Anda di halaman 1dari 29

Kuliah 4(a)

Teori Media Sosialisme 1


Pengenalan
 Sosialisme merupakan ideologi yang bercirikan
autoritarian.

 Sungguh pun ia mempunyai kaitan dengan


komunisme, namun kedua-duanya merupakan
konsep yang berbeza.
Perbezaan sosialisme dengan komunisme
 Komunisme melibatkan unsur sosialisme.

 Sosialisme pula mempunyai pengertian yang lebih luas,


beraneka jenis, bebas dan berkembang lebih awal daripada
komunisme.

 Karl Marx (1818-1883), telah memberikan idea sosialisme


satu pengertian baru, yang dikatakan lebih tepat dan
saintifik hingga menjadikan ia satu rangka falsafah dan
program tindakan yang radikal.
 Ini telah memberi tanggapan bahawa sosialisme ialah
pemerintahan diktator atau sistem satu parti yang
mengongkong hak asasi.

 Tanggapan ini timbul daripada perang dingin sebagai


usaha Amerika untuk menggambarkan kezaliman
rejim Stalin dan membendung pengaruh Soviet.

 Tanggapan ini tidak semestinya benar.


 Di Eropah, parti-parti politik sosialis menganuti
fahaman dan kaedah penyertaan rakyat ala demokrasi
liberal.

 Ia dinamakan sosialisme demokratik – berbeza


dengan sosialisme marxis – diamalkan di negara
seperti Perancis dan negara-negara Scandinavia di
mana parti buruh/sosialis pernah memerintah negara
tersebut.
 Di Eropah Barat juga terdapat parti komunis yang lari
daripada dogma revolusi Marx dan sistem pentadbiran ala
Kesatuan Soviet.

 Aliran ini dipanggil Euro-communism – contoh, Parti


Komunis Itali.

 Sosialisme turut dikaitkan dengan negara Islam.

 Iraq dan Syria misalnya pernah diperintah oleh parti sosialis


Baath, begitu juga Republik Sosialis Libya dan Algeria.
 Sistem baath tidak boleh dikategorikan sebagai liberal
demokratik, tidak juga boleh disamakan dengan
sistem sosialis-marxis ala Soviet.

 Terdapat tiga jenis aliran sosialisme iaitu:


 Sosialisme marxis

 Sosialisme demokratik

 Sosialisme Islam
Perkembangan sosialisme
 Sosialisme bermula sejak zaman manusia mula
bermasyarakat.

 Sistem sama rata, tanpa harta persendirian, kehidupan


berkelompok dan berkongsi (komunisme primitif –
diistilahkan oleh Marx) telah dipraktikkan oleh masyarakat
pra-teknologi.

 Plato dianggap sebagai bapa sosialisme – menganjurkan


supaya seluruh kehidupan rakyat dan harta kelas pemerintah
diletakkan sepenuhnya ke atas budi bicara negara.
 Perkongsian harta juga dapat dilihat dalam tradisi
awal Kristian – menekankan kebaikan hidup miskin
dan berkongsi harta.

 Dalam konteks Islam pula, Nabi Muhammad (570 –


632), dianggap sebagai ahli ekonomi sosialis pertama
dunia.

 Penekanan kepada milik bersama berterusan hingga


ke zaman moden.
 Sir Thomas More (1478 – 1535) – mengecam
ketidakadilan yang berakar umbikan sistem pemilikan
harta persendirian.

 Pada pertengahan abad ke 18, Rousseau mengecam


ketidakadilan pemilikan tanah.

 Dalam tulisannya Discourse on the Origins of Inequality,


beliau berkata “pencipta ketidakadilan masyarakat
ialah orang pertama yang memagar sekeping tanah
dan mendakwa itu haknya”.
 Rousseau mengatakan pemilikan harta (tanah dan
modal) ialah satu maksiat semula jadi dan sumber
semua kemudaratan masyarakat.

 Isu sosialisme memuncak pada akhir abad ke 18 di


Eropah dengan memuncaknya revolusi industri dan
perbandaran.

 Pemilikan sumber pengeluaran di tangan individu telah


menyebabkan penindasan ke atas golongan pekerja.
 Pekerja diperas, ditindas, diletakkan beramai-ramai di
kawasan sesak, terdedah dengan suasana tempat kerja
yang berbahaya dan diberi upah paling rendah.

 Mereka tidak mendapat pembelaan negara dan


pemerintah.

 Justeru timbul kesedaran tentang kemudaratan sistem


yang menggalakkan pemilikan harta tanpa had dan
“negara pasif” yang dikuasai kelas peniaga-kapitalis.
 Timbul kesedaran, hanya negara dan tindakan politik
sahaja yang boleh membantu keadaan.

 Justeru wujud kumpulan dan ahli teori yang mendesak


campur tangan negara.

 Malah yang lebih ekstrem, mahukan golongan pekerja


mengambil alih kuasa negara.
 Dari mereka inilah, timbulnya sosialisme moden.

 Selain Marx, 4 ahli teori sosialisme awal yang paling


menonjol ialah:
 Claude Saint-Simon (1760-1825)

 Charles Fourier (1772-1837)

 Robert Owen (1771-1885)

 Pierre Joseph Proudhon (1809-1865)


 Mereka mempelopori gerakan aliran sosialisme moden
di Perancis.

 Mereka membidas institusi hak milik harta persendirian.

 Mereka menganjurkan kawalan ke atas institusi tersebut.

 Mereka mendesak negara menguasai alat pengeluaran


dan menentukan nilai material yang lebih adil melalui
campur tangan langsung negara.
 Namun terdapat perbezaan dari segi darjah
campur tangan negara.

 Fourier dan Owen, lebih menekankan kerjasama dan


evolusi secara aman.

 Keuntungan individu perlu diimbangkan dengan


kebajikan sosial.

 Proudhon pula lebih radikal – beliau menolak


sepenuhnya institusi hak milik persendirian.
 Idea-idea mereka banyak mempengaruhi Marx.

 Bagaimanapun Marx menolak asas utama teori


mereka.

 Bagi Marx, nasib kaum tertindas hanya berubah


dengan hancurnya negara bourgoeise melalui
revolusi.
Postulat asas sosialisme
 Menekankan keadilan pengagihan nilai material
(pengagihan ekonomi).

 Mengimbangkan kebajikan individu dengan kebajikan


bersama.

 Kebajikan umum menguasai kepentingan individu dan


kumpulan kecil individu.

 Menekankan kerjasama, harmoni dan masyarakat sama rata.


 Menentang ketidakadilan, penindasan dan
kemiskinan.

 Hak milik persendirian dikawal dan dihadkan


(marxis – dihapuskan) – menyebabkan ketidakadilan,
kemiskinan dan penindasan.

 Hak milik bersama adalah dalam bentuk milik negara.


Perbandingan sosialisme demokratik,
Islam dan Marxis
 Sosialisme demokratik
 Bersifat moderate, perubahan secara evolusi dan aman.

 Yakin kepada institusi politik demokratik liberal.

 Memperjuangkan hak pekerja dan kebajikan umum


melalui kerangka pasaran bebas.

 Tertumpu pada keadilan sosial bagi golongan pekerja,


bukan kuasa politik untuk kelas tersebut.
 Peranan “kerajaan besar” yang aktif dalam
pengawalan dan pengagihan ekonomi.

 Pemilikan langsung negara ke atas sektor tertentu.

 Peranan “negara kebajikan” dalam membela rakyat


dari kemiskinan, penindasan, sistem cukai progresif
dan sistem keselamatan sosial.

 Menerima prosedur perlembagaan dalam


mendapatkan kuasa dan membawa perubahan.
 Menghormati kebebasan sivil yang lazim dalam
sistem demokrasi liberal.

 Menolak kaedah kekerasan dan revolusi.

 Pemilikan alat pengeluaran oleh negara adalah


secara evolusi, pragmatis dan inkrementalis.
 Sosialisme Islam
 Menekankan keadilan agihan nilai material
masyarakat.

 Keseimbangan antara kebebasan individu dengan


keuntungan dan dengan hak masyarakat.

 Prinsip harta persendirian dan harta awam.

 Prinsip campur tangan negara dalam ekonomi .


 Tidak membenarkan pengkelasan manusia.

 Mengharamkan penumpuan kekayaan di tangan


individu atau kumpulan kecil.

 Mempunyai banyak persamaan dengan aliran


sosialisme demokratik.
 Sosialisme Marxis
 Hak milik persendirian alat pengeluaran perlu
dimansuhkan melalui revolusi dan kekerasan.

 Masyarakat saksama tanpa kelas.

 Pemansuhan negara yang dilihat sebagai alat paksaan


dan pemerasan.

 Masyarakat yang sempurna boleh wujud melalui


penghapusan hak milik persendirian.
 Proletariat menguruskan ekonomi melalui penguasaan
ke atas alat pengeluaran untuk kepentingan semua
melalui pemerintahan kediktatoran proletariat.

 Sosialisme akhirnya akan melahirkan masyarakat


tanpa kelas.

 Kesamarataan, kebebasan dan perpaduan menjadi sifat


utama masyarakat.

 Negara tidak diperlukan dan beransur hilang.


 Manusia hidup sebagai manusia sejagat yang akan
menikmati kebahagiaan, kesejahteraan dan
kebebasan sejati.

 Wujud masyarakat sempurna yang dinamakan


komunis.
Kesimpulan
 Prinsip sosialisme mempunyai darjah yang berbeza-beza.

 Ia berada dalam lingkungan moderate hingga kepada ekstrem.

 Prinsip moderate menyokong demokrasi liberal tetapi


menghendaki campur tangan kerajaan dalam pengagihan
sumber.

 Prinsip ekstrem pula menolak demokrasi liberal dan


menghendaki kerajaan memiliknegarakan semua sumber dan
fungsi pengeluaran.
 Alat kerajaan termasuk media perlu dikawal oleh
kerajaan.

 Bentuk kawalan pula terbahagi dua iaitu yang bersifat


tanggung jawab sosial, dan kedua bersifat kawalan
sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai