Anda di halaman 1dari 21

Pengenalan Kepada Psikologi

Remaja
Definisi remaja
Remaja atau adolescence berasal dari bahasa latin “adolescere” yang bererti
tumbuh/ membesar ke arah kematangan. Kematangan yang dimaksud adalah
bukan hanya kematangan fisikal sahaja, tetapi juga kematangan sosial dan
psikologikal (Widyastuti, 2009).

Menurut World Health Organization (WHO) , remaja adalah peringkat transisi


antara masa kanak-kanak dan dewasa yang melibatkan perubahan biologi,
psikologi, sosial dan ekonomi serta melibatkan perubahan peringkat tidak
matang ke peringkat matang. Jarak umur remaja menurut WHO adalah 10
hingga 19 tahun (Soetjiningsih, 2004).
Santrock,1993

Mentakrifkan remaja adalah tempoh peralihan antara zaman


kanak-kanak dan dewasa yang melibatkan perubahan biologi,
kognitif dan social.

Dalam konteks ini,


• perubahan biologi melibatkan pembangunan fizikal.
• perubahan kognitif melibatkan pemikiran, kecerdasan, dan
bahasa.
• perubahan sosial melibatkan perhubungan dengan orang lain
dalam konteks emosi, dalam konteks personaliti dan dalam
konteks sosial.
REMAJA
- Zaman remaja dikatakan bermula dari akil baligh dan
berakhir apabila memasuki alam dewasa.
- Ia marupakan satu tempoh peralihan dalam pusingan hidup
yang melibatkan banyak perubahan yang berlaku, sama ada
dari segi perkembangan fizikal, emosi, sosial, nilai, moral,
dan kognitif di mana ia mula minat hubungan dengan rakan
sebaya dan mulai belajar peranan kerja, peranan dalam
keluarga dan sebagai warga masyarakat.
- Zaman remaja dikatakan satu proses untuk mencapai atau
memperolehi sikap dan kepercayaan bagi penglibatan yang
berkesan dalam masyarakat.
Ciri-Ciri Keremajaan
Berdasarkan sifat dan ciri perkembangan remaja, ciri-ciri
keremajaan ada tiga tahap menurut Widyastuti (2009):

1)Tahap remaja awal (10-12 tahun)

• Kelihatan lebih dekat dengan rakan sebaya


• Kelihatan ingin bebas
• Kelihatan lebih banyak memperhatikan keadaan tubuh
sendiri dan mulai berfikir dan berkhayal (abstrak)
2) Tahap remaja pertengahan (13-15 tahun)

• Kelihatan ingin mencari identiti diri


• Adanya keinginan untuk ‘dating’ atau tertarik kepada berlainan
jantina
• Timbul perasaan cinta yang mendalam
• Mampu berfikir secara abstrak (berkhayal) dan makin
berkembang serta berkhayal mengenai hal-hal seksual
3) Tahap remaja akhir (16-19 tahun)

• Menunjukkan keinginan kebebasan diri


• Mencari rakan sebaya lebih selektif
• Memiliki imaginasi (gambaran, keadaan, peranan) terhadap diri
• Dapat mewujudkan perasaan cinta (seksual)
• Memiliki kemampuan berfikir secara abstrak
Konsep Perkembangan Remaja
• Peralihan kritikal – pertumbuhan dan perkembangan yang pesat
selepas kanak-kanak. Proses biologi menunjukkan banyak aspek
pertumbuhan dan pembangunan, dengan bermulanya akil baligh
menandakan peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada remaja
• Pengalaman tentang perkembangan utama – seperti pengalaman
tentang pergerakan ke arah kebebasan sosial dan ekonomi, dan
pembangunan identiti, pemerolehan kemahiran yang diperlukan
untuk menjalankan hubungan dan peranan dewasa, dan keupayaan
penaakulan abstrak.
• Tekanan untuk terlibat dalam tingkah laku yang berisiko
tinggi - ramai remaja menghadapi tekanan untuk
menggunakan alkohol, rokok, atau dadah, dan untuk
memulakan hubungan seks pada usia yang lebih muda serta
kehamilan yang tidak diingini dan lain-lain.
• Keluarga dan masyarakat adalah sokongan utama - remaja
bergantung kepada keluarga mereka, masyarakat, sekolah,
pusat perkhidmatan kesihatan dan tempat kerja mereka
untuk belajar pelbagai kemahiran penting yang boleh
membantu mereka untuk menangani tekanan yang mereka
hadapi dan membuat peralihan dari zaman kanak-kanak ke
alam dewasa dengan jayanya.
Faktor-faktor perkembangan remaja (Baka)
Gen (baka) adalah sebahagian kecil drp kromosom yg bahan kimianya
terdiri drp deoxyribonucleic acid (DNA). Ia mengawal/ mempengaruhi
karakteristik baka seseorang manusia. Satu gen mempunyai beribu-ribu
lingkaran DNA. Antara fungsi gen ialah mencipta kod-kod arahan baka
spt arahan ttg warna mata, warna rambut, pembentukan otak dan
system saraf seseorang yg kemudiannya mempengaruhi kecerdasan
seseorang.
Kajian mendapati bhw pasangan gen tertentu akan berfungsi pada
masa tertentu sahaja (Scarr & Kidd, 1983). Misalnya gen yang bertugas
untuk memberi arahan warna kulit hanya akan berfungsi pada masa
pralahir manakala gen untuk menggerakkan proses kematangan seksual
mula berfungsi semasa remaja.
Maka gen bertanggungjawab terhadap variasi-variasi yg wujud dan juga
bertanggungjawab bagi kebanyakan jenis tret persamaan yg biasa pada manusia.
Gen ini membawa 2 peranan besar iaitu
1. Membentuk manusia menjadi individu yang unik
2. Pada masa yang sama satu spesis homo sapien yang berlainan daripada spesis
hidupan yang lain.
Bagaimana gen ibu bapa mempengaruhi tret Remaja?
Sesetengah tret manusia dipengaruhi oleh sepasang gen iaitu satu drp ibu dan satu
drp bapa. Namun lazimnya satu gen drp ibu atau bapa akan lebih dominan drp yang
lain menyebabkan kita akan lebih spt ibu atau bapa, bergantung kpd pihak mana yg
mempunyai gen yg lebih dominan.
Prinsip pewarisan ini telah diperkenalkan oleh Johann Gregor Mendel (Father of
Genetics) pada abad ke-19 (1865). Mendel berpendapat bhw terdapat 2 jenis tret
iaitu tret dominan dan tret resesif dalam manusia dan juga tumbuh-tumbuhan.
Cth tret dominan: boleh menggulung lidah, rambut hitam, rambut lebat, bibir tebal
Cth tret resesif: tidak boleh menggulung lidah, rambut kuning, rambut nipis, bibir
nipis
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN REMAJA
Faktor Endogen

• Baka
• Pemakanan
• Kesihatan ibu
• Dadah dan alcohol
• Kesan X-Ray
• Emosi ibu
• Umur ibu
• Merokok
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN REMAJA
Faktor Eksogen
Kecacatan Baka
Kecacatan baka merujuk kpd satu keadaan apabila proses
perkembangan kromosom tidak berlaku dgn sempurna iaitu berlaku
keabnormalan yang akhirnya menyebabkan beberapa jenis penyakit,
sindrom, kecelaruan mental dan sebagainya.
Keabnormalan kromoson berlaku dalam 2 kategori iaitu sama ada
keabnormalan dalam bilangan kromosom (pasangan kromosom itu
tidak berpisah pada apa yg sepatutnya) atau keabnormalan dalam
struktur kromosom (perpecahan atau percantuman kromosom dalam
bentuk yang berlainan dgn keadaan normal).

Kedua-dua ini akan menyebabkan masalah dalam proses


perkembangan seseorang individu.
Sindrom Down
Merupakan satu kecelaruan kromosom yang kerap berlaku
Simptom-symptom yang paling ketara ialah
- Kulit di tepi mata yang berlipat-lipat
- Hidung yang rata
- Kepala yang kecil
- Lidah yang tebal dan menjulur keluar
- Mengalami kecacatan mental yang ringan
Sindrom Turner
Biasanya berlaku di kalangan wanita
Hanya mempunyai satu kromosom jantina sahaja dan kebanyakannya
mempunyai hanya satu kromosom X sahaja (keadaan XO)
Simptom spt tidak dapat mencapai perkembangan seks yg sempurna
semasa baligh, kurang berupaya menghasilkan tisu ovary, gagal
mengembangkan bentuk sifat seks sekunder (kematangan seksual spt
buah dada) wanita
Kadang-kadang mengalami kecacatan kognitif dalam kebolehan
mengira, matematik, persepsi penglihatan dan organisasi
Rawatan dengan hormone seks wanita dapat meninggikan sifat seks
sekunder
Sindrom Kleinfelter
• Berlaku di kalangan lelaki
• Mempunyai lebihan satu kromosom X (dalam bentuk XXY)
dan kadang-kadang terdapat sesetengah orang mempunyai
lebihan 2 kromosom X
• Mempunyai fizikal lelaki tetapi tidak boleh menghasilkan
sperma
• Mempunyai alat kelamin yang kecil
Faktor-faktor perkembangan remaja (Baka dan Persekitaran)
Walaubagaimanapun, tingkah laku atau tret remaja tidak hanya
dipengaruhi oleh kebakaan tetapi juga dipengaruhi oleh factor persekitaran
Contoh: trait fizikal gemuk dipengaruhi oleh factor kebakaan, tetapi factor
persekitaran boleh membantu; iaitu risiko gemuk disebabkan kebakaan
boleh berusaha lebih keras supaya tidak terlaalu gemuk spt melakukan
senaman dan menjaga diet makanan
Kecerdasan sangat dipengaruhi oleh kebakaan. Persekitaran dapat
memenuhi potensi genetiknya dengan menyediakan satu tahap rangsangan
kecerdasan spt penempatanm di kelas tadika, kawasan dan kemudahan
belajar yang memuaskan
Kajian menunjukkan kekurangan zat makanan pada tahap 2 tahun pertama
kehidupan akan merendahkan IQ Kanak-kanak dan seterusnya remaja
untuk tahun-tahun seterusnya.
Family Support Needed for Adolescent Puberty
Endang Triyanto , Asep Iskandar (2015)

Sokongan keluarga berikut sangat diperlukan remaja semasa Akil Baligh


kerana semasa itu mereka mengalami banyak perubahan fizikal
psikologikal yang cepat
- memahami, menasihati, membenarkan, memenuhi kehendak-
kehendak dan mengajar
- Sokongan emosional (mudah rasa kecewa, tertekan, marah),
- Sokongan informasi (menerangkan lebih awal perubahan dan cara
mengatasi semasa akil baligh)
- Sokongan kebendaan
New York Longitudinal study yang mengikuti perkembangan 133 orang
kanak-kanak sejak bayi, kemudian remaja hingga dewasa, telah
mendapati bahawa sikap dan personaliti seseorang banyak ditentukan
oleh fakta baka.
Ini termasuk gaya menghadapi suatu keadaan, keaktifan, penerimaan
terhadap orang baru dan keadaan baru, dan bagaimana berubah.

Sejak dilahirkan, setiap kanak-kanak berbeza-beza dalam trait dan


variasi ini terus berkembang.
Kebanyakan remaja daripada kanak-kanak tersebut mengubah gaya
tingkah laku mereka sebagai gerak balas terhadap pengalaman
persekitaran dan juga cara didikan ibu bapa mereka.
Rujukan

• Santrock, J. 1990. Adolescence; Duduque: Wm. C. Brown.


• Soetjiningsih, 2004. Tumbuh Kembang Anak. EGC, Jakarta.
• Widyastuti, Yani.2009. Kesehatan Reproduksi. Yogyakarta, Penerbit:
Fitramaya.

Anda mungkin juga menyukai