Anda di halaman 1dari 61

Perkembangan Kendiri :

Personaliti dan Konsep


Kendiri
Perkembangan Kendiri
Personaliti
Definisi dan konsep
teori-teori personaliti
Faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti
Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Konsep Kendiri
pengertian konsep kendiri
Jenis konsep kendiri
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan
konsep kendiri
Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
PENGERTIAN PERSONALITI

Perkataan Inggeris : Person


Perkataan Latin : Persona (topeng)

Tingkah laku yang stabil dan tekal

Tingkah laku yang berbeza dengan yang lain

Tingkah laku yang tersendiri, unik dan kualiti diri


individu
ISTILAH PERSONALITI
Terdapat beberapa istilah berkaitan personaliti

TRAIT- ciri , kualiti, corak

TEMPERAMEN-diwarisi

PERWATAKAN-penilaian
Tingkah laku
Definisi dan konsep personaliti
Allport (1961): Personaliti sebagai satu organisasi
dinamik sistem psikofizikal yang ada dalam diri individu.
Ia menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian
individu dengan persekitarannya.

Crow dan Crow (1983): Personaliti biasanya digunakan


untuk menghuraikan perawakan fizikal seseorang, corak
pertuturan atau daya penarik yang dimilikinya.

Rogers (1951) dan Sigmund Freud (1990 an) : Personaliti


merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh
seseorang individu, seperti cara berfikir, dan beremosi
yang membolehkan dirinya dibezakan dengan individu
yang lain.
Teori-teori Personaliti
A. Teori Taipologi Model
B. Teori Trait/Tret Klasik

C. Teori Psikoanalisis/Psikodinamik
D. Teori Humanistik Model
E. Teori Sosiokognitif Kontem
pororari
F. Teori Behaviorisme
Teori Tipologi
Merupakan teori awal tentang personaliti di
mana ahli psikologi menggunakan istilah type
untuk menerangkan perbezaan dalam kalangan
manusia.
Teori ini dipelopori oleh Hippocrates 460-370
S.M (ahli perubatan zaman Yunani) yang
kemudian dikembangkan oleh Galenus
Menurut kajian mereka, kecenderungan
manusia bertingkah laku berdasarkan empat
unsur iaitu tanah, air, angin/udara dan api.
Tipologi Kepribadian (Hipocrates-Galenus)
Jenis Personaliti Ciri-ciri tingkah laku
(temperamen)
Choleric (unsur tanah) penuh semangat
Keras hati dan cepat marah
Daya juang besar dan optimis
Mudah berubah
Melancholic (unsur air) Mudah kecewa
Sedih dan murung
Daya juang kecil dan selalu pesimis

Phlegmatic (unsur udara) pasif


Tidak suka terburu-buru/cermat
Tenang
Sukar di pengaruhi dan setia
Sanguine (unsur api) Kurang tetap pendirian
Ramah/mudah mesra/suka bergaul
responsif
Teori Tret
Teori ini merujuk kepada apa-apa bentuk sifat
yang membezakan seseorang dengan individu
yang lain (unik) dengan kadar yang tekal dan
konsisten.
Mengandaikan tret personaliti sebagai:
1. Sifat yang stabil dan boleh diramalkan
2. Tingkah laku yang tekal merentas masa dan
situasi
3. Setiap individu mempunyai tret yang berbeza
Contoh : pemalu : merah muka
mengasingkan diri
reaksi serba salah
Teori Tret
a. Gordon W. Allport (1937)

b. William Sheldon (1942)

c. Raymond Catell (1950)-


Sixteen Personality Factor Questionaire

d. Hans Eysenck (1955)


Teori Tret Gordon W. Allport
- Mengatakan personaliti berkembang dan
berubah, menjadi asas keunikannya.
- Mengenal pasti 3 jenis tret
a. Tret kardinal
- Satu bentuk sikap yang mempengaruhi
keseluruhan tindakannya
- Contoh : autoritarian jelas dalam
tindakannya seorang mahu
kemahuannya dituruti tanpa mengira
pendapat orang lain.
b. Tret Pusat
- Tret yang mewakili ciri-ciri tingkah laku normal
seperti kesabaran, kejujuran, ketegasan dan
kemurungan dan hanya berpengaruh terhadap
beberapa situasi yang terhad.
- Tret ini tidak kuat pengaruhnya.

c. Tret Sekunder
- ciri-ciri yang lebih spesifik dan tertakluk kepada
situasi tertentu serta tidak begitu ketara.
- Contoh: Di rumah garang tetapi jika depan
orang seorang yang lemah lembut.
Teori Tret William Sheldon (1942)
- Mengatakan bentuk tubuh mempunyai
hubungan dengan personaliti.
- Terdapat 3 bentuk tubuh yang mempunyai
personaliti tertentu :
a. Endomorph - gemuk dan pendek
- Seorang yang periang, suka bergaul, suka menjamu
makanan dan tenang.
b. Mesomorph - tegap
- Bersikap tegas, agresif, berani, suka bergaul dan
periang.
c. Ectomorph - Kurus dan tinggi
- pendiam, tidak suka bergaul, beremosi, pemalu dan
cerdik
Raymond Catell (1950)-
sixteen personality factor Questionaire
- Mengenal pasti 16 personaliti daripada teknik
statistik analisis factor lanjutan daripada kajian
Allport.
- Kajian diteruskan oleh McCrae dan Costa (2004)
dan menemui 5 trait asas personaliti yang
dinamakan The Big-Five Personality iaitu:
1. Openness to experience - ukur kreativiti dan daya
ingin tahu
2. Conscientiousness- ukur etika kerja
3. Extraversion- ukur tahap pergaulan
4. Agreeableness- ukur tahap kemesraan
5. Neuroticsm ukur ketenteraman jiwa
Teori Tret Hans Eysenck (1955)

- Mengatakan faktor genetik penting


berbanding faktor persekitaran dalam
membentuk personaliti.
- Kaitkan dengan fungsi sistem saraf
tunjang. Contoh : orang ekstrovert
mempunyai sistem saraf yang kuat---
kurang sensitif terhadap tekanan
- Mengatakan Supertrait terbahagi 2 :
1. Ekstrovert Introvert
2. Stabil tidak stabil
Ekstrovert
- Seorang yang aktif, suka bergaul, bergurau
senda dan relaks. Tidak suka keseorangan dan
tidak suka perkara yang menyedihkan.

Introvert
- Lebih fokus kepada pemikiran dan perasaan
sendiri, pendiam, suka bersendirian, suka cara
hidup yang teratur dan kemas dan mengalami
sesuatu perasaan yang berpanjangan seperti
menunjukkan kemarahan yang berpanjangan.
Stabil- Tak stabil
- Orang yang stabil mempunyai sifat tenang,
relaks, temperamen yang seimbang dan
terkawal.
- Orang yang tidak stabil mempunyai ciri
kebimbangan, moody dan emosi negatif.
Tret Stabil Ekstrovert Tret Tak Stabil Ekstrovert
Gemar bersosial Sensitif
Gemar aktiviti luar Gelisah
Riang Agresif
Relaks Cepat naik darah
Tidak mudah bimbang Cepat Berubah
Berdaya kepimpinan Cepat bertindakbalas

Tret Stabil Introvert Tret Tidak Stabil Introvert


Pasif Muram
Cermat Cemas
Berwaspada Tidak lentur
Tenang Lambat menunjukkan reaksi
Terkawal Suka bersendirian
Boleh dipercayai Pendiam
Tidak cepat marah
Teori psikoanalisis/psikodinamik

a. Sigmund Freud (1856 1939)

b. Carl Gustav Jung (1875 1961)


Teori Personaliti Sigmund Freud
- Teori Psikoanalisis diasaskan oleh
Sigmund Freud.
- Mengatakan personaliti manusia dewasa
terbentuk sejak lahir sehingga berumur 5
tahun.
- Mengandaikan dalam diri manusia
terdapat satu tenaga yang boleh
mendorong keseluruhan sifat manusia.
- Mengatakan aspek mental manusia
terbahagi kepada 3 : alam sedar, pra
sedar dan bawah sedar.
Alam Sedar

Alam pra sedar


EGO
Alam bawah
Super ID sedar
Ego

Tiga Alam dalam minda manusia


3 alam kesedaran :
alam
U sedar : Kejadian, pemikiran, perasaan dilalui
secara sedar

alam pra-sedar : mengalami pengalaman di bawah sedar tetapi


boleh jadi sedar dengan mengingat semula

alam bawah sedar : kesedaran mental di luar kesedaran seseorang


seperti emosi, perasaan, motivasi, trauma dan naluri
individu.

3 komponen personaliti mengikut Freud:


id: minda bawah sedar, berorientasikan kepuasan/keseronokan,
tidakmemetingkan logik, nilai dan etika. Id dapat dilihat dalam
kelakuan kanak-kanak yg berkelakuan sesuka hati.
ego: logik, kawal id, realiti dan pemikiran logik
: inginkan kemajuan
superego: ideal, personaliti harmoni
3 komponen personaliti mengikut Freud:
a) id
Bayi baru lahir hanya ada personaliti id
minda bawah sedar, berorientasikan kepuasan/keseronokan, tidak
mementingkan logik, nilai dan etika.
Id dapat dilihat dalam kelakuan kanak-kanak yg berkelakuan sesuka
hati.

b) Ego
Muncul pada umur 1 tahun
Beroperasi berasaskan prinsip realiti pada minda sedar, pra sedar
dan bawah sedar.
Jika id tidak dapat memenuhi keperluannya, ego mula wujud untuk
mengatasi kekecewaan.
Ego mula mencari kepuasan untuk id tetapi secara rasional dan
munasabah.
Jika ego tidak cari cara untuk memuaskan id, mengikut Freud,
individu akan menggunakan mekanisme hela bela diri.
c) Superego
- Adalah sistem moral personaliti yang
terdiri daripada gerak hati dan ego ideal.
- Terbentuk dan berkembang sepanjang
hidup
- Superego akan mengawal kehendak ego
dan memberi penilaian sama ada tingkah
laku ditunjukkan oleh ego benar atau
salah.
- Rumusan : superego kawal kehendak id
dan mempengaruhi ego supaya
bersesuaian dgn nilai, budaya dan agama
sesebuah masyarakat.
5 tahap psikoseksual Freud
- Melibatkan perkembagan tenaga
libido/seksual
1. Peringkat Oral/Mulut

2. Peringkat Anal/Dubur

3. Peringkat Qubul/Falik

4. Peringkat Latency/Pendam

5. Peringkat Genital/Kejantinaan
1. Peringkat oral/mulut ( o 18 bulan)
Personaliti tertumpu kpd id
Pada tahap ini kepuasan bayi pada
bahagian mulut
Keseronokan diperolehi apabila
menghisap, mengulum dan mengigit objek
Jika kepuasan dipenuhi pd tahap ini,
menjadi dewasa yg optimis, percaya pada
orang lain dan mudah bekerjasama. Jika
gagal, menjadi seorang yang agresif
seperti suka mengumpat, mencaci, memaki
dll.
Peringkat Anal/Dubur (18 bln-3 thn)
Keseronakan diperolehi melalui tingkah laku membuang dan
menahan najis.
Freud percaya cara ibu bapa mengurus latihan tandas
mempengaruhi trait personaliti ibu bapa yang terlalu mendesak
menyebabkan kanak-kanak mengalami anal agresif dan ibu bapa
yang terlalu memberi perhatian menyebabkan anal retentif.
Anal agresif. Anak tidak mahu mengikut arahan dan bertindak
membuang air merata.melahirkan anak yang zalim, pengotor,
pembising, pemarah dan tidak berdisiplin, bila dewasa.
Anal retentif.anak mengikut arahan ibu bapa dan tidak mempunyai
pandangan sendiri melahirkan anak yang kedekut, degil, terlalu
mementingkan peraturan dan tidak mengendahkan masalah orang
lain bila dewasa.

Jika berjaya melepasi, menjadi seorang fleksibel, murah hati dan


pembersih.
Peringkat Kubul (3 6 tahun)

Sumber kepuasan adalah pada organ


kejantinaan.
Kanak-kanak pd peringkat ini suka memegang
kawasan kemaluan.
Kanak2 lelaki mengalami oedipus kompleks
menumpukan kasih sayang kpd ibu.
Kanak2 perempuan mengalami elektra
kompleksmenumpu kasih sayang kpd bapa.
Perlekatan/sekatan pada pringkat ini akan
merenggangkan hubungan bapa dan anak lelaki
dan ibu dengan anak perempuan.
Perkembangan superego terbentuk.
Peringkat latency (6 tahun hingga 12 tahun)
Semua perasaan seksual dipendam dan
diletakkan di aras bawah sedar.
Mempelajari tentang peranan jantina dan
gemar berkawan dengan rakan yang sama
jantina.
Pada peringkat ini kanak-kanak mula bergaul
untuk memenuhi keperluan sosial mereka.
Kanak-kanak yg tiada kepuasan berkawan pd
peringkat ini, akan menunjukkan tingkah laku
pengasingan diri, tidak suka bergaul dan
terkongkong.
Peringkat Genital/Kejantinaan (12 tahun
hingga dewasa)
Tahap Kejantinaan muncul semula
Perasaan cinta pada diri sendiri dan orang lain
wujud
Akan cuba mencapai kepuasan yang tidak
dicapai pada zaman kanak-kanak seperti mulut,
dubur dan kubul
Konflik yang berlaku pada zaman kanak-kanak
menonjol dan menjadi dominan mengakibatkan
pembentukan personaliti.
Mekanisme Helah Bela Diri - Freud
Helah bela bermaksud usaha yang
dilakukan secara kebiasaan sama ada
sedar atau tidak sedar oleh seseorang
bagi mempertahankan ego, kerisauan,
ancaman dan kebimbangan.

Ego akan membentuk mekanisme bela


diri apabila mengalami konflik antara
keinginan id dan nilai-nilai superego.
Jenis-jenis Hela Bela Diri
1. Represi
- Berlaku apabila seseorang ingin lupakan peristiwa pahit
(Ego menolak kenangan itu ke bahagian otak bawah
sedar)
- Contoh putus cinta yang sangat menyakitkan hingga
tidak mahu ingat kisah tersebut atau anggap kekasih itu
tidak pernah wujud.

2. Penafian
- Tidak mahu menerima kenyataan
- Contoh : Ibu yang kematian anak menafikan kematian
tersebut dengan mengekalkan bilik tidur anaknya tanpa
mengubah persekitaran
3. Fantasi
- Mengurangkan rasa ketegangan dengan cara berkhayal
dan berimiginasi tentang sesuatu yang membawa
keseronokan walau pun sejenak.
Contoh : pelajar yang bosan dengan kuliah berfantasi
sedang bermain di padang.
4. Regresi
- Kembali kepada peringkat perkembangan zaman kanak-
kanak yang menjadi kebiasaannya.
Contoh : menangis apabila dimarahi atau membaling
barang-barang ketika bergaduh.
5. Identifikasi
- Menutup kelemahan dirinya dengan menyifatkan dirinya
sama dengan org lain yang berjaya atau berkuasa.
- contoh menceritakan kehebatan bapanya supaya dia
diidentifikasikan sehebat bapanya.
6. Projeksi
- Tindakan membalikkan konflik yang terdapat dalam dirinya kepada
orang lain.
- Contoh meletakkan kesalahan dirinya kepada orang lain dengan
dakwaan individu tersebut juga bersalah (meniru sebab orang lain
juga meniru)

7. Pindah Gantian
- Seorang individu mencari seorang mangsa untuk melepaskan
perasaan kecewanya.
- Mangsa biasanya dipilih dalam kalangan orang yang tidak berdaya
untuk menbalas.
- Contoh : Bila dimarah oleh ibu bapa, akan adik jadi mangsa kena
cubit olehnya.

8. Reaksi
- Satu tindakan kepura-puraan atau lakonan yang berlawanan dengan
kehendak inpuls sebenar.
- Contoh : sembunyikan perasaan cemburu, sebaliknya tunjukkan sifat
kemesraan.
9. Rasionalisasi
- Memberi penerangan atau alasan yang kelihatan
munasabah dan logik terhadap sesuatu tingkah laku
untuk melindungi atau menunjukkan motif yang sebenar
dan mempertahan kan ego.
- Contoh: Seorang murid yang gagal dalam peperiksaan
akan memberi alasan kegagalan tersebut disebabkan
guru selalu tidak masuk kelas.

10. Sublimasi
- Helah bela diri yg paling sihat
- Menyalurkan kekecewaan kepada sesuatu yang
berfaedah
- Contoh : Seorang yang putus cinta menyalurkan rasa
kecewa dengan berkarya dan menulis.
11. Kompensasi
- Menggunakan aktiviti yang hampir serupa untuk
menggantikan aktiviti yang lain.
- Seorang yang tidak pandai dalam akademik, akan
menggunakan kebolehannya dalam sukan untuk
mendapat perhatian rakan-rakan.

12. Introjeksi
- Berlawanan dengan projeksi
- Menyerap pengaruh dan ciri-ciri orang lain dan
persekitaran ke dalam dirinya.
- Contoh : Seorang remaja mengikut ciri-ciri seorang artis
terkenal kerana dia sangat menyanjung artis tersebut.
13.Keagresifan
- Tindakan meluahkan rasa kecewa secara agresif
seperti mencederakan, merosakkan, memberi
ancaman atau menggunakan tindakan fizikal
yang agresif untuk membendung kekecewaan.
- Contoh : Seorang remaja memukul rakannya
apabila tidak dapat sesuatu yang dihajati.
Teori Personaliti Carl Gustav Jung
- Kurang setuju dengan pendapat Freud yang
mementingkan aspek seksualiti dan kurang
setuju perkembangan personaliti hampir selesai
di peringkat kanak-kanak.

- Bagi Jung tahap bawah sedar merupakan


sumber kreativiti manusia.

- Menurut Jung terdapat 3 jenis personaliti :


a) Ekstrovert
b) Introvert
c) Ambivert
JENIS JENIS PERSONALITI
INTROVERT EKSTROVERT AMBIVERT

Suka menarik diri Boleh menyesuaikan Mempunyai kedua-


dari bersosial, diri dengan sosial dua sifat introvert
berminat pada dan ekstrovert
perasaan sendiri mengikut masa ,
keadaan yang
berlainan

Tidak Suka bergaul Periang, peramah, aktif tetapi sensitif


Sensitif tidak malu Suka berkawan
Membuat sesuatu Relaks, humor, tetapi memlih bekerja
secara sendiri tidak berdendam keseorangan

Pendam rasa Suka aktiviti sukan bertutur dengan


berpanjangan Bersikap terbuka & lancar tetapi berfikir
Enggan terima fleksible
pendapat orang lain
Al-Ghazali (1058-1111)

Beliau berpendapat bahawa faktor


penting mempengaruhi personaliti
ialah :

i. Nafsu
ii. Akal
iii. Hati
Teori Personaliti Humanistik
- Teori ini menekankan keupayaan
perkembangan kendiri
- Memberi fokus kepada :
- keunikan individu
- menekankan potensi individu
- tanggungjawab individu ke atas
tingkah laku sendiri
- Tokoh Humanistik:
a) Carl Roger
b) Abraham Maslow
Carl Rogers (1902 -1987)
Menekankan bahawa pengalaman individu
berperanan menentukan personaliti seseorang.

Pengalaman adalah sebahagian daripada


kendiri. Beliau percaya individu yang mempunyai
konsep kendiri yang stabil akan mempunyai
asas motivasi yang kuat untuk mencapai potensi
diri ke arah kesempurnaan kendiri.

Kesempurnaan kendiri adalah motivasi dalaman


untuk mengembangkan potensi diri ke tahap
tertinggi.
Ibu bapa yang memberi perhatian positif
tanpa syarat, anak-anak akan membesar
dengan perkembangan konsep kendiri yang
positif.

Jika ibu bapa memberi perhatian positif


bersyarat (menyayangi apabila berkelakuan
baik), akan mengganggu perkembangan
konsep kendiri dan mengakibatkan
pembentukan personaliti anak tidak stabil.
Abraham Maslow (1908 -1970)

Personaliti seseorang ditentukan oleh


keinginan dan kehendak individu
tersebut.
Dalam hirarki keperluan yang disarankan
oleh Maslow, manusia mestilah
mempengaruhi keperluan yang paling
asas untuk hidup iaitu keperluan fisiologi
seperti air, udara, makanan dan tempat
tinggal.
Setelah keperluan asas dipenuhi, manusia akan mencari
keperluan keselamatan hidup.
Kanak-kanak akan berasa bimbang apabila berada di
persekitaran yang baru dan dikelilingi oleh orang yang
tidak dikenali.
Setelah itu, kasih sayang diperlukan. Kanak-kanak yang
kekurangan kasih sayang mungkin akan sedaya upaya
untuk berlagak dengan keyakinan diri yang agresif.
Tahap seterusnya ialah penghargaan kendiri.
Penghargaan kendiri yang lebih stabil dan sihat adalah
berasaskan penghormatan yang sepatutnya daripada
orang lain dan sanjungan yang berasas.
Seterusnya peringkat perasaan untuk dpt pengetahuan.
Seterusnya keperluan estetika yg mendorong rasa cinta
pada keindahan, kecantikan dan nilai-nilai baik.
Akhir sekali peringkat penyempurnaan kendiri di mana
keinginan menjadi sempurna dalam bidang yang diceburi.
HIRARKI KEPERLUAN MOSLOW
PENYEMPUR-
NAAN KENDIRI

ESTETIKA
KEPERLUAN
PENYUBURAN
KOGNITIF KEPERLUAN
SEKUNDER

PENGHARGAAN KENDIRI

KASIH SAYANG

KESELAMATAN
Keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan
masyarakat
FISIOLOGI KEPERLUAN
Makanan, minuman, tempat tinggal,udara ASAS/PRIMER
TEORI BEHAVIOURISME
Pelopor : Pavlov dan S.F Skinner
Pakar Behaviourisme mengandaikan :
Tingkah laku manusia dipelajari melalui proses perkaitan
(Rangsangan berkait dengan tindak balas)
Manusia pada asasnya akan cenderung ke arah sesuatu
yang membawa kepada keseronokan dan cuba elak
kesakitan
Tingkah laku manusia pada asasnya ditentukan oleh
persekitaran.
Semua tingkah laku diandaikan adalah hasil daripada
proses pembelajaran yang melibatkan pelaziman yang
diasaskan oleh Pavlov.
Menurut Pavlov personaliti dilihat sebagai hasil daripada
latihan, ganjaran, dendaan dan pelaziman.
Pengalaman awal penting tetapi dalam pembentukan
personaliti, kesan daripada latihan, ganjaran, dan
dendaan dan yang pernah diterima lebih memberi kesan
kepada pembentukan manusia.
Pengalaman lampau dan masa kini mempengaruhi
personaliti manusia.

Skinner: untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan atau


gerak balas, manusia memerlukan peneguhan samada
positif atau negatif. Oleh itu, personaliti adalah tingkah
laku yang tertentu yang ditunjukkan oleh individu ketika
berinteraksi dengan dalam persekitarannya dan prinsip
peneguhan adalah punca sesuatu personaliti itu kekal
atau lenyap dalam diri individu.
Teori Personaliti Sosiokognitif
Tokoh : Albert Bandura (1925 1986)
Mengabungkan pandangan behaviouris, kognitif
dan sosial.
Bandura mengatakan personaliti manusia
terbentuk melalui pemerhatiannya terhadap
persekitaran dengan meniru serta menjadikan
orang lain sebagai model.
Peniruan berlaku kerana :
a) Kesamaan ciri diri dengan model
b) Status/kuasa/kebolehan/ketrampilan yang
dimiliki oleh model
c) Percaya terhadap keupayaan diri
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
personaliti :
A) Faktor Baka
- Trait Fizikal
- Temperamen (Pembawaan Diri)
- Kecerdasan
- Penyakit
B) Faktor Persekitaran
- Asuhan keluarga
- Faktor Sosial
- Pemakanan
- Sekolah
- Rakan Sebaya
- Budaya
Peranan Guru Membentuk Personaliti Murid

1. Mengilap potensi murid


2. Memahami perbezaan dan keunikan mirid
3. Memahami keperluan murid mengikut
umur
4. Membantu murid membina konsep kendiri
positif
5. Guru menjadi model yang baik kepada
murid
TEORI DAN PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

STEWART & TANGGAPAN INDIVIDU TERHADAP INDENTITI DIRINYA


FRIEDMAN YANG BERBEZA DENGAN INDIVIDU LAIN SEJAK LAHIR

INTEGRASI PENGETAHUAN BERSAMA DENGAN REAKSI


POPPLESTRON &
MCPHERSON 1988 SESEORANG YANG MEMBEZAKAN DIRINYA DARIPADA
ORANG LAIN.

AMIR AWANG INTEGRASI PENILAIAN DIRI SENDIRI, PENILAIAN


1991 ORANG LAIN DAN PENILAIAN TENTANG TANGGAPAN
ORANG LAIN TERHADAP DIRINYA

PENILAIAN, PANDANGAN, TANGGAPAN KEPERCAYAAN


TERMASUK KEKUATAN DAN KELMAHAN DIRI SENDIRI.
IA TERBENTUK HASIL DARIPADA INTERAKSI DENGAN
RUMUSAN
KELUARGA, GURU, SEKOLAH, RAKAN SEBAYA DAN
MASYRAKAT SERTA PENGALAMAN DAN PENYESUAIAN
DIRI DENGAN PERSEKITARAN .
Definisi
"Konsep kendiri adalah semua persepsi anda
terhadap diri anda sendiri, dari segi kebolehan,
kesukaan, personaliti, kemahiran dan lain-lain lagi
tentang anda".
"Apabila maklumat yang anda terima bertentangan
dengan konsep kendiri anda, anda menjadi cemas,
bimbang, begitu juga dengan orang lain yang
menerima maklumat yang berlawanan
konsep kendiri merangkumi gambaran mengenai
rupa, kesihatan, keupayaan, kemampuan, kebolehan,
kelemahan serta tingkah laku. Konsep ini terbentuk
daripada interaksi seseorang dengan orang lain serta
penyesuaian dirinya dengan alam sekitar. Konsep
kendiri juga dipengaruhi oleh tanggapan orang lain
terhadap diri seseorang insan.
Konsep kendiri positif
Orang yang memahami dirinya sendiri
dan menerima semua fakta tentang
dirinya sama ada positif atau negatif.
Kelebihan konsep kendiri tinggi/ positif
1. Dapat menilai diri mereka dengan positif dan
percaya bahawa mereka lebih
cekap/berkebolehan.
2. Bertindak dengan positif.
3. Memikul tanggungjawab.
4. Menahan perasaan kekecewaan dengan baik.
5. Rasa dapat mempengaruhi persekitaran.
6. Berasa bangga dengan perlakuan sendiri.
7. Pencapaian gred yang tinggi.
8. Lebih bersedia menerima risiko.
9. Menerima diri dengan lebih positif.
10. Menghargai diri sendiri serta menyedari
kekuatan & kelemahan diri.
Konsep kendiri rendah/negatif
Orang yang kurang mempercayai diri
mereka sendiri dan ragu-ragu dalam
menyatakan pendapat dan idea.
Tidak memgenali dirinya sendiri, tidak
mengetahui kekuatan dan kelemahan diri,
malah tidak tahu apa yang diinginkan dalam
hidupnya.
Kesan negatif konsep kendiri/
Penghargaan kendiri yang rendah
dan negatif
1. Mereka cenderung untuk merasa bersalah.
2. Takut kepada kegagalan.
3. Sering merasa bimbang dan cepat berkecil hati.
4. Ada kaitan dengan pencapaian akademik yang rendah.
5. Tidak gemar kerja yang mencabar.
6. Kurang keyakinan dan kebolehan untuk membuat tugasan
yang lebih mencabar.
7. Kurang berminat untuk mendapatkan maklumbalas.
8. Melihat diri sebagai orang yang kurang menarik dari segi
personaliti.
JENIS KONSEP KENDIRI
POSITIF NEGATIF

Seseorang itu percaya pada diri Seseorang yang terlalu subjektif ,


sendiri secara lebih sihat dan senstif, rendah diri, terasa serba
yakin disertai dengan tabiat yang kekkurangan jika dibanding
baik dan objektif serta tidak dengan orang lain
terlalu sensitif

Menghadapi lebih banyak kejayaan


drp kegagalan
JENIS KONSEP KENDIRI
POSITIF NEGATIF

Timbang rasa & pandangan Curiga, prasangka & tidak percaya


terbuka orang lain & diri sendiri

Mudah bersosialisasi
dengan orang lain

Sedia menrima teguran


& kritikan orang lain
FAKTOR MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI

BAKA PERSEKITARAN

BENTUK BADAN PENGARUH SEKOLAH


KECERDASAN PENGARUH KELUARGA
PENYAKIT RAKAN SEBAYA
GENETIK MASYARAKAT
MEDIA /TEKNOLOGI
PENGALAMAN AWAL
CARA GURU MEMBANTU MEMBENTUK
KONSEP KENDIRI POSITIF
MENGAJAR MURID MENGIKUT KEBOLEHAN MEREKA

MEMBERI BIMBINGAN BERSTRUKTUR DGN MEMBETULKAN


KESILAPAN MEREKA TANPA HINA & CERCA

MEMUPUK NILAI NILAI YANG BAIK

MENGGALAKKAN INTERAKSI YANG BAIK DIKALANGAN RAKAN


SEBAYA

MENERIMA MURID SEBAGAI DIRINYA

MEMBERI DORONGAN, BANTUAN DAN SOKONGAN

MEMBERI PELUANG KEPADANYA UNTUK MEMAINKAN PERANAN

Anda mungkin juga menyukai