Anda di halaman 1dari 42

 ILMU TAFSIR

 PENGENALAN
 USUL TAFSIR
 SYARAT MUFASSIR
 ADAB MUFASSIR
 TINGKATAN AHLI TAFSIR
Ilmu Tafsir
• Bahasa
Penjelasan, penerangan dan
pembongkaran.
•Istilah
Imam al-Suyuti:

Tafsir adalah ilmu yang dengannya dapat


memahami al-Quran yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w dan
menerangkan makna maksud serta
hukum-hukum dan hikmat-hikmat yang
ada di dalamnya.
al-Zarqani:
Tafsir adalah satu ilmu yang mengkaji ayat-
ayat al-quran dari segi petunjuk lafaznya
mengikut kehendak allah sekadar
kemampuan manusia.

Abu Hayyan:
Tafsir ialah yang membahaskan tentang cara
hendak menyebut lafaz al-Quran mengenai
dalil-dalilnya, hukum-hakamnya makna-
makna dari kata mufrad atau susunan ayat.
Kesimpulannya:

Satu bidang ilmu yang membincangkan dan


menjelaskan kehendak Allah yang tersemat
di dalam kitabNya menurut kemampuan
manusia. Lantaran itu tafsir mencakupi
segala cara dan daya usaha untuk
memahami pengertian kehendak kitab suci
al-Quran al-Karim.
KELEBIHAN ILMU TAFSIR

Ilmu Tafsir adalah ilmu yang paling


mulia kerana ia membicarakan
tentang isi kandungan al-Qur’an
yang merupakan Kalam Allah
Taala.
Imam Suyuti (1992)telah menggariskan
kemuliaan mempelajari Ilmu Tafsir dari
TIGA SUDUT:

 Pertama: kemuliaan dari sudut


tajuk (niche) yang dibicarakan
kerana tajuknya adalah Kalam
Allah yang mengandungi segala
hikmah serta kelebihan.
 Kedua, kemuliaan dari sudut matlamatnya
iaitu untuk berpegang dengan “Urwatul
Wusqa” dan mencapai kebahagiaan hakiki.

Manakala Khalid cAbdul Rahman al-cIk


(1994) pula berpendapat kemuliaan dari
segi matlamat ialah menghasilkan
keupayaan untuk mengistinbatkan hukum,
hikmah dan rahsianya mengikut kaedah
dan usul serta kadar kemampuan manusia.
Ketiga kemuliaan dari sudut
keperluan terhadapnya kerana
kesempurnaan agama dan dunia
tidak terbina tanpa ilmu dari Kitab
Allah.
KEPENTINGAN ILMU TAFSIR
 Mampu mengetahui isi kandungan al-
Qur’an dengan lebih baik.

 Mengetahui ilmu-ilmu lain yang ada di


dalam al-Qur’an.

 Memperakui kebesaran, keagongan dan


kebijaksanaan Allah terhadap makhluknya.
 Memperakui kebesaran, keagungan dan
kebijaksanaan Allah terhadap makhluknya.

 Mampu menjadi sumber asas dalam


menyelesaikan permasalahan kehidupan
manusia samada dari sudut politik,
ekonomi, sosial dan agama.

 Mempelajari serta mengetahui isi


kandungan al-Qur’an merupakan satu
kelebihan yang tinggi di sisi Islam.
Oleh kerana PENTINGNYA Ilmu tafsir
menyebabkan:

Pertama:

Ia diberi perhatian yang sungguh-sungguh


oleh ulama Islam dalam semua bidang,
hinggakan Ilmu tafsir dijadikan sebagai
salah satu daripada syarat untuk seseorang
itu sampai ke taraf Mujtahid.
Kedua:

Ilmu Tafsir adalah ilmu yang mula-mula


disusun dalam Ulum al-Qur’an. Ini adalah
kerana ia merupakan asal dalam memahami
al-Qur’an serta mentadabburkannya, juga
mengistinbatkan hukum dan mengetahui
halal dan haram
PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR
Tahap Pertama Dalam Perkembangan Ilmu
Tafsir (Periwayatan atau Sebelum
Pentadwinan)

Tahap Pertama ini meliputi zaman Rasulullah


s.aw, Para Sahabat dan Tabiin. Tafsir pada
tahap ini disampaikan secara riwayat atau
talaqqi dimana Sahabat mengambil riwayat
daripada Rasulullah s.a.w. dan Tabiin
mengambil riwayat dari Sahabat r.a.
Tahap Kedua Dalam Perkembangan Ilmu
Tafsir (Pentadwinan bersama Ilmu
Hadith)

 Bermula selepas zaman Tabi’in dimana


Tafsir masih merupakan sebahagian
daripada cabang Ilmu Hadith.

 Masih belum lahir ta’lif khas mengenai


tafsiran al-Qur’an mengikut surah atau ayat
dari awal hingga akhir.
 Ketika ini para ulama masih mengumpulkan
Tafsir sebagaimana juga Hadith Rasulullah.

Antara ulama tersebut:


Yazid bin Harun al-Sullami (wafat 117H)
Syucbah bin Hajjaj (wafat 160H)
Wakic bin Jarrah (wafat 197 H)
Sufyan bin Uyainah (wafat 198H
Tahap Ketiga Dalam Perkembangan
Ilmu Tafsir (Pentadwinan sebagai
ilmu khusus)

 Bermula apabila Ilmu Tafsir dipisahkan


dari Ilmu Hadith, menjadi suatu ilmu
yang tersendiri (ditadwinkan).

 Dikatakan pentadwinan Ilmu Tafsir ini


berlaku di akhir Zaman Tabiin atau
zaman Bani Umaiyyah.
 Pada ketika ini tafsiran mula dilakukan mengikut
susunan ayat dan surah dalam mashaf.

 Di antara para ulama yang terlibat dalam


pembukuan Ilmu Tafsir ialah:

Ibn Majah (wafat 273H)


Ibn Jarir al-Tabari (wafat 310H),
Abu Bakr bin al-Munzir al-Naysaburi (wafat318H)
Ibn Abi Hatim (wafat 327H)
al-Hakim (wafat 405H)
 Kesemua tafsir-tafsir ini disandarkan
kepada Rasulullah, Sahabat, Tabiin dan
Tabic Tabiin.

 Pada tahap ini tidak bermakna


terhentinya tahap pertama dan kedua,
bahkan Tafsir sebenarnya masih
mengalami proses tadarruj
(pemeringkatan).
Tahap Keempat
(Tafsir diringkaskan Sanadnya)

 Tafsir masih bersifat Tafsir Ma’thur. Walau


bagaimanapun periwayatan semakin
bertambah ramai lantas timbul usaha untuk
meringkaskan sanad.

 Banyak riwayat-riwayat Ma’thur dari


Mufassir terdahulu disampaikan tanpa
dinisbahkan kepada perawinya.
 Banyak riwayat-riwayat Ma’thur dari
Mufassir terdahulu disampaikan tanpa
dinisbahkan kepada perawinya.

AKIBATNYA?
• memberi ruang kepada kemasukan
1 hadith palsu

• percampuran antara riwayat sahih dan


2 sebaliknya

• ada yang menyangka riwayat tersebut sahih


kesemuanya serta meriwayatkannya dalam
3 kitab tafsir mereka

• menjadi
titik permulaan lahirnya
pemalsuan dan israiliyyat dalam Tafsir
4
Tahap Kelima
(Percampuran antara
Tafsir Naql dgn Tafsir al-Ra’yi)

 Lebih banyak kesalahan yang timbul

 Tafsiran yang bercampur antara tafsir Naql


dan tafsir Aqli (tafsir berdasarkan ijtihad
dan pemikiran).
 Kelahiran kumpulan-kumpulan politik,
mazhab-mazhab fiqh yang berbeza, pelbagai
ilmu-ilmu baru termasuk falsafah memberi
kesan terhadap Ilmu Tafsir sehinggakan banyak
perkara yang dimuatkan dalam kitab-kitab
tafsir.

 Ilmu Tafsir dipengaruhi budaya, falsafah dan


ilmu-ilmu tertentu serta semakin jauh dari
sifatnya sebagai Tafsir Ma’thur.
RUJUKAN
 Al-Dhahabi, Muhammad Hussayn.1995. al-Tafsir wa al-
Mufassirun. Juz Pertama. Qahirah: Maktabah Wahbah.
 Ibn Manzur. 3412 M. Lisan cArab. Dar al-Macarif.
 Ismail Yusoff.1995.Perkembangan Penulisan dan
Terjemahan Kitab-Kitab Tafsir di Malaysia. Bab dalam
buku Islamiyyat (Jurnal Pengajian Islam) Universiti
Kebangsaan Malaysia.Jilid 16
 Khalid cAbdul Rahman al-cIk.1994. Usul Tafsir wa
Qawaciduh. Damsyik: Dar al-Nafais.
 Mannac al-Qattan. 1995. Mabahith fi Ulum al-Qur’an.
Qahirah: Maktabah Wahbah
 Al-Suyuti, Jalal al-Din cAbd. Rahman. 1992. Al-Itqan fi
Ulum al-Qur’an. Saudi: Dar al-Hijrah li al-Nashr wa al-
Tauzi c
 Al-Zarqani, Muhammad Abd. Al-cAzim.1998. Manahil
al-cIrfan fi Ulum al-Qur’an. Juz Pertama. Beirut: Dar
Ihya’ al-Thurath al-cArabi.
 Al-Zarkashi, Badr al-Din Muhammad bin Abdullah.
1994. al-Burhan fi cUlum al-Qur’an. Beirut: Dar al-
Macrifah.
- DEFINISI USUL AL-TAFSIR
 Kaedah-kaedah dan asas-asas yang mendokong Ilmu
Tafsir merangkumi perkara yang berkaitan dengan
Mufassir dari sudut syarat-syarat, adab-adab; dan
perkara yang berkaitan dengan Tafsir merangkumi
kaedah-kaedah, metode dan sebagainya.
 Suatu disiplin ilmu yang mendokong kefahaman
absah terhadap al-Qur’an dan membongkar
penyelewengan dan kesesatan dalam Tafsir.
- Perbezaan

Usul al-Tafsir:
Ulum al-Qur’an:
Ilmu khusus Qawa‘id al-
Merangkumi
berkenan Tafsir: Formula
segala ilmu yang
Mufassir dan rujukan dalam
berkaitan
proses Pentafsiran al-
dengan al-
pentafsiran al- Qur’an
Qur’an.
Qur’an.
- Kepentingan ‘Ulum al-Qur’an, Usul al-Tafsir
dan Qawa‘id al-Tafsir
 1. Mengetahui manhaj yang sahih dalam pentafsiran
al-Qur’an.
 2. Memahami erti al-Qur’an dengan kehafaman yang
sahih dan membuahkan amalan salih.
 3. Mempunyai kekuatan untuk mempertahankan
kesucian al-Qur’an.
 3. Mengikuti jejak langkah para ulama dalam menjaga
kehebatan al-Qur’an.
 Akidah yang benar
 Bersih daripada hawa nafsu
 Mempunyai keahlian dalam bidang hadith,
riwayat, dan dirayah
 Mempunyai pengetahuan yang luas dalam
bidang bahasa dan ilmu-ilmu yang
berkaitan
 Berpengetahuan dalam ilmu qiraat
 Mengetahui dalam Ilmu Nahu dan Sarf
 Berpengetahuan luas dalam bidang ‘Ulum
al-Qur’an
 Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu
tauhid
 Berpengetahuan dalam ilmu Usul Fiqh
 Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti
ilmu sosiologi dan antropologi, zoologi
 Memulakan tafsir al-Quran dengan al-
Quran itu sendiri
 Niat dan tujuan yang baik
 Berakhlak mulia
 Taat dan beramal
 Berjiwa mulia
 Bersikap tawadu’ dan lemah lembut
 Tegas dalam menyampaikan kebenaran
 Mendahulukan orang-orang yang lebih
utama daripada dirinya sendiri
 Menggaris dan mengemukakan langkah-
langkah penafsiran secara baik
TAFSIR AL-SAHABAH

 al-Khulafa’ al-Arba’ah
 Ibn Mas’ud
 Ibn ‘Abbas
 Ubayy bin Ka’ab
 Zaid bin Thabit
 Abu Musa al-Asy’ary
 ‘Abdullah bin al-Zubair
TABAQAH AL-TABI’IN
 Tabaqah Ahl Makkah – kerana mereka
adalah sahabat-sahabat Ibn ‘Abbas, seperti:

Mujahid
‘Ata’ bin Abi Rabah,
‘Ikrimah Maula Ibn ‘Abbas
Sa’id bin Jubair
Thawuus bin Kaisan al-Yamani.
Tabaqah Ahl Madinah:

Zaid bin Aslam


Abu al-Aliyah
Muhammad bin Ka’ab al-Qurazhi.
Tabaqah Ahl al-’Iraq:

Masruq bin al-Ajda’


Qatadah bin Di’amah,
Abu Sa’id al-hasan al-Basri
‘Ata’ bin Abu Muslim al-Khurasaniyy
RUJUKAN
 Al-Rumi, Fahd bin ‘Abd al-Rahman bin Sulaiman.
1420. Buhuth fi Usul al-Tafsir wa Manahijih. Al-Riyah:
Maktabat al-Tawbah.
 Al-Suyuti, Jalal al-Din Abd. Rahman. 1992. Al-Itqan fi
Ulum al-Qur’an. Saudi: Dar al-Hijrah li al-Nashr wa al-
Tauzi c
 Al-Qattan, Mannac. 2002. Mabahith FI cUlum al-
Quran. al-Qahirah: Maktabah Wahbah.
 Hasan Ayyub. 2002. al-Hadith fi Ulum al-Quran wa al-
Hadith. al-Qahirah: Dar al-Salam.

Anda mungkin juga menyukai