Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan dialog peradaban

• Mewujudkan Kesedaran, Kesatuan & Kejujuran


Bersama-sama
• Mengenalpasti Kekuatan Dan Kelemahan Masing-
masing
• Membina Satu Barisan Bersama Menentang
Dominasi Barat
• Mencari Penyelesaian Bagi Masalah Global
• Memupuk Semangat Perpaduan Dan Mengelakkan
Perselisihan
Mewujudkan Kesedaran, Kesatuan &
Kejujuran Bersama-sama
• Masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum-
mengamalkan pelbagai budaya yang berbeza dan
menganut pelbagai kepercayaan. Walaupun wujud
hubungan yang baik antara kaum, kadangkala masih
wujud rasa curiga berpunca dari perbezaan budaya.
Perlu ditangani secara bijaksana- untuk mengelakkan
kejadian tidak diingini seperti Peristiwa 13 Mei 1969
dan Peristiwa Kampung Medan (gagal memahami
antara satu sama lain) Penyelesaian: usaha memupuk
persefahaman dan perpaduan dilakukan- antara
langkah terpenting ialah melalui perbincangan atau
dialog.
Mengenalpasti Kekuatan Dan
Kelemahan Masing-masing
• Menerusi dialog setiap kaum dapat
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
masing-masing serta dapat memperbaiki diri
melalui proses saling memberi. Langkah ini
penting untuk mempersiapkan rakyat malaysia
menghadapi pelbagai cabaran baru di alaf ke-
21. Dialog mestilah melibatkan semua lapisan
masyarakat di Malaysia dan dilakukan secara
menyeluruh untuk mencapai kesan yang
menyeluruh.
Membina Satu Barisan Bersama
Menentang Dominasi Barat
• Menerusi dialog, masyarakat dapat mengenalpasti anasir
negatif budaya asing yang boleh meruntuhkan budaya dan
mencari penyelesaian bersama. Perlu dilaksanakan untuk
menjaga kelagsungan jati diri dan nilai hidup setiap
masyarakat. Permasalahan yang wujud di peringkat
antarabangsa perlu ditangani menerusi dialog, bukan
secara keganasan atau konfrontasi. Dalam dialog tersebut,
manusia perlu sedar bahawa setiap agama, budaya dan
tamadun mengandungi nilai dan pandangan semesta-
kejujuran, maruah dan kebebasan manusia. Nilai dan
pandangan semesta bertentangan dengan tindakan
dominasi. Melalui dialog, masyarakat Islam, masyarakat
asia dapat membina satu barisan bersama untuk
menentang dominasi kuasa Barat dan bonekanya.
Mencari Penyelesaian Bagi Masalah
Global
• Seluruh manusia menghadapi pelbagai masalah
besar seperti pencemaran alam sekitar,
pemupusan sumber alam, keretakan
perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat,
perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan
kuasa dan rasuah, dadah dan AIDS. Kesemua
kemelut ini memerlukan jawapan dan
penyelesaian dari manusia. Dialog berterusan
perlu dilakukan secara berterusan untuk
melahirkan nilai moral dalam masyarakat
berbilang agama, etnik dan kebudayaan.
Memupuk Semangat Perpaduan Dan
Mengelakkan Perselisihan
• Ikatan dan perasaan saling hormat
menghormati, mempercayai dan perpaduan
akan tumbuh dalam masyarakat yang pelbagai
etnik, budaya dan agama apabila manusia
menyedari nilai-nilai yang mereka kongsi
bersama- pemerintahan, politik, ekonomi,
pengurusan sumber, keluarga dan masyarakat,
kesihatan dan pendidikan, sains dan teknologi.

Anda mungkin juga menyukai