Topik 1 Wacana Penulisan
Topik 1 Wacana Penulisan
Topik 1 Wacana Penulisan
GWP 1092
WACANA PENULISAN
Topik 1:
Pengenalan kepada Wacana
Pengenalan
Apakah yang anda faham maksud
WACANA ?
Perkara yang akan dibincangkan
1.1 Definisi Wacana
Wacana secara maknawi (kamus)
Pendapat ahli bahasa
Ciri-ciri wacana
Definisi Wacana
1. Wacana adalah terjemahan dari
perkataan Inggeris discourse.
“ Kata discourse berasal daripada bahasa
Latin discursus yang bererti lari kian-
kemari.
2. Wacana berasal daripada perkataan
bahasa Jawa wocono. Wocono pula
daripada woco yang bermaksud baca.
Definisi Wacana
Wacana ialah
1. hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi
idea-idea atau gagasan-gagasan; atau
percakapan
2. hubungan secara umum, terutama sebagai
suatu subjek kajian atau pokok telahan
3. Risalah tulis; disertasi formal; kuliah,
ceramah; khutbah.
(Kamus Webster, 1983)
Definisi Wacana
Menurut kamus linguistik, wacana
didefinisikan sebagai satuan kebahasaan
terlengkap; dalam hierarki gramatikal
merupakan satuan gramatikal tertinggi atau
terbesar. Wacana direalisasikan dalam
bentuk karangan yang utuh (buku,
ensiklopedi, novel, dll) paragraf, kalimat atau
kata yang membawa amanat yang lengkap
(Kridalaksana, 2008).
Definisi Wacana
Wacana ialah
1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu
kesatuan, ucapan, pertuturan,
percakapan
2. 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada
dalam bentuk lisan (seperti pidato,
khutbah) atau tulisan (seperti surat,
artikel, novel, cerpen)
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi Wacana
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berurutan
seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian,
perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita,
dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.
(Asmah Hj Omar,1982)
Definisi Wacana
Wacana adalah keseluruhan kelahiran
bahasa oleh penutur atau penulis iaitu
penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur
luar pada sistem bahasa yang menyumbang
ke arah menjadikan petuturan atau tulisan
itu sebagai yang bermakna dalam
berkomunikasi.
Asmah Hj Omar (1986)
Definisi Wacana
Wacana adalah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri
daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab,
buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang
di dalamnya memperlihatkan hubungan-
hubungan dan perkembangan fikiran yang
berturutan. Menurut beliau lagi, wacana
merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.
Contohnya:
Contohnya: