Anda di halaman 1dari 16

UNSUR-UNSUR

JENAYAH
PENSYARAH: PN. RABI’AH BINTI MUHAMMAD
SERJI
PENGENALAN

 Prinsip am, seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah dengan sesuatu jenayah
melainkan dibuktikan kesalahannya tanpa sebarang keraguan yang munasabah.
 Prinsip actus non facit reum nisi mens sit rea – sesuatu tindakan itu tidak akan
menjadikan seseorang itu bersalah kerana melakukan sesuatu jenayah melainkan
dalam fikirannya itu juga turut bersalah atau mempunyai niat yang salah.
 Perkara yang perlu dibuktikan:

i. Seseorang itu mempunyai niat iaitu keadaan akal fikiran yang jelas terhadap
sesuatu perlakuan atau kejadian yang dilakukan yang disebut sebagai mens rea
jenayah.
ii. Seseorang itu telah melakukan atau menyebabkan sesuatu kejadian itu berlaku. Di
sini diletakkan suatu tanggungjawab ke atasnya atas alasan dia telah menyebabkan
wujudnya suatu kejadian yang dilarang oleh undang-undang. Keadaan ini disebut
sebagai actus reus.
Actus non facit
reum nisi mens
sit rea

Actus reus Mens rea

-perbuatan
-Ketinggalan -melakukan dengan sengaja
-Peristiwa yang membawa kepada -melakukannya dengan pengetahuan
kesalahan
-Sedar apa yang dia lakukan
- Ada pengetahuan terhdp akibat perbuatannya
- Memang mahukan kesan yang sedemikian
Bertindak gopoh
Melakukan dgn cuai
Melakukan dengan curangnya
 Dalam perlakuan jenayah, kedua-dua unsur mens rea dan actus reus perlulah wujud
secara serentak.
 Tindakan yang dilakukan (actus reus) tanpa disertai oleh niat (mens rea), maka
perbuatan itu tidaklah boleh disifatkan sebagai perlakuan jenayah.
MENS REA

 Merujuk kepada pemikiran bersalah.


 Glanville William dalam bukunya Learning The Law, Edisi ke-10 1978: ‘mens rea
sebagai keadaan fikiran dalam sesuatu kejadian jenayah. Ia boleh berbentuk niat
untuk melakukan kesalahan dan inginkan akibat perbuatan tersebut’.
 Smith & Hogan dalam bukunya Criminal Law, hlm 47: ‘mens rea adalah niat
berkaitan kesan daripada perbuatan tertuduh yang menjadi actus reus, disertai
dengan niat sampingan yang diperlukan dalam sesuatu perbuatan’.
 Ia adalah suatu keadaan mental (state of mind) tertuduh. Dalam kebanyakkan
kesalahan-kesalahan jenayah di Malaysia, niat yang salah ini perlu di buktikan.
 Contohnya: Seksyen 299 Kanun Keseksaan, perkataan ‘dengan niat’ dan
‘mengetahui’ menunjukkan kewujudan sikap pemikiran yang positif yang
merupakan mens rea yang khusus yang diperlukan untuk kesalahan ini.
 Perkataan yang menunjukkan mens rea dalam Kanun Keseksaan:
 Seksyen 142, 377, ‘dengan sengaja’.
 Seksyen 275, ‘mengetahui’.
 Seksyen 378 mencuri, ‘mengambil dengan curangnya’.
 seksyen 270, ‘dengan jahatnya’
 Seksyen 220, ‘dengan cara tak jujur’.
 Perbezaan sikap yang diperkatakan adalah sangat berkait rapat dengan:
 1. Niat
 2. Pengetahuan
 3. Dengan sengaja
 4. kesemberonoan (bertindak secara melulu)
 5. kecuaian
 6. Secara Rasuah
 7. Berniat Jahat.
ACTUS REUS

 Sebelum dikenakan liabiliti jenayah, perlu wujud perbuatan jenayah.


 Pada kebiasaanya, actus reus terjadi daripada kelakuan dan kadangkala daripada
akibat dan keadaan kalakuan itu terjadi.
 Cth: A melakukan pembunuhan. Adalah perlu untuk membuktikan kelakuan A yang
menyebabkan kematian itu. Justeru actus reus merupakan akibat yang disebabkan
oleh kelakuan manusia yang hendak ditegah oleh undang-undang.
 Apabila unsur actus reus memerlukan akibat sesuatu kejadian tertentu, adalah perlu
untuk membuktikan bahawa kelakuan tertuduhlah yang menyebabkan kesemua
kejadian itu terjadi.
 Cth: dalam kes pembunuhan, adalah perlu untuk membuktikan bahawa perbuatan
tertuduhlah yang menyebabkan kematian itu. Sekiranya kematian disebabkan oleh
perkara yang lain, maka jenayah itu tidak wujud.
KESALAHAN LIABILITI KETAT (STRICT LIABILITY) –
LARANGAN MUTLAK

 Unsur mens rea diketepikan atau dikecualikan.


 Pengecualian kepada peraturan am.
 Tertuduh boleh disabitkan walaupun tiada unsur mens rea.
PENGECUALIAN AM

 Bagi menunjukkan bahawa si tertuduh tidak mempunyai niat atau mens rea untuk
melakukan kesalahan itu, justeru itu si tertuduh tidak boleh dianggap bersalah
untuk disabitkan dengan kesalahan tersebut.
 Satu senarai dalihan, belaan, pembelaan atau alasan pengecualian umum yang
diperuntukkan oleh undang-undang yang boleh digunakan oleh tertuduh sebagai
pembelaan terhadap perbuatan slah yang dilakukannya.
 Walaupun tertuduh dengan jelas telah melakukan jenayah, undang-undang tidak
mengambil kira perbuatan jenayahnya itu sebagai kesalahan kerana apa yang
berlaku dikecualikan atau dimaafkan daripada sebarang tanggungan jenayah.
PERUNTUKAN KECUALIAN AM

 Kecualian khilaf (seksyen 76,77, 78 dan 79)


 Kecualian perlakuan tidak sengaja (seksyen 80)
 Kecualian keperluan (seksyen 81)
 Kecualian keperluan kecualian kanak-kanak (seksyen 8 dan 83)
 Kecualian orang yang tidak sempurna akal (seksyen 84)
 Kecualian orang yang mabuk (seksyen 85 dan 86)
 Kecualian kerelaan(seksyen 87, 88, 89, 90, 91, 92 dan 93)
 Kecualian paksaan(seksyen 94)
 Kecualian hak pertahanan persendirian, sama ada terhadap tubuh atau harta benda.
(seksyen 96, 97, 98, 99, 100, 101, 102, 103, 104, 105 dan 106)
BEBAN PEMBUKTIAN DALAM MEMBAWA KECUALIAN-
KECUALIAN AM

 Beban pembuktian terletak di atas pihak tertuduh.


 Tertuduh boleh kemukan dalihan sewaktu membela diri selepas kes prima facie
berjaya dibuktikan oleh pendakwaan.
 Mesti buktikan dalihannya di tahap imbangan keberangkalian
 Berbeza dengan beban pendakwa untuk membuktikan sesuatu kesalahan jenayah di
mana beliau perlu membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.
Beban membuktikan bahawa kes orang tertuduh termasuk dalam kecualian
:Seksyen 105 Akta Keterangan 1950

 Apabila seseorang dituduh atas apa-apa kesalahan, beban membuktikan kewujudan


hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am
Kanun Keseksaan [Akta 574], atau dalam mana-mana kecualian khas atau proviso
yang terkandung dalam mana-mana bahagian lain Kanun yang sama, atau dalam
mana-mana undang-undang yang mentakrifkan kesalahan itu, terletak padanya,
dan mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut sebagai tidak
ada.
 MISALAN
 (a) A yang dituduh melakukan pembunuhan mengatakan bahawa oleh sebab
akalnya tidak sempurna dia telah tidak mengetahui sifat perbuatannya itu. Beban
bukti terletak pada A.
 (b) A yang dituduh melakukan pembunuhan mengatakan bahawa oleh sebab
provokasi besar dan mengejut dia telah tidak dapat mengawal dirinya. Beban
membuktikan terletak pada A.
 Bab IV merupakan pembelaan terhadap perbuatan jenayah
 Beri ruang kepada tertuduh menjelaskan kepada mahkamah perkara yang berlaku
sehingga jenayah itu terjadi.
 BUKAN KECUALIAN UNTUK MELAKUKAN JENAYAH
-TERIMA KASIH-

Anda mungkin juga menyukai