Anda di halaman 1dari 8

Perjalanan Israk dan Mikraj

Pengertian Israk :
- Israk beerti perjalanan Nabi
Muhammad SAW dari Masjidil Haram
di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul
Maqdis di Palestin.

Peristiwa Sebelum Israk Mikraj


Kewafatan Abu Talib dan Khadijah
binti Khuwailid.
Penolakan penduduk Mekah dan
Thaif terhadap dakwah Islam.

Peristiwa pada malam sebelum


Israk
Malaikat Jibril telah membelah dada
dan mengeluarkan hati Nabi
Muhammad SAW untuk dicuci
dengan air zam zam.
Setelah itu, bermulalah perjalanan
Israk nabi dengan menaiki Buraq
pada malam 27 Rejab tahun
kesepuluh kenabian.

Peristiwa di Masjid al-Aqsa


Baginda menjadi Imam solat kepada
para nabi yang lain. Selepas itu nabi
didatangi malaikat Jibril untuk
memilih antara arak dan susu. Nabi
telah memilih susu, iaitu simbul
kepada fitrah.

Pengertian Mikraj

Mikraj ialah perjalanan


Nabi Muhammad SAW
dari Masjidil Aqsa menuju
ke Sidratul Muntaha.

Menerima Kefarduan Solat


Di Sidratul Muntaha, Nabi Muhammad SAW
telah menerima kefarduan solat sebanyak
50 waktu sehari semalam daripada Allah.
Dalam perjalanan turun ke langit ke-6, nabi
Musa menasihati baginda agar memohon
kepada Allah supaya dikurangkan bilangan
waktu solat. Akhirnya Allah telah
mengurangkan waktu solat menjadi 5
waktu sehari semalam.

Perjalanan Mikraj Nabi


Dalam perjalanan mikraj, Nabi
Muhammad SAW ke Sidratul
Muntaha, baginda telah bertemu
dengan para nabi terdahulu seperti
nabi Adam, Nabi Yahya, Nabi Isa,
Nabi Yusuf, Nabi Idris, Nabi Harun,
Nabi Musa dan Nabi Ibrahim Alaihi
Salam (as). Kedatangan baginda di
alu-alukan dan diakui kenabiannya
pada setiap lapisan langit.

Anda mungkin juga menyukai