Anda di halaman 1dari 10

PSV3113 – Pentaksiran Pendidikan Seni Visual

TUJUAN PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL

Hasil Pembelajaran :
• Membanding beza pelbagai bentuk pentaksiran dan mengaplikasikan
pelbagai kaedah pentaksiran PSV
•Mengamalkan nilai murni dan etika profesional berkaitan tugas
pentaksiran.
KONSEP PENILAIAN

Terry D. Ten Brink (1974:8)

digunakan digunakan
proses untuk dalam
mendapatkan membuat membuat
maklumat
pertimbangan keputusan
KONSEP PENTAKSIRAN
DALAM KONTEKS PENDIDIKAN, PENTAKSIRAN
MERUPAKAN SATU EPISOD DALAM PROSES
PEMBELAJARAN YANG MERANGKUMI AKTIVITI
MENGHURAI, MENGUMPUL, MEREKOD, MEMBERI
SKOR DAN MENGINTERPRETASIKAN MAKLUMAT
TENTANG HASIL PEMBELAJARAN SESEORANG
PELAJAR BAGI TUJUAN TERTENTU. PENTAKIRAN
DAPAT DIRUMUSKAN SEPERTI CARTA DI BAWAH;
TUJUAN PENTAKSIRAN
A. PROSES MENDAPATKAN GAMBARAN TENTANG
PRESTASI SESEORANG DALAM
PEMBELAJARAN
B. MENILAI AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEMASA
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
C. MERUPAKAN SATU PROSES UNTUK
MENGHASILKAN NILAI KUANTITATIF UNTUK
MENENTUKAN PERINGKAT PENCAPAIAN DAN
KEDUDUKAN DALAM PEMBELAJARAN JUGA
BERTUJUAN UNTUK MEMBERI MAKLUMAT TENTANG
PENCAPAIAN AKADEMIK, KEMAHIRAN ATAU SIKAP
D. MERANGKUMI ASPEK PENILAIAN, PENGUJIAN
DAN PENGUKURAN.
Tujuan Pentaksiran PSV
 Kemahiran Bahasa Visual
 Kefahaman Seni Visual

 Kesedaran tentang kepercayaan dan nilai


budaya diri
- kognitif
- psikomotor
- afektif
- sosial
KAEDAH PENTAKSIRAN PSV
 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

- PKS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara


berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran harian.
- Maklumat tentang perkembangan murid yang
diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian
berterusan dapat membantu guru mengambil
tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu.
- PKS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai
aspek termasuk aspekaspek yang tidak dapat
dinilai secara berpusat.
 Perkaitan Antara PKS Dan Penilaian Berpusat
Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan
SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan
penilaian secara berpusat dapat memberi
maklumat tentang pencapaian murid di seluruh
negara.

PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi


dalam sistem penilaian. PKS dilaksanakan
untuk mendapatkan gambaran tentang
kemajuan pembelajaran murid di samping
memberi maklum balas tentang keberkesanan
pengajaran guru. Melalui PKS, guru dapat :
• mengesan perkembangan murid secara
menyeluruh;
• mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
murid dalam pembelajaran lebih awal dari
semasa ke semasa;
• mengetahui keberkesanan pengajarannya;
• merancang dan mengubahsuai
pengajarannya; dan
• menjalankan tindakan susulan yang sesuai
dengan serta-merta.

Anda mungkin juga menyukai