Anda di halaman 1dari 16

(ELEMEN KONTRAK)

BALASAN

Ojektif Pelajaran:
Menghuraikan takrif balasan.
Membezakan jenis-jenis balasan.
Membincangkan perbezaan balasan dibawah AK
1950 dan undang-undang Inggeris.
Menjelaskan balasan dari aspek kewajipan
undang-undang dan keberpadaan balasan.
Mengenali dan memahami pengenalan tanpa
balasan.
2

BALASAN (CONSIDERATION)
Takrif mengikut Sesyen 2(d) AK 1950: Menurut
kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau
siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan
diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau
menahan diri dan membuat sesuatu, maka perbuatan
membuat atau penahanan diri atau janji itu adalah
disebut balasan untuk janji itu.
Balasan adalah satu perbuatan atau harga yang
diberikan oleh satu pihak untuk membalas janji atau
perbuatan pihak yang lain.
Pollock mendefinisikan balasan sebagai satu perbuatan
menahan diri oleh satu pihak atau janji untuk berbuat
demikian adalah harga untuk membeli janji hak yang
lain, dengan demikian janji yang diberi nilai itu boleh
dikuatkuasakan.
3

Lush J menyatakan balasan itu adalah sebagai suatu


balasan yang bernilai mengikut pengertian undangundang, boleh dalam bentuk sesuatu hak,
kepentingan, keuntungan atau faedah kepada satu
pihak atau suatu pengorbanan, mudarat, kerugian
atau kehilangan atau kewajipan yang dibuat, dibebani
atau ditanggung oleh satu pihak lagi.
Balasan mestilah mempunyai unsur timbal balik iaitu
pihak-pihak yang berkontrak mestilah mempunyai
balasan masing-masing.
Elemen balasan penting untuk mewujudkan kontrak
yang mengikat. Mengikut Seksyen 26 AK 1950
perjanjian yang dibuat tanpa balas adalah batal.
Balasan mestilah balasan yang sah dan mahkamah
tidak mengambil tindakan dimana balasannya adalah
menyalahi undang-undang.
4

Jenis-Jenis Balasan
Balasan boleh dibahagikan kepada 3 jenis:
EKSEKUT
ORI

TERSEMPUR
NA

JENIS-JENIS BALASAN

BALASAN
LEPAS/LAMPAU

Balasan Eksekutori (Executory)


Dikenali sebagai janji untuk membalas janji atau
balasan belum terlaksana. Balasan ini belum
dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan sebaik
sahaja satu pihak lagi melaksanakan janjinya.
Contoh: A berjanji dengan B untuk membuat kerja
mengubah suai pejabat B dan B berjanji untuk
membayar sebaik sahaja A menjalankan kerja
tersebut. Disini janji B (membayar) merupakan
balasan kepada janji A (menjalankan kerja ubah
suai)
6

Balasan Tersempurna (Executed)


Balasan jenis ini wujud apabila satu pihak telah
melaksanakan janjinya mengikut kontrak. Maka
tanggungjawab wujud terhadap satu pihak lagi untuk
melaksanakan janjinya. Janji yang belum dilaksanakan ini
juga dikenali sebagai balasan yang akan dilaksanakan, iaitu
janji untuk membalas perbuatan yang telah dilakukan oleh
satu pihak lagi.
Contoh: Omariah menawarkan RM100 kepada sesiapa yang
dapat memulangkan anak kucingnya. Pamela menjumpai
anak kucing kepunyaan Omariah, dan memulangkan anak
kucing tersebut kepada Omariah. Perbuatan memulangkan
anak kucing adalah balasan tersempurna, dan seterunya
mewujudkan kontrak yang mengikat Omariah untuk
memberi wang hadiah yang dijanjikan.
7

Balasan Lepas/Lampau
Balasan lampau adalah janji yang dibuat untuk
membalas suatu perbuatan yang telah pun dibuat
atau telah dilaksanakan.
Contoh: A telah menyelamatkan B daripada
dilanggar oleh sebuah kereta. B kemudiannya
berjanji akan memberikan A RM200 sebagai
ganjaran. Perbuatan A menyelamatkan B adalah
balasan lampau kerana ianya sudahpun dilakukan
sebelum B membuat janji.

Perbezaan AK 1950 dengan Undang-undang Inggeris

Akta Kontrak 1950


Balasan tidak senestinya
datang daripada penerima janji.
Rujuk Seksyen 2(d).
Pembayaran separa boleh
melangsaikan keseluruhan
hutang. Seksyen 64
memperuntukkan penerima
janji dibenarkan untuk
mengurangkan atau
membebaskan keseluruhan
atau sebahagian dari
perlaksanaan janji.
Balasan lampau boleh menjadi
satu bentuk balasan yang
diterima dalam membentuk
kontrak yang mengikat. Rujuk
Seksyen 2(d).

Undang-undang Inggeris

Balasan mesti datang dari


penerima janji.
Pembayaran sebahagian
tidak boleh melangsaikan
keseluruhan hutang.
Balasan lampau tidak
bernilai dan tidak diterima
sebagai balasan yang sah.

Keberpadaan Balasan
Mengikut huraian 2 Seksyen 26 AK 1950, suatu
perjanjian yang mana persetujuan pembuat janji diberi
secara bebas tidaklah batal semata-mata balasan itu
tidak memadai.
Walaupun disisi undang-undang suatu balasan mestilah
bernilai, tetapi ia tidak semestinya berpada.
Jika perjanjian dicapai secara bebas, maka kecukupan
harga itu tidak penting kepada kewujudan kontrak yang
mengikat.
Contoh: A bersetuju untuk menjual seekor kuda yang
bernilai RM1000 dengan harga RM10. Persetujuan A
dalam membuat perjanjian iu adalah diberi secara bebas.
Perjanjian itu adalah suatu kontrak sekalipun balasan itu
tidak berpada.
10

Perjanjian Tanpa Balasan


Perjanjian tanpa balasan adalah batal. Walau
bagaimanapun ada beberapa keadaan dimana suatu
kontrak tetap akan menjadi sah dan dapat
dikuatkuasakan walaupun tiada balasan yang diberikan.
Sesyen 26(a),(b) dan (c) memperuntukkan dimana
perjanjian tanpa balasan adalah sah.
Seksyen 26(a) memperuntukkan bahawa sesuatu
perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal kecuali
ianya dinyatakan secara bertulis dan didaftakan
menurut undang-undang (jika ada) yang ada pada masa
itu berkuatkuasa untuk pendaftaran dokumen sedemikian
dan dibuat berdasarkan atas kasih saying semulajadi
antara pihak-pihak yang ada hubungan karib antara satu
sama lain.
11

Seksyen 26(b) memperuntukkan bahawa sesuatu perjanjian


yang dibuat tanpa balasan adalah batal kecuali ianya
sesuatu janji untuk memampaskan keseluruhan atau
sebahagiannya kepada seseorang yang telah membuat
sesuatu secara sukarela untuk pembuat janji atau membuat
sesuatu yang pembuat janji boleh dipaksa disisi undangundang untuk membuat.
Seksyen 26(c) memperuntukkan bahawa sesuatu perjanjian
dibuat tanpa balasan adalah batal kecuali ianya sesuatu
janji yang dibuat secara bertulis dan ditantatangani oleh
orang yang menanggungnya atau agennya, yang diberi
kuasa secara am atau khusus untuk maksud itu, supaya
membayar keseluruhan atau sebahagian dari sesuatu
hutang, yang pembayarannya boleh dikuatkuasakan oleh si
piutang seandainya tidak ada undang-undang mengenai
batasan guaman.
12

Pengecualian kepada keperluan umum balasan:


Perjanjian yang dibuat berdasarkan kasih sayang
semulajadi antara pihak-pihak yang ada hubungan
karib boleh mewujudkan satu perjanjian yang sah,
dibuat secara bertulis dan didaftarkan jika ada undangundang yang menghendakinya berbuat demikian.
Janji untuk memampas, sama ada seseorang yang
telah secara keseluruhan atau sebahagian, sesuatu
perbuatan secara sukarela, atau melakukan sesuatu
yang pembuat janji boleh dipaksa disisi undangundang untuk membuat.
Janji untuk membayar suatu hutang yang dibatas oleh
statut tetap (statutory limitation) sah walaupun dibuat
tanpa balasan.
13

Latihan 3

1) Ahmad berjanji dengan isterinya untuk


menghadiahkan rumah yang dibelinya tahun lalu
kepada anaknya Man apabila anaknya
berkahwin. Ahmad kemudiannya enggan
menunaikan janji tersebut. Bolehkah Man
menuntut rumah berkenaan dengan bapanya.
Nasihatkan Man.
[20 markah]

14

Jawapan
Soalan 1
Isu: Adakah Man boleh menguatkuasakan janji bapanya?
(2
marks)
Sokongan: Seksyen 26 AK 1950 perjanjian tanpa balasan adalah
batal.
(3 marks)
Pengecualian: Seksyen 26(a) syaratnya
(3
marks)
a) bertulis
b) didaftarkan
c) berdasarkan kasih sayang semulajadi pihak yang
mempunyai hubungan karib
Kes: Re Tan Soh Sim [ huraikan kes ]
(4 marks)
Rumusan: Hubungan bapa dan anak adalah hubungan karib dan wujud
kasih sayang semulajadi. Jika perjanjian berkenaan dibuat secara
bertulis dan didaftarkan, maka Man boleh menuntut kerana perjanjian
berkenaan walaupun tiada balasan adalah sah dan mengikat bapanya.
(4 marks)
Kesimpulan keseluruhan: Perjanjian sah ikut Seksyen 26(a). Man
boleh menuntut jika semua keperluan Seksyen 26(a) dipenuhi.
(4
marks)
15

Sekian

16

Anda mungkin juga menyukai