Anda di halaman 1dari 2

Pengucapan Awam

Pelahiran bahasa dengan penuh makna melalui komunikasi lisan (Suara dan
perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap).Pengucapan awam ialah satu
bidang yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh pimpinan masyarakat, organisasi,
agensi-agensi kerajaan dan swasta tetapi juga individu yang sentiasa berhadapan
dengan orang ramai yang memerlukan ia berkomunikasi dengan lebih dari seorang
Pengucapan awam juga bermaksud berucap di hadapan umum,dalam bentuk formal
atau tidak formal sama ada dalam suasana kumpulan kecil atau besar.

Tujuan pengucapan awam dilakukan adalah untuk memberi dan


menyampaikan maklumat. Contohnya, penjual yang melakukan demo produk untuk
menarik minat pembeli. Kedua ialah untuk tujuan membimbing orang lain.
Contohnya, seperti menyampaikan tazkirah kepada sekumpulan remaja. Ketiga,
pengucapan awam bertujuan untuk membantu. Contohnya, satu forum atau seminar
diadakan utnuk membantu untuk meningkatkan potensi dan memperkembangkan
perniagaan petani-petani moden. Keempat, untuk tujuan mengajar. Contohnya,
seorang guru mengajar pelajar-pelajarnya mengenai adab dan tatasusila ketika
berada di dalm majlis. Kelima, pengucapan awam bertujuan untuk menghiburkan.
Contohnya, bercerita tentang kisah dongeng kepada kanak-kanak. Dan yang terakhir
ialah bertujuan untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya, seorang wakil rakyat
menyampaikan ucapannya dalam kempen politiknya agar dia dapat mempengaruhi
masyarakat untuk memilihnya dalam pengundian.

Antara bentuk pengucapan awam ialah penerangan atau mendidik


(informative, educational). Contohnya, penyampaian pensyarah dalam kuliah ilmu.
Kedua, memujuk atau mempengaruhi (persuasive). Contohnya ,demo produk atau
jualan, kempen politik, dan juga ucapan motivasi. Ketiga , perbincangan.Contohnya,
forum dan seminar. Keempat,syarahan umum (public oration).Contohnya , pidato
dan khutbah.
Antara jenis-jenis ucapan yang terdapat dalam pengucapan awam ialah,
impromtu /spontan. Ia meliputi isu-isu yang lepas, masa kini dan akan datang
berdasarkan kepada pengalaman, pengetahuan dan kemahiran pengucap. Ucapan
ini perlu dalam keadaan terdesak. Kedua, ialah ucapan manuskrip.ia dilakukan
dengan dibaca terus dari teks.Fakta-fakta mustahak seperti laporan belanjawan
negaea, laporan saintifik dan lain-lain lagi. Ketiga, ialah hafalan .Ia disediakan
dengan lengkap terlebih dahulu. Cara ucapan sebegini sukar kerana penyampai
senang lupa apa yang hendak disampaikan. Ucapan jenis juga sukar diubahsuai
sekiranya terdapat perubahan situasi atau reaksi audiens. Keempat, ialah
extemporaneous (cukup persediaan). Ucapan sebegini merupakan gabungan ketiga-
tiga jenis ucapan.Ia hanya mencatatkan isi-isi yang penting sahaja. Isinya boleh
diubahsuai mengikut situasi dan audiens. Ucapan sebegini mewujudkan hubungan
dengan audiens.(talk with them not to them.).

Anda mungkin juga menyukai