0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
35 tayangan22 halaman
Dokumen ini membincangkan tentang pengurusan kecemasan dan pertolongan cemas. Ia menjelaskan definisi, objektif, dan prinsip asas pertolongan cemas yang meliputi tiga langkah utama iaitu mengekalkan saluran pernafasan (Airway), mengekalkan pernafasan (Breathing) dan mengekalkan peredaran darah (Circulation). Dokumen ini juga memberikan garis panduan untuk memberikan rawatan pertolongan cemas secara selamat.

PERTOLONGAN CEMAS o DEFINISI o OBJEKTIF o PRINSIP ASAS o GARIS PANDUAN
• AMIRA BINTI AZMI
• ALIA BINTI ABDUL RAHIM • AMIRIN SOFI BIN ISMAIL DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS
• Rawatan pertama diberi kepada
pesakit/mangsa kemalangan.
• Usaha rawatan pertama dalam keadaan
kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rawatan dari doktor. OBJEKTIF PERTOLONGAN CEMAS
untuk menyelamat nyawa
mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk mengurangkan kesakitan. sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor PRINSIP ASAS PERTOLONGAN CEMAS
• Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan
iaitu ABC sebelum melakukan CPR : A – Airway (saluran pernafasan)
B – Breathing (pernafasan)
C – Circulation (peredaran darah)
A – AIRWAY (Saluran Pernafasan)
• Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses
CPR. • Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. • Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. • Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. • Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah. B – BREATHING (Pernafasan)
• Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu
anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. • Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. • Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). • Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut. C – CIRCULATION (Peredaran Darah)
• Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah.
• Perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. • Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. • Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. • Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. • Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. • Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid). GARIS PANDUAN PERTOLONGAN CEMAS
a) Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum
memberikan rawatan b) Guna sarung tangan semasa memberi rawatan c) Jika terdapat luka, balut luka anda dengan pembalut kalis air sebelum memberi rawatan d) Berhati-hati agar tidak tercucuk jarum atau benda tajam e) Buang bahan-bahan yang telah kotor sebagai sisa biohazard. JENIS-JENIS LUKA RUJUKAN http://www.umw.com.my/wp-content/uploads/2017/ 04/July-Sept.pdf