Anda di halaman 1dari 8

Perkembangan ilmu

astronomi
-Kepercayaan awal
Yap Chia Yee
Yap Chia Yee
Keh Min Rui
Keh Min Rui
Pengenalan
• Astronomi berasal dari bahasa latin yang
bermaksud “ilmu mengenai bintang”.

• Menurut glosari astronomi terbitan Dewan


Bahasa dan Pustaka (1995), astronomi
merupakan satu cabang ilmu sains yang
mengkaji tentang jasad samawi dan alam
semesta secara teori dan melalui cerapan.

• Dari segi sejarah pula, astronomi bermula


hanya dengan cerapan objek yang kelihatan
di langit.
Sambungan…
• Sejak awal lagi, manusia berminat
mengkaji matahari, bulan, bintang,
buruj, planet dan sebagainya.

• Oleh itu, astronomi adalah ilmu sains


yang paling tua di dalam tamadun
manusia.

• Ilmu astronomi telah berkembang


sejak tamadun Babylon, Yunani,
Mesir, China, Islam dan Barat.
Sambungan…

• Manusia dipaksa bermula dari awal dan pencerapan tidak dibantu


oleh alat yang canggih, jadi kesilapan tidak dapat dielakkan.

• Ilmu ini sentiasa berkembang maju dan penemuan yang dibuat oleh
ahli astronomi sejak dahulu hingga ke hari ini telah memeberi
manfaat kepada manusia sejagat.

Jam matahari
Kepercayaan awal mengenai bumi
• Pada zaman dahulu, kebanyakan manusia
beranggapan bumi berbentuk leper dan rata.

• Oleh itu, para pelayar takut untuk belayar


terlalu jauh di lautan kerana takut terjatuh
apabila tiba di hujung bumi.

• Kepercayaan tradisi di Nepal pula,


menganggap bumi merupakan permukaan
rata yang sangat luas dan disokong oleh
empat ekor gajah yang sangat besar.
Sambungan…
• Sami zaman vedik pula percaya bahawa bumi disokong di atas 12
tiang agung.

• Pada waktu malam, matahari akan lalu di bawah melalui celah


antara tiang tanpa mengenai tiang-tiang tersebut.

• Teori hindu juga menyatakan bahawa bumi terletak di belakang


4 ekor gajah, dan gajah tersebut berdiri di atas cangkerang kura-
kura gergasi. Sementara kura-kura tersebut berdiri di atas naga
yang terapung di atas lautan luas.
Kepercayaan awal mengenai matahari
• Matahari dianggap sebagai Tuhan oleh banyak kaum dan antaranya
kaum Sumerian dan Mesir purba.
• Masyarakat Mesir purba percaya matahari terdiri daripada beberapa
jenis Tuhan seperti Tuhan Aton, Khepri, Atum dan Ra mengikut
kedudukan di langit.
• Sebilangan pula percaya kepada Tuhan Nut yang menentukan siang dan
malam.
• Malam akan terjadi kerana Nut telah menelan matahari manakala siang
pula terjadi kerana matahari telah dimuntahkan semula.
Kepercayaan Awal Gerhana Matahari
• Gerhana matahari dianggap membawa kecelakaan dalam kebanyakan
tamadun purba antaranya Mesir, China, India.

• Masyarakat di Mesir dan China percaya fenomena ini disebabkan


matahari diganggu oleh naga atau ular yang besar.

• Masyarakat India purba pula percaya matahari telah dimakan oleh


“Rahu”.

• Semasa gerhana tidak dibenarkan melihat matahari, makan,dan


memulakan perjalanan. Upacara keagamaan seperti sembahyang dan
perkahwinan juga dilarang.

Anda mungkin juga menyukai