Anda di halaman 1dari 30

KURSUS

PENGURUSAN
JENAZAH
Oleh
Ustaz Hj. Mahmood bin Kassim
Penolong Kanan Kokurikulum
SMA Al-Quran Waddin
Mahmood Kassim mahmoodkassim
Mukaddimah
Kematian adalah sesuatu yang pasti
dan kita harus bersedia
menghadapinya kerana ia merupakan
titik permulaan kepada penghidupan
yang kekal abadi. Hanya mukmin yang
dipanggil menghadap Tuhannya
dengan hati bersih memperolehi
kejayaan.
Melawat orang yang sakit dan hikmahnya
•Memberi kesedaran dan keinsafan kepada
kita bahawa kita ini lemah dan tidak
mempunyai kuasa dan kekuatan untuk
menyembuhkannya melainkan Allah.
•Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran
kita menghadapi dugaan Allah.
•Allah ingin mengampunkan dosa kita yang
kita telah lakukan samada secara sedar
ataupun tidak.
Apa yang perlu di lakukan ketika
menghadapi seseorang yang dalam
keadaan nazak?
•Perlu berada di sisinya.
•Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah
Syahadah di telinganya dan hendaklah
dimadkan bacaan kalimah tersebut.
Manakala rakan-rakan yang lain membaca
Al-Quran atau Yasin.
•Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala
ke Qiblat dan qiam tangannya.
Apabila sah matinya
•Tukarkan pakaiannya dan bersihkan
kekotoran yang keluar dari duburnya.
•Rapatkan kedua belah matanya.
•Exercise (melembutkan sendi-sendi)
•Qiamkan tangannya seperti dalam
sembahyang.
•Rapatkan mulutnya.
•Ikat dagunya dan simpul di atas
ubunnya.
•Luruskan kakinya.
•Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
•Tindihkan perutnya dengan sesuatu
yang sederhana berat.
•Letakkan di tempat yang tinggi.
•Hadapkan ke Qiblat.
Mengurus Jenazah
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan
fardhu kifayah, yakni apabila sudah
dikerjakan oleh sebahagian dari orang
Islam yang lain, maka yang lainnya tidak
berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang
pun yang mengerjakan kewajipan tersebut,
maka semua orang Islam dalam satu
kampung atau kawasan tersebut akan
berdosa.
Perkara wajib ke atas jenazah

•Memandikannya.
•Mengkafankan jenazah.
•Solat ke atas jenazah.
•Mengebumikannya.
Orang yang berhak menguruskan
Jenazah
Orang yang berhak dan lebih afdal
untuk menguruskan jenazah ialah
dari kalangan keluarganya atau
warisnya yang terdekat misalnya ;
anaknya sendiri kalau simati
bapanya.
Kalau warisnya tidak ada
kemampuan atau pengalaman,
bolehlah diminta Imam atau Bilal di
kawasan tersebut untuk
menguruskannya.
Sifat-sifat yang mesti ada pada
seseorang yang hendak
menguruskan Jenazah
•Sifat berani.
•Sabar.
•Amanah.
•Mempunyai kemahiran dan ilmu
yang cukup
Persediaan dan keperluan untuk memandikan
Jenazah
•Sediakan tempat mandi.
•Sabun mandi.
•Air daun bidara / sintok
•Air bersih.
•Sugi - 7 batang.
•Sarung tangan - 3 atau 5.
•Sedikit kapas.
•Air kapur barus.
•Baldi serta gayong.
Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu
kubur telah digali dan peralatan mengkafan
mayat telah disediakan seperti :
•Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa
•Gunting
•Kapas
•Pacai
•Minyak wangi (Minyak Attar)
•Tikar jerami / mengkuang
•Bantal (dari daun pandan)
CARA MEMANDIKAN JENAZAH
•Letakkan mayat di tempat mandi yang
disediakan.
•Tutup seluruh anggota mayat kecuali
muka.
•Memakai sarong tangan sebelah kiri.
•Sediakan sabun.
•Sediakan air kapur barus
•Sediakan air sintok
•Sediakan air mawar.
•Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
•Angkat sedikit bahagian kepalanya
sehingga paras dadanya.
•Mengeluarkan kotoran dalam
perutnya dengan menekan atau
memicit-micit perutnya secara
perlahan-lahan dan hati-hati
dengan menggunakan kain alas
agar tidak tersentuh auratnya.
•Siram dan basuh dengan air dan sabun
sahaja dahulu.
•Kemudian gosokkan giginya, lubang
hidung, lubang telinga, celah ketiaknya,
celah jari dan kuku tangan dan kakinya dan
rambutnya.
•Selepas itu siram atau basuh seluruh
anggota mayat dengan air dan sabun juga.
•Kemudian bilas dengan air yang bersih
seluruh anggota mayat
•Telentangkan mayat, siram atau basuh dari
kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air
bersih.
•Siram sebelah kanan 3 kali.
•Siram sebelah kiri 3 kali.
•Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh
bahagian lambung kanan sebelah belakang.
•Mengiringkan mayat ke kanan basuh
bahagian lambung sebelah kirinya pula.
•Lepas itu wudukkan mayat
•Siram dengan air sintok, air mawar dan
air kapur barus.
•Setelah selesai dimandikan dan
diwudukkannya dengan baik dan
sempurna hendaklah dilapkan
menggunakan tuala pada seluruh
badan mayat.
•Cawatkan bahagian kemaluan mayat
dengan cawat yang disediakan (P)/
sampin (L)
•Lepas itu usung dengan menutup
seluruh anggotanya.

•Segala apa-apa yang tercabut dari


anggota mayat, hendaklah dimasukkan
ke dalam kapan berama (Contoh :
rambut, kuku dll).

•Dengan ini selesailah kerja memandikan


mayat dengan sempurnanya.
CARA-CARA MENGKAFANKAN JENAZAH
Pertama :
•Hendaklah disediakan tiga lembar
kain kafan dibentangkan dengan
disusun.

•Lapikkan bahagian paling dalam


dengan kapas dan taburkan
dengan pacai, bunga rampai,
minyak atar.

•Bentangkan baju dan kain serban.


Kedua :
•Hendaklah disediakan tali pengikat
sebanyak lima utas yang diletakkan
di bawah kain kafan tersebut.

Ketiga :
•Hendaklah disediakan kapas.
Potongkan panjang dan letakkan
sebelah kiri dan kanan.
Keempat :
• Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati
kemudian baringkan di atas kain kafan yang
sudah dibentangkan.

Kelima :
• Sarungkan baju (lelaki) telekung (perempuan)
• Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah
disediakan
• Pakaikan serban bagi lelaki.
• Renjiskan minyak atar dan taburkan pacai dan
bunga rampai.
Keenam :
•Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan
atau ditutupkan dari lembar yang paling atas
sampai lembar yang paling bawah,
kemudian ikatlah dengan tali daripada kain
yang telah disediakan sebanyak lima ikatan.

•Semua tali pengikat mayat hendaklah


disimpul hidup di sebelah kiri.
Sebelum diikat di bahagian kepala,
benarkan warisnya melihat atau
menciumnya.

Anda mungkin juga menyukai