Anda di halaman 1dari 21

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PENYERAPAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NAMA NO. KP KUMPULAN MATAPELAJARAN

: RABIAATUL AISHAH BT AZAHAR : 770923-10-5152 : MT4 : LITERASI BAHASA MELAYU WAJ 3102

NAMA PENSYARAH :EN. MOHAMAD RADZI BIN SALLEH TARIKH SERAHAN : 30 APRIL 2012

BINCANGKAN TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG SAINS YANG MENJADI PEMANGKIN KEPADA KEMAJUAN ILMU

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

SENARAI ISI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN 2. PRAKATA 3. TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG SAINS 4. BIBLOGRAFI 5. LAMPIRAN 6. PETA MINDA

PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu-individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini.

Pertama sekali sekalung penghargaan kepada Puan Sharifah Nabilatul Huda Bt Syed Abdullah kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan, semangat dan nasihat berguna kepada saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya, terima kasih juga kepada keluarga saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang kerja kursus ini disiapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja kursus masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai kerja kursus amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat, tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus saya disiapkan.

PRAKATA

Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Tamadun Islam merupakan salah satu tamadun dunia yang terunggul. Sumbangan tamadun Islam tidak ternilai dalam membentuk generasi manusia yang bertamadun, berintelektual dan maju.

Intelektual bermaksud golongan cerdik pandai atau golongan terpelajar. Hasil daya berfikir dan akal budi yang tinggi golongan ini telah melahirkan pelbagai ilmu dan teori yang membolehkan masyarakat hidup lebih beradab dan bertamadun. Bidang ilmu yang diterokai para intelektual merangkumi ilmu sains tulen dan sains sosial termasuk ilmu-ilmu agama dan bukan agama.

Dalam tamadun Islam terdapat ramai tokoh-tokoh intelektual yang menyumbang kepada perkembangan tamadun islam. Antaranya tokoh-tokoh tamadun Islam dalam bidang sains yang menjadi pemangkin kepada kemajuan ilmu ialah Ibn Sina, Ibn Rusyd, Jabir Ibn Hayyan, Al-Razi, Ibnu AlNafis dan ramai lagi.

1. JABIR IBN HAIYAN

Jabir Ibnu Haiyan hidup antara tahun 750-803 masihi). Beliau dikenali sebagai Geber oleh orang-orang Barat. Beliau juga digelar sebagai Bapa Ilmu Kimia Moden. Nama penuh beliau ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan. Beliau berasal dari Kufah, Iraq. Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang perubatan tetapi juga dalam bidang kimia. Pada peringkat awal kerjayanya, beliau pernah berguru dengan Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

Sumbangan terbesar beliau ialah dalam ilmu kimia. Beliau terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia. Kajiannya dalam bidang kimia menyebabkan beliau disanjung pada zamannya.

Beliau juga telah memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen di dunia alkimia. Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu kimia moden. Beliau juga banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan pengembangan kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan. Beliau mencurahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia. Jadi, beliau mengembangkan ilmu kimia sebagai cabang ilmu alkimia.

Beliau telah berjaya menggabungkan kaedah kajian secara tradisional dengan kajian secara moden menerusi ekperimen dan makmal. Antara sumbangannya yang paling bermakna ialah kejayaan mencipta teori

peleburan logam seperti raksa, pengewapan, penyaringan, penghabluran dan penyulingan.

Disamping itu, beliau telah memperkenalkan beberapa istilah kimia seperti alkali, (arab: al-qali) iaitu garam kalium untuk mebuat baja, sabun dan bahan kimia. Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik. Penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada tandingannya di dunia.

Oleh sebab itulah, Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia Moden" oleh rakan sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan Max Mayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir Ibnu Haiyan.

2. AL-RAZI

Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi atau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Iran. Al-Razi dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 865 masihi (251 Hijrah), dan meninggal di Rayy 925 masihi (313 Hijrah). Para sarjana berpendapat bahawa al-Razi mengalami sakit mata dan kemudiannya buta pada penghujung hayat-nya. Al-Razi menderita akibat ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak.

Beliau merupakan pemain gambus sambil menyanyi ketika zaman mudanya. Kemudian beliau meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan falsafah. Beliau belajar ilmu kedoktoran dengan Ali ibn Rabban al-Thabari dan belajar ilmu falsafah dengan al-Balkhi. Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah.

Al-Razi adalah seorang ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi yang memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains. Beliau fasih dalam pengetahuan perubatan Yunani dan menambah sebahagian besar kepadanya dari pemerhatiannya sendiri. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secara meluas bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Beliau juga menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan. Beliau merupakan salah seorang guru ilmuan dalam Dunia Islam, dan mempunyai pengaruh yang besar kepada sains dan perubatan Eropah.

Karya agung al-Razi dalam dunia perubatan ialah Kitab al-Mansur (Liber medicinalis ad al Mansorem). Al-Razi telah menghasilkan buku ini ketika beliau di Khurasan di bawah pemerintahan Gabenor al-Mansur Ibnu Ishaq. Dalam buku ini terkandung 10 penemuan berkaitan tentang amalan sains perubatan. Buku ini dianggap satu karya beliau yang tulen dan mencerminkan kematangan dan kepakaran beliau dalam amalan perubatan moden.

Dalam buku ini juga beliau menekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu penyakit. Satu falsafah yang terpenting dalam karya al-Razi ini ialah kebenaran dalam ilmu perubatan. Ia merupakan sutu elemen penting dan amalan seorang doktor yang sentiasa menggunakan kuasa pemikiran dan logiknya. Al-Razi menentang sekeras-kerasnya amalan penipuan dan penyelewengan dalam amalan perubatan. Padanya, penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam merawat sesuatu penyakit, kedua-dua pendekatan iaitu rohani dan jasmani harus dikaji bersama. Karya beliau dalam bidang falsafah yang berjudul Al'Thib al-Ruhani pula berkisar tentang cara pengubatan penyakit jiwa dan pengubatan fizik yang menyembuhkan tubuh badan.

Al-Razi juga menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam ketelitiannya ketika memilih tapak hospital Audidi. AlRazi telah menggantungkan seketul daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat dimana daging menjadi busuk paling lambat. Konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu.

Al-Razi adalah seorang yang berfikiran rasional sepenuhnya, amat yakin dengan kuasa logik. Beliau dianggap oleh rakan semasa dan penulis bioliografi sebagai bebas dari sebarang prejudis, amat cekal dan berani mengutarakan pendapatnya tanpa teragak-agak. Beliau percaya kepada kemajuan manusia dan "Tuhan Maha Bijaksana". Beliau telah mengembara di kebanyakan tempat dan memberikan khidmatnya kepada beberapa putera dan pemerintah terutamanya di Baghdad di mana beliau mendirikan makmalnya.

Sebagai guru dalam perubatan, beliau menarik minat ramai pelajar dalam pelbagai bidang. Beliau juga baik, jujur, dan tegas ketika memberi khidmat kepada pesakitnya, tidak kira kaya ataupun miskin. Institute Razi hari ini di Tehran, Iran dinamakan sempena namanya,dan 'Hari Razi' (Hari Farmasi) disambut di Iran setiap 27 Ogos.

Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang kimia dengan terhasilnya Kitab al-Asrar (The Book of Secrets). Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14M. Antara lain kejayaan al-Razi dalam dunia perubatan ialah penemuan rawatan kepada penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam penghasilan antiseptik. Sumbangan al-Razi dalam bidang falsafah tidak kurang hebatnya, dengan terhasilnya banyak karya tentang falsafah sudah cukup untuk membuktikan minat yang mendalam al-Razi dalam bidang falsafah.

3. IBN SINA Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran. Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Beliau berketurunan Tajik dan digelar Bapa Sejarah Sains. Ibnu Sina juga dikenali sebagai Avicenna dalam dunia Barat. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.

Beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sebagai seorang doktor. Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran beliau dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama). Beliau wafat pada 1037 Masihi atau 428 Hijrah.

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al- Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Kitab al-Shifa yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan

cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik,muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.

Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Beliau berpendapat wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi. Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian

planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka. Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

4. IBNU RUSYD

Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova pada tahun 1126 dan meninggal dunia pada tahun 1198. Di barat beliau lebih dikenali dengan nama Averroues. Keturunannya terdiri daripada golongan yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Kardova.

Beliau pernah berguru kepada Ibnu Zuhr. Beliau lebih terkenal sebagai ahli falsafah yang pemikirannya merintis kepada Renaissance di barat. Namun demikian sumbangannya dalam bidang perubatan dan biologi sangat besar.Beliau merupakan ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.

Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Kardova. Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Sumbangan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan tetapi juga meliputi bidang falsafah, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa dan nahu.

Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah Kulliyah fit-Thibb yang mengandungi 16 jilid (perubatan),

Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza (perubatan dan tauhid), Taslul (ilmu kalam), Kasyful Adillah (falsafah dan agama), Tahafatul Tahafut (ulasan terhadap buku Tahafatul Falaisafah), dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a (persamaan antara falsafah dengan agama).

Siri karya tulisan tersebut menunjukkan betapa penguasaan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk menterjemahkan tulisan beliau telah dilakukan ke dalam bahasa lain. Buku Kulliyah fit-Thibb telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. Kemudian buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat.

Dalam bidang perubatan, Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang

kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja. Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, menunjukkan bahawa beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya

5. IBNU AL-NAFIS

Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah Alauddin abu al-Hasan ali ibn abi alHazam al-Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar Damsyik pada tahun 607H(1210M). Di situlah beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan, termasuk al-Syiekh Radhiuddin Abu alHajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi. Antara guru beliau yang lain dalam bidang perubatan ini termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim ibn Ali al-Dakhwar dan Imran al-Israili.

Ibnu a-Nafis ialah rakan sepengajian dengan Maufiquddin qabu ALAbbas Ahmad Iibnal-Qasim yang terkenal dengan nama Ibn Abi Usaibaah, penulis buku yang masyhur yang menceritakan tentang kedudukan dan kesarjanaan para ahli perubatan. Mereka kemudiannya berpindah ke Kaherah dan sama-sama bekerja di al-Nasiri. Di hospital inilah Ibn al-Nafis telah mencapai kemajuan menjadi ketua hospital berkenaan, sementara Ibn Abi Usaibaah menumpukan perubatannya kepada perubatan mata. Beliau telah menetap di Kaherah sehingga beliau meninggal dunia pada 686 H(1288 M)sewaktu umur beliau 80 tahun.

Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibn al-Nafis tetap mendalami ilmu-ilmu bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan, ada orang yang menyamakan beliau dengan Ibnu Sina. Malahan ada juga orang yang berpendapat bahawa beliau adalah lebih terserlah dan terkemuka di dalam para sarjana islam yang ada.

Dalam bidang perubatan, Ibnu al-Nafis mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenal sebagai tokoh sarjana islam yang terkenal.

Selain itu juga Ibnu al-Nafis bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan kempen memerangi wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak mahupun kaum dewasa. Wabak ini merebak selama enam bulan dan akhirnya ia berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini Ibnu al-Nafis telah digelar al-Misri oleh penduduk di negara Mesir. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membina sebuah hospital.

Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan jantung dan kerongkong, kerana kerana beliau telah percaya pada wujudnya pertalian yang rapat antara pernafasan dan denyutan jantung. Bagi memajukan lagi bidang pembedahan ini, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya pembedahan perbandingan dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau, langkah seperti ini boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang tubuh manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia. Perkara baru yang terpenting yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis dalam syarahannya dalam kitab anatomi ibn Sina ini ialah teori tentang peredaran darah ialah pergerakan darah iaitu pergerakan darah dalamkitaran. Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang sebagai sistem sirkulasi pulmonari.

Orang zaman dahulu mempercayai bahawa darah bergerak daripada jantung ke dalam jasad menerusi pembuluh dan saluran darah mengikuti denyutan nadi. Kemudian, Galen iaitu sarjana perubatan Yunani yang mengatakan bahawa darah tersebar ke dalam badan daripada jantung menerusi pergerakan seperti alunan ombak melalui arteri itu sendiri. Para doktor aliran Iskandariah merujuk semula kepada teori perubatan Mesir kuno. Ibnu Sina telah mengikuti teori Galen, doktor Yunani itu tentang peredaran darah. Ibnu al-Nafis pula dalam syarahannya dalam kitab anatomi Ibnu Sina mengesahkan pendapat ini. Namun, menurut Ibnu al-Nafis ruang jantung mempunyai dua sahaja tidak seperti yang didakwa oleh Ibnu Sina .

Katanya, aliran edaran darah ialah daripada ventrikal kanan kepada paru-paru. Dalam paru-paru, uadara bertemu dengan darah. Darah itu kemudiannya meninggalkan paru-paru dengan mengikuti arteri paru-paru lalu masuk ke dalam ventrikal kiri dalam jantung, dari sini darah disebar keseluruh badan.

Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis kepada ilmu perubatan adalah teori yang baru. Teori ini menegaskan bahawa wujudnya peredaran darah dari jantung ke paru-paru dan dari paru-paru kepada jantung. Oleh itu, beliau telah mengasaskan teori sirkulasipulmonari. Akan tetapi Ibnu al-Nafis tidak sempat untuk mengkaji sistem peredaran darah keseluruh tubuh dalam waktu yang sama.

Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia pembinaan ini menurut keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital tersebut, wad, farmasi, perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik khas untuk doktor. Selain itu juga, beliau memperkalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya dengan al-Mansuri.

Sebagaimana para sarjana islam yang lain,Ibnu al-Nafis telah menulis banyak buku-buku dan rencana. Walaubagaimanapun, kebanyakan bukubukunya telah hilang. Antara buku beliau yang masih ada termasuklah alKitab al-Syamil Fi al-Tibb (ensiklopedia perubatan), Kitab al-Muhadhdhab fi al-Kuhl (opthalmilogi), al-Muhazzab (perubatan mata), al-Mukhtar (pemakanan), Syarh al-Hidayah (ulasan terhadap karangan Ibnu Sina tentang perubatan), al-Risalah al-Kamiliyyah fi al-Sirah al-nobawiyyah (kisah hidup Nabi Muhammad). Selain itu al-Mujaziaiti ringkasan daripada kitab Ibnu Sina, al-Qanun Fi I-Tahibbi dan beberapa kritikan terhadap karya Hipokrotes, Ibnu

Sina dan Humaym Ibnu Ishaq. Beliau juga menulis buku ringkas karya Aristotles tentang logik. Beliau banyak menguasai bidang ilmu agama iaitu ilmu akhirat meskipun yang paling utama sekali ialah bidang perubatan dan beliau seorang ahli fizik yang terkemuka di Mesir dan di negara Islam yang lain. Sumbangan beliau kepada pembangunan ilmu dan tamadun manusia adalah sangat besar sekali kepada dunia islam pada zaman dahulu dan sekarang. Tidak hairanlah mengapa beliau antara tokoh yang tercatat dalam sejarah tamadun Islam.

Biblografi
Che Alim Che Haron. Ibn Sina.Tokoh-tokoh Islam. Retrieved from http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/index.html Che Alim Che Haron. Jabir Ibn Haiyan.Tokoh-tokoh Islam. Retrieved from http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/index.html Che Alim Che Haron. Al-Razi.Tokoh-tokoh Islam. Retrieved from http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/index.html Che Alim Che Haron. Ibn Rusyd.Tokoh-tokoh Islam. Retrieved from http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/index.html Yobot(2011), Ibn Nafis.Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_al-Nafis Magnus Manske(2004), Avicenna. Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Avicenna#Poetry

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai