Anda di halaman 1dari 22

ISU DAN

CABARAN
PENGAJAR TVET
DI MALAYSIA
KHUZAINEY ISMAIL
(UKM)
1 SOROTAN VIDEO : PENGAJAR TVET

2 PENGENALAN

3 PENGAJAR TVET YANG KOMPETEN

KANDUNGAN 4 ISU PENGAJAR TVET (GLOBAL)

PEMBENTANGAN 5 ISU PENGAJAR TVET (MALAYSIA &


PROGRAM KEMAHIRAN)

6 METODOLOGI KAJIAN

7 DAPATAN KAJIAN

8 PERBINCANGAN

9 KOMPETENSI PENGAJAR TVET

10 RUMUSAN
PENGAJAR TVET : SOROTAN VIDEO
PENGENALAN
PENGAJAR TVET YANG KOMPETEN
Outcome Rujukan Kriteria
Kategori kompetensi pekerja pekerja
UNESCO profesionalisme dalam bidangnya,
Pencapaian Pekerja Berprestasi
(1999) dan berkemahiran, berpengetahuan dalam
melebihi standard kompeten dalam kerja ILO (2010) ICT dan proses teknologi;
menyampaikan kemahiran generik
Standard kompetensi yang
kepada pelajar; praktikal dan inovasi
ditetapkan Pencapaian setara Pekerja biasa Berprestasi
dengan standard biasa dalam pengajaran
Papier (2011) pedagogi, pengurusan kelas,
Pencapaian di Pekerja tidak Kurang dan Pantić & berpengetahuan dalam kurikulum, mahir
bawah standard kompeten prestasi Wubbels dalam isi kandungan subjek,
kerja (2010) berkemahiran untuk melaksanakan
Ubahsuai Bader-Labarre (2014) : praktikal, berpengetahuan terhadap
Through Competence-Based to sistem pembelajaran dan pengajaran juga
Employment-Oriented Education and Training mempunyai misi dalam pembangunan
A Guide for TVET Practitioners kerjaya
Wesselink, pakar dalam menyampaikan pengetahuan
Dekker‐ untuk membimbing proses pembelajaran
Groenet al. pelajar
(2010)
Sakarneh dapat memberikan proses pengajaran
(2015) yang berkesan
ISU PENGAJAR TVET (GLOBAL)

Cambodia
STEP Negara Zimbabwe Bangladesh Ethiopia Sudan
01 Caribbean

Kualiti pengajar TVET di


Sudan perlu
Pengajar mempunyai Kekurangan pengajar dipertingkatkan
kelayakan akademik yang kompeten antaranya dengan
yang rendah dan tidak (Woyo 2013) menjalani latihan untuk
menjalani latihan meningkatkan kemahiran,
pedagogi (Phin 2014) Kekurangan pengajar TVET yang mengaplikasikan ICT
berkualiti dan mahir dalam pedagogi, dalam pengajaran dan
teknikal dan teknologi perlu menjalani latihan di
Pengajar TVET mempunyai kelayakan (Young-Saing et al. 2010) industri (Ahmed 2011).
akademik yang rendah, tidak berpeluang
untuk mengikuti kursus pedagogi, Kelulusan pendidikan pengajar yang rendah,
kurang pendedahan terhadap kurang motivasi dalam tugas, kurang
penggunaan ICT dalam pengajaran dan kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi
tidak mempunyai pengalaman bekerja di menyebabkan sistem latihan TVET yang
industri (Herd & Richardson 2011) dilaksanakan kurang memberangsangkan
(Ministry of Education of Ethiopia 2008).
ISU PENGAJAR TVET DI MALAYSIA
Pengajar tidak mempunyai
pengalaman kerja, pada masa
yang sama pakar di industri tidak
Kekurangan pengajar yang
berminat untuk mengajar di
berkelayakan dalam bidang.
GIZ- A. Ismail & institusi TVET disebabkan oleh
RECOTVET Hassan (2013) skim gaji yang ditawarkan tidak
Kekangan yang dihadapi (2016) menarik
oleh pengajar disebabkan
oleh kurang pendedahan
terhadap pengajaran, kurang Pengajar dalam
berpengalaman dan kerja program TVET kurang
yang banyak menyebabkan Yusof et al. Ramlee
(2015) Mustapha pengalaman bekerja di
pengajar kurang industri yang
mempelbagaikan kaedah (2017)
menyebabkan kaedah
mengajar untuk menarik penyampaian dalam
minat pembelajaran pengajaran adalah
pelajarnya. berasaskan kepada isi
N. L. Sulaiman Hanapi et al. kandungan pengajaran
Pengajar di sekolah vokasional et al. (2014) (2014) semata-mata; dan
kurang mendapat pendedahan latihan kurang kemahiran
dalam kemahiran dan pengajar dalam bidang yang
disarankan untuk mendapatkan diajar.
latihan intensif di industri
Kualiti pelajar yang tidak mencapai standard yang
diperlukan oleh industri dan kemahiran mengajar di
kalangan pengajar yang lemah.
METODOLOGI KAJIAN
 Transkrip data dan analisis data
temu bual
 5 isu dan cabaran
utama
03
02
01

 Pengesahan data temu bual


 Temu bual bersemuka
 15 orang personel dalam program  2 pakar kualitatif (Cohen
kemahiran berasaskan SKPK (7 Kappa)
orang pihak pengurusan dan 8
pengajar)
DAPATAN KAJIAN: 5 ISU DAN CABARAN BAGI PENGAJAR TVET BERASASKAN PROGRAM SKPK

Kurang maklumat dan 01 Kurang minat mengajar bidang baru.

pengetahuan dalam Kurang minat dalam penulisan


teknologi terkini. Perubahan Sikap jurnal.
Teknologi pengajar
02

Teknik mengajar 05
perlu ditingkatkan Latar belakang
Perlaksanaan
Tugas
pelajar Pelajar kurang
minat belajar.
Bebanan sekiranya pengajaran
dalam Bahasa Inggeris.
Latar belakang 03 Lebih cenderung kepada praktikal
Tidak tahu mengendalikan peralatan. pengajar berbanding subjek teori.

04
Lulusan akademik kurang praktikal.
Tiada pengalaman kerja.
Tiada pengalaman kerja di industri.
PERBINCANGAN
a. PERUBAHAN TEKNOLOGI
• Pengajar dalam program kemahiran perlu berupaya untuk mengenal pasti
perkembangan teknologi mesin, peralatan dan alat tangan semasa pengajaran
praktikal yang bersifat ‘hands-on’ juga semasa pengajaran teori yang
menggunakan alat bantu mengajar berasaskan teknologi. Menurut Mohd Jalil
et al. (2015), pelajar yang dibekalkan oleh pusat bertauliah awam mesti boleh
memenuhi keperluan kerja di industri dengan menggunakan teknologi.

• Kini, perkembangan TVET sedang melalui fasa Fourth Industrial Revolution /


Industry 4.0 yang terdiri daripada teknologi yang serba canggih dan maju
seperti robotik, Vertical and Horizontal Systems Integration and Hybrid
Modelling, additive manufacturing, Internet of Things (IoT), komunikasi
mobile 5G, sensor, integrasi sistem, cloud, data besar, analisis data, dan
simulasi (Gunal 2019). Oleh itu, pengajar juga perlu tahu maklumat asas
mengenai IR 4.0 ini dan boleh menerangkannya kepada pelajar.
B. SIKAP PENGAJAR: KURANG BERMINAT UNTUK
MENGAJAR SUBJEK BAHARU.

Pengajar dalam program TVET yang kompeten berupaya menyampaikan


pengajaran dengan berkesan; lebih-lebih lagi, apabila pengajar juga
mempunyai latar belakang akademik yang sama dengan subjek yang diajar.
Menurut Ord & Nuttall (2016), pengajar yang berpengetahuan berupaya
mengaplikasikan pengetahuannya semasa pengajaran praktikal. Menurut
Gruber et al. (2005), seseorang pekerja yang pakar dalam bidangnya
mempunyai pengetahuan spesifik yang mendalam di dalam bidang tersebut,
mempunyai kemahiran dan mempraktikkan dalam pekerjaan. Kajian yang
dilakukan oleh Tengku Ariffin et al. (2018) bahawa pengajar yang cemerlang
merupakan pakar dalam kandungan subjek yang diajarinya dan pembimbing
yang baik dalam pembelajaran.
C. SIKAP PENGAJAR: KURANG BERMINAT UNTUK
MENULIS BAHAN ILMIAH.

Keperluan untuk menjalankan kajian dan menulis bahan ilmiah di kalangan pengajar merupakan
salah satu kaedah untuk mengembangkan ilmu dan meningkatkan tahap profesionalisme dalam
bidang. Namun, menurut van Katwijk et al. (2019) bahawa ramai pengajar merasakan
menjalankan kajian itu penting, tetapi pada masa yang sama mereka kecewa dan menghadapi
tekanan untuk melaksanakannya. Masa yang terhad sebagai pengajar dan beban kerja yang tinggi
membataskan pengajar untuk melaksanakan kajian di sekolah (Meijer et al. 2013). Menurut
Sappa (2015), pengajar vokasional akan berasa tertekan sekiranya membuat tugas-tugas lain
semasa mengajar. Puustinen et al. (2018) pula menyatakan penyelidikan yang dilaksanakan oleh
pengajar tidak menggambarkan amalan praktis sebagai pengajar, masih tidak jelas antara skop
sebagai pengajar dan penyelidik dan memerlukan lebih banyak latihan dalam penyelidikan.
Pengajar di universiti lebih mahir dan mempunyai pengalaman dalam penyelidikan berbanding
dengan pengajar di institusi yang lain (Paredes-Chi & Castillo-Burguete 2018).
D. SIKAP PELAJAR: KURANG MINAT BELAJAR.

Hasil temu bual menunjukkan pelbagai faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ini kurang berminat
untuk belajar antara desakan oleh ibu bapa untuk belajar, mengambil masa untuk mempelajari sesuatu
bidang yang baharu dan spesifik, dan kurang memberi penumpuan semasa proses pembelajaran.
Terdapat persepsi umum yang menyatakan pelajar dalam program TVET dikategorikan sebagai pelajar
yang lemah dalam akademik dan tidak berpeluang melanjutkan pelajaran (Dittrich 2010). Menurut
Itohan Oviawe (2017), majikan menunjukkan kerisauan terhadap kualiti pelajar TVET disebabkan oleh
kurang kemahiran dalam pekerjaan yang dilakukan. Oleh itu, galakan kepada pelajar dalam proses
pembelajaran dan ketekunan pengajar semasa proses pengajaran dapat membentuk pelajar untuk terus
meminati bidang yang diceburinya. Ia selaras dengan pandangan (Harkin 1998) yang mengatakan
pelajar vokasional berpuas hati terhadap seseorang pengajar sekiranya pengajar tersebut menunjukkan
perlakuan seperti mendengar dan berkomunikasi dengan pelajar, mewujudkan pengajaran yang
menyokong pembelajaran pelajar dan melayan mereka sebagai seorang pelajar.
E. SIKAP PELAJAR: MINAT DENGAN SUBJEK
PRAKTIKAL.

Subjek praktikal dalam program kemahiran mempunyai pemberat sebanyak 70 peratus


berbanding subjek teori iaitu 30 peratus. Realitinya, pelajar perlu memahami prinsip,
konsep dan fakta yang terkandung dalam teori terlebih dahulu untuk diimplementasikan
dalam subjek praktikal. Namun, hasil kajian yang dijalankan mendapati pelajar dalam
program kemahiran lebih cenderung untuk melakukan praktikal berbanding teori. Ia
bercanggah dengan dapatan kajian Yahya Buntat & Norliza Ensa (2010) yang mendapati
pelajar meminati subjek teori dan praktikal dalam program vokasional. Dalam skop
pembelajaran praktikal, kebanyakan pelajar aliran TVET dikatakan mempunyai keupayaan
visual berbanding kognitif (Mimi Mohaffyza et al. 2014). Oleh itu, pengajar perlu
menunjukkan kreativiti semasa mengajar subjek teori agar pelajar dapat memberikan
penumpuan semasa proses pengajaran. N. Hussain & Ayub (2013) menyatakan gaya
pengajaran seseorang pengajar dapat mempengaruhi sikap pelajar, persekitaran dan
perlaksanaan pembelajaran.
F. PENGAJAR YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN
BEKERJA DAN PENGALAMAN BEKERJA DI INDUSTRI.

Pengajar yang telah mempunyai pengalaman dalam pekerjaan dapat berkongsi


pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang lepas semasa mengajar.
Karimi & Mofidi (2019) menyatakan identiti seseorang pengajar salah satunya
melalui pengalaman kerja dan pengalaman mengajar yang telah dilaluinya. Zaib &
Harun (2014) turut menyatakan bahawa pengajar vokasional perlu mempunyai
pengalaman bekerja di industri dan mempunyai pengetahuan dalam bidang yang di
ajar. Pengajar yang telah mempunyai pengalaman bekerja juga lebih efektif dan
berprestasi dalam kerja (King Rice 2010). Mereka dapat menceritakan pengalaman
kerja terdahulu, berpengetahuan dalam teknologi juga mempunyai kemahiran
untuk melakukan hands-on. Di samping itu, mereka juga mempunyai jaringan
kerjasama dengan pihak industri untuk memudahkan penempatan latihan pelajar di
industri dan pelajar juga boleh membuat lawatan sambil belajar.
G. TEKNIK MENGAJAR YANG BETUL.

Kelemahan pengajar TVET turut dikaitkan dengan kurang kemahiran dalam


pedagogi yang disebabkan oleh kurang pengalaman kerja (Selles 2015). Pengajar
TVET yang berkualiti mempunyai pemahaman terhadap pengetahuan pedagogi
agar mereka dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Amalan
pengajaran seseorang pengajar merujuk kepada apa yang sebenarnya berlaku di
dalam kelas yang membawa kesan besar kepada hasil pembelajaran pelajar (M.
C. Wang et al. 2008). Pengajar perlu tahu teknik mengajar dengan betul semasa
pengajaran praktikal dan teori. Lebih-lebih lagi, pengajaran dalam program
vokasional adalah integrasi pengetahuan secara teori dengan kaedah mengajar
secara didactic dalam konteks pembelajaran seperti di tempat kerja yang sebenar.
H. PENGAJAR TIDAK TAHU MENGENDALIKAN
PERALATAN.

Kemahiran pengajar untuk mengenal pasti dan mengendalikan peralatan


merupakan salah satu elemen kompetensi yang perlu ada sebagai pengajar TVET.
Audu et al. (2013) menyatakan latihan vokasional memerlukan pengajar yang
berkelayakan dan mahir mengendalikan peralatan serta prasarana latihan yang
mencukupi. Wordu & Chiorlu (2017) turut bersetuju bahawa pengajar yang
kompeten mengajar dalam program TVET di samping bengkel perlu dilengkapi
dengan peralatan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi. Pusat-pusat
bertauliah awam adalah didapati mempunyai peralatan, alat tangan dan mesin
yang mencukupi bagi pengajaran subjek teori dan praktikal. Secara prinsipnya,
pengajar perlu tahu mengendalikan mesin, alat tangan dan peralatan dan tahu teori
penggunaan dan aplikasi elemen tersebut.
I. BEBANAN PENGAJARAN YANG MENGGUNAKAN BAHASA
INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGHANTAR.

Pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah lebih mudah difahami oleh
pelajar. Kerana pelajar menghadapi masalah seperti kebimbangan untuk menulis dan
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris (Cheng et al. 1999). Mastura et al. (2015) turut
menyatakan bahawa pelajar di kolej teknikal masih lemah dalam penguasaan Bahasa
English dan pelajar berasa gugup dan gementar sekiranya tidak bersedia untuk bercakap
dalam bahasa English (Sinnasamy & Karim 2014). Kebanyakan pelajar mempunyai
keyakinan diri yang rendah, berasa bimbang dan tidak selesa untuk menulis dan
berkomunikasi dalam Bahasa English (Hismanoglu 2013) yang menghasilkan emosi tidak
tenteram dan tertekan di kalangan pelajar (D. J. Young 1991). Sekiranya pengajaran dalam
Bahasa English, pengajar bukan sahaja perlu membantu pelajar untuk memahamkan
subjek malah perlu mahir menyampaikan pengajaran dalam Bahasa English. Oleh
demikian, cadangan pengajaran dalam Bahasa Inggeris memerlukan kajian yang lebih
terperinci sebelum dilaksanakan.
DAPATAN : ELEMEN KOMPETENSI PENGAJAR

Kompetensi Teknikal
•Pengetahuan
•Kemahiran

Kompetensi pedagogi
•Pengetahuan kandungan pedagogi

Kompetensi Personel:
•Efikasi pengajaran
•Kreatif mengajar
•Komunikasi lisan
•Etika kerja
•Motivasi dalaman
•Kecerdasan Emosi
RUMUSAN
Membangunkan belia berkemahiran tinggi yang dapat memenuhi keperluan
industri memerlukan satu usaha yang berterusan; antaranya menyediakan
pengajar di ILKA yang mencukupi, berkualiti, berpengetahuan dan
mempunyai kemahiran (The Boston Consulting Group 2011).

Justeru, pengajar yang kompeten amat diperlukan bagi proses pengajaran di


Pusat Bertauliah Awam. Ciri-ciri i) kompeten dalam kognitif iaitu
mempunyai pengetahuan dalam penggunaan teori dan konsep ii) kecekapan
fungsional iaitu boleh aplikasi kemahiran dan/atau pengetahuan untuk
melaksanakan kerja, pembelajaran dan aktiviti sosial iii) kecekapan peribadi
adalah kebolehan seseorang untuk mengendalikan diri dalam sesuatu situasi;
dan iv) kecekapan etika yang melibatkan memiliki nilai-nilai peribadi dan
profesional dalam kerja (Spöttl & Grollman 2008).
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai