Anda di halaman 1dari 3

ISU KESEMARATAN PELUANG

PENDIDIKAN
1. Keciciran pelajar OKU dalam pendidikan tinggi.
• Akta Orang Kurang Upaya (2008) menyatakan bahwa orang kurang upaya (OKU) ditakrifkan mereka yang
mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan
pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
• Pada masa sekarang banyak kejayaan yang telah berjaya dicapai orang kurang upaya sama ada di peringkat
negara mahupun di luar negara.
• tetapi, masih wujud beberapa masalah yang menyebabkan golongan ini menghadapi kesukaran dalam
kehidupan mereka khususnya aspek pendidikan.
• pelajar-pelajar OKU sering kali menghadapi kesukaran dalam menyambung pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi iaitu peringkat universiti.
• masih banyak institusi tinggi yang tidak menyediakan kemudahan pembelajaran yang sesuai dengan mereka.
• Menurut (Tinki dan Hall dalam Hazlin Falina Rosli dan Safura Ahmad Sabri, 2017) golongan OKU sering
menhadpi kesukaran dari segi persekitran fizikal di kawasan IPT, proses kemasukan di institusi tinggi, akses
pembelajaran, dan tahap kesedaran yang rendag dalam pegurusan kemudahan mesar OKU di IPT.
2. Pelajar tercicir dan terjebak dengan perbuatan tidak bermoral.
• Pelajar cicir selalunya datang daripada mereka yang lemah dalam
bidang akademik.
• Mereka tidak mendapat tempat dalam institusi pendidikan ekoran
keputusan akademik yang kurang memuaskan.
• Bagi mengelakkan keciciran berlaku, pelajar- pelajar ini perlu
digalakkan untuk memasuki institusi Vokasional seperti kolaj
Vokasional, Giat MARA, dan sekolah teknik.
• Mereka akan diberikan pendidikan dalam bidang kemahiran seperti
automotif, elektrik dan elektrokik, mekatronik dan sains pertanian.
• Secara langsung, ini dapat mengurangkan mereka daripada terdedah
dan terlibat dengan kegiatan tidak berfaedah.
3. Sekolah di Sabah dan Sarawak agak ketinggalan berbanding negeri-
negeri lain.
• Masih banyak sekolah daif yang wujud di Sabah dan Sarawak.
• Ini menyukarkan para pelajar untuk mendapatkan akses dan
pendidikan yang berkualiti.
• Antara masalah yang sering dihadapi adalah kemudahan tidak
lengkap, jumlah murid sedikit dan kedudukan agak jauh di
pendalaman.

Anda mungkin juga menyukai