Anda di halaman 1dari 14

TAJUK:

BANDING BEZA STRES DAN BURN OUT DAN CADANGKAN


CARA CARA PENGURUSAN STRES DAN EMOSI, KHASNYA
DALAM KALANGAN GURU

KUMPULAN 2

VEGENESWARI A/P KESAVAN


DEEPAKALA A/P SUBRAMANIAM
MAYURE A/P BALAKRISHNAN
PRAKESH RAO A/L GANAPATHY
Pengenalan

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah


dalam kehidupan manusia.
Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang
boleh berpunca daripada peristiwa - peristiwa dalam
kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan
psikologikal.
Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak
bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu
bagaimana untuk mengatasinya.
Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai
kebangkitan minda dan badan seseorang dalam
bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya.

Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai


permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian
minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya
keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan
itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang
positif.
STRES
Stres merupakan satu penyakit yang
sering dikaitkan dengan kesihatan mental
dan kerap menyerang masyarakat pada
hari ini.
Apabila seseorang itu berhadapan dengan

stres, sudah tentu ia akan gagal untuk


berfungsi dengan baik di dalam
masyarakat.
Punca Stress/burnout

Punca stress/burnout di kalangan guru


boleh dibahagikan kepada dua kategori,
iaitu punca profesional dan punca
peribadi:-
Persekitaran kerja

Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh


menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru.
Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang
tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan
kepada guru.
Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak
mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta
pelbagai isu pendidikan dalam negara.
Perhubungan
Oleh sebab banyak perubahan dalam

masyarakat pada hari ini, misalnya


peningkatan kadar jenayah, guru
memerlukan sokongan dan hubungan
yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-
rakan.
Apabila berlaku perselisihan faham maka

ini boleh menyebabkan stress terhadap


guru tersebut.
Kewangan

Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang


lain membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup
seseorang guru.

Taraf hidup

Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru


menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik
bagi keluarga mereka. Disamping itu, memiliki
rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru
yang baru mengajar.
Cara Mengendalikan Stress di kalangan Guru
Kenal pasti reaksi emosional

Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti


maka seseorang guru boleh menangani stress
dengan cara yang lebih positif.

Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak


bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya.
Guru tersebut telah menangani stress dengan
cara yang negatif, iaitu menengking pengetua
itu.
Komitmen sosial

Apabila berhadapan dengan stress, guru


memerlukan sokongan daripada orang-
orang di sekelilingnya.
Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.
Kehidupan fizikal

Stress menjejaskan kesihatan dari segi


imunisasi tubuh.
Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang

berkesan untuk menangani stress terutamanya


menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran
pentadbiran di sekolah.
Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan

makanan seimbang boleh membantu guru


menangani stress.
Bagi mengatasi masalah tersebut juga,
Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor
atribusi terhadap masalah stress/burnout.
Faktor- faktor tersebut ialah:-

a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)


b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills).
Penutup
Profesion perguruan adalah profesion yang
tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas
antara masa bekerja dan masa tidak bekerja.

Menurut Noriah (1994) keadaan sedemikian


boleh mewujudkan tekanan kepada guru-guru.
Selye (1956) menyatakan bahawa tekanan yang
berpanjangan boleh membawa kepada
gangguan emosi di tahap yang berbeza-beza
daripada tahap rendah hingga ke tahap serius.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai