Anda di halaman 1dari 7

TEORI FENOMENOLOGI

PENDAHULUAN
Merupakan

satu aliran pemikiran kesusasteraan yang muncul di Jerman pada abad ke-20 Pada mulanya aliran ini adalah hasil daripada satu pemikiran falsafah yang diketengahkan oleh Edmund Husserl lahir disebabkan oleh kelemahan ilmu sains yang tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan tentang sesuatu objek dengan lebih objektif. Fenomenologi pada mulanya adalah sebuah gagasan falsafah.

KONSEP FENOMENOLOGI
Kata

Fenomenologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu phenomenon iaitu sesuatu yang tampak, yang terlihat kerana bercakupan yakni menampakkan diri. Dengan erti kata lain, Fenomenologi adalah satu aliran yang yang membicarakan fenomena atau segala sesuatu yang tampak atau yang menampakkan diri.

Sambungan..

1.

2.

Teori Fenomenologi merupakan satu kaedah pembacaan karya sastera dengan menyandarkan bacaannya dan menghuraikan sebuah hasil kesusateraan itu daripada dua aspek; seorang pengkaji yang dilengkapi dengan kaedah pembacaan ini akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap teks. Selain menumpukan perhatian terhadap teks, pengkaji juga memperincikan kajian mereka kepada keseluruhan aksi atau perlakuan yang terlibat sewaktu berinteraksi dengan teks berkenaan dengan pertimbangan yang saksama dan penuh kesedaran.

Sambungan..

Menurut Roman Ingarden (1973), segala struktur sesebuah teks sastera sama ada bersifat ekstrinsik atau intrinsik dapat disedari atau disedarkan oleh pembaca. Hal ini berasaskan kepercayaan bahawa seesebuah karya sastera itu amat kaya dengan pandangan dan arahan penulisnya. Walaubagaimanapun, arahan dan pandangan penulis adalah dalam keadaan terselindung. Dengan maksud yang lain, sesebuah karya sastera yang unggul dan tersendiri berkeupayaan menemukan pembaca dengan perbezaan-perbezaan pandangan terhadap muslihat-muslihat yang dibawakannya. Kemampuan dan Keupayaan memahami segala muslihat ini akan memperjelaskan apa sebenarnya pokok sesebuah karya sastera.

Sambungan..
1.

2.

Menurut pembacaan Fenomenologi, setiap hasil karya kesusateraan mempunyai 2 tujahan yang saling berbeza tetapi saling berkait rapat antaranya ialah; Estetika- unsur-unsur keindahan sesebuah karya adalah ditentukan tindak balas sama ada daripada pembaca, pengkritik, atau orang-orang berminat terhadap karya sastera. Aristik- merujuk kepada teks sastera yang dihasilkan oleh pengarangnya itu sendiri. Bahagian ini akan melibatkan bagaimanakah seseorang pengarang itu mengolah sebuah cerita, meraih tema, menentukan teknik dan keupayaan beliau menarik minat pembaca. Hal ini melibatkan keupayaan seseorang pengarang dalam menghasilkan sebuah karya yang indah.

KESIMPULAN

Kata fenomenologi berasal dari bahasa Yunani, phenomenon, Iaitu sesuatu yang tampak, yang terlihat karena berkecakupan. Secara istilah, fenomenologi adalah ilmu pengetahuan (logos) tentang apa yang tampak. Menurut Edmund Husserl, fenomena adalah realiti sendiri yang tampak, tidak ada selubung atau tirai yang memisahkan subjek dengan realiti, kerana realita itu sendiri yang tampak bagi subjek.

Anda mungkin juga menyukai