Anda di halaman 1dari 18

MASYARAKAT DAN

AMALAN PERUBATAN:
MELAYU, CINA DAN INDIA

AIL2014 – 25.02.2019
Amalan Perubatan Orang Melayu

Seperkara yang membezakan orang Melayu dengan


masyarakat Orang Asal dan peribumi adalah mereka
beragama Islam

 Orang Melayu mengenali Islam hanya suku daripada


jangkamasa kehadiran mereka di Tanah Melayu iaitu mulai
abad ke 15

 Sebelum itu, orang Melayu terdedah kepada pengaruh


kebudayaan Hindu-Buddha selama lebih kurang 1,500 tahun
dan untuk satu jangkamasa yang tidak dapat ditentukan
asalnya, menerima pula pengaruh animisme
 Menjelang abad ke-19, kebudayaan Melayu terdiri daripada 3
komponen utama iaitu animisme, Hindu-Buddha dan Islam

 Ketiga-tiga elemen ini saling bergabungjalin antara satu sama


lain namun yang paling kuat dan menonjol adalah animisme

 Intisari perubatan Melayu tradisional tidak jauh bezanya


dengan yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asal dan
peribumi

 Ia merangkumi 2 aspek utama iaitu pengetahuan yang


mendalam mengenai herba dan akar kayu dan peranan
bomoh untuk menyembuhkan pesakit
 Orang Melayu percaya penyakit disebabkan oleh
semangat/roh jahat

 Dalam konteks penyakit, orang Melayu mempunyai:

Hantu Pemburu
bajang
langsuir/lansuyar
pontianak/anak mati iaitu anak perempuan langsuir yang
lahir mati
penanggalan yang hanya mempunyai kepala dan isi perut
pelesit
polong
 Dalam proses pengubatan, bomoh/pawang akan melakukan
pemeriksaan/diagnosis terlebih dahulu sebelum melakukan
terapi/rawatan

 Kaedah rawatan mengandungi 4 ciri khusus berkaitan dengan


semangat/roh jahat:

menyemah (propitiation)
menawar (neutralization)
pengusiran (expulsion)
penggunaan ilmu hitam (black magic)
 Bomoh/pawang/dukun merupakan salah seorang yang
penting dalam masyarakat Melayu

 Kedudukan mereka lazimnya diwarisi dari satu generasi


kepada yang berikutnya, memiliki barang-barang pusaka
tertentu, boleh memakai warna kuning diraja dan menjadi
tuan kepada hantu pusaka

 Mereka juga menggunakan kebolehan kuasa ghaib yang


dimiliki untuk menentukan tanah yang subur bagi tujuan
penanaman, menentukan masa untuk menabur benih padi
dan menuainya, menentukan lubuk yang terbaik untuk
menangkap ikan selain mengesan kehadiran mineral
berharga seperti bijih timah
 Mereka bukan sekadar berada dalam lingkungan kampung
tetapi juga dalam kalangan golongan elit Melayu

 Di Selangor misalnya, peranan pawang diraja diberikan


kepada Maharaja Lela manakala di Perak, penjawatnya
dikenali sebagai Sultan Muda
Amalan Perubatan Masyarakat Cina

 Menjelang penghujung abad ke-19, berlaku penghijrahan


besar-besaran orang Cina yang menjadi sebahagian daripada
masyarakat yang tinggal di Tanah Melayu

 Kedatangan mereka membawa bersama-sama adat dan


budaya serta amalan perubatan yang telah diamalkan sejak
beribu-ribu tahun yang lalu

 Amalan perubatan mereka bersifat serba lengkap (self-


contained) dan mampu diri (self-sufficient)
 Kajian mengenai penggunaan ubat-ubatan (materia medica)
mereka terkandung dalam Pen Ts’ao Kang-mu (the Great
Pharmacopeia) dengan amalannya diserlahkan melalui tiga
tokoh - Pien Choh, Hua Tu dan Wei Ku Tao

 Persatuan-persatuan suku dan kebajikan memainkan


peranan menjaga suku masing-masing dengan dana yang
dikutip dari kalangan ahli

 Tradisi mendirikan hospital oleh komuniti diteruskan


 Amalan dan evolusi perubatan Cina ditentukan oleh budaya,
masyarakat dan falsafahnya

 Ciri utama budaya Cina adalah konsep keharmonian sejagat


yang terkandung dalam prinsip yin dan yang

 Sumber semua penyakit adalah ketidakseimbangan elemen


asas dalam tubuh manusia ataupun persekitarannya ataupun
kedua-duanya

 Matlamat asal kesemua amalan perubatan adalah untuk


menangani ketidakseimbangan ini
 Confucianisme menghadapinya dengan pendekatan moral
sementara Taoisme menumpu kepada penggunaan herba
yang menghasilkan pengumpulan pengetahuan dan kaedah
perubatan dalam kalangan pengamal perubatan Cina –
bersifat konservatif dan superstitious

 Kepercayaan karut/tahyul dalam perkara-perkara berkaitan


amalan perubatan sangat dominan

 Orang Cina mempunyai bermacam jenis tangkal dan azimat -


jed, kain rentang merah, rantai perak, tangkal kertas (fu)
 Sinseh merupakan individu yang mahir dalam perubatan dan
pengubatan dan menduduki hierarki tertinggi dalam susunan
masyarakat – profesional dan terlatih

 Fenomena yang biasa adalah ahli farmasi yang mempunyai


kedai ubat

 Penekanan utama perubatan Cina adalah pencegahan dan


menggalakkan pendekatan holistik dalam bentuk diagnosis
 Di Tanah Melayu, masyarakat Cina lewat membangunkan
institusi perubatan yang berasaskan pengetahuan dan amalan
perubatan Cina walaupun tradisi tersebut bertapak kukuh di
China sejak sekian lama

 Inisiatif awal dipamerkan melalui penubuhan Hospital Tan


Tock Seng di Singapura yang menawarkan rawatan dan ubat-
ubatan Barat

 Ia diikuti kemudiannya dengan penubuhan hospital yang


dikendalikan oleh sinseh
 Penubuhan hospital mencirikan peranan kelas pedagang Cina

 Selain Tan Tock Seng, hospital yang pernah wujud di Tanah


Melayu hasil sumbangan golongan ini/komuniti Cina adalah
Tung Chay E-sia dan Tung Chay Hospital (Singapura), Hospital
Yeng Wah (Perak), Pooi Shing Thong dan Hospital Tung Shin
(Selangor)
Amalan Perubatan Masyarakat India

 Keadaan masyarakat India di Tanah Melayu sangat unik.


Tidak seperti masyarakat Cina yang homogenous, mereka
dipecahkan oleh faktor ras, agama dan budaya

 Umumnya, masyarakat India terbahagi kepada dua


kelompok: kelas profesional dan pertengahan, dan kelas
pekerja/buruh

 Pemecahan ini menyebabkan perubatan tradisional India


yang berasaskan tradisi perubatan Hindu (Ayurveda) tidak
mendapat tempat yang sewajarnya
 Faktor lain yang juga berkait dari segi penonjolan amalan
perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat India
adalah kemunculan kakitangan perubatan yang bertugas di
hospital – keperluan English-speaking personnel

 Seni dan amalan perubatan tradisional India menjadi tertutup


dan hanya berlegar dalam kalangan masyarakatnya sahaja
 Kaedah rawatan dalam perubatan India menekankan aspek
keseimbangan fizikal dan kerohanian – pendekatan diagnosis
yang bersifat holistik

 Kuil (temple) menjadi titik penting dalam semua aspek


amalan tradisi. Begitu juga dengan tokong (shrine)

 Penjaga kuil/pujari merupakan individu penting – tukang


ramal, penghalau hantu dan perantara roh; mahir dengan
pelbagai kaedah penyembuhan

 Astrologi/ilmu nujum/ilmu tilik sangat penting


 Terdapat juga ambattan (‘he who stands near’/‘barber-
surgeon’) dalam kalangan masyarakat berkasta rendah –
berperanan penting dalam upacara keramaian, perkahwinan
dan kematian; berpengetahuan dalam merawat penyakit
umum

 Tahap yang paling asas adalah orang tua dalam keluarga


(moyang, datuk, nenek, ibu, bapa) yang berupaya
menggunakan ubat-ubatan dalam bentuk herba dan
tumbuhan yang terdapat hampir di setiap rumah

Anda mungkin juga menyukai