Anda di halaman 1dari 65

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BERKESAN
- TEKNIK PENYOALAN

Oleh:

Puan Rushiha binti Mohd Ramli
Guru Cemerlang
SMK Kajang Utama
Selangor Darul Ehsan
1.0 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran:
Pengajaran
Definisi:-

Proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan,


penilaian dan maklum balas yang melibatkan pelajar dan guru
(Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub)

Proses komunikasi, sains dan seni (Mok Soon Sang)

Proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau


kemahiran supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasainya
dengan berkesan (Baharom Mohamad & Iliyas Hashim)

Proses pemilihan pasti (overt selection) dan susunan mengenai


maklumat, aktiviti, pendekatan, dan media bagi membantu pelajar
mengenal pasti matlamat pembelajaran (Baharuddin et.al)
Pembelajaran.
Definisi

Proses belajar bagi memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani


latihan (Kamus Dewan)

Aktiviti mental, fizikal, atau rohani pada diri pelajar itu sendiri

Perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana


pengalaman atau latihan yang diteguhkan

Tidak melibatkan penguasaan fakta atau konsep bidang ilmu sahaja


tetapi turut melibatkan perkara berkaitan emosi, kasih sayang,
benci, hasad dengki dan kerohanian

Tidak terbatas kepada apa yang dirancang tetapi turut melibatkan


pengalaman di luar kawalan seperti kemalangan atau jatuh cinta
pada pandangan pertama
2.0 Perbandingan Pembelajaran Tradisional
dan Pembelajaran Berdikari - Reflektif:
Tradisional Berdikari-Reflektif
Titik Tolak Transmisi pengetahuan Kekuatan dan kelemahan
pelajar
Tujuan Perubahan Membangunkan pelajar
yang bertanggungjawab
Peranan Pelajar Penerima pasif Pembuat keputusan yang
aktif
Peranan Guru Pemberi maklumat Pemudah cara
Indikator Kejayaan Perubahan mengikut Kebolehan mengaplikasi
markah ujian idea secara berdikari dan
menetapkan matlamat
sendiri
Pembelajaran Preskriptif Menyokong pengambilan
risiko
Persekitaran Diarah guru Kumpulan koperatif
Komunikasi Guru Pelajar Guru memperbaiki Dua arah, positif, spesifik
kesilapan dan regular
Strategi Penyoalan Soalan tertutup Soalan terbuka
Maklum Balas Menentukan sama ada Menggalakkan dan
jawapan betul memuji
Struktur Masa dan rutin tetap Luwes input pelajar
3.0 Model-Model Pengajaran:
Dalam proses pengajaran, komunikasi dan interaksi
membentuk corak pembelajaran pelajar. Pakar dalam bidang
pendidikan merumuskan terdapat empat corak interaksi yang
berlaku iaitu:

Guru pelajar
Guru kumpulan
Pelajar-pelajar dengan guru
Pelajar pelajar

Manakala dua model pengajaran yang melibatkan interaksi antara


pelajar dan guru ialah:
3.1 Model Pengajaran Langsung
3.2 Model Pengajaran Tidak Langsung
3.1 Model Pengajaran Langsung

Model ini memperlihatkan situasi pendekatan berpusatkan


guru. Proses ini berlaku apabila guru mengajar
menggunakan kawalan yang ketat dengan guru aktif dan
semua pelajar pasif. Perhubungan pelajar guru terbatas
kepada pendengaran, pengamatan dan asimilasi sahaja.
Corak model seperti ini menyekat kebebasan pelajar
memberikan idea, pandangan dan pendapat. Pendekatan ini
bukan sahaja menjadikan pelajar pasif, malah suasana
pembelajaran dalam kelas membosankan. Hal ini kerana
keadaan percakapan guru sewaktu memberikan kuliah,
arahan atau pun mengkritik pelajar mewujudkan suasana
mengancam, kurang selamat dan tekanan kepada pelajar.
3.2.1 Kaedah Penerangan dan Perbincangan
Kaedah ini menggalakkan berlakunya
komunikasi dua hala. Proses pengajaran
dan pembelajaran ini mendorong
penyertaan pelajar dan guru secara aktif.
Suasana ini diwujudkan apabila guru
menyoal pelajar dan pelajar memberikan
jawapan atau respons kepada soalan guru.
3.2.2 Kaedah Pembelajaran Secara Aktif
Situasi pembelajaran secara aktif
selalunya berlaku ketika pembelajaran
amali. Guru memberikan penerangan
kepada konsep dan permasalahan,
manakala pelajar bertindak
menyelesaikan masalah melalui kerjasama
secara berkumpulan sepanjang proses
amali. Peranan guru sebagai pemudah
cara yang membantu sebarang
permasalahan yang timbul mengekalkan
interaksi pelajar dengan guru.
3.2.3 Kaedah Berkumpulan
Kaedah pembelajaran berkumpulan
mengintegrasikan kepelbagaian bentuk
komunikasi dan interaksi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah
pembelajaran ini membolehkan pelajar-pelajar
dalam setiap kumpulan berinteraksi sesama
sendiri di bawah pimpinan guru. Kaedah ini
mewujudkan sikap kerjasama, toleransi dan
tolong-menolong dalam kalangan pelajar
tersebut. Kaedah ini turut mengasah
kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan,
kreativiti, komunikasi, penyelesaian masalah
dan membuat keputusan.
3.2.4 Kaedah Kumpulan-Kumpulan dan Guru
Kaedah ini mirip kepada situasi pembelajaran
berkumpulan kerana interaksi masih wujud
dalam kumpulan dan dengan guru.
Perbezaaannya ialah apabila interaksi turut
berlaku antara kumpulan dengan kumpulan lain.
Melalui kaedah ini, proses pertukaran idea
lebih bercambah, pembelajaran menjadi lebih
dinamik dan pelajar lebih aktif. Menerusi
kaedah ini guru berperanan sebagai pakar
rujuk dalam pertukaran maklumat dan idea
bagi mendapatkan keputusan lebih mantap.
3.2.5 Kaedah Perbincangan

Perbincangan dan sumbang saran ialah proses


menjana minda dan emosi individu ke arah
penyelesaian masalah, membuat keputusan,
atau bagi mencapai kata sepakat dalam
sesuatu hal, perkara atau isu. Melalui kaedah
ini pelajar dikehendaki memainkan peranan
yang aktif dalam mengulas, menyelesaikan
serta membuat kesimpulan mengenai masalah
atau isu. Justeru, kaedah ini sehaluan dengan
pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar.

Masalah:
Pelaksanaan perbincangan secara bebas
dan tradisional yang berlaku di dalam
kelas tidak begitu berkesan kerana
terdapat pelajar-pelajar yang pasif dan
tidak begitu mahir mengeluarkan
pendapat masing-masing. Keadaan ini
lebih ketara apabila ada pelajar-pelajar
bersifat ekstrovert yang selalunya akan
menguasai perbincangan. Selain itu
perbincangan secara bebas lebih sukar
dikawal dan guru biasanya akan
memainkan peranan lebih dari sepatutnya.

Cadangan:
Gunakan teknik perbincangan 1-2-4
untuk mengatasi masalah yang wujud
dalam perbincangan bebas serta
menimbulkan interaksi menyeluruh
dalam kelas. Peranan guru dalam variasi
perbincangan ini adalah minima. Guru
cuma merupakan fasilitator dan bebas
bergerak dari satu kumpulan ke
kumpulan yang lain untuk membantu
proses perbincangan.
3.2.5.1 Pelaksanaan Perbincangan 1-2-4

Bekerja

Perbincangan 1-2-4 melibatkan 4 tahap yang


bermula dengan:
3.2.5.1.1 Tajuk
Guru menyediakan tajuk-tajuk atau
masalah yang sesuai dengan pelajar. Tajuk atau
masalah yang dipilih seharusnya mempunyai
kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
3.2.5.1.2 Satu
Guru menerangkan masalah atau tajuk yang
harus dibincangkan oleh pelajar terlebih
dahulu. Pelajar diminta memikirkan isi atau
penyelesaian yang dikehendaki berdasarkan
pengalaman atau pengetahuan. Pelajar diminta
mencatatkan pendapat masing-masing. Pada
tahap ini, semua pelajar diminta menyelesaikan
tugasan tanpa berbincang antara satu sama
lain. Masa yang diberi untuk aktiviti ini adalah
5 minit sahaja

Tujuan:
Memberi peluang kepada semua pelajar
berfikir secara individu tanpa diganggu oleh
perasaan, pengalaman atau pendapat orang lain.
Dapat mengaitkan tajuk atau masalah
perbincangan dengan pengalaman dan
pengetahuan lalu.
Menulis pendapat - proses pemikiran serta
aliran pendapat menjadi lebih konkrit dan
nyata yang secara langsung melatih pelajar
berfikir secara lebih sistematik. Apa jua
pengalaman dan pendapat yang ada dapat
dilahirkan tanpa sebarang ancaman atau
kritikan yang mungkin memutuskan aliran
pemikiran.
3.2.5.1.3 Dua

Selepas masa tamat, tiap-tiap individu diarah memilih seorang


pelajar lain untuk membentuk pasangan. Apabila pasangan
dibentuk kertas catatan ditukar antara satu sama lain. Setiap
orang dikehendaki membaca kertas catatan orang lain dan
membincangkan dan merumuskan persamaan dan perbezaan
perndapat serta mengumpulkan isi perbualan pasangan masing-
masing. Perbincangan berpasangan membantu memastikan
semua pelajar aktif berbincang. Hal ini menolong pelajar yang
bersifat pasif, introvert dan kurang keyakinan diri dalam
aktiviti perbincangan untuk terlibat dalam sesi sol jawab tanpa
tekanan. Setiap pasangan juga akan berasa lebih bertanggung
jawab untuk mempertahankan kedudukan mereka kerana
mereka terpaksa bergabung dengan pasangan yang lain kelak.
Masa untuk tahap Dua adalah lebih kurang 10 minit sahaja.
3.2.5.1.4 Empat

Seterusnya setiap pasangan diminta bergabung dengan satu lagi


pasangan untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada empat
orang. Rumusan yang dibuat oleh setiap pasangan tadi ditukar dan
perbincangan akan berlangsung dengan meneliti persamaan dan
perbezaan rumusan-rumusan itu. Kumpulan dikehendaki membuat
kesimpulan perbincangan kumpulan pula. Masa yang diperuntukkan
untuk perbincangan kumpulan adalah 25 minit.

Tahap ini merupakan tahap yang paling penting kerana di samping


mengembangkan dan menambahkan idea-idea dalam kumpulan
setiap ahli masih diberi peluang untuk memainkan peranan yang
aktif. Oleh sebab setiap kumpulan biasanya terdiri daripada dua
pasangan, maka idea-idea tidak mungkin di `outnumbered. Hal ini
akan memberi peluang kepada setiap pasangan untuk menjelaskan
idea masing-masing.

3.2.5.1.5 Sesi Pleno

Bila masa tamat setiap kumpulan diminta menghantar


seorang pelapor untuk melaporkan rumusan kumpulan
masing-masing. Setiap kumpulan diminta menyampaikan
satu isi diikuti oleh kumpulan yang lain. Hal ini boleh
berlangsung sehingga masa tamat atau semua isi telah
dilaporkan. Rumusan kumpulan boleh dicatatkan pada papan
tulis atau dipancanrkan menggunakan teknologi sedia ada
dalam kelas. Sebaik-baiknya semua kumpulan diberi peluang
membuat laporan jika masa mengizinkan. Pelajar-pelajar
lain digalakkan untuk menyoal pelapor-pelapor jika ada
keraguan. Akhir sekali, guru boleh membuat kesimpulan
atau menambah isi jika perlu.
4.0 Kemahiran Menyoal:
Penyoalan merupakan satu teknik yang digunakan
dengan meluas oleh guru dalam usaha
menyampaikan fakta, konsep dan prinsip sesuatu
bidang ilmu serta meningkatkan pemikiran murid.
Sejak beribu-ribu tahun guru telah menggunakan
teknik penyoalan untuk menyampaikan pelbagai
ilmu sama ada di peringkat pra sekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah, mahu pun di
universiti. Dalam satu kajian awal oleh Stevens
(1912), didapati guru memperuntukkan 80% masa
di sekolah menyoal murid. Kajian yang dijalankan
oleh Leven dan Long (1981) mendapati guru
bertanya 300 hingga 400 soalan sehari.
Kemahiran menyoal boleh menjadi salah
satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
efektif di bilik darjah untuk menggalakkan
interaksi antara guru dan murid serta murid
dengan murid.
Penyoalan berupaya mewujudkan iklim
interaksi yang lebih merangsangkan
merangsangkan murid untuk terus berminat
dalam pelajaran mereka. Selain daripada itu,
penyoalan berupaya mendapatkan maklumat
dengan cara mencungkil pengetahuan murid,
menolong mengulang kaji pelajaran yang lepas
dan mengukuhkan pelajaran yang sedang
disampaikan.
Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis,
analitis dan mendapat maklum balas yang logik dan tepat.
Tambahan pula penyoalan dapat membantu menghubungkan di
antara guru dengan murid dan menyatukan ahli-ahli kumpulan
melalui interaksi.

Apakah tujuan penyoalan? Menurut Morgan dan Saxton (1991)


guru menyoal untuk melibatkan murid supaya lebih aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sambil menilai pembelajaran
dan membuka peluang untuk murid memberi pendapat dan buah
fikiran mereka. Soalan memainkan peranan penting dalam bilik
darjah untuk memberi murid peluang membina ilmu atau
pengetahuan melalui asimilasi dan integrasi konsep-konsep baru
(Hauser, 1990). Untuk mempertingkatkan kefahaman, murid tidak
boleh dibiarkan pasif dalam bilik darjah dan perlu digalakkan lebih
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Davis dab
Murrell, 1994)
Jelasnya, kemahiran menyoal merupakan wahana utama
interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk:
Meneroka pengalaman dan pengetahuan pelajar
Meningkatkan ingatan terhadap isi-isi pelajaran yang
penting
Tujuan ulangkaji
Merangsang pemikiran pelajar dari tahap pengetahuan
hingga tahap penilaian dan domain kognitif
Merupakan teknik yang wujud hampir dalam semua
proses pengajaran dan pembelajaran bermula daripada:
Peringkat
4.1 Teknik menyoal.
Pembelajaran boleh dirangsang melalui teknik penyoalan. Teknik ini
membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan. Guru perlu
merancang terlebih dahulu bentuk soalan yang hendak dikemukakan dan
guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalan-soalan secara spontan.
Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat murid juga boleh digunakan.
Soalan yang dikemukakan hendaklah:-

jelas dan mengandungi satu idea.


ringkas supaya mudah diingati oleh murid.
menepati masa , diminati, mencabar dan berkaitan dengan pengajaran.
menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid.
mengandungi lebih daripada jawapan ya

Memandangkan penyoalan adalah cara yang berkesan untuk menggalakkan


penyertaan murid secara aktif, guru perlu menggunakan soalan sekerap
mungkin. Penyoalan boleh digunakan pada peringkat permulaan,
perkembangan dan peringkat penutup pelajaran.
4.2 Prinsip-Prinsip Penyoalan:

Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang


Soalan hendaklah bersesuaian dengan peringkat kebolehan murid
Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
Perkataan atau istilah yang digunakan dalam soalan seharusnya difahami
murid
Beri peluang kepada murid memikirkan jawapan.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Tobin (1987), didapati guru tidak sabar
menunggu jawapan yang diberi oleh murid lebih daripada 1.5 saat setelah
bertanya sesuatu soalan. Horne (1982) melaporkan bahawa dengan
memanjangkan masa guru menunggu jawapan daripada murid, penglibatan
murid dalam kelas telah bertambah. Kadangkala guru tidak sedar betapa
penting menunggu sebelum meminta murid lain menjawab atau guru sendiri
yang memberi jawapan.
Wilen (2000) dalam satu kajian yang melibatkan 100 murid sekolah
rendah melaporkan bahawa guru yang menunggu kira-kira 3 saat setelah
soalan dikemukakan, jawapan yang diberi oleh murid lebih lengkap dan
tepat. Murid lemah yang biasanya menjawab 'tidak tahu' telah mencuba
memberi jawapan, walau kadang kala jawapan berkenaan tidak begitu
tepat. Galakan untuk menjawab adalah kerana masa yang diberikan oleh
guru untuk menjawab sesuatu soalan.

Kesimpulannya, masa menunggu jawapan daripada murid memainkan


peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian murid dalam pelbagai
jenis mata pelajaran. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa guru yang
memberi murid lebih banyak masa untuk menjawab berjaya meningkatkan
penguasaan sesuatu bidang ilmu serta menggalakkan penglibatan murid.

4.3 Amalan Penyoalan Berfokus:

Dalam usaha memperkembangkan daya efektif pelajar, soalan-


soalan yang sesuai, beraneka dan mencabar perlu dikemukakan
supaya proses intelek pelajar sentiasa aktif. Soalan-soalan perlu
berfokus kepada inkuiri supaya pelajar dapat berfikir untuk
memahami konsep, faktor penyebab,membuat perbandingan,
membuat ramalan dan menilai. Misalannya dalam mata pelajaran
sejarah, pelajar akan mempelajari fakta-fakta tentang kaum-kaum
zaman dahulu. Soalan seperti bagaimanakah kehidupan sesuatu
kaum pada masa itu, apakah bahasa yang digunakan; apakah
kemajuan yang dicapai oleh kaum itu; menggalakkan pelajar
berfikir, menimbang sesuatu dan membuat rumusan dengan tepat.
Kaedah penyoalan juga bergantung kepada
situasi dan menilai pengetahuan sedia ada
dalam kalangan pelajar. Ada kala pelajar lain
boleh diminta memberi rangsangan dalam
membantu seseorang pelajar memberi
jawapan yang tepat. Guru perlu sentiasa
menggalakkan pelajar memberi idea tanpa
memperdulikan jawapan itu betul atau salah.
Penghargaan dan pengukuhan adalah amalan
yang berkesan bagi menarik minat pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4.3.1 Panduan Peneguhan:
Pujian dan kemesraan yang ditunjukkan oleh guru dapat
meningkatkan pencapaian murid-murid serta memupuk sikap
yang positif
Pengukuhan positi hendaklah digunakan secara jujur
Peneguhan positif seperti memuji usaha murid adalah lebih
berkesan berbanding peneguhan negatif seperti mengkririk
atau menyindir murid

4.3.2 Objektif Kemahiran Peneguhan:


Menarik perhatian murid-murid dalam pengajaran
Menggalakkan murid-murid mencuba dengan lebih giat lagi
Meningkatkan lagi pencapaian akademik murid-murid
Keyakinan diri murid-murid dapat dipertingkatkan lagi
4.4 Penyoalan.

4.4.1 Aras soalan


mudah ke tinggi.
penggunaan perkataan padat, tepat dan mudah difahami.
soalan berfokus kepada satu idea.
soalan berfokus lebih daripada satu idea.

4.4.2 Alih hala soalan


menghala soalan yang sama kepada murid yang lain.

4.4.3 Sebaran
mengemukakan soalan secara rawak untuk meliputi seluruh
kumpulan

4.4.4 Hentian (pause)


berhenti seketika selepas mengemukakan soalan.
4.4.5 Memberi petunjuk
memasukkan tanda saran (cues) isyarat yang membawa terus
kepada jawapan.

4.5 Aras soalan.

4.5.1 Pengetahuan (ingat kembali)


soalan yang hanya memerlukan murid mengigat kembali dan
menyatakan semula keterangan yang telah dipelajari.

4.5.2 Kefahaman
soalan menguji kefahaman murid mengenai suatu perkara.

4.5.3 Aplikasi
soalan yang dapat murid menggunakan pengetahuan.
4.5.4 Analisa.
Memerlukan murid mengkaji, mengintepretasi hasil, membuat
huraian daripada hasil kajian dan dapat mengatur serta
melahirkan pemikiran.

4.5.5 Sintesis
Mengemukakan soalan yang melibatkan seorang atau beberapa
orang murid dalam aktiviti kreatif, satu situasi yang membawa
kepada penyatuan beberapa idea.

4.5.6 Penilaian
Soalan yang memerlukan murid memberi hujah mengenai idea
atau nilai dan memberi sebab untuk menyokong pertimbangan
mereka.
4.6Soalan aras tinggi.

4.6.1 Mencungkil.
soalan yang membolehkan murid memikirkan
jawapan yang lebih baik daipada jawapan yang telah
diberikan.

4.6.2 Penjelasan
memerlukan jawapan yang lebih jelas dan padat.
Rumusan:
Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan
mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan
nama murid
Bentuk soalan hendaklah sentiasa berubah-ubah untuk
menarik minat murid
Pastikan soalan yang dikemukakan secara lisan dapat
didengar oleh seluruh kelas
Elakkan daripada mengemukan soalan mengikut turutan
nama atau susunan tempat duduk
Soalan yang dibentuk harus mendorong murid berfikir
Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
Soalan hendaklah ringkas dan tepat
Peneguhan memalui maklum balas segera mengenai jawapan
4.7 Kesan Kemahiran Menyoal ke Atas Pengajaran dan
Pembelajaran:

Murid akan bertambah aktif dan akan mengemukakan


soalan (dengan galakan guru)
Menambahkan minat murid dan mengelakkan perasaan jemu
Menguji pengetahuan sedia ada murid
Mengenal pasti pemasalahan yang dihadapi murid
Mengeratkan lagi hubungan guru-murid
Murid lebih bersedia dan yakin menghadapi peperiksaan
Membantu murid membuat ulangkaji dan membuat jangkaan
terhadap tajuk-tajuk penting untuk peperiksaan
5.0 Asas Teknik Penyoalan (5W 1H) dan
Kepentingan Aras Kognitif Soalan: H
The "Five Ws" (and one H) were memorialized by Rudyard Kipling in his "
Just So Stories" (1902), in which a poem accompanying the tale of "The Elephant's
Child" opens with:

I Keep six honest serving-men:


(They taught me all I knew)
Their names are What and Where and When
And How and Why and Who.
I send them over land and sea,
I send them east and west;
But after they have worked for me,
I give them all a rest.

I let them rest from nine till five.


For I am busy then,
As well as breakfast, lunch, and tea,
For they are hungry men:
But different folk have different views:
I know a person small
She keeps ten million serving-men,
Who get no rest at all!
She sends 'em abroad on her own affairs,
From the second she opens her eyes
One million Hows, two million Wheres,
And seven million Whys!

Dalam bidang kewartawanan 5 W dan 1 H adalah maklumat asas untuk


mendapatkan cerita penuh tentang sesuatu. Hal ini kerana tidak ada
satu pun soalan tersebut boleh dijawab hanya dengan ya atau tidak
sahaja.
Who? Siapa yang terlibat?
What? Apa berlaku? (Apa ceritanya)
When? Bila perkara itu berlaku?
Where? Di mana ia berlaku?
Why? Kenapa ia berlaku?
How? Bagaimana ia berlaku?
5.1 Aras Kognitif Soalan:

Jenis soalan yang ditanya memainkan peranan penting dalam perkembangan


pemikiran murid. guru yang bertanya lebih banyak soalan aras kognitif tinggi
akan dapat memperbaiki pencapaian serta proses pemikiran murid. Soalan aras
rendah hanya meminta murid mengingat kembali fakta manakala soalan aras
kognitif tinggi menggalakkan murid mengaplikasi konsep,membuat analisis serta
sintesis.

Kajian yang dijalankan oleh Hunkins (1969) mendapati bahawa kumpulan murid
yang gurunya menggunakan banyak soalan aras kognitif tinggi berjaya mendapat
markah yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan murid yang didedahkan
kepada soalan aras kognitif rendah. Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan
50 murid sekolah rendah yang mempelajari kajian sosial. Kleinman (1965)
menjalankan kajian dalam kalangan 80 murid sekolah rendah yang mempelajari
sains. Dapatan menunjukkan bahawa guru yang menggunakan soalan aras kognitif
tinggi; markah muridnya dalam mata pelajaran sains telah meningkat berbanding
dengan murid yang disoal menggunakan soalan aras kognitif rendah.
Mahlios dan D'Angelo (1990) mengkaji kesan aras kognitif soalan dalam
pengajaran pendidikan moral mendapati bahawa prestasi murid telah
bertambah baik apabila didedahkan kepada soalan aras kognitif tinggi.
Kajian yang dijalankan melibatkan 70 murid sekolah rendah. Juga sikap
murid terhadap pendidikan moral lebih positif apabila disoal dengan
soalan aras kognitif tinggi. Dalam pengajaran pendidikan bahasa pula,
murid yang diajar dengan kerap menggunakan soalan aras kognitif tinggi,
selain pencapaian mereka meningkat, penglibatan murid dalam kelas telah
bertambah baik dan soalan-soalan yang ditanya lebih bernas.

Aras kognitif soalan yang ditanya oleh guru memainkan peranan penting
dalam mempengaruhi pencapaian murid dalam pelbagai jenis mata
pelajaran. Soalan aras kognitif tinggi juga berjaya meningkatkan
pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran. Penglibatan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran juga telah bertambah sehingga
murid lemah turut digalakkan bertanya dan menjawab soalan.
5.2 Penyoalan dan Jenis-Jenis Soalan:

Penyoalan (teknik, jenis, taburan, gerak balas, dll) merupakan satu kemahiran
penting bagi mewujudkan interaksi guru-pelajar. Soalan hendaklah dirancang
dengan baik supaya pelajar berpeluang terlibat dalam berbagai-bagai jenis proses
mental.Berbagai-bagai jenis soalan boleh digunakan, misalnya
soalan:
i. yang memerlukan daya ingatan;
ii. yang memerlukan pemikiran yang analitikal;
iii. yang memerlukan pemikiran kreatif; dan
iv. yang memerlukan penilaian.

Cara guru menyoal serta cara melayani soalan dan jawapan pelajar juga penting
diberikan perhatian.
i. Adakah guru menggunakan prinsip menyoal dengan betul?
ii. Adakah guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas?

Pada umumnya soalan boleh dibahagikan kepada soalan menumpu dan soalan
mencapah. Soalan-soalan ini digunakan untuk tujuan tertentu.
5.2.1 Soalan Menumpu:

Jenis soalan ini berdasarkan kepada susunan beberapa soalan secara


bersiri. Soalan jenis ini bertujuan untuk menumpukan idea atau hujah
yang hendak diketengahkan.

Contoh:-
1. Nyatakan 2 peringkat perkembangan penentangan Dol Said di Naning?
2. Namakan 3 tokoh yang terlibat di dalam penentangan Dol Said di Naning?
3. Perihalkan 2 peringkat perkembangan penentangan Dol Said di Naning.
4. Terangkan bagaimana British boleh memenangi peperangan kali kedua ke
atas Naning?
5.2.2 Soalan Mencapah:

Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran yang kritis, analitis dan
rasional murid sebelum memberikan jawapan. Soalan bertujuan untuk
mengalihkan perhatian murid dari satu hujah kepada hujah yang lain yang
ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas.

Contoh:-
i. Mengapakah pada awal kebangkitan menentang penjajah tidak ramai
orang menyertai penentangan tersebut?
ii. Ceritakan apa akan berlaku jika penentangan berlaku serentak di
seluruh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?
iii. Pada pendapat anda, berikan alasan kesan daripada kebangkitan Hj
Abdul Rahman Limbong di Terengganu pada tahun 1928.

6.0 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang


Menyokong Perkembangan Kemahiran Menyoal:
6.1 Kaedah Pengajaran:

6.1.1 Simulasi:

Maksud:
Situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan
sama dengan situasi sebenar.

Jenis Simulasi:
a) Sosiodrama menggunakan skrip dan mengandungi konflik
b) Main Peranan - Lakonan spontan tiada skrip diperlukan, tidak
menggunakan skrip. Mengandungi keterangan ringkas dan pelajar
memikirkan sendiri penyelesaian

Persediaan:
i. Guru merancang
ii. Guru menjelaskan secara ringkas mengenai situasi, masalah, peranan
dan tempoh lakonan
iii. Guru menyediakan skrip
iv. Guru membimbing pelajar membuat keputusan

Kelebihan:
1. Pelajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat
2. Kemahiran pertuturan pelajar dapat dipertingkatkan
3. Pelajar dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarik
4. Pelajar dapat membincangkan dan menghayati nilai-nilai yang baik dalam
lakonan
5. Pelajar dapat menonjolkan bakat lakonan mereka
6.1.2 Tunjuk Cara (Demonstrasi):

Maksud:
Situasi pembelararan dengan guru menunjukkan cara melakukan
sesuatu aktiviti atau memilih pelajar yang berpengalaman untuk
melakukan aktiviti yang dikehendaki.

Langkah-Langkah Tunjuk Cara:


i. Perancangan
ii. Pelaksanaan tunjuk cara
iii. Latihan
iv. Rumusan
Pelaksanaan Tunjuk Cara:
a) Menyediakan peralatan yang diperlukan
b) Memandang ke arah pelajar semasa tunjuk cara
c) Menggunakan teknik untuk menarik perhatian pelajar
Teknik Menyoal soalan mestilah jelas dan mudah difahami
i. Menyusun aras soalan
ii. Kemuka soalan dahulu
iii. Berusaha mencungkil jawapan
iv. Memberi masa secukupnya sebelum menjawab
v. Memberi peluang kepada lebih daripada seorang
vi. pelajar untuk menjawab
Membuat penegasan kepada bahagian yang penting dalam
tunjuk cara

6.1.3 Lawatan Sambil Belajar:

Maksud:
Membawa sekumpulan pelajar ke tempat sebenar sebagai aktiviti
sokongan pembelajaran

Tujuan Lawatan:
i. Membolehkan pelajar mendapat pengalaman sebenar dalam
lawatan
ii. Membolehkan pelajar membandingkan situasi sebenar dengan
perkara yang dipelajari di dalam kelas
iii. Mempelbagaikan aktiviti agar pelajar tidak mudah bosan
iv. Mengeratkan hubungan pelajar dengan masyarakat
Persediaan:
a. Memilih tempat lawatan yang berkaitan dengan topik pelajaran
b. Memohon kebenaran sekolah dan pejabat pendidikan daerah
c. Menghubungi dan mendapat kebenaran lawatan daripada pihak
yang ingin dilawati
d. Menguruskan pengangkutan dan penginapan pelajar untuk lawatan
e. Memberi taklimat kepada pelajar sebelum lawatan
f. Menyediakan perlatan yang diperlukan
g. Membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil mengikut topik
h. Memastikan pelakar terlibat aktif dalam aktiviti kajian
i. Memberi bimbingan kepada pelajar yang kurang faham
j. Mengadakan sesi perbincangan mengenai aktiviti yang dilakukan
semasa lawatan
k. Aktiviti susulan
6.1.4 Pembelajaran Akses Kendiri:

Maksud:
Suatu pendekatan pembelajaran yang memberi ruang dan peluang
pelajar belajar secara kendiri.Pelajar menggunakan dan
mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran.

Keperluan:
a) Hanya pelajar sendiri dapat melakukan pembelajaran secara
optimum
b) Terdapat ruang tiada guru yang dapat melakukannya untuk
pelajar
c) Setiap pelajar mempunyai minat, keperluan, sikap dan tahap
kecerdasan dan kebolehan yang berbeza
d) Pelajar yang lebih tahu menentukan sendiri strategi
pembelajaran terbaik untuknya
Ciri-Ciri:
a. Guru berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor
b. Suasana pembelajaran fleksibel, selesa dan tanpa tekanan
c. Bahan PAK dan bahan fasilitator mudah diakses
d. Pemilihan bahan dan akvititi pembelajaran yang luas
e. Kemudahan yang membolehkan pelajar belajar secara sendiri
atau kumpulan
f. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan
pelajar
6.2 Kaedah Pembelajaran:

6.2.1 Pembelajaran Inkuiri:

Pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri bukanlah sesuatu yang baru


dan terdapat pelbagai definisi yang berkaitan dengannya. Philip (2004),
menyatakan sekiranya kita tanya kepada sepuluh orang pendidik yang
berlainan untuk mendefinisikan inkuiri nescaya kita akan mendapat
sebelas definisi yang berbeza tentangnya. Pendekatan inkuiri di dalam
pembelajaran boleh dilihat dalam pelbagai bentuk bergantung kepada
bidang mata pelajaran yang dipelajari. Sebagai contoh dalam mata
pelajaran sains, inkuiri mungkin akan melibatkan pelajar di dalam membuat
penyiasatan dan menjelaskan sesuatu fenomena yang dianggap baru
kepada mereka, atau pelajar dikehendaki menguji hipotesis secara
saintifik di dalam ujikaji di makmal. Berdasarkan kepada Piawaian
Pendidikan Sains Antarabangsa (National Research Council, (1996),
pembelajaran sains melalui inkuiri merujuk kepada aktiviti yang dilakukan
oleh para pelajar dalam membina pengetahuan mereka dan memahami
idea-idea saintifik seperti kaedah yang dilakukan oleh para saintis
menyelidiki alam ini.
Dalam bidang sains sosial pula, melalui inkuiri pelajar mungkin
dikehendaki menganalisa bahan-bahan dari sumber pertama yang
dapat digunakan bagi menjelaskan serta memahami sesuatu
kejadian di dalam peristiwa sejarah dan bagaimana mereka dapat
mengaitkannya dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Carin
dan Sund (1971) mendefinisikan inkuiri sebagai pembelajaran
tidak langsung yang melibatkan aktiviti penerokaan dan penemuan
yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat.
Inkuiri berasaskan kepada penyoalan dan penyelesaian masalah di
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti
tersebut pelajar akan terlibat di dalam pemprosesan maklumat
mental untuk mendapatkan kefahaman yang bermakna, dan
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran mereka. Herron
(1971) telah membahagikan pembelajaran secara inkuiri kepada
empat aras. Aras-aras tersebut adalah bergantung kepada
berapa banyak peranan yang diberikan kepada pelajar di dalam
proses pembelajaran mereka. Semakin banyak peranan dimainkan
oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka semakin tinggi
aras pembelajaran berasaskan inkuiri, dan begitulah sebaliknya.
Sekiranya semua masalah, prosedur, serta jawapan telah
disediakan oleh guru dan pelajar hanya berperanan sebagai
penerima sahaja di dalam pembelajaran mereka, maka ia
tidak dianggap sebagai pembelajaran berasaskan inkuiri
(pengesahan).
Sebaliknya jika masalah, prosedur serta jawapan diberikan
oleh pelajar sendiri dan guru hanya bertindak sebagai
pembimbing maka ia merupakan pembelajaran berasaskan
inkuiri pada aras yang paling tinggi (inkuiri terbuka).
Sekiranya, guru menyediakan masalah dan prosedur
sementara pelajar dikehendaki mencari jawapan
berdasarkan prosedur yang telah disediakan, maka ia
dikategorikan sebagai inkuiri berstruktur. Seterusnya jika
guru hanya menyediakan masalah-masalah sementara pelajar
sendiri yang menentukan prosedur serta memberikan
jawapan terhadap permasalahan yang diberikan, maka
pembelajaran tersebut dikategorikan sebagai inkuiri
terbimbing.
Jadual 1: Empat Aras Pembelajaran Inkuiri (Herron, 1971)

Aras Jenis Inkuiri Penerangan


I Pengesahan Pelajar mengesahkan prinsip-prinsip tertentu
(Conformation) berdasarkan aktiviti penerangan oleh guru dan
keputusan sesuatu penyelidikan telah diketahui terlebih
awal
II Inkuiri Berstruktur Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan dan
(Structured Inquiry) langkah-langkah yang telah ditentukan oleh guru
III Inkuiri Terbimbing Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-
(Guided Inquiry) soalan yang telah disediakan oleh guru, dan pemilihan
langkahlangkah penerokaan ditentukan sendiri oleh
pelajar.
IV Inkuri Terbuka Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan
(Open Inquiry) soalan-soalan dan langkah-langkah yang dibina
dan ditentukan sendiri oleh mereka berdasarkan
topik-topik yang tertentu.
Setiap pendekatan inkuiri mempunyai kelebihan dan
kelemahannya yang tersendiri. Pendekatan inkuiri yang
ingin digunakan seharusnya disesuaikan dengan bidang
dan tahap pemikiran pelajar-pelajar yang terlibat.
Sebagai contoh, inkuiri terbuka mungkin lebih sesuai
untuk pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi
manakala inkuiri terbimbing mungkin lebih sesuai untuk
pelajar-pelajar di peringkat sekolah. Inkuiri
terbimbing adalah di antara pendekatan yang
difikirkan lebih sesuai digunakan untuk membina bahan
pengajaran berasaskan komputer yang ditujukan
kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah.
Kesimpulannya, kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
perlu untuk membangunkan kemahiran menyoal kerana mahir hanya dalam
satu kaedah pengajaran sahaja tidak menjamin seseorang guru itu boleh
menangani secara bijak segala masalah dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana kepelbagaian kaedah membolehkan guru:

Mengenal pasti dan memilih kaedah-kadah pengajaran yang dijangka


berkesan dalam mencapai objektif pengajaran yang dirancang
berdasarkan keperluan pelajar dan subjek yang diajar.
Melaksanakan aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar.
Mengelakkan diri daripada dibelenggu buku teks dan kaedah chalk &
talk semata-mata.
Meningkatkan repertoire pengajaran kerana penguasaan pelbagai
kaedah pengajaran menjadikan guru berdaya lentur dan dapat mengubah
keadaan pengajaran bila dan dimana perlu berdasarkan situasi.
Mewujudkan prinsip kepelbagaian sebagai rempah hidup di bilik darjah
untuk mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya
keberkesanan pembelajaran pelajar itu sendiri.
7.0 Faktor-faktor yang Perlu diberi Pertimbangan dalam
Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan
Teknik Penyoalan:

Latar belakang pelajar


Peringkat umur, pengalaman/pengetahuan sedia ada, minat
Stail pembelajaran (kesediaan untuk belajar)
Isi kandungan pelajaran
Tajuk Konkrit? Abstrak? Mudah? Kompleks? Teori? Amali? Ulangan? Perkara
baru?
Objektif pengajaran
Berapa dan bentuknya? Dalam domain taksonomi apa dan peringkat mana?
Sumber pengajaran dan pembelajaran (ABM)
Sedia ada di sekolah, boleh didapati dari sumber luar sekolah atau boleh
disediakan guru dan pelajar?
Peruntukan masa
Berapa waktu? Berapa minit? Bila? Pagi? Tengahari? Petang?
Stail pengajaran (kesediaan pengajaran)
Latar belakang guru: pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan iltizam, kemahuan.
Kesimpulan
Pengajaran merupakan satu proses aktiviti yang disusun untuk
membawa perubahan kepada pelajar. Sebagai seorang guru,
banyak amalan perlu dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas menjadi berkesan dan bermakna kepada pelajar.
Suasana pembelajaran dan pengajaran guru akan menjadi hambar
dan tidak bermakna kepada pelajar sekiranya mutu pengajaran
dan pembelajaran tidak berada pada tahap yang memuaskan. Hal
ini adalah kerana pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses
menyampaikan ilmu pengetahuan. Justeru, amalan pengajaran dan
pembelajaran yang sempurna dan menyakinkan perlu disusun
dengan mengutamakan objektif secarajelas, tepat serta mudah
difahami. Strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang
dengan sebaik mungkin supaya matlamat pengajaran tercapai
malah pelajar dan guru akan sama-sama berasa puas setelah
tamat satu-satu sesi pengajaran pembelajaran.
(a) Kemahiran mengurus
- mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal, bahan-bahan pengajaran
dan sebagainya.

(b)Kemahiran merancang
- menentukan objektif pelajaran, memilih isi pengajaran, memilih strategi
dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran pembelajaran,
memilih dan menyediakan pelajaran serta menyediakan dan mengurus
kemudahan untuk menjalankan aktiviti pengajaran.

(c) Kemahiran berfikir


- kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses
pemikiran seperti banding-beza, menghuraikan dan lain-lain.

(d) Kemahiran pemudah cara


- fasilitator yang membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain.
(e) Kemahiran mengajar
- membentuk aktiviti pengajaran yang sistematik, menarik dan berkesan.

(f) Kemahiran belajar


- kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses maklumat yang
diterima, menyimpannya dalam stor ingatan dan mengaplikasikan untuk
menyelesaikan masalah.

(g) Kemahiran berkomunikasi


- secara lisan atau bertulis.

(h) Kemahiran menilai


- mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

(i) Kemahiran ICT


- menggunakan teknologi maklumat.
Sepuluh cadangan amalan bermakna dan berkesan dalam proses penyampaian
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas:-

1. Merancang Persediaan Sebelum Mengajar sebelum memulakan sesuatu sesi


pengajaran.
2. Berkepakaran mengurus kelas atau bilik darjah yang merupakan tempat yang tetap
untuk menjalankan sesi pengajaran pembelajaran.
3. Memberi Latihan, Penilaian dan Pentaksiran pada akhir sesi pengajaran
pembelajaran dalam kelas.
4. Mengadakan sesi Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan bagi memastikan
pencapaian pelajar yang berterusan.
5. Pemupukan dan Penerapan Nilai.
6. Amalan Penyoalan Berfokus dalam usaha memperkembangkan daya efektif pelajar.
7. Melatih pelajar Menguasai Kemahiran Belajar.
8. Pembelajaran Akses Kendiri.
9. Mengadakan Aktiviti Kritik SecaraTerbuka.
10.Proses Pengajaran.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai