Anda di halaman 1dari 7

SUMBANGAN ISLAM

DALAM BIDANG
BOTANI
PENGENALAN
Botani merupakan salah satu bidang kajian dalam biologi
yang mengkhususkan diri dalam mempelajari seluruh aspek
biologi tumbuh-tumbuhan.
Dengan demikian, dalam botani dipelajari semua disiplin
ilmu biologi untuk mempelajari pertumbuhan seperti
 Metabolisme
Perkembangan
interaksi dengan komponen biotik dan abiotik
evolusi tumbuhan
Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian
khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-
tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan
oleh masyarakat Islam ketika itu
Botani
Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad
dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah
Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang
botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian
yang pernah diwarisi bangsa Yunani
Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan
perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang
tinggi di wilayah-wilayah Islam
Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis
akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan
dapat digunakan dalam bidang perubatan.
TOKOH-TOKOH BOTANI
AL JAHIZ
 Beliau ialah Abu Osman Amru b. Bahr yang bergelar Al
Jahiz (besar) kerana matanya yang besar, lahir, membesar
dan meninggal di Basrah Iraq. 
Diriwayatkan beliau telah menghasilkan 350 buah buku di
dalam berbagai bidang seperti biologi kehaiwanan,
tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi,
perdagangan dan geografi.Dalam bidang botani beliau
telah menulis buku “Al Zar’u wa al Nakhl" dan "Al Ma’adin".
Perbahasan buku ini selain menerangkan keadaan
tumbuhan, ianya juga menyentuh masalah tanah dan
serangga.
IBN AL-BAITAR
 Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar
Dhiya al-Din al-Malaqi
 Seorang saintis terulung Muslim Sepanyol
 Seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada
kurun pertengahan.
 Dilahirkan di sebuah kota dikenali Malaqa atau
Malaga di Sepanyol pada akhir kurun ke-12.
 Belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati.
 Selepas tahun 1224, beliau menyertai perkhidmatan
al-Kamil kerajaan Gabenor Mesir dan dilantik
sebagai ketua pakar herba.
 Beliau meninggal dunia di Damsyek pada tahun 1248
Al-Riyasa Ibn Jarit
 Beliau menulis mengenai limau dan rubab dan
penggunaannya. Belau adalah seorang doktor dari Mesir
yang juga doktor peribadi kepada Salahuddin al-Ayubi.
Al-Ghafiqi
 Beliau berasal dari Cordava telah berjaya mengkelaskan
tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika.Beliau
telah memberi nama tmbuh-umbuhan yang dikajinya
dalam bahasa Arab, Latin dan Barbar. Beliau telah
menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan
dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan
rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya Karya beliau
iaitu “ Al-Adwiah Al-Mufaradhah” mengenai herba
perubatan telah menjadi rujukan oleh pakar-pakar yang
lain dalam bidang tersebut.
Al-Nabati 
 Beliau menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga
ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah dan
menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang
tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya.

Anda mungkin juga menyukai