Anda di halaman 1dari 6

Lima Bersaudara

Pencerita :
Hang Tuah dan rakan-rakan berperahu.
Mereka ternampak tiga buah perahu
lanun.
Hang Lekir :
Tuah, lanun itu menuju ke arah kita.
Jika kita ditangkap sudah tentu kita
akan menjadi budak suruhan mereka.
Hang Tuah :
Benar, Lekir. Mari kita ke tepi pantai.
Pencerita :
Mereka berdiri di sebalik batu
besar. Hang Tuah menyediakan
tombak.
Hang Kasturi :
Kita tunggu mereka di tepi pantai.
Hang Tuah :
Ya, kawan-kawan. Kita akan serang
mereka apabila mereka mendarat.
Hang Lekiu :
Lihat mereka telah sampai ke darat.
Mari kita bersedia sekarang!
Hang Tuah :
Serang mereka!
Hang Jebat :
Berani sungguh kamu membuat kacau
di negeri Melaka!.
Pencerita :
Selepas bergelut dengan lanun, akhirnya
Hang Tuah dan sahabatnya berjaya
menewaskan mereka.
Hang Tuah :
Mari kita bawa lanun-lanun ini berjumpa
Sultan Melaka. Biar Sultan Melaka
menentukan hukuman yang setimpal kepada
lanun-lanun ini
Hang Jebat :
Benar kata kamu Tuah. Mari kita bawa
mereka.
Pencerita :
Lanun –lanun pun di bawa mengadap Sultan Melaka
di istana Melaka. Semua pembesar Melaka
berkumpul di istana setelah mendengar
perkhabaran lanun berjaya di tewaskan.
Sultan Melaka :
Beta berasa sangat murka ! Dengan itu, beta
menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup diatas
kesalahan yang kamu lakukan. Dato Bendahara,
bawa lanun-lanun ini ke penjara !
Dato’ Bendahara :
Menjunjung perintah Tuanku.

Anda mungkin juga menyukai