Anda di halaman 1dari 3

KURIKULUM

Definisi kurikulum menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan segala

rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untukmencapai

matlamat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-

nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untukdiperturunkan kepada ahli-

ahlinya. Menurut pandangan Neagley & Evans, 1992; kurikulum bermaksud semua pengalaman yang

dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah.

Selain itu, kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan

paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan

deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Secara umumnya,

pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian

ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat

melahirkan insan yang mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang

dimiliki dalam kehidupan seharian.

Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang

berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari

apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperoleh, ia akan

diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika

itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and

Science, 1990).

KONSEP KURIKULUM

Reformasi atau perubahan dalam kurikulum matematik sekolah yang dijalankan banyak dipengaruhi oleh

pandangan ahli pendidik tentang kurikulum, matematik, perkembangan kurikulum, dan justifikasi bagi

memuatkan matematik dalam kurikulum sekolah. Cara mengkonsepsikan kurikulum matematik adalah

penting kerana konsepsi dan cara kita berfikir tentang perkara tersebut menggambarkan dan mencorakkan

cara kita melihat, berfikir, berbincang, mengkaji, dan bertindak terhadap matematik yang diajar kepada

pelajar. Konsepsi kita tentang kurikulum matematik, cara kita berfikir, dan tindakan yang kita lakukan
pula tidak bersifat bebas nilai. Hakikatnya, perkara tersebut menggambarkan andaian kita tentang

pendidikan matematik dan alam semesta, walaupun andaian tersebut tidak dinyatakan secara eksplisit.

Kurikulum dirancang merujuk satu set pengalaman yang berdasarkan teori, penyelidikan, dan

pengalaman profesional lalu yang dibentuk untuk pelajar bertujuan membantu mereka mencapai matlamat

kurikulum. Pengajaran pula merujuk proses yang berdasarkan teori, penyelidikan, dan pengalaman

profesional lalu dan semasa, yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum yang dirancang.

Selanjutnya, kurikulum dialami merujuk satu set pengalaman sebenar yang dialami oleh pelajar. Akhir

sekali, perancangan kurikulum merujuk proses mengumpulkan, menganalisis, mempertimbang, dan

mensintesiskan maklumat relevan dari pelbagai sumber untuk menentukan dan membentuk pengalaman

yang dapat membantu pelajar mencapai matlamat kurikulum.

KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA DALAM SESEBUAH KURIKULUM

        i.            Kandungan Kurikulum

      ii.            Objektif Kurikulum

    iii.            Proses Penilaian Kurikulum

    iv.            Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

JENIS-JENIS KURIKULUM

                                i.            Kurikulum Tersembunyi :

-          Terletak di luar konteks pengajaran rasmi, belajar secara implisit.

-          Mengandungi peraturan tidak bertulis, konvensi, adat resam, nilai budaya yang dikenali sebagai sekolah,

seperti sopan santun, menjaga kebersihan dan jujur.

-          Dibentuk berdasarkan faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.

                              ii.            Kurikulum yang Dialami / Dipelajari :

-          Semua perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah laku yang berlaku adalah hasil daripada pengalaman

persekolahan.

                            iii.            Kurikulum yang Diuji :

-          Set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru, ujian dibina di peringkat daerah dan

ujian piawaian.
                            iv.            Kurikulum yang Diajarkan :

-          Kurikulum yang dapat dilihat ketika memerhati pengajaran guru.

                              v.            Cadangan Kurikulum :

-          Kurikulum dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan profesional, suruhanjaya pembentuk dan

pembuat dasar.

                            vi.            Kurikulum Bertulis / yang Dihasratkan :

-          Kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan daerah seperti kurikulum kebangsaan

iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.

                          vii.            Kurikulum Sokongan :

-          Kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan untuk menyokong atau

menyampaikannya.

                        viii.            Kurikulum Masa Depan :

-          Merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka memahami kekuatan dan

kelemahan masing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat.

-          Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan

memurnikannya bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi, deduksi dan

menganalisis.

-          Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara bermakna bagi

membolehkan mereka membuat keputusan dan untuk membentuk pemikiran kritikal, kreatif dan futuristik

serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa Depan.

-           3 pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini:

         Kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dengan menggunakan pelbagai strategi.

         Kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan.

         Bahan, pengalaman, dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam

struktur teras kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai