Anda di halaman 1dari 34

KESANTUNAN VERBAL

DAN NON VERBAL


GSB1012 KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

HAJI DZULKARNAIN MAT


2 KESANTUNAN VERBAL
 Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara
sopan dan beradab.
 Dikenali sebagai kesantunan berbahasa.
 Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan
kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk
lisan atau tulisan.
 Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk
kepada percakapan, lisan dan pertuturan.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


3
 Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya
semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-
rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat
pembentangan kepada umum dan lain-lain lagi.
 Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk
kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
 Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan
internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


4
 Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan
bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang
ingin disampaikan.
 Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting
kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan
tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut.
 Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu
sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat
handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang
lain.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


5

 Bertanya Khabar
  
 “Apa khabar? Lama kita tidak
berjumpa."
 “Assalamualaikum” .
 Contoh lain : Terima kasih,
Sila duduk dan sebagainya.
  

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


6 Isikan foto & dialog

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


7

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


8
 Semasa kita berkomunikasi komponen-komponen bahasa seperti
fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan.
 Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi
bahasa.
 Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul.
 Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata.
 Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat.
 Tuntasnya, kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk
kepada percakapan, lisan dan pertuturan.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


9
 Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya
semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-
rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat
pembentangan kepada umum dan lain- lain lagi.
 Kesantunan verbal juga boleh ditonjolkan melalui media massa
seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan
ceramah, seminar serta sesi ucapan.
 Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan
bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang
ingin disampaikan.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


10 Aspek-aspek Kesantunan Verbal
 Bertutur dengan menggunakan bahasa halus.
 Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar disamakan dengan pendidikan yang
penuh dengan adab tatatertib.
 Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan
panggilan yang tersendiri.
 Bahasa sapaan lisan / bertulis haruslah digunakan dengan sopan santun supaya
tidak dianggap sebagai biadab atau berbudi bahasa.
 Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan
hormat dan ganti nama.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


11
 Kesantunan bahasa bukan sahaja merangkumi penggunaan dalam
pertuturan tetapi juga dalam bentuk bertulis.
 Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar
sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
 Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa
halus termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara
ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersinam,
bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


12  Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat,
umur dan keakraban hubungan.
 Lihat contoh berikut :
 Pak cik – digunakan untuk orang lelaki yang amat sebaya dengan ayah sendiri.
 Mak cik – digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak
sendiri.
 Tok – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan
datuk atau nenek sendiri.
 Abang – digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak
sebaya.
 Kakak – digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga
tidak semuda sendiri.
 Adik – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada
sendiri.
Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021
13  Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi
kepada :
 Panggilan kekeluargaan pertalian darah
 Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak
Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik,
Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


14

 Gabungan nama kekeluargaan asas


 Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan
pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah
dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah,
Kak Ngah, Bang Cik, Kak Cik.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


15

 Sistem panggilan kekeluargaan ikatan


perkahwinan
 Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar
 ( Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua )
 Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam
keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua.
Contoh : abang ipar, kaki ipar, adik ipar, mak long ipar,
mak ngah ipar dan sebagainya.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


 Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
16  Tuan – digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada sendiri dan
orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
 Encik, Cik – boleh digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
daripada sendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
 Puan – untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada sendiri dan
perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
 Saudara – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan sendiri
atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan sendiri atau digunakan dalam
rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan dan sebagainya.
 Saudari – digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan
penggunaan gelaran saudara.
 Tetuan – hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau
pentadbir syarikat perniagaan ( termasuk syarikat guaman ) seperti : Tetuan Syarikat
Sinaran Sdn.Bhd.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


17  Gelaran warisan
 Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran
Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam), Tengku
(Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu)
 Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri
(Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu),
Abang (Sarawak), Datu (Sabah), Awangku, Pangeran
dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (Kedah) dan
Tun (Terengganu).

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


18

 Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad


s.a.w seperti syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah
bagi perempuan.
 Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif,
Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis
ini.
 Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari
luar Malaysia seperti Raden ( Jawa ), Daeng (Bugis ),
Sidi, Sutan ( Minangkabau ), Teuku dan Teungku
( Aceh ).
Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021
19  Gelaran Kurniaan
 Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk ( Datuk Seri, Datuk
Paduka, Datuk Setia ), Datuk ( Datuk Patingi, Datuk
Amar ), Datin Paduka ( gelaran yang dikurniakan oleh
kerajaan negeri Selangor ), Tok Puan ( isteri kepada
datuk di Terengganu ).
 Pendeta Za’aba [ gelaran kurniaan yang diberikan oleh
pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga
(1956).]
 Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj.
Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021
20 Kata Panggilan dalam majlis rasmi

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


21 Kata Panggilan dalam majlis rasmi

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


22 Kata Panggilan dalam majlis rasmi

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


23 Kesantunan Non Verbal
 Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata
atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan.
 Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana
mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah,
pandangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh.
 Tidak kira sama ada melalui verbal atau non verbal, konsep
kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka
bumi ini.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


 Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua
24
perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk
menyampaikan mesej yang dapat difahami.
 Bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata
memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep
kesantunan non verbal itu.
 Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang
menggambarkan keadaan emosional seseorang, seperti: perasaan
takut, marah, jijik, muak, sedih, gembira, dan minat. Melalui
ekspresi muka, orang akan mengetahui perasaan kita dengan melihat
ekspresi muka kita.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


 Melalui mata pula, kita boleh mengetahui bagaimana sikap seseorang, adakah
25
seseorang itu bersiap sedia untuk berinteraksi, adakah seseorang itu memberi
perhatian terhadap penutur atau tidak.
 Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah :
 Pengulangan ( repeating ) – mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan
secara verbal.
 Penggantian ( substituting) – menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.
 Kontradiksi ( contrast / regulating ) – menolak sebuah pesan verbal dengan
memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal.
 Pelengkap ( complement ) – melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
 Penegasan ( accenting / moderating ) – menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan
verbal.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


26 Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal
 Gerakan Anggota Badan
 Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa
lisan mempunyai makna tertentu.
 Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam
komunikasi yang dihasilkan.
 Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat
yang difahami oleh semua orang seperti :
 Isyarat gerakan tangan
 Isyarat air muka
 Bahasa tubuh

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


27
 Gerakan Mata
 Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
 Contohnya :
 Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat.
 Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta.
 Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu / tidak tenteram
perasaannya.
 Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


28
 Gerakan Tangan
 Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh
kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang kebudayaan.
 Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat
mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


29
 Contohnya :
 Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan
maksudnya.
 Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang
bermakna diam / tolong senyap.
 Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah
untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
 Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan
tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


30

 Mimik Muka
 Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat
diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
 Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
 Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak
balas terhadap seseorang.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


 Contohnya :
31  Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita
akan mengetahui banyak maksud yang tersurat dan tersirat.
 Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi
dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang.
 Ahli komunikasi yang baik dapat mengesan perasaan sebenar seseorang
dengan mengamati air mukanya.
 Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang
dilalui, untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra / positif,
tunjukkanlah air muka yang jernih.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


Kesantunan Verbal dan Non Verbal
32
 Daripada aspek bahasa Malaysia menurut pemahaman saya, kesantunan
berbahasa merujuk kepada kesantunan berbahasa daripada segi verbal dan non
verbal.
 Melalui verbal dan non verbal, kesantunan berbahasa dapat ditonjolkan dan
seterusnya dicontohi oleh masyarakat terutamanya golongan muda masa kini
yang dilihat semakin meminggirkan kesantunan berbahasa sama ada daripada
segi verbal atau pun non verbal.
 Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati,
diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


 Hal ini kerana kesantunan berbahasa ini sangat penting sama ada verbal atau
33
non verbal bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah air tercinta.
 Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita
sesama insan berbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan
silaturahim yang baik dengan semua orang.
 Oleh itu, diharapkan semua pihak dapat bersama-sama berganding bahu
dalam membangkitkan, menanam sifat kesantunan ini agar kita semua
mendapat manfaatnya.

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021


34 SEKIAN
TERIMA KASIH

Haji Dzulkarnain Mat IPGKTAA 03/15/2021

Anda mungkin juga menyukai