Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN ILMU TAFSIR

Istilah al-Zarqani :
Tafsir adalah satu ilmu yang mengkaji ayat-ayat al-quran dari segi petunjuk lafaznya
mengikut kehendak allah sekadar kemampuan manusia. Abu Hayyan: Tafsir ialah yang
membahaskan tentang cara hendak menyebut lafaz al-Quran mengenai dalil-dalilnya,
hukum-hakamnya makna-makna dari kata mufrad atau susunan ayat.

Kesimpulannya :
Satu bidang ilmu yang membincangkan dan menjelaskan kehendak Allah yang tersemat
di dalam kitabNya menurut kemampuan manusia. Lantaran itu tafsir mencakupi segala
cara dan daya usaha untuk memahami pengertian kehendak kitab suci al-Quran al-
Karim.

KELEBIHAN ILMU TAFSIR


Ilmu Tafsir adalah ilmu yang paling mulia kerana ia membicarakan tentang isi kandungan
al-Qur’an yang merupakan Kalam Allah Ta’ala.

Imam Suyuti (1992) telah menggariskan kemuliaan mempelajari Ilmu Tafsir dari TIGA
SUDUT:
1. Kemuliaan yang dibicarakan kerana tajuknya adalah Kalam Allah yang
mengandungi segala hikmah serta kelebihan.
2. Kemuliaan dari sudut matlamatnya iaitu untuk berpegang dengan “Urwatul
Wusqa” dan mencapai kebahagiaan hakiki. Khalid Abdul Rahman, berpendapat
kemuliaan Ilmu Tafsir ialah menghasilkan keupayaan untuk mengistinbatkan
hukum, hikmah dan rahsianya mengikut kaedah dan usul serta kadar
kemampuan manusia.
3. Kemuliaan dari sudut keperluan kesempurnaan agama dan dunia tidak terbina
tanpa ilmu dari Kitab Allah.

KEPENTINGAN ILMU TAFSIR


1. Mampu mengetahui isi kandungan al-Qur’an dengan lebih baik.
2. Mengetahui ilmu-ilmu lain yang ada di dalam al-Qur’an.
3. Mengakui kebesaran, keagongan dan kebijaksanaan Allah terhadap makhluknya.
4. Memperakui kebesaran, keagungan dan kebijaksanaan Allah terhadap
makhluknya.
5. Mampu menjadi sumber asas dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan
manusia samada dari sudut politik, ekonomi, sosial dan agama.
6. Mempelajari serta mengetahui isi kandungan al-Qur’an merupakan satu
kelebihan yang tinggi di sisi Islam.

Urgensi Ilmu tafsir


1. Pertama: Ia diberi perhatian yang sungguh-sungguh oleh ulama Islam dalam
semua bidang, hinggakan Ilmu tafsir dijadikan sebagai salah satu daripada syarat
untuk seseorang itu sampai ke taraf Mujtahid.
2. Kedua : Ilmu Tafsir adalah ilmu yang mula-mula disusun dalam Ulum al-Qur’an.
Ini adalah kerana ia merupakan asal dalam memahami al-Qur’an serta
mentadabburkannya, juga mengistinbatkan hukum dan mengetahui halal dan
haram

PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR


Tahap Pertama Dalam Perkembangan Ilmu Tafsir (Periwayatan atau Sebelum
Pentadwinan). Tahap Pertama ini meliputi zaman Rasulullah s.aw, Para Sahabat dan
Tabiin. Tafsir pada tahap ini disampaikan secara riwayat atau talaqqi dimana Sahabat
mengambil riwayat daripada Rasulullah s.a.w. dan Tabiin mengambil riwayat dari
Sahabat r.a.

Tahap Kedua Dalam Perkembangan Ilmu Tafsir (Pentadwinan bersama Ilmu Hadith).
Tafsir masih merupakan bagian daripada cabang Ilmu Hadith. Masih belum lahir ta’lif
khas mengenai tafsiran al-Qur’an mengikut surah atau ayat dari awal hingga akhir.
Contoh Yazid bin Harun al-Sullami (wafat 117H). Para ulama masih mengumpulkan Tafsir
sebagaimana juga Hadith Rasulullah. Antara ulama tersebut:
 Yazid bin Harun al-Sullami (wafat 117H)
 Syucbah bin Hajjaj (wafat 160H)
 Wakic bin Jarrah (wafat 197 H)
 Sufyan bin Uyainah (wafat 198H

Tahap Ketiga Dalam Perkembangan Ilmu Tafsir (Pentadwinan sebagai ilmu khusus).
Bermula apabila Ilmu Tafsir dipisahkan dari Ilmu Hadith, menjadi suatu ilmu yang
tersendiri (ditadwinkan). Dikatakan pentadwinan Ilmu Tafsir ini berlaku di akhir Zaman
Tabiin atau zaman Bani Umaiyyah. Pada ketika ini tafsiran mula dilakukan mengikut
susunan ayat dan surah dalam mashaf. Di antara para ulama yang terlibat dalam
pembukuan Ilmu Tafsir ialah:
 Ibn Majah (wafat 273H)
 Ibn Jarir al-Tabari (wafat 310H),
 Abu Bakr bin al-Munzir al-Naysaburi (wafat318H)
 Ibn Abi Hatim (wafat 327H)
 al-Hakim (wafat 405H)
Kesemua tafsir-tafsir ini disandarkan kepada Rasulullah, Sahabat, Tabiin dan Tabic
Tabiin. Pada tahap ini tidak bermakna terhentinya tahap pertama dan kedua, bahkan
Tafsir sebenarnya masih mengalami proses tadarruj (pemeringkatan).

Tahap Keempat, Tafsir masih bersifat Tafsir Ma’thur. Walau bagaimanapun periwayatan
semakin bertambah ramai lantas timbul usaha untuk meringkaskan sanad. Banyak
riwayat-riwayat Ma’thur dari Mufassir terdahulu disampaikan tanpa dinisbahkan kepada
perawinya. Banyak riwayat-riwayat Ma’thur dari Mufassir terdahulu disampaikan tanpa
dinisbahkan kepada perawinya.
memberi ruang kepada kemasukan hadith palsu percampuran antara riwayat sahih dan
sebalikny ada yang menyangka riwayat tersebut sahih kesemuanya serta
meriwayatkannya dalam kitab tafsir mereka mmenjadi titik permulaan lahirnya
pemalsuan dan israiliyyat dalam Tafsir

Tahap Kelima
(Percampuran antara Tafsir Naql dgn Tafsir al-Ra’yi)
 Lebih banyak kesalahan yang timbul; Tafsiran yang bercampur antara tafsir Naql
dan tafsir Aqli (tafsir berdasarkan ijtihad dan pemikiran).
 Kelahiran kumpulan-kumpulan politik, mazhab-mazhab fiqh yang berbeza,
pelbagai ilmu-ilmu baru termasuk falsafah memberi kesan terhadap Ilmu Tafsir
sehinggakan banyak perkara yang dimuatkan dalam kitab-kitab tafsir.
 Ilmu Tafsir dipengaruhi budaya, falsafah dan ilmu-ilmu tertentu serta semakin
jauh dari sifatnya sebagai Tafsir Ma’thur.

KEPENTINGAN MENGETAHUI USUL AL-TAFSIR


DEFINISI USUL AL-TAFSIR
Kaedah-kaedah dan asas-asas yang mendokong Ilmu Tafsir merangkumi perkara yang
berkaitan dengan Mufassir dari sudut syarat-syarat, adab-adab; dan perkara yang
berkaitan dengan Tafsir merangkumi kaedah-kaedah, metode dan sebagainya.
Suatu disiplin ilmu yang mendokong kefahaman absah terhadap al-Qur’an dan
membongkar penyelewengan dan kesesatan dalam Tafsir.

Perbedaan
Ulum al-Qur’an: Merangkumi segala ilmu yang berkaitan dengan al-Qur’an.
Usul al-Tafsir: Ilmu khusus berkenan Mufassir dan proses pentafsiran al-Qur’an.
Qawa‘id al-Tafsir: Formula rujukan dalam Pentafsiran al-Qur’an

Urgensi ‘Ulum al-Qur’an, Usul al-Tafsir dan Qawa‘id al-Tafsir


 Mengetahui manhaj yang sahih dalam pentafsiran al-Qur’an.
 Memahami erti al-Qur’an dengan kehafaman yang sahih dan membuahkan
amalan salih.
 Mempunyai kekuatan untuk mempertahankan kesucian al-Qur’an.
 Mengikuti jejak langkah para ulama dalam menjaga kehebatan al-Qur’an.

SYARAT-SYARAT MUFASSIR
 Akidah yang benar
 Bersih dari pada hawa nafsu
 Mempunyai keahlian dalam bidang hadith, riwayat, dan dirayah
 Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa dan ilmu-ilmu yang
berkaitan
 Berpengetahuan dalam ilmu qiraat
 Mengetahui dalam Ilmu Nahu dan Sarf
 Berpengetahuan luas dalam bidang ‘Ulum al-Qur’an
 Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid
 Berpengetahuan dalam ilmu Usul Fiqh
 Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti ilmu sosiologi dan antropologi, zoologi
 Memulakan tafsir al-Quran dengan al-Quran itu sendiri

ADAB-ADAB MUFASSIR
 Niat dan tujuan yang baik
 Berakhlak mulia
 Taat dan beramal
 Berjiwa mulia
 Bersikap tawadu’ dan lemah lembut
 Tegas dalam menyampaikan kebenaran
 Mendahulukan orang-orang yang lebih utama daripada dirinya sendiri
 Menggaris dan mengemukakan langkah-langkah penafsiran secara baik

Anda mungkin juga menyukai