Anda di halaman 1dari 10

Seni andaman

Disediakan Oleh:
Elora
Apakah itu andaman?
• Andaman adalah mereka, cipta atau menjadikan
sesuatu benda itu nampak lebih cantik dan
menarik. Andaman boleh dikategorikan dengan
pelbagai jenis iaitu andaman bagi pelamin, fesyen
dan kecantikan dan baju bagi sepasang pengantin
di hari persandingannya.
• ‘Mengandam’ adalah proses mencantik dan
menaikkan seri pengantin dari segi rohani dan
jasmani.
• Andaman adalah salah satu perkara yang
dititikberatkan apabila berlangsungnya sesebuah
majlis perkahwinan.
Kelebihan andaman
Memberikan
Pengantin tampil
ketenangan jiwa,
sopan dalam
meningkatkan
bertingkah laku.
keyakinan diri

Tidah menggelabah Tetamu lebih


(darah gemuruh) terpesona
dan bertingkah memandang
laku tidak tenang. pengantin
Adat
andaman
lama
• Berasah gigi
• Istiadat berinai
Adat berasah gigi
• Berandam dan berasah gigi diamalkan
pada zaman silam, bersama-sama
istiadat yang berkenaan, tiga hari
atau lebih sebelum hari akad nikah.
• Rambut pengantin perempuan di dahi
serta bulu keningnya dipepat
(seringnya, pengantin lelaki juga
mengamalkan adat ini).
• Kemudian, gigi pengantin perempuan
diasah dan digilap supaya
menjadikannya sama rata dan
berkilat. Tugas ini dilakukan oleh
seorang tukang andam.
Adat berinai
Istiadat berinai terdiri daripada tiga
peringkat:
• Berinai curi diadakan pada waktu
petang hari selepas hari yang tangan
dan tapak kaki bakal pengantin
perempuan diinai. Bakal pengantin
perempuan dihiasi dan didudukkan di
atas pelamin.
• Berinai kecil yang diadakan pada
waktu petang hari selepas hari
berinai curi. Kaedahnya sama sahaja
dengan berinai curi.
• Berinai besar.
Andaman pada masa kini
• Lebih kepada perlindungan pada pengantin daripada anasir-
anasir yang tidak elok.
• Pengantin yang menjalani proses mengandam digalakkan
untuk mengingati kebesaran Pencipta dengan cara berdoa
dan membaca ayat suci Al-Quran seperti berselawat ke atas
Nabi, mengucap dua kalimah syahadah, membaca Surah Al-
Fatihah, ayat tiga Qul dan beristighfar.
• Bacaan ini dipraktikkan bersama niat dan hati yang tulus
ikhlas agar dilindungi dan dijauhi daripada sebarang
gangguan syaitan dan perbuatan khianat manusia.
Pelamin
• Perhiasan pelamin adalah sangat penting bagi pasangan
yang ingin melangsungkan majlis persandingan.
• Majlis persandingan biasanya akan dilaksanakan di rumah
perempuan.
• Tempat bagi pelamin ini kebiasaannya bergantung kepada
kesesuaian masing-masing, sama ada di bahagian dalam
rumah ataupun anjung rumah.
• Ini bagi memudahkan sanak saudara dan tetamu yang hadir
melihat keanggunan pasangan pengantin pada hari
persandingan tersebut.
Kesimpulan
• Jika mengikut perkahwinan
Melayu lama adat berandam
sangat penting.
• Mak andam menjadi orang
penting kepada pengantin
sehingga selesainya
perkahwinan.
• Pada masa sekarang andaman
dilakukan mengikut kesesuaian
masa kini.

Anda mungkin juga menyukai