Anda di halaman 1dari 18

TAJUK 3:KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH

Pengenalan
 Kurikulum Pendidikan Islam merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan,
dan ketatanegaraan. Tumpuan khusus Kurikulum Pendidikan Islam adalah:

 Pembentukan akidah dan bimbingan asas fardu ain.

 Pemupukan amalan fardu ain dan fardu kifayah yang dituntut oleh syariat Islam.

 Penyuburan adab dan akhlak Islamiah ke dalam diri murid, berteraskan Nabi
Muhammad SAW sebagai contoh terbaik. (Sunnah)

 Pengenalan kepada asas bahasa Al-Quran dan surah-surah pendek dari Juz A’mma.

 Pengenalan kepada tulisan Jawi melalui ilmu kemahiran, dan amalan yang disarankan
oleh Kurikulum Pedidikan Islam dapat menyumbang ke arah melahirkan murid Islam
yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertaqwa dan beramal soleh.
Falsafah
Berasaskan ajaran Al-Quran

Keesaan Tuhan (Tauhid)


Kepercayaan pesuruh-pesuruhNya(Rukun Iman)
Kepercayaan wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-nabiNya(Kitab Suci)
Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian.
Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri. (Pahala dan
Dosa)
Kehidupan keduniaan dan akhirat- seimbang.
Persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua umat Islam di sisi Allah.
Matlamat
 Matlamat pendekatan pendidikan Islam awal
kanak-kanak ini adalah untuk memupuk minda
yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah
sejajar dengan matlamat sebagai hamba Allah
dengan menjalani kehidupan berpaksikan
prinsip tauhid
Minda yang berlandaskan Al-
Quran dan Al-Sunnah bukan
hanya berpaksikan pengetahuan
dan kemahiran tetapi juga
emosi, moral dan kepekaan
estetika
Kepentingan pendidikan islam pada peringkat awal
kanak-kanak

1) Mereka adalah
generasi pewaris yang
bakal menjana 2) Melahirkan generasi
wawasan dan pencorak Islam sebagai pewaris
masa depan sesebuah yang rindukan syurga.
negara pada alaf yang
akan datang
4) Mempersiapkan
anak menghadapi
3) Bakal menjadi tentangan zaman
pemimpin ummah dan sebenar bukan hanya
mencorak keunggulan untuk kepentingan diri
Islam sebagai agama anak itu sendiri malah
sejagat demi kepentingan
agama islam itu
tersendiri.
Oleh itu, ibubapa dan guru perlu mengambil peluang
yang ada untuk mempelajari ilmu Islam untuk
disampaikan kepada kanak-kanak seawal usia kerana
ilmu itu adalah sunnah dan ajaran Rasulullah.
 Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Apa yang di
bawa oleh rasul hendaklah kamu mengikutinya,
sedang yang dilarang, hendaklah kamu
menjauhinya”. (Surah al-Hasyr, Ayat:7).
Nas Al-quran
1. Mendidik dan mengasuh diri
2. Mengenal hakikat perwatakan manusia
3. Emosi dan nalurinya yang berbagai bentuk,
cara mengarah dan membinbing diri sendiri
4. Cara menjernihkan jiwa
5. Menghiasi diri dengan sifat-sifat yang
Firman allah
“Serta bumi dan yang menghamparkannya (untuk kemudahahnn
makhluk-makhlukNya); Demi diri manusia dan yang
menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai
dengan keadaanya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal)
jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya
kepada bertaqwa; sesungguhnya berjayalah dirinya-yang sedia
bersih-bertambah-tabah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
dan sesungguh hampalah orang yang menjadikan dirinya-yang
sedia-bersih-itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab
kekotoran maksiat)”
(Surah al-Syams : ayat 6-10)
6. Melahirkan insan yang berkualiti adalah bersesuaian dengan
tujuan penciptaan manusia iaitu sebagai hamba dan Khalifah Allah.
7. Pendidikan akhlak yang berteraskan aqidah dan nilai agama
adalah lebih sempurna.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud

“Tidak aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk


menyembahKu”
(Surah az-Zaariyat : ayat 56)
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu


suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang
yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)
hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
(al-Ahzab [33] : ayat 21)
Sudah termaktub di dalam al-Quran akan
beberapa akhlak mulia atau moral antaranya
ialah istiqamah, tolong menolong, sedekah,
mendamaikan perselisihan dan lain-lain
Ibu bapa bertanggungjawab dalam
menerapkan akhlak-akhlak yang mulia
ataupun moral ini di dalam diri kanak-kanak
Nas al-hadith
1. Anak-anak adalah amanah Allah SWT.
2. Diibaratkan sebagai kain putih.

Sabda Rasullulah s.a.w. bermaksud:-


“ Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci bersih maka keuda
ibu bapanyalah yang menyebabkan ia menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi”.
( Riwayat At Tabrani )

3. Mendidik anak bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat


4. Setiap perbuatan manusia di dunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda kepada Asyaj bin Abd al-Qays:
Sesungguhnya pada diri Mustafa Abdul Rahman. Terdapat
dua perkara yang dicintai Allah : tenang dan tidak terburu-
buru.

Mendidik kanak-kanak perlulah dalam keadaan yang


tenang dan tidak terburu-buru

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah Maha


Lembut dan menyukai kelembutan. Dia memberikan
kepada kelembutan apa yang tidak Dia berikan kepada
kekerasan dan tidak pula Dia berikan kepada yang
lainnya.’’ (HR Muslim)
Pandangan saidina umar
KhalifahUmar al-Khattab amat menggalakkan penyebaran ilmu
dalam kalangan umat Islam terutamanya dalam ilmu al-quran.

Umar al-Khattab semasa menjadi Khalifah pernah


mengeluarkan perintah supaya mengajar anak-anak berenang,
menunggang kuda, bersyair dan sastera Arab, maka itu tidaklah
dianggap melanggar sunnah, bahkan adalah merupakan sebagai
tambahan kepada kurikulum tradisional yang sedia ada.
 Beliau telah menghantar sahabat-sahabat dan
ulama‟ sebagai wakil ilmu di masjid-masjid
diseluruh empayar Islam.

 Ajarilah
anak-anakmu dengan ilmu semasa,
sesungguhnya anak-anakmu dicipta untuk suatu
zaman yang bukan lagi zaman kamu.
Pandangan imam al-ghazali
 Mensyaratkankanak-kanak mesti dididik sejak lahir oleh wanita-wanita yang kuat
beragama dan mulia tingkah laku..

 Diberi pendidikan agama untuk membentuk peribadi mulia.

 Tingkahlaku yang mulia, merendah diri, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak
berbangga juga merupakan idea dan pandangan Imam al-Ghazali dalam pendidikan
awal kanak-kanak.

 Nasihat
Imam al-Ghazali kepada guru ialah agar dapat mengajar kanak-kanak tersebut
mengikut kemampuan mereka. Ini kerana, kemampuan dan perkembangan setiap
kanak-kanak adalah berbeza
Pandangan Kitab Ihya' Ulumuddin mengenai pendidikan
kanak-kanak

 Anakialah tanggungjawab ibu bapa. Jiwa mereka adalah suci seperti mutiara,
sangat bernilai, murni dan bebas daripada sebarang kerosakan dan bentuk. Mereka
akan menerima dan mengikut apa sahaja yang diberikan kepada mereka.

 Jika
kanak-kanak dibesarkan dalam tingkah laku yang baik, mereka akan membesar
dalam persekitaran yang baik dan menjadi manusia yang baik. Ibu bapa,guru,
penjaga dan orang lain yang terlibat akan mendapat ganjaran daripada Allah.

 Jika
kanak-kanak didedahkan kepada tingkahlaku buruk dan pendidikan mereka
diketepikan, mereka akan membesar menjadi orang yang tidak baik dan dosa-dosa
mereka akan ditanggung oleh ibu bapa dan orang yang bertanggungjawab menjaga
mereka.
Kesimpulan
Pendidikan Islam kepada anak-anak Islam
perlu di ketengahkan terutamanya kapada
ibubapa dan guru bagi melahirkan kanak-
kanak yang cintakan Islam.
Islam juga mempunyai asas tersendiri dalam
mendidik dan menyemai asas-asas islam
dalam kehidupan seharian seawal usia.

Anda mungkin juga menyukai