Anda di halaman 1dari 5

1.

Teori Pembelajaran Gagne

Gagne telah mengenal pasti ada lapan peringkat pembelajaran. Setiap


pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran
di peringkat yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam gambar
dibawah :
Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:
1. a.
Pembelajaran Isyarat
Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya,
apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang
ke rumah dengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah
mereka tidak suka diganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku.
Contohnya, apabila guru masuk ke ruang belajar, semua murid akan berdiri dan
memberi ucapan, Selamat pagi, guru!. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan
dengan tingkah laku tersebut.

1. b.
Pembelajaran Gerak Balas
Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan
dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya
gerak balas yang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja
sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, Ali pandai !.Ali akan
mengulang tingkah laku itulagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk
mendapat pujian daripada ibunya.
1. c.
Pembelajaran Rangkaian Motor
Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran
sepertipermainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan
satu siritingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.
1. d.
Pembelajaran Pertalian Bahasa
Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa
untukmengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu
rangkaianberbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari
dahulu.
1. e.
Pembelajaran Diskriminasi
Belajar membejakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu,
untukmemudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada
masa yangsama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting
berbandingmaklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk
rangsangan yangberlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam
proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat
tidak penting dan inimemudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan
dalam ingatan jangka panjang.

1. f.
Pembelajaran Konsep
Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi,
iaitumengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat
membentukkonsepyang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap
objek, orang danperistiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh
yang jelas supayadia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.
1. g.
Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan
dalamsesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan
rumus, prinsipdan generalisasi.
1. h.
Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep
danhukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat
beberapalangkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari
maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.
Gagne (1974,1977) dan Gagne dan Biggs (1979) telah mengemukakan satu model
pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat
dimana lapan frasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin
1997). Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam rajah
dibawah:
1. C. Proses Belajar Menurut Pandangan Robert M. Gagne
Belajar adalah proses yang kompleks, sejalan dengan itu menurut Robert M. Gagne
(1970) belajar merupakan kegiatan yang kompleks dan hasil belajar berupa
kapabilitas, timbulnya kapabilitas disebabkan; (1) stimulusi yang berasal dari
lingkungan; dan (2) proses kognitif yang dilakukan oleh pelajar. Setelah belajar
orang memiliki keterampilan, pengetahuan, sikap dan nilai. Dengan demikian dapat
ditegaskan, belajar adalah seperangkat proses kognitif yang mengubah sifat stimulai
ligkungan, melewati pengolahan informasi, dan menjadi kapabilitas baru. Belajar
terjadi bila ada hasilnya yang dapat dipelihatkan, anak-anak demikian juga orang
dewasa dapat mengingat kembali kata-kata yang telah pernah didengar atau
dipelajari
Gagne (1970) mengemukakan bahwa belajar adalah perubahan yang terjadi dalam
kemampuan manusia yang terjadi setelah belajar secara terus menerus, bukan
hanya disebabkan oleh proses pertumbuhan saja. Belajar terjadi apabila suatu
situasi stimulus bersama dengan isi ingatan mempengaruhi siswa sedemikian rupa
sehingga perbuatannya (performance) berubah dari waktu sebelum ia mengalami
situasi itu ke waktu setelah ia mengalami situasi tadi.
Gagne berkeyakinan, bahwa belajar dipengaruhi oleh faktor dalam diri dan faktor
luar diri dimana keduanya saling berinteraksi. Komponen-komponen dalam proses
belajar menurut Gagne dapat di gambarkan sebagai (S) stimulus (R) respons.
S yaitu situasi yang memberi stimulus, sedangkan R adalah respons dan garis
diantaranya adalah hubungan antara stimulus dan respon yang terjadi dalam diri

seseorang yang tidak dapat kita amati, yang bertalian dengan sistem syaraf dimana
terjadi transformasi perangsang yang dierima melalui alat dria. Stimulus itu
merupakan input yang berada diluar individu, sedangkan respons adalah outputnya,
yang juga berada diluar individu sebagai hasil belajar yang dapat diamati (Nasution,
2000:136)
Ada tiga komponen penting yakni kondisi eksternal yaitu stimulus dari lingkungan
dalam acara belajar, kondisi internal yang menggambarkan keadaa internal da
proses kognitif siswa dan hasil belajar yang menggambarkan informal verbal,
keterampilan intelek, keterampilan motorik, sikap, dan siasat kognitif. Kondisi internal
belajar ini berinteraksi dengan kondisi eksternal belajar, dari interaksi tersebut
tampaklah hasil belajar.
1. D. Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam
pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:
1. Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula
daripadayang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru
mengajar sesuatukemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar
telah menguasai kemahiranasas yang perlu untuk pelajaran baru.
2. Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru
merancangpengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya,
iaitu meliputi 8 fasapengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa
pembelajaran.
1. E. Teori Pembelajaran Gagne (Kognitif)
Teori Pembelajaran Gagne memperkenalkan 5 jenis atau peringkat pembelajaran.
Setiap jenis atau peringkat pembelajaran itu memerlukan arahan yang berlainan.
Faktor luaran dan dalaman adalah berbeza mengikut setiap peringkat /jenis
pembelajaran. Keberkesanan utama pembelajaran pada peringkat ini adalah untuk
mengenalpasti keperluan dan pengisian bagi melengkapkan pembelajaran peringkat
tersebut.
Lima Peringkat Pembelajaran Gagne:
1. Maklumat lisan Kebolehan menggunakan simbol,label dan fakta dalam
pembelajaran.
2. Kemahiran Intelek Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses
pembelajaran dan pemikiran.
3. Strategi Kognitif Kebolehan memproses maklumat dan menyelesaikan
masalah(menguasai prosesnya
4. Kemahiran Motor- Memanipulasi dan kordinasi fizikal eg: menulis ,berenang .
5. Sikap mempamerkan tingkah laku dan tindakan (didedahkan kepada role
model dan perbincangan yang berhemah dan menarik,
delapan Syarat Pembelajaran Gagne :
1. Pembelajaran Isyarat berlaku secara semulajadi .
Contoh : bunyi loceng menandakan murid rehat

1. Pembelajaran rangsangan gerak balas merupakan satu proses peneguhan.


Contoh : Pujian diberikan bagi memotivasikan murid
1. Pembelajaran melalui rangkaian iaitu satu gabungan beberapa rangsangan.
Contoh : permainan bola jaring
1. Pertalian Bahasa , yaitu gabungan lebih daripada satu rangsangan,murid
dapat kaitkan yang dilihat dengan yang disebut (menulis, menyebut)
2. Pembelajaran diskriminasi iaitu pembelajaran yang dapat membezakan
pelbagai rangsangan walaupun kecil .
Contoh : Bezakan haiwan,kenal ciri-ciri.
1. Pembelajaran Konsep Membina dan membentuk konsep melalui contoh
yang jelas. Contoh : mengenal ciri-ciri haiwan mamalia
2. Pembelajaran hukum Gabungan dua atau lebih konsep untuk membentuk
hukum . Melibatkan rumus,prinsip,teori dan generalisasi (Contoh: Matematik)
3. Pembelajaran penyelesaian masalah Melibatkan prinsip dan rumus untuk
menyelesaikan masalah situasi baru.
1. F. Implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Dalam Proses P&P
Teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses
kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu,
teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara
penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan
bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam
menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali
gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang
pertama kepada proses pembelajaranmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanakkanak semula.
Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia
bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran
kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanakkanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran
yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti
kemahiran 3M yaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada
ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanakkanak tersebut.
Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat
semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahanperubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia
dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang
berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka
masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap
atau pun tingkat umur mereka.

Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut


memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi
pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu,
apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu
murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama
sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

Anda mungkin juga menyukai