Anda di halaman 1dari 28

REKA BENTUK KANDUNGAN

KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP


SEKOLAH RENDAH
Apakah Reka Bentuk Kurikulum ?

- bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan


komponen-komponen utama kurikulum seperti
( matlamat dan objektif, kandungan kurikulum,
kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu
kurikulum untuk menghasilkan instruksi
- Reka bentuk kurikulum yang dikonsepsi, dihasilkan
dan disusun bergantung kepada pendekatan dan
falsafah individu atau institut berkenaan
Menentukan Kandungan Kurikulum

Kandungan kurikulum bergantung kepada falsafah yang dipegang oleh


perekanya

Mereka yang berpegang kepada falsafah perenialisme


misalnya mengandaikan ilmu itu diperoleh melalui
cerapan bersifat objektif, boleh di ukur dan boleh dinilai
Kandungan kurikulum terdiri daripada dua jenis ilmu iaitu

- ilmu deklaratif
- berkait dengan fakta, konsep, teori, model
atau generalisasi yang telah wujud

- ilmu prosedural
- berkait dengan kaedah, tatacara atau
proses untuk mendapatkan ilmu deklaratif
tersebut
Mengenal Pasti Kandungan Kurikulum

Faktor yang berkaitan dengan mengenalpasti kandungan


kurikulum iaitu :

- Situasi sebenar
- Masa
- Kos atau peruntukan
- Tekanan dalaman dan luaran
- Syarat kandungan Kementerian Pelajaran
- Paras kandungan laltu samada darjah, tingkatan,
institut atau universiti
- Permintaan khas
Strategi Pemilihan Kandungan Kurikulum

Berdasarkan FPK dan kajian yang telah dihasilkan oleh


para ilmu pendidikan dan ahli profesional yang
mambantu memberi maklumat dan data tentang strategi
iaitu :

- menguji pemikiran dan perasaan seseorang


terhadap satu bidang kandungan tertentu.

- ia adalah dalam bentuk individu, proses kumpulan,


jawatankuasa penasihat pekerjaan atau jawatan
penasihat profesional.

- Pelbagaikan kandungan yang releven dan


mengurangkan bias individu adalah merupakan
kelebihan proses kumpulan.
- Proses kumpulan tidak menjamin kesahan
kandungan maka perlu nasihat dari jawatankuasa
pekerjaan atau jawatankuasa profesional.

- Meninjau program yang sedia ada dan literasi


program yang berkaitan, meninjau dan mendapat
maklumat dari program sedia ada seterusnya
membentuk kandungan yang sesuai.
Komponen Reka Bentuk Kurikulum

Mengikut Orinstein dan Hunkins (1993, 1998) unsur atau komponen yang
terdapat dalam reka bentuk kurikulum ialah
- Tujuan, matlamat dan objektif
- mata pelajaran / kandungan
- pengalaman pembelajaran
- pendekatan penilaian
Pembinaan reka bentuk kurikulum harus berasaskan kepada :
- rasional
- falsafah
- teori pembelajaran
Harus mempunyai kerangka teori yang menekankan apa dan bagaimana
sesuatu pelajaran harus dipelajari dan cara-cara manusia belajar dan
mengajar
Giles dan rakan-rakan (1942) mengemukakan empat unsur
utama dalam usaha menyusun dan menjelaskan instruksi
atau hubungan antara tiap-tiap unsur atau komponen reka
bentuk
Objektif

Mata pelajaran Kaedah dan organisasi

Penilaian

Rajah 1 : Komponen reka bentuk kurikulum


Komponen pertama
- Objektif
- mencadangkan apakah yang hendak dilakukan atau
dicapai

Komponen Kedua
- Mata Pelajaran
- mencadangkan apakah kandungan pelajaran yang
hendak dimasukkan

Komponen Ketiga
- Kaedah dan organisasi
- mencadangkan apakah kaedah dan media yang
digunakan serta aktiviti instruksi dan pengajaran yang
disusun

Komponen Keempat
- Penilaian
- mencadangkan instrumen atau bentuk penilaian untuk
menilai reka bentuk kurikulum
Dimensi Reka Bentuk Kurikulum

Terdapat beberapa dimensi yang perlu di ambil perhatian semasa mereka


bentuk kurikulum iaitu :
- Liputan
- merujuk kepada berapa luas dan dalam sesuatu
kandungan itu perlu diberikan kepada pelajar
- ia juga melibatkan pembelajaran kognitif, afektif,
psikomotor dan spiritual
- untuk menentukan liputan ini, perhatian perlu diberikan
kepada pertumbuhan ilmu yang pesat, kepelbagaian
pelajar, kepakaran guru dan sumber-sumber pendidikan
yang ada
- Urutan
- merujuk kepada susunan kandungan dan pengalaman
yang dapat menghasilkan pembelajaran secara kumulatif
dan berkesinambungan kandungan itu perlu diberikan
kepada pelajar
- kandungan dan pengalaman ini perlu disusun supaya
berkait dengan kandungan dan pengalaman lepas dan
akan datang
- susunan ini memerlukan pengetahuan tentang
bagaimana tajuk-tajuk dalam kurikulum iru berkait
- susunan ini boleh dibuat berasaskan pembelajaran :
- prasyarat
- mudah kepada komplek
- menyeluruh kepada spesifik
- berkronologi
- Kesinambungan
- merujuk kepada ulangan aktiviti berkaitan kandungan
dan pengalaman lepas yang akan meneguhkan lagi
kandungan tersebut
- pemahaman kandungan lepas yang berkaitan akan
menjadi “penyambung” kepada kandungan baru
- ulangan pengalaman ( seperti membuat eksperimen )
akan meningkatkan kemahiran pelajar bagi
pengelamanan yang serupa
- ulangan ini jelas ditunjukkan dalam kurikulum berlingkar
(spiral curriculum) Bruner, dimana kandungan awal
diulang dan kandungan baru ditambah sedikit demi
sedikit

- Kesepaduan
- merujuk kepada pepautan (linking) antara semua jenis
pengetahuan dan pengalaman yang terkandung dalam
kurikulum
- tujuan pepautan ini ialah supaya pelajar dapat
mengaitkan tajuk-tajuk kandungan, yang akhirnya akan
menyepadukan kandungan kurikulum sebagai satu
bidang ilmu
- Hubungan
- merujuk kepada perkaitan antara tajuk kandungan dalam
bidang yang sama atau dengan tajuk dalam bidang yang
lain.

- Keseimbangan
- merujuk kepada keseimbangan kurikulum, misalnya
antara berpusatkan ilmu dan pelajar, keperluan pelajar
dengan masyarakat, keperluan pendidikan am dan
spesifik, luas dan dalam kandungan, kandungan
tradisional dan inovatif, gaya pengajaran dan
pembelajaran bekerja dan bermain, sekolah dan
masyarakat, kandungan dan aplikasi, kandungan dan
pelajar, aplikasi dan pelajar
- Kurikulum yang baik:
- misalnya, berupaya memberi peluang kepada
pelajar untuk menguasai dan menghayati
pengetahuan serta menggunakannya untuk
peribadi, interaksi sosial atau matlamat
intelektual
Jenis Reka Bentuk Kurikulum

- Reka bentuk tumpuan / berpusatkan mata pelajaran atau


kandungan
- Reka bentuk tumpuan / berpusatkan pelajar
- Reka bentuk tumpuan penyelesaian masalah

Reka bentuk tumpuan mata pelajaran


- Ia merupakan jenis reka bentuk kurikulum yang paling
terkenal dan kerap digunakan dalam reka bentuk kurikulum
- Ia dipandang tinggi dari segi pengetahuan dan kandungan
yang terdapat di dalamnya
- Cth : UM – terkenal dengan bidang pengajian ekonomi dan
pengajian melayu
Reka bentuk tumpuan / berpusatkan pelajar
- Memberi tumpuan kepada minat dan pelajar
- Mempertimbangkan pengelibatan pelajar dan persekitaran
dimana pelajar itu berada
- Pelajar harus belajar perkara-perkara yang ‘aunthentic’
atau dalam konteks dimana kemahiran itu harus dikuasai
Cth : KBSR ( 1991 ) – berlandaskan kepada ideologi yang
memberi pendidikan yang
menyeluruh supaya pelajar
mendapat perkembangan yang
seimbang di dalam bidang intelek,
rohani, jasmani, emosi, bakat,
akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial

Reka bentuk tumpuan / berpusatkan penyelesaian masalah


- Komponen kurikulum dibentuk dan dibangunkan
berasaskan kepada masalah kehidupan serta keperluan,
minat dan dan keupayaan pelajar
Membuat Keputusan Kandungan Kurikulum

Dalam proses membina sesuatu kurikulum, membuat keputusan


merupakan perkara yang perlu dan keputusan yang dibuat adalah
berdasarkan banyak kawasan, termasuk sama ada menawarkan
kurikulum atau tidak, bagaimana kandungan kurikulum
dikenalpasti dan bahan apa yang patut ada pada kurikulum.

Terdapat beberapa persoalanan yang telah dikemukakan oleh Taba


(1962 ) berkenaan dengan proses menentukan kandungan
kurikulum
- Setakat mana kandungan dalam sesebuah mata pelajaran
sesuai dengan keadaan semasa?
- Bagaimanakah kepentingan mata pelajaran mengikut keadaan?
- Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran
menggalakkan proses inkuairi?
- Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran selari
dengan keadaan masyarakat dan kebudayaan?
- Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran mempunyai
keluaran dan kedalaman yang sesuai?
- Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran
membolehkan objektif dicapai?
- Bolehkah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran
dipelajari oleh pelajar?
- Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran sesuai
dengan kebudayaan dan norma pelajar?
- Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran mengambil
kira kehendak pelajar?
- Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran mengambil
kira minat pelajar?
Membuat Keputusan Kandungan Kurikulum
( samb….)

Membuat keputusan kandungan kurikulum adalah langkah penting bagi


memastikan suatu pembentukan kurikulum itu dapat berjalan dengan
lancar.
Terdapat beberapa proses membuat keputusan kandungan kurikulum :
- Mengenalpasti kandungan kurikulum
- Mengenalpasti halangan atau limitasi
- Mengkaji kandungan dengan mempertimbangkan halangan
- Penentuan kandungan yang baik berdasarkan halangan
bergantung kepada kreativiti pembentuk kurikulum
Terdapat Beberapa Aspek Dalam Kurikulum Yang Harus
Diambilkira :
- Mengenal pasti desakan / sekatan berkaitan dengan
kandungan kurikulum
- Desakan dari pelajar dimana pelajar teknikal dan
vokasional menunjukkan kuasa yang besar dalam
membentuk kandungan kurikulum.
- Desakan dari guru dan staf yang akan menimbulkan
persoalan penentuan kandungan pengajaran
oleh para pendidik serta kemampuan guru
menyediakan kerja kursus dalam menampung
kesemuanya.
- Penyusunan kurikulum melibatkan persoalan seperti
manakah yang sesuai untuk mengajar? dan ‘Asas
liputan kandungan apakah yang perlu untuk perakuan
siswazah?’
- Desakan terakhir yang timbul dari persekitaran
pekerjaan dan merupakan perkara yang
ditempuhi oleh siswazah dalam
menempuh alam pekerjaan dan biasanya isu
kelayakan akan mula ditimbulkan

- Menyelidik kandungan yang berkaitan dengan desakan /


sekatan
- Setelah desakan dikenal pasti, pembina
kurikulum memeriksa setiap desakan yang
menunjukkan potensi sebagai kandungan
kurikulum.
- Kerangka kurikulum
- Silibus kursus yang menjadi kerangka rasmi
kurikulum di mana dokumen ini memberikan kepada
pelajar beberapa idea tentang skop kandungan dan
rangkaiannya.
- Sangat berguna kepada guru untuk empunyai
program atau unit kursus dan gambaran
perancangan agar instruksi dapat dipimpin dengan fisyen.
- Panduan kurikulum teknikal dan vokasional
menunjukkan tambahan kepada dokumentasi dan
komunikasi.
Menyediakan Matlamat dan Objektif Kurikulum
Matlamat KHSR dibentuk untuk membantu murid meningkatkan dan
memperkembangkan keupayaan diri mereka melalui kemahiran yang
dikuasai, pemerolehan pengetahuan berasaskan teknologi,
keusahawanan serta pengetahuan diri dan kerja.
- Jenis matlamat dan objektif yang dikemukan oleh Finch dan
Crunkilton (1988)
- Matlamat
- Merupakan tujuan yang luas berkenaan keseluruhan
kurikulum
- Bertujuan untuk memberi panduan dan menyediakan
asas kepada perkembangan yang jelas tentang
objektif umum dan khusus
-Objektif Umum
- Sama dengan matlamat iaitu bersifat luas dan tidak
terhitung.
- Lebih sesuai digunakan dalam kursus pendidikan
teknik dan vokasional, ataupunmuncul dalam sukatan
yang khusus dalam sesuatu kursus
-Objektif Khusus
- Dikenali sebagai objektif perlaksanaan yang tepat
untuk ditunjukkan oleh pelajar di bawah keadaan
khusus.
- Menjelaskan dengan baik tahap penerimaan
pencapaian dan keadaan mana pencapaian itu
berada.

Menyediakan Matlamat
- Tiga faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu :
- Pengelibatan individu
- kurikulum dibentuk untuk pelajar dan falsafahnya
mengganggap pelajar sebagai tunggak dalam
pendidikan.
- menunjukkan aras sesuatu matlamat mana yang
perlu dikembangkan atau tidak.
- Konsisten matlamat kurikulum dengan matlamat yang lain
- matlamat yang dibina pada peringkat negeri,
tempatan atau persekitaran harus konsisten
dengan matlamat pada peringkat nasional.
- matlamat dalam pendidikan harus selaras dengan
matlamat yang dibina untuk keseluruhan program
pendidikan vokasional, matlamat tempatan,
matlamat peringkat negeri.
- Matlamat dan objektif
- Objektif biasanya dibina berdasarkan matlamat
yang dibina untuk memberikan idea berkenaan
matlamat yang ditentukan.
- Objektif yang dibina mestilah berhubungkait secara
sistematik dengan matlamat.
Menyediakan Objekrif
- Objektif memudahkan kurikulum kerana tanpa kurikulum,
instruksi menjadi tidak releven dan tidak efektif. Bagi
menyediakan objektif yang boleh diukur, terdapat beberapa
faktor yang berkaitan iaitu :
- Mengenal pasti
- Pembinaan kurikulum harus kenal pasti objektif
yang mana perlu disediakan bagi menjelaskan
pelaksanaan objektif. Terdapat 2 jenis objektif yang
menjelaskan pelaksanaan objektif Iaitu:
- Terminal Objective – berfokus kepada cara
yang patut dilaksanakan
pelajar yang berniat
untuk berada dalam
situasi kerja.
- Enabling Objective – memberi fokus kepada
apa yang patut dipelajari
pelajar untuk mencapai
terminal objective.
- Memilih
- Beberapa faktor yang releven semasa pemilihan objektif
iaitu :
- Kandungan
- kenal pasti kandungan yang releven untuk
dipilih.
- memilih dan memperkembangkan objektif yang
selaras dengan kandungan yang dipilih.
- Pelajar
- objektif yang selaras dengan keperluan pelajar
perlu diperkembangkan.
Cth: antara pelajar kurang upaya dengan pelajar
normal.
- Sumber
- Fungsi kurikulum mungkin boleh dikawal
dengan sumber asas.
- Sumber yang khusus diperlukan untuk
membantu pelajar mencapai sesuatu objektif
yang tidak mampu dicapainya.
-Mengkelaskan
- Kilber et al., (1981) menyatakan pengkelasan objektif perlu
untuk :
- mencegah daripada memberikan tumpuan kepada satu
atau dua kategori hingga menyisihkan perkara lain.
- untuk memastikan instruksi, sesuatu objektif yang
diperlukan disediakan sebelum membuat perkara lain.
- untuk menjamin instrumen yang sesuai bagi mentaksir
atau menilai hasil yang diinginkan.
-Mengkhususkan
- Sasaran sukar dicapai apabila sesuatu sasaran tidak jelas.
Elemen-elemen yang disarankan oleh Mager (1962) dalam
Finch dan Crunkilton (1988) tentang bagaimana
mengkhususkan objektif iaitu melalui :
- Aktiviti
- Keadaan
- Piawai (standard)
Pendekatan Dacum dan Analisis Tugas

CARI MAKLUMAT TENTANG DACUM DAN ANALISIS TUGAS

Anda mungkin juga menyukai