Anda di halaman 1dari 9

KAEDAH PENGUBATAN

MANUSKRIP MELAYU

DALAM

PENGAMALAN

TRADISI

DAN

ABSTRAK
Kepentingan mengkaji tradisi masyarakat dan manuskrip Melayu
yang menjadi warisan sejak zaman berzaman kaya dengan ilmu
perubatan yang mengandungi kebijaksanaan, sejarah, budaya,
pengalaman hidup dan pandangan dunia dalam Alam Melayu telah
dilupakan. Di samping itu, doktrin terhadap falsafah perubatan alam
Melayu khususnya jarang disentuh dan dikaji. Oleh itu, kajian ini
bertujuan untuk meneliti dan menganalisis metodologi dan falsafah
perubatan yang terdapat di alam dan manuskrip Melayu. Kajian ini
dijalankan berasaskan kepada kajian dokumentasi yang lepas dan
analisis beberapa Manuskrip asal.
Pendahuluan
Perubatan tradisional pada umumnya merupakan salah satu iktiar
manusia dalam usaha mereka untuk mengatasi dan merawat
penyakit dan menambahkan kesihatan tubuh-badan. Kaedah dan
tradisi ini adalah tradisi yang menjadi warisan sejak turun-menurun.
Kaedah perubatan ini juga, dianggap oleh sebahagian cendiakawan
wujud seiring dengan tamadun manusia1.
Budaya dan sistem kepercayaan masyarakat memainkan peranan
penting terhadap persepsi tentang kesihatan, perlakuan, serta
tindakbalas individu terhadap penyakit dan kaedah rawatannya.
Setiap etnik dan agama di dunia ini mempunyai sistem sosial,
budaya, dan agama yang sangat berkait rapat dengan aspek
kesihatan, penyakit, dan kaedah rawatan yang digemari oleh etnik
berkenaan. Hampir semua etnik di dunia ini menggabungkan
beberapa kaedah dalam perawatan penyakit yang dihidapi mereka,
terutama penggunaan kaedah rawatan tradisional dan alternatif,
serta sistem perubatan moden.
Dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara, khususnya
masyarakat Melayu, sistem kepercayaan tradisional yang
berpandukan kepada unsur spiritual, magis, adat, dan agama masih
dominan dalam sistem perawatan tradisional mereka. Apatah lagi
apabila ia melibatkan rawatan penyakit yang bersifat psikopatik,
depressi, dan juga gangguan makhluk halus.
1 Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan
Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Hlmn 1. Laporan Penyeidikan Fakulti
Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kaedah dan cara perawatan dalam pengamalan tradisional ini


seringkali menggunakan ramuan semula jadi yang terdiri daripada
tumbuhan, galian, sebahagian dari haiwan dan menggunakan
kaedah spiritual (ruqyah)2. Di samping itu, penggunaan ramuan
semula jadi ini, sangat sebati dengan masyarakat Melayu
terutamanya. Sebahagian daripadanya digunakan sebagai ulamulaman dan dicampurkan di dalam masakan.
Kosmologi Masyarakat Melayu
Kosmologi adalah suatu kajian berkenaan evolusi dan struktur alam
semesta (cosmos) yang teratur yang ada masa kini. Istilah cosmos
sebenarnya berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud Alam
semesta atau dunia yang teratur bukanya kacau bilau. Sedangkan
istilah logos yang berasal daripada bahasa Greek bermaksud
penyelidikan tentang atau asas-asas rasional dari kajian mengenai
kosmos juga.
Persoalan kosmologi juga melibatkan persoalan pandangan alam
atau world-view. Ini kerana kajian world-view merupakan suatu
percubaan untuk menkaji bagaimana suatu kelompok manusia
memandang alam natural dan alam supernatural, serta
masyarakatnya dan juga diri mereka sendiri.
Orang-orang Melayu sudah mengenali benar alam sekitar mereka.
Dengan itu, mereka tinggal dipesisiran pantai akan menggunakan
bahan-bahan yang terdapat di habitat laut dalam kehidupan
mereka. Sementara mereka yang tinggal di pinggiran hutan pula
akan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di habitat hutan3.
Seperti manusia yang lain juga, masyarakat Melayu tidak terlepas
dari serangan penyakit. Mereka diserang penyakit sehingga
membawa keapda kematian. Dalam usaha mencari penawar dan
kaedah rawatan inilah lahirnya berbagai-bagai cara pengubatan dan
pemeliharaan diri daripada penyakit.
Kaedah yang rawatan yang diamalkan oleh mereka amat berkait
dengan pegangan agama yang mereka anuti. Maka dari sinilah
lahirnya, ritual-ritual dan amalan tertentu untuk merawat penyakit
seperti jampi, mantra dan tangkal 4. Di samping itu juga, sebelum

2 Ibid, Hlmn 2.
3 Ibid, Hlmn 8.

kedatangan agama sama ada Hindu-Buddha dan Islam, semangat


animism sangat kuat diamalakan oleh masyarakat Melayu.
Terdapat dua falsafah utama dalam sistem perubatan Melayu.
Pertama, yang menyentuh bidang kesihatan dan keduanya tentang
penyakit. Kedua-duanya saling berhubungan dan melengkapi antara
satu dengan yang lain. Falsafah pertama menyatakan pencegahan
lebih utama daripada mengubati penyakit. Falsafah kedua
dinyatakan sebagai bagi setiap penyakit pasti ada ubatnya.5
Kepercayaan mengenai adanya ubat bagi setiap penyakit membawa
erti bahawa setiap penyakit perlu diikhtiarkan agar sembuh. Dalam
konsep pengamalan ini juga, terkandung maksud bahawa ikhtiar
yang dilakukan pada satu-satu masa mungkin tidak dapat
menyembuhkan, dan oleh itu ikhtiar untuk mendapatkan ubat yang
lebih mujarab dilakukan walaupun mengambil masa yang lama.
Pengamalan dan tradisi pengubatan ini memberikan makna yang
tersirat iaitu, masyarakat Melayu dan selaku manusia tidak boleh
berhenti untuk mencari penawar dan terus berusaha untuk mencari
pelbagai jenis ubatan dan kepelbagaian cara untuk menyembuhkan
diri atau penyakit. Adakalanya penyakit mudah untuk disembuhkan
dan adakalanya sukar untuk disembuhkan.
Penjagaan kesihatan atau pencegahan penyakit merupakan warisan
yang menjadi tradisi dalam rawatan Melayu. Pendekatan cara ini
adalah yang terbaik diamalkan kerana pengamalan seperti ini dapat
meningkatkan kesihatan tubuh badan dan menghalang punca
penyakit dari sepat berjangkit. Oleh itu, pendekatan mengubati dan
mencegah adalah warisan yang telah menjadi tradisi dalam budaya
Melayu.

Faktor-Faktor Penerusan Kaedah Rawatan Tradisional


Kaedah dan pengamalan perubatan tradisional ini, masih terus
diamalkan oleh masyarakat Melayu terutamanya kerana terdapat
beberapa faktor dan dorongan yang menjadi sebab utama untuk
masyarakat melayu meneruskan kaedah ini. Antara faktornya ialah:
4 Ibid, Hlmn 10.
5 Haliza Mohd Riji. 2000. Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu.
Hlmn 75. .Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Jenis penyakit yang tidak dapat diubati melalui rawatan


moden seperti terkena santau, sihir dan sebaginya.
Masalah
perbelanjaan
menjadi
aspek
utama
dalam
masyarakat melayu. Kebanyakkan masyarakat melayu tidak
berupaya untuk menampung perbelanjaan untuk mengubati
sesetengah jenis penyakit kronik seperti pembiayaan
pembedahan jantung, kanser dan sebagainya.
Kaedah pencegahan lebih baik daripada merawat adalah
tradisi turun-menurun oleh masyrakat melayu. Pemakanan
sayur-sayuran dan penggunaan herba tertentu menjamin
kesihatan dan keadaan seseorang itu berada dalam keadaan
yang sentiasa baik.
Herba dan sayur-sayuran adalah ubat semula jadi yang tidak
mempunyai kesan sampingan. Oleh itu tahap kesihatan akan
sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan memberikan
tenaga kepada pengamalnya6.

Unsur Kejadian Manusia dan Asal Penyakit


Pembentukan dan kejadian manusia terdiri daripada elemen jasmani
iaitu tubuh badan dan juga elemen spiritual iaitu roh, akal dan jiwa.
Dalam pembentukan kejadian manusia, penelitian dan pengkajian
terhadap elemen dan unsur kejadian ini adalah kunci utama dan
aspek terpenting dalam penentuan keadaan dan kondisi seseorang
itu.
-

Unsur Kejadiaan Manusia

Unsur kejadiaan manusia, merupakan antara aspek yang penting


dalam penentuan kondisi seseorang. Oleh itu A. Samad Ahmad
menyatakan dalam bukunya Warisan Perubatan Melayu antara
unsur kejadiaan manusia adalah:

Tanah; sifatnya adalah dingin serta kering. Maka insan itu


adalah sawida ertinya hitam, iaitu di dalamnya panas dingin
serta kering, dan kurang di dalamnya panas dan basah. Maka
tandanya orang itu kurus, tubuhnya nipis, banyak
pekerjaannya, kurang tidur, tiada dapat ia sabar daripada
kerja jimak. Maka ada bahagian mudarat yang besar, maka

6 Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan


Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Hlmn 3. Laporan Penyeidikan Fakulti
Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia..

adalah asal kejadiannya daripada perangai tanah. Dalam


tubuh manusia tempatnya almak, maka perangainya itu
tubuhnya sihat.
Api; perangainya panas serta kering. Maka adalah pada insan
itu safrun iaitu air yang kuning, maka iaitu panas serta kering,
asal kejadianya daripada perangai api, yang di dalam
tubuhnya tempatnya adalah hempedu. Maka tandanya orang
itu segera barang kerja dan lakunya, dan segera pada
jalannya, lagi terang hatinya. Orang itu panas tubuhnya,
kurang tidurnya, barangkali banyak di dalamnya panas
daripada kering. Maka warnanya adalah kuning.
Air; perangainya dingin serta basah, maka adalah pada insan
itu balgham (dahak, kahak), iaitu dingin serta abash. Asal
kejadiannya daripada perangai air, dalam tubuh manusia
tempatnya pada paru-paru. Makad alah perangai balgham itu
banyak dingin dan basah dan kurang dalamnya panas dan
kering. Alamat orang itu tambun tubuhnya, banyak lemaknya,
kerana perangai basah padanya, maka orang itu banyak
tidurnya, segan ia pada barang pekerjaannya, dan lambat jua,
lagi kurang fahamannya.
Angin; perangai basah serta panas. Maka adalah pada insan
itu darwani, iaitu darah. Maka adalah asal kejadiannya
daripada perangai angin yang di dalam tubuh manusia,
tempatnya adalah pada hati. Bahawa tubuh orang itu nipis,
tiada tebal, iaitu banyak panas seta basah, dan kurang
dalamnya angina dan kering. Maka orang itu tiada tambun,
kurang dagingnya, banyak darahnya, pekertinya sederhana.
Asal Penyakit Manusia

Kaedah Rawatan Penyakit


Pengamalan dan kaedah perawatan dalam tradisi Melayu ini,
merupakan satu khazanah yang berharga. Kepelbagaian kaedah,
metodologi dan penggunaan bahan yang terdapat dalam kepulauan
Melayu ini merupakan tanda bahawa ketamadunan dan kemajuan di
dalam Alam Melayu ini telah terbina.
-

Ruqyah dan Jampi

Pengamalan dan perawatan dalam mengubati penyakit khususnya


di Alam Melayu ini tidak hanya tertumpu kepada kaedah
pengubatan penggunaan herba atau bahan semula jadi, tetapi juga

mengamalkan kaedah ruqyah atau jampi. Pengamalan ini bukan


hanya diamalkan oleh tradisi melayu tetapi oleh setiap pengamal
perubatan pada setiap tamadun manusia. Prof Dr H. Aulia
menyatakan:
Hendaklah doktor itu mempunyai pengetahuan tentang penyakit fikiran
dan jiwa serta ubat-ubatnya. Ini adalah menjadi pokok yang utama dalam
mengubati badan manusia7.

Ruqyah dan jampi adalah satu kaedah yang telah lama diamalkan.
Di Tanah Melayu ia sudah banyak dipengaruhi oleh berbagai-bagai
unsur kepercayaan seperti animisme, Hindu-Buddha dan akhir sekali
Islam8.
Upacara pembomohan atau pawang dalam tradisi melayu tidak
dapat dipisahkan. Peninggalan dan pembudayaan amalan ini sudah
menjadi satu keperluan yang tidak dapat ditinggalkan dalam tradisi
melayu. Tambahan dari itu juga, perubatan melayu didasarkan
kepada kepercayaan dan keyaninan para bomoh kepada agama
Islam dan rukun Iman.
Rukun pertama dalam rukun iman, iaitu percaya kepada Allah, menjadi
tunjang kepada pendekatan dalam kehidupan bomoh dan amalan
perubatan. Sesuai dengan kepercayaan ini, maka bomoh Melayu sebagai
orang mukmin di dapati menggunakan al-Quran dan menyatakan bahawa
segala bentuk penyakit dan kesembuhan itu datangnya dari Allah. 9

Herba Dan Bahan Semula Jadi

Penggunaan herba dan bahan semula jadi ini, adalah amalan yang
diguna pakai tidak hanya di Alam Melayu, tetapi telah digunakan
oleh semua tamadun di dunia ini seperti penggunaan bahan awet
mumia firaun, penggunaan garam oleh masyarakat Babilon dan
sebagainya.
Pengamalan kaedah urutan turut menjadi elemen yang penting
dalam pengamalan pengubatan tradisional. Di samping itu juga,
7 Prof. Dr H. Aulia. 1970. Agama Dan Kesehatan Badan Dan Jiwa. Hlmn 19
Djakarta. Penerbit Bulan Bintang.
8 Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan
Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Hlmn 4. Laporan Penyeidikan Fakulti
Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
9 Haliza Mohd Riji. 2000. Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu.
Hlmn 210.Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

amalan ini menjadi salah satu teknik dalam pemulihan rawatan


moden, terutama ahli fisioterapi10. Pada asasnya, teknik ini lebih
berkait kepada penyakit yang berpunca daripada saraf dan otot
serta berkait juga dengan perempuan yang sudah bersalin dan
penyakit angin.
-

Petua Dan Pantang-Larang

Pada umunya penjagaan kesihatan dalam tradisi Melayu adalah


memberi perhatian terhadap kesihatan fizikal, mental dan spiritual.
Apabila ketiga-tiga elemen ini berada dalam keadaan yang sihat,
maka tubuh akan menjadi sihat. Mengikut pengamalan orang
Melayu, kaedah yang diamalakan oleh masyarakat Melayu adalah
memberi keutamaan dalam penjagaan kesihatan daripada
mengubati penyakit11.
Kaedah berpantang adalah satu pendekatan yang digunakan untuk
mencegah daripada terkena penyakit dan mengekalkan kesihatan
badan. Misalnya lelaki ataupun perempuan dilarang meneguk air
semasa makan. Kaedah ini adalah untuk mengelakkan diri dari
diserang penyakit dengan mudah. Tambahan daripada itu juga,
kaedah ini turut digunakan sebagai memelihara keberkesanan jenis
ubat yang digunakan. Orang yang memakan ubat yang panas
dilarang memakan makanan yang sejuk sifatnya seperti sayuran12.
Tambahan daripada itu juga, keutamaan kepada penjagaan
kesihatan ialah berdasarkan kepada prinsip bahawa penjagaan itu
lebih mudah dilaksanakan kerana kebanyakkannya merupakan
amalan ringan, boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Amalan
sebegini juga tidak memerlukan tenaga yang banyak, sebaliknya
untuk mengubati seseorang yang terkena penyakit khususnya
penyakit kronik memerlukan masa yang lama.

10 Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan


Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Hlmn 5. Laporan Penyeidikan Fakulti
Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
11 Haliza Mohd Riji. 2000. Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu.
Hlmn 105. .Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
12 Ibid, hlmn 6.

Bibiliograf
A.Samad Ahmad. 1988. Warisan Perubatan Melayu. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa Pustaka.
Amran Kasimin. T,t. Sakit Mantel Menurut Perubatan Melayu
Tradisional. Laporan Akhir Kajian 27/88, Jabatan Persuratan Melayu,
Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Azahari Ibrahim. T,t. Ubat-Ubatan Tradisional Melayu, Doa-Doa
Penawar Penyakit, Rahsia Kebaikan Surah al-Fatihah. Kota Bharu.
Pustaka Reka.
Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan
Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Laporan Penyeidikan Fakulti
Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Haliza Mohd Riji. 2000. Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan
Melayu. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
Haron Din. T.t. Konsep Perubatan Islam. Bangi. Penerbit Darussyifa.
Liu. Willow J.H. 2011. Traditiional Herbal Medicine Research
Methodes:Identification, Analysis, Bioassay, And Pharmaceutical And
Clinical Studies.Canada. John Wiley And Sons, Inc.
Muhammad Sani Harun. T,t. Petua Dan Perubatan Tradisional
Melayu Amalan Turun Menurun. Selangor. Pusat Tradisional Darul
Syafaat.
Prof. Dr H. Aulia. 1970. Agama Dan Kesehatan Badan Dan Jiwa.
Djakarta. Penerbit Bulan Bintang.

JOURNAL
Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid & Nurul Wahidah binti Fauzi.
2012. Perubatan Melayu Tradisional: Kitab Tibb Pontianak. Dlm.
Jurnal Al-Taubah. 7(1). 2012. 149-162.
Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid & Helwana Binti Muhammad.
Manuskrip Perubatan Melayu-Islam di Fatani: Ulasan Terhadap
Manuskrip Kitab Tayyib al-Ihsan fi Tibb al-Insan Karya Syeikh Ahmad
Al-Fatani. 110- 127.
Mohd Koharuddin b Mohd Balwi. Sains Perubatan Naturalistik
Melayu: Satu Kajian Awal. Dlm. Jurnal Kemanusiaan. T.t. 34-41.
Mohd Farhan Md Ariffin, Khader Ahmad, Nor Izati Samsudin,
Mohammad Zaim Ismail, Muhammad Ikhlas Rosele. Seni Perubatan
Alternatif Di Malaysia: Analisis Permasalahan Metode Rawatan. Dlm.
GJAT. 2013.Vol 2 Isu 2. 79- 90.
Nurdeng Deuraseh & Hayati Lateh. Rukyah (Jampi) Dalam Perubatan
Tradisional Melayu Sebagai Rawatan Penyakit, Pencegahan,
Pendinding Diri Dan Harta: Kehebatan Dan Sumbangan Ilmuwan
Nusantara. Dlm. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV.
2011. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pisol Bin Maidin & Mohd Nor Mamat. Daripada Falsafah Menjadi
Sains: Doktrin Perubatan Melayu Dalam Kitab Bustan Al-Salatin.
2014. Perpustakaan Negara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai