Anda di halaman 1dari 16

DTE 3553

PLC

BAB 5 : ATURCARA PLC MENGGUNAKAN


PROGRAM TANGGA
5.0 PENGENALAN
• TIMER ( TIM ) dan COUNTER ( CNT ) adalah suruhan-
suruhan yang memerlukan nombor TIM / CNT ( N ) dan
nilai set ( SV ).

• Julat bagi nombor TIM / CNT adalah dari 000 hingga 511
manakala julat nilai set bagi TIM / CNT adalah 0000 hingga
9999.

• Nombor-nombor TIM / CNT tidak boleh digunakan dua kali.


5.1 PEMASA (TIMER)
SIMBOL

• Nombor-nombor pemasa ( N ) adalah diantara 000


hingga 015.

• Nilai set ( SV ) adalah diantara 0000 hingga 9999.

• Setiap nombor TIM / CNT boleh digunakan sebagai


pentakrif (definer) hanya pada satu arahan TIMER atau
COUNTER.
5.2 PEMBILANG (COUNTER)
Nombor TIM / CNT boleh digunakan sebagai pentakrif ( definer )
hanya samaada pada Pemasa atau Pembilang.

Nombor-nombor pembilang adalah dari julat 000 hingga 015.

Pembilang digunakan untuk mengira dengan kiraan menurun dari


nilai set ( SV ) apabila keadaan perlaksanaan ( execution condition )
pada denyut kira (CP), berubah dari OFF ke ON.

Nilai set (SV) adalah dari julat 0000 hingga 9999.

Pembilang akan reset dengan masukan reset ( R ).


5.3 Penggunaan Arahan Pemasa dan
Pembilang
Nombor Pembilang tidak boleh sama dengan nombor Pemasa kerana
kedua-duanya berkongsi kawasan data yang sama di dalam ingatan
PLC. Kendalian:

Pembilang diset kepada kiraan 5. Apabila


masukan (LD 00000) diberi denyut sebanyak
lima, pembilang akan diaktifkan dan
seterusnya keluaran ( OUT 10000 ) akan ON.

Ketika keluaran (OUT 10000) ON, TIM 001


akan diaktifkan selepas 3 saat dan
seterusnya keluaran (OUT 10001) akan ON.

Kedua-dua keluaran (OUT 10000) dan (OUT


10001) akan sentiasa ON sehinggalah reset
(LD 00001) di ON kan.

Reset akan mengembalikan pembilang


kepada keadaan asal.
5.4 Suruhan LOAD (START,ST)
Suruhan ini adalah untuk memulakan sesuatu baris program.

Ia digunakan pada sesentuh pertama dalam keadaan normally open


(NO).

Penerangan Rajah Tangga

Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions) bagi suruhan keluaran di


sebelah kanan iaitu Y0 akan ON apabila X0 adalah ON.
5.5 Suruhan LOAD NOT
Suruhan ini adalah untuk memulakan sesuatu baris program.

Ia digunakan pada sesentuh pertama dalam keadaan normally closed


(NC).

Penerangan Rajah Tangga

Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions) bagi suruhan keluaran di


sebelah kanan iaitu Y0 akan ON apabila X0 adalah OFF
5.6 Suruhan AND
Suruhan ini digunakan pada sesentuh kedua dalam keadaan normally
open (NO) dan sesiri dengan sesentuh sebelumnya.

Penerangan Rajah Tangga

Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions) bagi suruhan keluaran


akan ON apabila X0 dan X1 adalah ON.
5.7 Suruhan AND NOT
Suruhan ini digunakan pada sesentuh kedua dalam keadaan
normally closed (NC) dan sesiri dengan sesentuh sebelumnya.

Penerangan Rajah Tangga

Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions) bagi suruhan


keluaran akan ON apabila X0 adalah ON dan X1 adalah OFF.
5.8 Suruhan OR
Suruhan ini digunakan pada sesentuh kedua dalam keadaan
normally open (NO) dan selari dengan sesentuh sebelumnya.

 Penerangan Rajah Tangga

Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions) bagi suruhan keluran


ON apabila salah satu X0 atau X1 atau kedua-duanya sekali ON
5.9 Suruhan OR NOT
Suruhan ini digunakan pada sesentuh kedua dalam keadaan normally
closed (NC) dan selari dengan sesentuh sebelumnya.

Penerangan Rajah Tangga

Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions) bagi suruhan keluaran


akan ON apabila X0 ON atau X1 OFF atau X0 ON, X1 OFF dalam
keadaan serentak.
5.10 Suruhan OUTPUT
Suruhan ini digunakan untuk gegelung keluaran.

Penerangan Rajah Tangga

IR 10000 akan ON apabila IR 00000 adalah ON .


5.11 Suruhan END
Suruhan END tiada peranti sesentuh fizikal.
Ia adalah suruhan terakhir yang diperlukan untuk menyempurnakan
sesuatu aturcara.
Jika tiada suruhan END, aturcara tidak dapat dilaksanakan.

Untuk PLC jenis OMRON – SYSMAC CQM1H, suruhan FUN 01


adalah suruhan END.
5.12 Suruhan BLOK LOGIK OR
Suruhan OR LD tiada peranti sesentuh fizikal.

Hanyalah satu programming tool bagi menyelesaikan fungsi OR yang


kompleks seperti satu siri sesentuh LD ( atau LD NOT ) dalam
keadaan selari dengan satu siri sesentuh yang lain.
5.13 Suruhan BLOK LOGIK AND
Suruhan AND LD tiada peranti sesentuh fizikal.

Hanyalah satu programming tool bagi menyelesaikan


fungsi AND yang kompleks seperti menghubungkan
beberapa OR, OR NOT, OR LD dalam keadaan siri.
5.14 OR LOAD dan AND LOAD
Apabila kedua-dua suruhan blok logik ini hendak digunakan dalam
Rajah Tangga, aturcara untuk mencantumkan blok-blok logik mestilah
ditulis dari bawah ke atas.

Suruhan blok logik bagi kedua-dua blok terakhir (blok b1 dan blok b2)
ditulis dahulu kemudian diikuti dengan suruhan blok logik yang
pertama (blok a).

Anda mungkin juga menyukai