan itu perlu terang dan dapat difahami dengan mudah oleh semua peringkat dan golongan hadirin.

Dalam bahagian ini adalah mustahak untuk dipaparkan tentang jumlah idea utama yang disajikan oleh pemidato itu. Berikutan dengan itu akan disebut secara ringkas idea-idea utama di samping menyatakan dari aspek manakah sesuatu tajuk akan diulas dan batasannya. Oleh itu, peralihan isi ucapan merupakan hubungankait antara idea-idea utama yang menjadi unit ucapan itu. PENUTUPAN UCAPAN Meringkaskan Idea-idea Utama Ada golongan pemidato yang meringkaskan idea-idea utama dalam ucapan. Ini adalah untuk mengingatkan semula apa yang telah dihuraikannya agar buah fikirannya itu diambil perhatian. Mungkin pemidato itu berkehendakkan idea=idea itu agar dilaksanakan oleh pihak kumpulan sasaran yang berkaitan itu. Pihak pemidato juga mungkin inginkan idea-ideanya itu diambil iktibar oleh hadirin demi kepentingan dan manfaat diri mereka sendiri. Sebagai Contoh: Dalam ucapan yang baru sahaja tuan-tuan dan puan-puan ikuti ini, saya telah menegaskan 5 perkara utama untuk mewujudkan perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini antaranya adalah dengan melalui pendidikan, sukan dan permainan, kebudayaan, kegiatan kerjasama dalam berbagai-bagai bidang hidup dan dengan mewujudkan perasaan saling mengerti dalam masyarakat. Mengulangi Idea-idea utama Dalam pada itu, ada juga di kalangan pemidato yang suka mengulang dan mentebut idea-idea utama itu bebrapa kaliuntuk penegasan. Ini merupakan suatu kebiasaan yang dilakukan oleh pemidato juga dalam menyampaikan ucapan mereka di khalayak ramai. Sebagai Contoh: Saya suka menegaskan semula beberapa perkara penting yang telah dihuraikan sebentar tadi. Antaranya adalah pencemaran alam sekitar adalah disebabkan oleh kekotoran, asap, kebisingan, pembuangan toksid yang dilakukan oleh kilang-kilang perusahaan dan kurangnya rasa tanggungjawab mereka kepada pihak yang berkuasa dalam kegiatan yang banyak membangkitkan masalah sosial dan kesihatan. PRINSIP UMUM LATIHAN UCAPAN Lima Prinsip Sekiranya latihan perucapan hendak dilakukan secara berkesan ia harus mengikuti dan mematuhi secara dekat lima prinsip am latihan perucapan umum. Mengikut Larry A. Samovar dan lain-lain (1981) bahawa kelima-lima prinsip itu perlu dihayatinya dalam pemidato itu melatih dirinya dalam perucapan itu:-

Latihan Dilakukan Secara Lisan Bukannya menjadi hasrat pemidato itu untuk menyebarkan garis panduan ucapannya kepada para hadirin dengan menyuruh mereka membacainya. Oleh itu, latihan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh kerana pemidato itu sendiri akan menyampaikan ucapannya itu. Dengan erti kata yang lebih tepat lagi, pemidato perlu melatih dirinya untuk membuat persembahan yang terbaik sekali.

Dalam latihan itu, ia perlu bercakap dengan penuh keazaman, bersemangat kuat dan kental. Hanya dengan melatih diri secara lisan dan menggunakan suara yang lantang, pemidato itu akan mendapat gambaran yang nyata mengenai idea yang hendak disampaikannya itu. Dengan itu, pemidato itu akan dapat menentukan garis panduan ucapannya itu dengan lebih jelas lagi. Perucap itu juga akan mengetahui akan rentak bunyi, irama dan nada suaranya dalam menyampaikan ucapannya itu. Semuanya itu akan tersemat dalam fikiran pemidato itu sendiri. Pemidato Melatih Mengucapkan Seluruh Ucapannya Ramai orang yang hanya berlatih separuh sahaja daripada ucapan yang hendak disampaikan oleh mereka. Mereka akan berhenti berlatih di tengah-tengah ucapan itu. Mereka mengandaikan bahawa ucapan mereka akan berjalan dengan lancar dan berkesan apapbila tiba masanya mereka menyampaikan ucapan di khalayak ramai kelak. Dalam keadaan biasa, mereka yang berlatih bahagian pertama ucapan itu akan hanya berjaya mempersembahkan sebahagian daripada ucapannya itu. Bahagian ucapan yang berikutnya merupakan pengalaman yang pahit getir bagi pemidato dan juga hadirin oleh kerana persembahan ucapa itu tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna. Di samping itu, dengan melatih seluruh ucapan itu merupakan cara bagaimana pemidato itu akan mengetahui berapa lama sebenarnya ucapannya itu akan dapat disampaikannya. Dengan latihan juga akan dapat ditentukan sekiranya pemidato itu perlu memendek atau memanjangkan ucapannya itu. Buat Latihan Ucapan Seolah-olah Dalam Keadaan Sebenar Dalam keadaan sebenarnya, pemidato perlu berdiri tegak di belakang podium semasa ia mempersembahkan ucapannya itu. Sekurang-kurangnya perucap itu hendaklah membayangkan dirinya berdiri dengan menggunakan podium semasa ia menjalani latihannya itu seluruhnya. Dengan itu, pemidato melatih dirinya seolah-olah ia berucap dalam keadaan yang sebenarnya di khalayak ramai. Latih Menggunakan Bahan Bantuan Jikalau pemidato itu hendak menggunakan bahan-bahan bantuan dalam persembahan ucapannya itu, latih menggunakan alat-alat itu. Latihan menggunakan bahan bantuan itu harus dilakukan sepenuhnya oleh perucap itu. Gunakan bahan-bahan bantuan itu di beberapa bahagian dalam ucapannya itu. Latihan itu dirasakan perlu terutama sekali mereka yang baru menceburkan diri dalam perucapan umum. Semasa Latihan itu, Gunakan Gerakan Badan Gunakan memek muka, tangan, jari dan gerak laku badan di tempat-tempat yang sesuai dalam ucapan itu. Suara harus ditinggi dan direndahkan mengikut maksud ucapan itu dengan menggunakan nada suara yang sesuai dan berkesan. Latihan perucapan itu harus dilakukan dengan penuh semangat kental dan perasaan yang berkobar-kobar.

PROSES PERSEMBAHAN Perkaedahan Kaedah penyampaian yang sesuai akan cepat menampakkan penglibatan perucapan pemidato itu dan juga para hadirin. Proses dalam mempersembahkan ucapan itu biasanya melibatkan persediaan yang penuh cermat dan rapi. Persembahan itu lazimnya dilakukan dalam bentuk

perucapan dan dengan menggunakan bahan bantuan. Semuanya ini akan memberi gambaran yang jelas dan nyata kepada para hadirin. Ramai pemidato yang amat menitikberatkan tentang proses menyampaikan ucapan yang sebenarnya dengan menggunakan nota. Namun begitu, ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menyampaikan ucapan itu di khalayak ramai. Untuk itu, ada empat kaedah yang tertentu yang lazim diamalkan untuk menyampaikan perucapan umum, tegasnya, spontan, hafalan, ucapan dari teks dan persediaan lengkap. Bersemangat Dengan perasaan yang berkobar-kobar dan penuh bergaya pemidato itu akan berjalan menuju ke rostrum ataupun mikrofon, jikalau ada disediakan oleh pihak penganjur. Jikalau kedua-dua peralatan itu tiada disediakan memadailah pemidato itu berdiri tegak di hadapan para hadirin. Apabila pemidato itu menyedari bahawa ia melihat nota yang ada di hadapannya itu. GAYA MENYAMPAIKAN UCAPAN Sebelum Bermula Sekarang ini pemidato itu berada di hadapan rostrum atau mikrofon untuk mempersembahkan ucapannya itu. Gibson, J. W. dan lain-lain (1979) menyatakan bahawa pemidato itu perlu berdiri tegak agar ia jelas dapat dilihat oleh para hadirin. Langkah dan tindakan ini akan menampakkan bahawa pemidato itu memang bersungguh-sungguh untuk menyampaikan ucapannya itu. Pemidato itu perlu berhenti sejenak, senyum sedikit kepada para hadirin yang mengikuti ucapannya itu. Ketika berbicara lakukan dengan penuh yakin terhadap diri sendiri. Juga, lakukan dengan penuh perasaan, minat, semangat dan kesungguhan yang kuat. Adalah dirasakan mustahak untuk menenangkan fikiran dan perasaan sebelum mula berucap di khalayak ramai itu. Mewujudkan Hubungan Pemidato itu perlu memandang ke seluruh dewan dan dengan mewujudkan kontak mata dengan para hadirin. Dengan erti kata yang lebih tepat lagi, ia akan melihat ke seluruh arah hadirin yang berada dalam majlis itu seolah-olah pemidato itu hendak bercakap dengan mereka. Ia akan melihat mata mereka dan memandang terus kepada diri mereka. Ini akan memberi lebih keyakinan kepada mereka oleh kerana hubungan dan pandangan matanya itu. Mereka berasa dan beranggapan bahawa pemidato itu telahpun membuat segala persediaan untuk menyampaikan ucapannya itu dengan penuh minat dan dalam keadaan yang serius.

Penghormatan Adalah penting bahawa sebelum mula mempersembahkan ucapan itu pemidato akan memberi salam dan ucap selamat dan seterusnya memberi penghormatan kepada Pengerusi Majlis terlebih dahulu. Bagaimanapun, ni merupakan tatatertib yang menjadi kebiasaan yang dilakukan dalam mempersembahkan ucapan di khalayak ramai. Berikutan dengan itu, beri penghormatan kepada tetamu jemputan, pembesar-pembesar, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai kanan dan tentukan bahawa gelaran yang disebutkan itu adalah betul mengikut kekanan dan urutan adat istiadat berasaskan susunan, pangkat dan darjat mereka.

Bahasa Sapaan Tatacara kebahasaan ini biasa diamalkan pada hari ini dan ini terkenal sebagai bahasa sapaan. Dalam menyebut nama dan gelaran mereka, bahasa sapaan yang digunakan itu adalah dianggap formal dan rasmi dan digunakan dengan penuh adab tertib. Perkataan yang lazim digunakan adalah seperti Tuan, Puan, Yang Berbahagia Dato, Yang. Berbahagia Tan Sri dan sebagainya. Biasanya, perkataan Tuan dan Puan itu sesuai digunakan terutama sekali sekiranya pegawai itu merupakan pegawai kanan dan adakalanya mungkin tidak dikenali oleh pengerusi. ELEMEN PENTING DALAM PENGUCAPAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Kemahiran pengucapan awam. Penceramah. Hadirin. Topik. Persediaan. Penyampaian. Bahasa lisan (verbal). Penampilan diri. Alat Pandang-Dengar (APD). Berucap dengan penuh yakin. Senarai semak. PROSES PERSEDIAAN PENGUCAPAN AWAM Seseorang penceramah akan dapat menyampaikan ucapan yang baik dan berkesan sekiranya dia memahami proses persediaan pengucapan awam. Pengetahuan tentang pengucapan awam dapat membantu mengurangkan rasa panik atau takut ketika berhadapan di khalayak ramai. Proses persediaan yang dilalui oleh penceramah akan dapat menjadikan diri penceramah bersedia dari sudut mental, emosi dan keyakinan diri. Terdapat tujuh perkara ynag perlu dilihat dalam persediaan kepada pengucapan awam: 1. Faham tujuan dan peranan ucapan anda. 2. Analisis hadiran anda. 3. Sediakan isi kandungan atau bahan. 4. Susun idea ucapan anda. 5. Tuliskan ucapan anda. 6. Berlatih berucap. 7. Sampaikan ucapan anda. 8. Nilai atau semak ucapan anda.

PRINSIP-PRINSIP PENTING Verdeber (1996), menggariskan beberapa prinsip penting pengucapan awam. Ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian: 1. Penerangan (Informative) (a) Hadirin berminat untuk mendengar, memahami dan mengingat apa yang disampaikan jika pembentangan dibuat secara kreatif. (b) Hadirin berminat untuk hadir ke ceramah anda jika mereka suka, percaya dan yakn dengan diri anda.

(c) Hadirin akan bersedia untuk mendengar dan memberi perhatian kepada ucapan anda jika mereka menganggap anda mampu memberi rangsangan yang intelektual. (d) Hadirin akan berminat untuk mendengar dan memahami maklumat yang mereka anggap relevan dan bermakna pada diri mereka. (e) Hadirin akan memahami dan mengingat maklumat yang ditekankan atau diwarwarkan secara khusus dalam pengucapan awam. (f) Hadirin akan mudah memahami dan mengingat maklumat yang disampaikan dalam bentuk visual. 1. Pemujukan (Persuasive) (a) Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila reaksi yang diharapkan daripada hadirin boleh dilihat semasa atau selepas pengucapan anda. (b) Anda akan menentukan bentuk-bentuk strategi yang berkesan apabila anda telah ketahui latar belakang hadirin, sikap dan tahap pengetahuan mereka supaya anda dapat mencapai objektif pengucapan anda. (c) Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila anda mengemukakan hujah yang logik dan disokong oleh bahan-bahan sokongan yang konkrit dan kukuh. (d) Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila anda mampu menyusun bahan mengikut jangkaan atau persepsi hadirin. (e) Anda akan berjaya memujuk hadirin apabila anda mampu menggunakan bahasa yang boleh merangsang minat dan sensitiviti mereka. (f) Anda dianggap berjaya memujuk apabila hadirin melihat anda sebagai seorang yang berwibawa. (g) Anda akan berjaya jika hujah anda mampu menawan pemikiran hadirin. (h) Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila dilihat mampu mematahkan hujah daripada pihak lain yang tidak bersetuju dengan anda. Prinsip-prinsip ini menuntut supaya penceramah membuat persediaan yang rapi sebelum menyampaikan ucapan.

PENCERAMAH Pengenalan Penceramah atau penyampai ialah orang yang menyampaikan mesej atau maklumat kepada orang lain dengan menggunakan bahasa lisan dan bahasa bukan lisan (non-verbal). Penceramah yang cemerlang sentiasa bersedia sebelum menyampaikan ucapannya. Persediaan ini bukan sahaja dari segi kandungan ucapan tetapi juga persediaan mental dan emosi. Terdapat penceramah yang tidak mempunyai bahan ceramah yang baik tetapi kelihatan yakin dan berani untuk bercakap di khalayak ramai. Sebaliknya terdapat juga penceramah yang masih terketar-ketar dan gugup di atas pentas meskipun beliau mempunyai bahan yang baik untuk disampaikan.

Kemampuan Berkomunikasi Rubin dan Henzl (1984) menggariskan empat aspek penting yang menunjukkan sama ada seseorang penceramah itu mampu atau sebaliknya berkomunikasi dengan baik dan berkesan. Antara ciri penceramah cemerlang ialah: 1. Mempunyai pengetahuan tentang komunikasi (teori dan aplikasi). Apabila berucap, dia memahami konteks ucapan sesuai dengan latar belakang tempat di mana dia akan berucap. Ini memerlukan kemahiran berfikir secara kritikal. 2. Dapat mengenal pasti objektif ucapan dan menyesuaikan diri dengan ucapan dan majlis. 3. Memiliki kemahiran-kemahiran asas yang dapat membantunya mencapai objektif pengucapan awam yang akan disampaikan. 4. Peka dengan budaya dan sistem nilai yang pelbagai dalam kalangan hadirin serta tahu bagaimana menyesuaikan dirinya dengan pelbagai perbezaan itu. Kewibawaan Penceramah Penceramah perlu memahami bahawa kredibiliti atau kewibawaan diri seseorang penceramah bukanlah berdasarkan penilaian penceramah itu sendiri tetapi kredibilitinya berdasarkan penilaian para hadirin. Kata pepatah Inggeris The beauty is in the eye of the beholder. Oleh itu, penceramah hendaklah mempunyai sikap rendah diri dan tidak memandang rendah terhadap hadirin. Penceramah tidak harus berasa hairan terhadap diri sendiri, bongkak, sombong dan hidung tinggi biarpun penceramah itu mempunyai pangkat, kuasa, harta, ijazah, ilmu atau kebolehan bercakap di khalayak ramai. Aristotle mengemukakan tiga faktor yang boleh mempengaruhi persepsi hadirin terhadap kredibiliti atau kewibawaan penceramah iaitu ethos, pathos dan logos (MacKeon, 1941). 1. Personaliti dan Perwatakan yang Menarik (Ethos) (a) Nama baik, gelaran, anugerah yang pernah diterima (competence) (b) Sejarah latar belakang yang cemerlang. (c) Kelihatan kemas. (d) Kelihatan peramah atau sedia mendengar. (e) Kelihatan dinamis dan berkeyakinan. (f) Cara berjalan dan berinteraksi yang sopan dan tidak sombong. (g) Menepati masa. (h) Arif dalam bab yang dibicarakan / disampaikan. (i) Kelihatan jujur (trustworthiness).

2. Kemampuan Membentuk dan Mengawal Emosi Hadirin (Pathos) (a) Menghargai kehadiran pendengar. (b) Menjaga kebajikan hadirin ketika berceramah. (c) Mampu menguasai hadirin khususnya apabila hadirin datang secara sukarela. (d) Boleh mengawal perasaan hadirin. 3. Pengolahan Bahasa yang Baik dalam Penyampaian (Logos) (a) Bahasa yang kemas, menarik dan mudah difahami oleh hadirin. (b) Bahasa yang peramah. (c) Bahasa yang sesuai dengan topik dan suasana. (d) Retorik dan logik yang sesuai dengan tahap hadirin. HADIRIN Pengenalan

Hadirin ialah orang yang datang untuk mendengar ceramah atau ucapan kita. Memahami siapakah hadirin dan latar belakang mereka adalah penting bagi seseorang penceramah dalam merancang persembahan dan kandungan ucapannya. Terdapat dua kelompok hadirin iaitu hadirin sukarela dan hadirin terpaksa (Marzano et al., 1988). Persepsi dan Pengalaman Berbeza Dalam Kalangan Hadirin Setiap orang mempunyai persepsi dan pengalaman berbeza terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah. Sering berlaku hadirin salah faham akan maksud yang ingin disampaikan oleh penceramah. Sama ada ia kelemahan penceramah dalam penyampaian atau disebabkan latar belakang hadirin yang berbeza, apa yang lebih penting ialah penceramah ahrus memikirkan bagaimanakah ia dapat menyeragamkan atau setidak-tidaknya merapatkan jurang persepsi hadirin yang mendengar ucapannya. Persepsi hadirin boleh dipengaruhi oleh faktor fisiologi, pengalaman masa lalu (peranan budaya, perbezaan budaya, kepelbagaian dalam subbudaya) serta suasana dan keadaan semasa. Penceramah yang berjaya akan sentiasa meneliti latar belakang hadirin dengan membuat analisis ringkas tentang hadirin. Dengan berbuat demikian, penceramah akan tahu apakah cara terbaik untuk mempengaruhi hadirin supaya memberi perhatian terhadap apa yang diucapkan dan bagaimana anda boleh mempengaruhi hadirin. Analisis Hadirin Tujuan analisis terhadap hadirin adalah untuk memahami:
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

10.

Demografik hadirin contohnya umur, jantina, jenis pekerjaan, kumpulan etnik,orang bandar atau orang kampung, agama atau sistem kepercayaan dan asal usul hadirin. Tahap pendidikan hadirin. Sifat-sifat diri hadirin. Sikap hadirin. Tahap pemikiran hadirin. Tahap sosioekonomi hadirin. Keadaan sosiobudaya masyarakat setempat (daerah, geografi). Kecenderungan tertentu anggota masyarakat setempat. Keanggotaan dalam badan-badan pertubuhan. Pandangan hadirin terhadap topik yang ingin disampaikan oleh penceramah.

Kesemua aspek ini mempunyai keunikannya yang tersendiri berdasarkan tempat, suasana dan masa. Analisis ini amat penting bagi memastikan penceramah membuat persediaan yang lebih rapi bagi meninggalkan kesan yang baik dalam ucapan atau syarahannya. Melalui proses analisis hadirin ini, anda akan tahu apa dan bagaimanakah cara yang terbaik untuk berhadapan dengan kelompok hadirin tertentu. Jika hadirin anda terdiri daripada kanak-kanak, sudah tentu anda perlu menggunakan bahasa yang mudah, menyelitkan jenaka kecil dan cerita, menggunakan APD dan berinteraksi dengan mereka kerana kanak-kanak tidak boleh memberi tumpuan masa yang lama untuk mendengar ceramah yang bersifat satu hala. Jika hadirin anda terdiri daripada golongan profesional, anda diharapkan kelihatan profesional dari segi penampilan diri serta tahu bagaimana memenuhi cita rasa kelompok ini. Bagaimana Menawan Hati Hadirin 1. Mengenal Pasti Persamaan Nilai, Harapan, Cita-cita dan Pandangan

Penceramah yang mempunyai persamaan nilai, harapan, cita-cita dan pandangan dengan hadirin akan lebih mudah diterima oleh hadirin daripada seseorang yang mempunyai banyak perbezaan daripada aspek di atas (Grice dan Skinner, 1998: 336). Sekiranya hadirin tidak mempunyai banyak persamaan dengan penceramah, maka penceramah haruslah berusaha meyakinkan hadirin dengan fakta dan bukti yang kukuh serta hujah yang meyakinkan. 2. Meraikan Kehadiran Hadirin Hadirin akan dapat bertahan lama apabila mereka dapat merasai bahawa penceramah menghargai kehadiran mereka. Penceramah haruslah memuliakan hadirin dengan ucapan hormat, pujian dan kata-kata yang memberangsangkan. 3. Melibatkan Hadirin Hadirin yang datang secara sukarela untuk mendengar sesuatu ceramah atau ucapan akan seronok untuk berada lebih lama di tempat ceramah sekiranya penceramah berjaya melibatkan hadirin dalam sesi ucapannya. Lazimnya penceramah boleh mengemukakan soalan-soalan ringkas yang memerlukan jawapan ya atau tidak, setuju atau tidak tidak setuju daripada hadirin. 4. Meraikan Pendapat yang Berbeza Penceramah dapat mempengaruhi hadirin dengan cara meraikan pendapat atau idea yang berbeza. Setelah dibentangkan pelbagai perbezaan ini, anda boleh mengemukakan persamaan yang terdapat dalam pandangan tersebut dan kemudian membuat analisis perbandingan serta menunjukkan cara bagaimana membuat keputusan yang sistematis atau membuat kesimpulan daripada apa yang dibentangkan. Dengan ini hadirin akan dapat memahami pandangan atau idead daripada pelbagai perspektif dan berasa puas kerana dapat melihat perbezaan dan persamaanya atau kebaikan dan keburukan sesuatu.

Maklum Balas Daripada Hadirin Maklum balas ialah mesej atau reaksi yang merangkumi lisan dan bukan lisan yang disampaikan atau ditunjukkan oleh hadirin kepada penceramah. Apabila penceramah membuat jenaka, hadirin akan gelak ketawa atau tersenyum sebagai reaksi kepada jenaka tersebut. Apabila penceramah membakar semangat para hadirin, lantas kelihatan hadirin bangkit, bertepuk tangan atau menjerit menandakan sokongan terhadap penceramah. Dalam beberapa keadaan, terdapat juga kes di mana beberapa orang hadirin bangun tetapi meninggalkan majlis. Ia mungkin menunjukkan mereka tidak berminat dengan ceramah anda atau mereka ada keperluan lain. Dalam erti kata lain, maklum balas diperlukan oleh penceramah bagi memastikan bahawa apa yang diucapkan dapat menarik perhatian hadirin. Maklum balas yang positif ialah apabila ada dalam kalangan hadirin yang: 1. 2. 3. 4. Mengangguk-angguk. Memandang tepat kepada penceramah. Tersenyum sebagai tanda puas hati dengan apa yang didengarnya. Mencatatkan hujah atau pandangan penceramah.

5. 6. 7. 8. 9.

Menunjukkan air muka yang jernih. Bertepuk tangan dalam tempoh agak panjang di akhir ceramah/syarahan atau bertepuk tangan sambil berdiri. Ketawa atau senyum apabila mendengar jenaka kecil yang disampaikan oleh penceramah. Menunjukkan perasaan hairan pada air muka mereka. Memberi respons dengan mengangkat tangan atau menjerit apabila penceramah meminta hadirin memberi reaksi. Manakala maklum balas yang negatif ialah apabila ada di kalangan hadirin yang:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Tidak menunjukkan air muka puas hati. Tidak tersenyum langsung. Menggeleng. Mengantuk. Membuat kerja lain dan tidak memberi tumpuan kepada penceramah. Melihat jam tangan sendiri banyak kali. Menunjukkan air muka rimas dan tidak selesa. Melihat ke belakang beberapa kali mencari pintu keluar.

Berdasarkan maklum balas yang diterima sama ada positif atau negatif, penceramah yang berjaya akan bertindak cepat bagi mengawal suasana dengan cara menggunakan APD, bertanyakan soalan kepada hadirin atau membawa satu cerita yang menarik.

PERSEDIAAN Susun Bahan Anda mungkin tidak mampu mengumpulkan semua bahan yang ada dalam dunia ini untuk digunakan dalam ucapan anda. Memadai dengan anda kumpulkan data-data atau bahan-bahan yang difikirkan perlu dahulu. Kemudian anda harus menyusun idea-idea penting dalam bentuk rangka atau poin. Drafkan idea di atas kertas, rangka idea anda serta pilih data-data yang perlu dan yang menyokong hujah anda. Pastikan anda menyusun idea mengikut kepentingannya. Cara penyusunannya sama seperti anda menulis sebuah karangan yang mempunyai tiga bahagian: pengenalan, isi atau kandungan dan kesimpulan. Jika anda menyampaikan ucapan manuskrip, maka anda perlu menulis seluruh ucapan tersebut. Bertolak daripada rangka tadi, anda mulakan dengan mengembangkan idea-idea penting satu per satu. Setiap hujah memerlukan huraian yang rasional atau disokong oleh data atau bukti. Dalam penyampaian ucapan manuskrip, anda perlu elakkan daripada pembacaan yang bersifat satu nada (monotoni) dan elakkan juga penyampaian ucapan bahasa buku yang meminggirkan intonasi suara.

Jika ada memilih ucapan ekstemporanas, anda hanya perlu menyediakan idea-idea penting di atas kertas yang akan dihuraikan dalam pengucapan anda nanti. Pastikan anda menggunakan saiz huruf yang cukup jelas untuk dilihat ketika berucap nanti. Kertas anda harus disusun dengan baik, dikepilkan dan dinomborkan supaya ia tidak berkecamuk jika jatuh ke lantai. Walau bagaimanapun, sekiranya anda menggunakan OHP atau LCD projector untuk memancarkan slaid anda ke layar putih, maka adalah lebih baik jika anda merujuk kepada slaid-slaid yang mengandungi idea-idea penting tanpa merujuk kepada nota anda. Sedikit latihan berucap dengan berpandukan slaid-slaid anda akan membantu anda menyampaikan ucapan dengan berkesan. Jika anda menyampaikan ucapan berbentuk hafalan pula, anda tetap perlu menyusun idea-idea penting di atas kertas kemudian berlatih berucap dan menghafal secara berulang-ulang apa yang ingin disampaikan berdasarkan idea-idea penting yang telah digariskan. Sediakan Alat Pandang-Dengar Biar apa pun jenis pilihan ucapan anda, kemungkinan ada baiknya jika anda dapat menyediakan APD. APD ini bukan sahaja dapat membantu anda ketika berucap atau berceramah, malah ia juga dapat memudahkan hadirin atau pendengar untuk memahami apa yang anda ingin sampaikan. Antara APD yang boleh digunakan ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Nota edaran Ringkasan ucapan Slaid (gambar) Transparensi Slaid (komputer) Papan putih atau papan hitam Model atau objek

Berlatih Berucap Setelah anda mengumpulkan data, menyusun isi kandungan dan menyediakan APD adalah wajar jika anda berlatih menyampaikan ucapan anda dengan menggunakan nota dan APD yang telah anda sediakan. Anda boleh berlatih seorang diri atau berlatih di hadapan cermin supaya anda boleh melihat diri serta gaya anda berucap. Terdapat ramai orang yang berlatih di hadapan seseorang yang lain seperti rakan serumah, isteri atau majikan. Dengan berbuat demikian, anda akan mendapat maklumat dan kritikan serta nasihat bagaimana cara anda boleh memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan ucapan anda. Selain itu, anda juga boleh membuat rakaman video atau audio dalam sesi latiha berucap itu dan kemudian meneliti semula ucapan anda. Cara ini juga dianggap berkesan walaupun kosnya agak mahal.

Anda mungkin juga menyukai