Anda di halaman 1dari 10

BUDAYA & PEMBELAJARAN

EDUP 3073

NG WENG TUTT
PENSYARAH CEMERLANG IPGKPP
PERANAN GURU DALAM
PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA
DI BILIK DARJAH
Penerimaan dan layanan yang adil
• Mengenali latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal,
budaya, adat resam, kepercayaan dan  agama akan membolehkan guru
memberikan layanan yang lebih adil kepada individu pelajar.
• Guru tidak seharusnya melayan pelajar sebagai satu kelompok individu,
kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai
individu yang mempunyai keunikan.
• Justeru, guru perlu memberi layanan yang adil mengikut keperluan
individu pelajar.
• Guru hendaklah mengajar tanpa mengira kaum atau status sosial seorang
murid dengan mewujudkan kumpulan pelbagai kategori supaya murid-
murid yang tercicir tidak merasa tersisih
• Guru perlu melayan keperluan murid ke arah memperkembang potensi
mereka secara optimum. 
• Mereka dapat berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain tanpa ada
perasaan rendah diri. 
• Menurut Rohand Meighan (1986), Kelas Sosial mengambarkan perbezaan
cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.
• Guru juga perlu menghormati murid-murid, bersikap adil, hukuman
berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan
menyebabkan hubungan murid dengan guru akan renggang serta
memberi teguran umum berbentuk nasihat tetapi bukan leteran.
    Strategi pembelajaran yang sesuai.
• Setiap seorang pelajar itu adalah unik.
• Keunikan mereka tidak sama antara satu sama lain.
• Seorang guru tidak boleh menganggap semua murid boleh belajar
dengan cara yang sama.
• Biasanya penyampai seseorang guru itu bergantung pada persekitaran
tempat tinggal pelajar, status sosioekonomi keluarga dan gaya
pembelajaran.
• Guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan
membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai.
• Dengan mengambil kira faktor-faktor yang membantu pembelajaran guru
dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan mengikut kemampuan. 
• Menurut Dunn dan Dunn (1979), setiap individu mempunyai gaya
pembelajaran tertentu.
• Oleh itu, guru perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang gaya
pembelajaran dan bagaimana menyesuaikan gaya pembelajaran pelajar
dengan pengajaran guru agar dapat mencapai pengajaran dan pembelajaran
yang cemerlang.
• Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani isu-isu berkaitan
dengan cara bagaimana pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran.
• Menurut Reichmann dan Grasha (1974) telah menyarankan beberapa jenis
pelajar berasaskan kepada cara yang paling mereka gemari semasa belajar.
• Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secara bersendirian, kolaboratif,
penyertaan dan kompetitif.
• Dunn & Dunn (1978) mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori
berdasarkan unsur-unsur asas tetapi diklasifikasikan dan diringkaskan kepada
empat perkara sahaja berdasarkan rangsangan (stimuli)
         Pengurusan Bilik Darjah

• Pengurusan hal-ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan


penyayang yang ditunjukkan guru dapat menjinakkan mereka, bercakap
bahasa lembut, menegur dan membetul kesilapan dengan cara
berhemah, di samping menggunakan segala sifat akan mempercepat
proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya.
• Guru perlu melayan keperluan murid ke arah memperkembang potensi
mereka secara optimum.
• Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam
pengurusan bilik darjah, dan adalah penting kepada guru untuk memahami
tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan
mengikut kaedah yang betul dan tepat.
• Menurut Noriati A Rashid et al mengurus pelajar yang ramai berlainan latar
belakang bukanlah sesuatu yang mudah.
• Sebagai satu komuniti kecil di dalam bilik darjah, kawalan tingkah laku
dianjurkan melalui peraturan dan rutin harian bilik darjah.
• Pematuhan peraturan menjadi satu keperluan untuk mewujudkan suasana
yang terkawal.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai