Anda di halaman 1dari 23

VCF3063- KESELAMATAN MAKANAN

NAMA AHLI KUMPULAN:


1. NURUL ELYZEDORA BINTI MALUSIANG
(D20161073590)
2. RAHMAWATI BINTI DJUHANI
(D20161073579)
3. NUR SHAHIDA IMANI BINTI SAAT
(D20161073697)
4. FATEEN HANANI BINTI SUKERMAN
(D20161073693)

Clostridium botulinum

MICROORGANISMA/ AGEN PENYEBAB


PENGENALAN

Filum: Firmicutes
Kelas: Clostridia
Order: Clostridiales
Keluarga: Clostridiaceae
Genus: Clostridium
Spesis: Clostridium Botulinum

Clostridium botulinum adalah bakteria Grampositif berbentuk rod(bacilli), menghasilkan


racun saraf botulinum yang menyebabkan
kelumpuhan pada otot.
Clostridium botulinum dapat dijumpai di tanah
dan kawasan air yang tidak dirawat.
Clostridium botulinum dapat hidup dan membiak
dalam keadaan anaerobik(kurang oksigen).
Menghasilkan spora(untuk membiak) apabila
dalam keadaan yang ekstrem.

Botulisme disebabkan oleh bakteria yang


disebut Clostridium botulinum.
Bakteria ini hidup di udara, tanah, dan air yang
tercemar.Bakteria boleh memasuki aliran
darah jika luka pada bayi terkena tanah dan air
yang tercemar.
Selain itu,bakteria ini juga hidup dalam madu.
Madu tercemar yang dimakan oleh bayi akan
mencetuskan botulisme.
Setelah masuk ke dalam tubuh, bakteria
dengan cepat membiak di dalam saluran
pencernaan bayi.

Bagaimana toksin botulinum terhasil pada


makanan?
Toksin ini sangat mudah terbentuk apabila
makanan(dalam tin) tidak diproses dengan
sewajarnya di rumah.
Proses pengetinan akan mengeluarkan
oksigen daripada balang, mewujudkan
persekitaran rendah oksigen yang akan
membolehkan spora C.botulinum berkembang
menjadi bakteria aktif.
Apabila balang disimpan pada suhu bilik, spora
boleh bercambah dan menghasilkan toksin.
Bakteria C.botulinum dan bakteria lain yang
hadir dapat dimusnahkan dengan mendidihkan
air dan makanan, tetapi spora C.botulinum
tidak dapat musnah.
Walau bagaimanapun, toksin adalah sensitif
kepada haba dan boleh dimusnahkan jika
makanan yang berkenaan direbus selama 10
minit.

-Makanan yang tidak diproses dengan sewajarnya didalam


balang.
-Makanan didalam tin.

Botulisme merupakan penyakit yang


menyebabkan kelumpuhan dan
jarang berlaku.
Botulisme disebabkan oleh racun
saraf yang dikenal sebagai
botulinum yang dihasilkan oleh
bakteria Colostridium botulinum.
Racun ini bekerja dengan
menghalang fungsi saraf dan
menyebabkan kelumpuhan
pernafasan serta kelumpuhan fungsi
muskuloskeletal.
Bakteria Clostridium botulinum
pertama kali ditemui pada tahun 1895
dan neurotoksin yang dihasilkan oleh
bakteria ini ditemui pada tahun 1944
oleh Dr Edward Schantz.

Gejala-gejala penyakit BOTULISM

penglihatan berganda

sukar untuk menelan

kelopak mata melabuh

lemah otot

kekeringan pada mulut

percakapan yang tidak jelas.

kabur penglihatan

CARA-CARA
PENCEGAHAN YANG
SEPATUTNYA

BUANGKAN JIKA ragu-ragu

Contoh tin yang


kemek dan rupa
yang kelihatan
tidak elok

MEMBUANG MAKANAN DAN TIN YANG TERCEMAR


DENGAN SELAMAT
Memakai sarung tangan bergetah sebelum mengendalikan
makanan dalam tin yang telah tercemar.
Elakkan kulit dari terkena dengan makanan yang tercemar.
Letakkan makanan atau tin di dalam beg kedap dan tidak
ditutup.
Balutkan satu beg plastik yang lain di sekeliling beg kedap.
Ikatkan beg dengan ketat.
Letakkan beg di dalam tong sampah yang disediakan iaitu
untuk sampah yang tidak boleh dikitar semula di luar rumah.
Jangan membuang makanan yang tercemar didalam sinki,di
tandas dan di tempat pembuangan sampah secara terdedah.
Cuci

tangan dengan sabun dan biarkan

sekurang-kurangnya

minit

selepas

air

mengalir

mengendalikan

GUNAKAN LARUTAN PELUNTUR UNTUK LAP


TUMPAHAN MAKANAN YANG TERCEMAR
Tambahkan 1/4 penutup peluntur di dalam setiap 2
penutup air.
Lapkan sepenuhnya tumpahan tersebut dengan
larutan peluntur.
Letakkan lapisan kertas tuala iaitu 5 hingga 10 helai
di atas peluntur.
Biarkan kertas tuala itu sekurang-kurangnya 15 minit.
Lapkan sisa cecair yang tertinggal menggunakan
kertas tuala yang baru.
Bersihkan tempat tumpahan menggunakan sabun
dan air untuk menghilangkan baki-baki peluntur.
Bersihkan tangan menggunakan sabun dan biarkan
tangan di bawah aliran air selama 2 minit.

mengetin makanan dengan cara yang betul


Basuh tangan dengan sabun sebelum mengendali makanan.
Tin atau botol kaca yang hendak digunakan disteril terlebih dahulu
dengan menggunakan air panas.
Makanan yang hendak diproses hendaklah dimasak pada suhu yang
tinggi untuk membunuh mikroorganisma.
Dengan serta merta,makanan tersebut disimpan dalam botol koca
atau tin kedap udara.
Basuh dengan air bahagian luar botol atau tin.
Elakkan menyimpan makanan yang telah diproses pada suhu bilik,
seeloknya disimpan didalam peti sejuk.

Gunakan Air & Bahan Mentah yang Bersih

Gunakan air yang bersih atau yang telah dirawat agar ianya selamat digunakan .
Pilih bahan makanan mentah yang segar dan selamat dimakan.
Untuk keselamatan, pilih makanan yang elah diproses contohnya susu pasteur .
Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan terlebih dahulu terutamanya jika dimakan
mentah.
Elakkan makanan yang telah tamat tarikh luputnya.

Kepentingan
i. Bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar aoleh bakteria
dan bahan kimia berbahaya.
ii. Bahan toksik boleh terhasil pada makanan yang berkulat dan rosak
iii. Amalkan langkah mudah seperti membasuh dan mengupas kulit bagi
mengurangkan pencemaran.

Simpan Makanan Pada Suhu


Selamat
Jangan letak makanan yang telah dimasak melebihi dua jam pada suhu bilik
Simpan makanan yang telah dimasak dan cepat rosak didalam peti sejuk (bawah
5C)
Pastikan makanan yang telah dimasak sentiasa panas (lebih 60 C) sebelum
dihidangkan
Jangan simpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan terlalu lama
dalam peti sejuk melebihi lima hari
Jangan biarkan makanan sejukbeku dicairkan pada suhu bilik
Kepentingan
i. Dengan menetapkan suhu kurang dari5C ataupun melebihi 60C, pembiakan akan
menjadi perlahan ataupun berhenti terus.

PENCEGAHAN BAWAAN MAKANAN BOTULISM


keracunan makanan daripada mikroorganisma botulism selalunya berlaku
kepada makanan yang berada di dalam tin yang mengandungi asid yang
rendah seperti kacang hijau, jagung dan asparagus yang disebabkan oleh
kegagalan dalam mematuhi kaedah pengetinan yang betul.
Di rumah kebanyakkan pengguna tidak mengendalikan dengan betul dalam
pembuatan makanan. Contohnya tomato jus lobak dan kentang yang dibakar
dan dibalut dengan aluminium.
simpan kentang yang telah dibakar dan dibalut dengan aluminium sehingga
kentang itu sedia dihidangkan atau diletakkan dalam peti sejuk.
Didihkan makanan yang rendah asid dan makanan dalam tin selama 10 minit
sebelum dihidangkan walaupun makanan tersebut tidak mempunyai sebarang
tanda kerosakan.

PENCEGAHAN KEPADA BAYI


Kebanyakan bawaan makanan botulism kepada bayi tidak dapat
dielakkan kerana bakteria botulism ini berbentuk pasir dan
berdebu.
Dijumpai di dalam rumah iaitu di lantai,karpet dan dipermukaan
rata walaupun setelah ketiga-tiga tempat dibersihkan.
Madu tidak di boleh diberi kepada bayi yang berumur 12 bulan ke
bawah kerana madu mengandungi bakteria botulism.

Kesimpulan
Kesimpulannya, Clostridium botulinum adalah bakteria Gram-positif
berbentuk rod(bacilli) yang menghasilkan racun saraf botulinum
yang menyebabkan kelumpuhan pada otot.Terdapat beberapa gejala
penyakit Botulism iaitu penglihatan berganda, kelopak mata
melabuh, sukar untuk menelan, lemah otot,kekeringan pada mulut,
percakapan yang tidak jelas dan kabur penglihatan.Bagi langkahlangkah pencegahan yang perlu diambil adalah membuang makanan
dalam tin dengan selamat, menggunakan larutan peluntur untuk lap
tumpahan makanan yang tercemar,mengetin makanan dengan cara
yang betul di rumah,gunakan air dan bahan mentah yang bersih dan
simpan makanan pada suhu yang selamat.

Anda mungkin juga menyukai