Anda di halaman 1dari 13

FOKUS: TEORI MODELING ATAU TEORI KOGNITIF SOSIAL

Bandura lahir pada tanggal 4 Disember 1925 di Mondare Alberta.


Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri.

Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya.

Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan.
Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

Menurut

Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri(kognitif) dan lingkungan.
teori ini beliau telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) terhadap perlakuan anak-anak apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan palu besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit dalam video.

Dalam

Setelah menonton video anak-anak ini diarah bermain di kamar permainan dan terdapat patung seperti yang ditayangkan dalam video. Mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam video.

Cara peniruan:
a)

Meniru secara langsung Contohnya guru membuat demostrasi cara membuat kapal terbang kertas dan pelajar meniru secara langsung.

b) Peniruan melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan


Contohnya, murid meniru melalui sekatlaluan boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari oleh murid-murid disebabkan adanya peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh menyebabkan hukuman jika amalan itu berlaku. Murid-murid juga meniru melalui tak sekatlakuan. Ini bermakna muridmurid akan terus meniru amalan di dalam sesuatu situasi.

c) Peniruan melalui elisitasi


Individu melakukan apa sahaja yang dilakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui bagaimana melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan orang lain. Cth: Apabila melihat seseorang murid membaca buku cerita di dalam kelas, Hassan pun mengeluarkan buku cerita lalu membacanya.

Untuk pembelajaran pemerhatian wujud, adalah penting untuk individu berkenaan berbuat demikian:
1. 2. 3. 4.

Pemerhatian Penyimpanan Pengeluaran Motivasi

1.PEMERHATIAN
Peniruan ini berlaku kerana kuasa kebebasan, kekayaan dan kehormatan

2. PENYIMPANAN
Seseorang yang ingin meniru tingkah laku model akan menyimpan gambaran imej model tersebut dan akan digunakan pada masa yang diperlukan.

3. PENGELUARAN
Pengeluaran semula maklumat gambaran imej model yang ingin ditiru kepada bentuk perlakuan.

4. MOTIVASI
Seseorang akan meniru kepakaran model dalam bidang tertentu seperti pakar pendidikan, artis, sasterawan, ahli psikologi, doktor, profesor dan sebagainya. Mereka kurang mahir di dalam bidang tersebut berkecenderungan meniru tingkah laku model.

Anda mungkin juga menyukai