Anda di halaman 1dari 10

KAEDAH RAWATAN PENYAKIT HATI:HASAD DENGKI

SITI ROGAYAH BT ZULFADLI SITI ROHANI BT ABD. HALIM SITI NADZIRAH BT OMAR NOOR SYAHIDAH BT SALEH

Pengenalan
Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T. yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hambaNya.

Definisi Hasad Dengki


Hasad atau dengki adalah satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Dalam bahasa melayu, hasad dengki adalah kebencian kerana perasaan cemburu yang amat sangat. Perbuatan ini boleh berlaku melalui penyebaran fitnah, cacian dan umpatan. Perbuatan ini dilakukan dengan pelbagai cara, asalkan orang yang didengki menerima kesan buruk.

Menurut Imam Al-Ghazali:


Dengki mempunyai 3 peringkat: =>Menginginkan agar kenikmatan orang lain hilang dan digantikan kepadanya. =>Menginginkan agar kenikmatan orang lain hilang dan ia sendiri tidak dapat menikmatinya. =>Tidak mahu kenikmatan yang diperoleh oleh temannya hilang tetapi benci jika temannya mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

DALIL-DALIL TENTANG HASAD DENGKI

HADITH
Sabda nabi muhammad saw yang bermaksud: Takutlah kamu semua akan sifat dengki kerana sesungguhnya dengki itu memakan (membinasakan) segala kebaikan sebagaimana api memakan (membakar) kayu yang kering. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah) Rasulullah saw. Juga bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara: Seseorang yang telah dikurniakan oleh Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah akan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum yang berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain (Riwayat Hadith al-Bukhari).

Faktor-faktor
Perasaan Permusuhan dan Kebencian =>hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti =>apabila pujian dan kata-kata bahawa dialah satu-satunya pakar dalam sesuatu bidang tersebut, maka wujud perasaan ghairah dalam diri dan mula mencari populariti Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan =>Setiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

Merasa Dirinya Mulia =>tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Takabbur => Allah S.W.T. berfirman (di dalam Hadis Qudsi): "Kesombongan adalah selendangku dan kebesaran adalah sarungku. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."
Ujub (Bangga Diri) Busuk Hati

Langkah-langkah
Ketahuilah bahawa kedengkian kamu tidak memberi kesan kepada mahsud Paksa diri kamu untuk berkasih sayang dengan mahsud. Lihatlah kemuliaan yang beliau miliki sebagai rezeki Allah kepadanya. jangan sesekali memikirkan bahawa penyakit moral ini tidak boleh diubati Mengakui bahawa penyakit hati ini akan memakan diri sendiri

Kesimpulan
Hasad adalah satu penyakit yang mempunyai kesan yang sangat buruk kepada psikologi, moral dan kepada masyarakat secara umumnya. Seorang yang beriman adalah seorang yang optimistik dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah diberi. Marilah sama-sama kita buangkan sifat hasad dengki ini samaada di dalam hati atau di dalam tindakkan dan amalan kita.

Anda mungkin juga menyukai