Anda di halaman 1dari 9

3.

3 ASPEK KESESUAIAN BAHASA


• Selepas perlaksanaan modul pembelajaran ini, kami dapat
merumuskan bahawa aspek pedagogi modul ini memenuhi
keperluan kriteria yang berikut, iaitu arahan yang
digunakan dalam modul pengajaran ini jelas dan ringkas,
isi pembelajaran yang disampaikan dalam modul
pengajaran ini mencukupi dan relevan.
• Selain itu, penilaian yang dilaksanakan dapat membantu
proses pembelajaran. Bahan pembelajaran yang
digunakan pula, misalnya bahan grafik dan kartun, sangat
menarik.
• Namun begitu, disebabkan murid-murid yang terlibat dalam modul
pembelajaran ini kebanyakkannya terdiri daripada murid golongan
sederhana rendah.
• Jadi, murid-murid sukar memahami terma-terma sains dalam Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu.
• Walau bagaimanapun, untuk menggelakkan kekeliruan murid-murid
yang mungkin menjejaskan hasil perlaksanaan, guru telah mengambil
inisiatif untuk menterjemahkan ayat-ayat serta arahan yang ingin
disampaikan dalam modul pembelajaran tersebut dengan teliti.
• Dengan itu, aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan
lancar.
3.4 ASPEK KEBERKESANAN MODUL DALAM
MENERAPKAN PeSak

• Menurut Ke (2003), pengajaran menggunakan modul pembelajaran


menitikberatkan perbezaan latar belakang, minat, gaya belajar, nilai
dan motivasi pelajar.
• Melalui modul pembelajaran ini, murid-murid berjaya didedahkan
dengan Pemikiran Sains Keusahawanan di mana murid-murid perlu
“think out of the box” untuk menghasilkan Super Bottle.
• Ini telah menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis,
dan kesannya murid akan menjadi lebih bijak dalam berfikir, berupaya
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang betul dalam
menghadapi kehidupan seharian (Sihes et al., 2007).
• Selain itu, modul PeSak ini juga membantu dalam mewujudkan
kekuatan dalam bidang keusahawanan dengan melahirkan murid yang
minat matapelajaran sains.
• Dengan itu, murid-murid akan memperoleh pengetahuan dan
kemahiran asas yang kukuh dalam bidang keusahawanan.
• Justeru, tidak lama kemudian, murid-murid akan disuntikkan nilai-nilai
keusahawanan untuk menjadi pelapis usahawan bumiputera dan
pemimpin masa depan.
• Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti
pembelajaran yang dirancang dalam modul PeSak ini adalah efektif
dan inovatif.
• Modul ini relevan dengan situasi semasa, menarik minat, mencabar
pengetahuan dan dapat meningkat kemahiran berfikir dan mencabar
minda murid.
• Modul ini juga memberi penekanan kepada pendekatan berpusatkan
murid di mana mereka dapat sentiasa berkomunikasi dan berinteraksi
dalam kumpulan untuk menghasilkan produk ciptaan masing-masing.
4.0 CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
• Selepas perlaksanaan modul PeSak tersebut, antara cadangan
penambahbaikan yang dikemukakan adalah penggunaan bahan audio
visual yang lebih menarik agar objektif pembelajaran dapat dicapai.
• Selain itu, murid-murid juga turut mencadangkan bahawa bahan
bantu mengajar (BBM) seperti jadual dan rajah boleh digunakan bagi
membantu pelajar memahami teks atau bahan pengajaran yang
sukar.
• Antara cadangan pakar pedagogi ialah terdapat senario atau isu
perlaksanaan modul yang perlu diubah suai bagi memastikan objektif
pembelajaran tercapai.
• Di samping itu, modul yang akan diterbitkan perlu melalui proses
penilaian oleh jawatankuasa di peringkat fakulti bagi memastikan
format penulisan yang ditetapkan dipatuhi, kandungan selaras dengan
silibus dan tiada kesalahan ejaan dan tatabahasa.
• Modul juga perlu dinilai semula dari masa ke masa mengikut
keperluan bagi tujuan penambahbaikan.
• Proses penambahbaikan juga berdasarkan maklumbalas daripada
pengguna, murid dan staf.
5.0 RUMUSAN

• Secara keseluruhannya, modul PeSak merupakan sejenis bahan


pembelajaran yang digunakan selaras dengan situasi semasa.
• Modul ini dapat membantu memperjelaskan kaedah yang boleh
digunakan sebagai alternatif untuk mempertingkatkan strategi dan
teknik belajar mata pelajaran sains.
• Selain itu, ilmu dan nilai-nilai tentang keusahawanan didapati
berpotensi untuk diaplikasikan secara optimum dalam modul ini bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
efektif, dinamik dan menyeronokkan
Rujukan
• Asran, H., Mustafa, M. Z., &Idris, M. S. (2007). PedagogiPendidikan
(DBE 1213). Johor: UTHM.
• Ke, C. H. (2003). PenghasilanModul E-PembelajaranBerasaskan Web:
RekabentukTurapanJalan Raya. UTHM: TesisSarjana
• Sihes, A. J., Ibrahim, M. A. & A. Wahab, Z. (2007).PembinaanPerisian
Multimedia Berasaskan Model
KonstruktivismeKitaranPembelajaranSains Lima Fasa.

Anda mungkin juga menyukai