Anda di halaman 1dari 30

PENGAJIAN AM

SEMESTER 1
KARANGAN

TEMA : EKONOMI
ISU : INDUSTRI HALAL
DISEDIAKAN OLEH: RANIA, FAQIHAH, MENG HAN, FELICIA & SYAZANA
SLIDESMANIA
APA ITU HALAL?
SLIDESMANIA
 Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan
Hukum Syarak.

 Halal adalah istilah yang menggambarkan bahan yang dianggap 'murni dan bersih'
yang dibenarkan oleh umat Islam menurut undang-undang Islam. 

 Kualiti makanan halal dikehendaki mematuhi kehidupan harian orang Islam.

 Makanan halal dapat dilihat dari segi:


1. Halal zatnya
2. Halal cara memperolehnya
3. Halal memprosesnya
SLIDESMANIA
KEPENTINGAN HAB
HALAL DI MALAYSIA
SLIDESMANIA
1. MENJANA PENDAPATAN NEGARA
 Negara kita yang telah berkembang maju dalam industri halal akan mengeksport
produknya ke luar negara.

 Selain negara kita, negara lain juga tidak ketinggalan untuk membangunkan industri
halal di negara mereka.

 Industri halal di negara kita turut mengeluarkan pelbagai produk halal seperti
makanan, barangan penjagaan kesihatan, kosmetik dan lain-lain untuk dieksport ke
negara lain.

 Keadaan ini telah meningkatkan pendapatan negara kita melalui kadar pertukaran
mata wang asing yang amat menguntungkan negara kita.
SLIDESMANIA
2. MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN KEPADA
PENDUDUK TEMPATAN

 Mengurangkan penggangguran.

 Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.

 Mengurangkan kadar kemiskinan.

 Mengurangkan kes jenayah.


SLIDESMANIA
3. MENGGALAKKAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI
MODEN & CANGGIH

 Menggalakkan penglibatan para pelabur antarabangsa melabur di Malaysia


dalam industri halal. Contohnya, negara-negara Islam di seluruh dunia.

 Penggunaan teknologi pemprosesan dan pembungkusan dalam industri halal


menjimatkan kos dan masa pengeluaran serta meningkatkan kualiti produk
keluaran.

 Contohnya, teknologi pengredan bahan dan makanan mampu memajukan


pengeluaran makanan halal.
SLIDESMANIA
4. MERANCAKKAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
(R&D) DALAM BIDANG PENGHASILAN PRODUK
HALAL
 Permintaan yang tinggi menggalakkan pihak kerajaan dan swasta
melakukan penyelidikan dalam industri halal.

 Produk makanan Malaysia dapat mencapai kualiti premium dan


memenuhi syarat dan keperluan dalam pasaran.

 Meningkatkan kuasa pembeli dan meningkatkan ekonomi negara.


SLIDESMANIA
CABARAN MEMAJUKAN
INDUSTRI HALAL
SLIDESMANIA
1. MODAL

● Penghasilan sesuatu produk halal memerlukan modal yang besar untuk menampung
kos pengeluaran.

● Kekurangan modal akan mengurangkan kadar pengeluaran, ini menyukarkan kita


menjadi hab halal dunia serta memenuhi permintaan orang ramai.

● Ini kesan daripada peningkatan kesedaran dalam kalangan orang Islam terhadap
keperluan produk halal.

● Selain itu, kekurangan modal juga akan menyebabkan kita tidak mampu untuk
bersaing dengan produk-produk keluaran lain termasuk produk bukan halal.
SLIDESMANIA
2. MUTU DAN KUALITI PRODUK
 Salah satu masalah yang sering dihadapi adalah dalam menghasilkan produk Halal
setaraf dengan produk import yang lain.

 Mutu dan kualiti produk ini diambil dari aspek penyediaan, kualiti bahan mentah,
tempoh ketahanan, ‘packaging’ dan sebagainya.

 Ini dikaitkan dengan kekurangan teknologi dan sumber bahan mentah yang
bermutu.

 Firma di Malaysia terutamanya industri kecil dan sederhana (IKS) masih lagi
rendah dalam penggunaan teknologi.
SLIDESMANIA
3. PERSAINGAN
● Negara-negara lain di dunia terutamanya negara ASEAN turut serta merebut peluang
untuk menfaatkan sektor makanan halal dan seterusnya memberikan saingan yang besar
kepada Malaysia di peringkat dagangan antarabangsa.

● Malaysia menghadapi persaingan dengan beberapa pengeksport makanan yang terkenal


di dunia seperti Indonesia, Thailand, Brunei, Turki dan lain-lain lagi.

● Persaingan dari segi harga, pengeluaran dalam skala kecil dan penggunaan jentera yang
terhad menyukarkan produk halal tempatan untuk bersaing pada peringkat tinggi.
SLIDESMANIA
4. KESAHAN LOGO / SIJIL HALAL
● Pensijilan Halal memberi kepada pengguna Islam mengenai status halal sesuatu produk baik
makanan atau lain-lain.

● Badan utama yang mengeluarkan pensijilan halal ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

● Namun begitu, banyak berlaku masalah pemalsuan logo halal/ sijil halal.

● Contohnya, menggunakan logo halal kepada produk yang tidak tersenarai dalam sijil halal dan
mengubahsuai maklumat yang terdapat pada sijil halal.

● Kesannya, Menjejaskan reputasi dan integriti sijil halal Malaysia dan kewibawaan Malaysia sebagai
peneraju industri halal global.
SLIDESMANIA
5. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)

 Tahap penyelidikan dan pembangunan bidang industri halal di


Malaysia masih lagi berada pada tahap rendah.

 Walaupun Malaysia mempunyai ulama atau pakar dalam hal


ehwal Islam, namun kepakaran dalam industri halal masih
belum meluas.

 Masih banyak ruang yang boleh diperluaskan dalam bidang ini.


Ia tidak terhad kepada produk makanan sahaja.
SLIDESMANIA
LANGKAH
MEMAJUKAN/MENINGKATKAN
INDUSTRI HALAL
SLIDESMANIA
1. MEMPERKASAKAN LOGO & SIJIL HALAL
● Malaysia mempunyai institusi iaitu JAKIM yang bertanggungjawab mengeluarkan logo-logo syarikat kepada
syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

● Logo ini mampu meningkatkan kepercayaan masyarakat tempatan dan seluruh dunia terhadap produk halal Malaysia
yang telah dieksport ke luar negara - industri halal dapat dimajukan kerana Malaysia mempunyai standard halal.

● Sebagai contoh, institusi JAKIM akan mengeluarkan logo “Halal” kepada syarikat-syarikat yang memenuhi kriteria
yang ditetapkan - dengan adanya standard ini, Malaysia menjadi destinasi pilihan perdagangan produk halal.
Standard ini turut diguna pakai dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

● Kerajaan Malaysia juga telah Berjaya menganjurkan kursus pemprosesan makanan halal dengan menggunakan
teknologi terkini.

● Sebagai contoh, pengurusan ladang dan teknologi pengeluaran makanan dianjurkan demi menambah kepakaran
untuk menghasikan produk halal.
SLIDESMANIA
2. MENGADAKAN PAMERAN HALAL ANTARABANGSA
MALAYSIA
• Pameran ini diadakan setiap tahun untuk mengumpul pihak yang berkaitan dengan industri
halal di samping mempromosikan produk halal.
• Sebagai contoh, pameran ini membuka peluang yang luas kepada pengusaha produk halal
untuk mempromosikan industri halal pada pameran halal antarabangsa Malaysia
International Halal Showcase (MIHAS).
• Melalui cara ini, sudah semestinya mampu meningkatkan jaringan produk yang halal di
negara kita di samping mencari kerjaya.
• Semua pihak juga menyebarluaskan maklumat tentang kepentingan status halal dalam umat
Islam serta bukan Islam.
• Tuntasnya, pameran ini mampu meningkatkan industri halal di Malaysia.
SLIDESMANIA
3. MELENGKAPKAN INFRASTRUKTUR
• Malaysia menyediakan pusat penyembelihan untuk meningkatkan industri halal
dengan membangunkan infrastruktur bagi menyokong industri halal di
Malaysia.

• Di Malaysia, terdapat pusat pemyembelihan haiwan yang memenuhi piawaian


industri halal yang telah disediakan.

• Sebagai contoh, menyediakan Kawasan peridustrian khas untuk perniagaan


halal serta kemudahan perhubungan dan pengangkutan.

• Oleh itu, kemasukan pelabur di negara ini akan meningkat sekaligus


membangunkan industri halal di negara ini.
SLIDESMANIA
4. MENYEDIAKAN LATIHAN & KEMAHIRAN
 Pihak berkuasa menyediakan pelbagai kursus jangka pendek dan jangka sederhana untuk
menyediakan sumber tenaga yang bersesuaian dengan keperluan.

 Sistem ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran kepada pelbagai pihak bagi memacu
ekonomi dan memakmurkan negara.

 Untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman halal, kursus dan latihan ini termasuklah
dari aspek pengurusan, pengeluaran, pembungkusan sehingga pemasaran.

 Contohnya, pihak pengguna, pengusaha industri dan badan pensijilan halal memainkan
peranan penting dalam memberikan kefahaman halal.
SLIDESMANIA
POTENSI MALAYSIA
SEBAGAI HUB HALAL
SLIDESMANIA
1. PASARAN YANG LUAS
 Majoriti pengguna tempatan beragama Islam di Malaysia – negara
Islam

 Kesedaran masyarakat – penduduk berpendidikan

 Malaysia berpotensi memasarkan produk halal di pasaran


antarabangsa – banyak negara Islam mengeluar produk halal

 Pasaran untuk negara bukan Islam- menerima pelancong Islam


yang ramai – tiada/kurang kepakaran halal
SLIDESMANIA
2. KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR LENGKAP
 Kemudahan jaringan pengangkutan dan teknologi yang cekap dari segenap aspek.

 Contohnya, jaringan pengangkutan seperti di Pelabuhan Tanjung Manis, Sarawak –


pelabuhan hab halal dunia - memudahkan kegiatan import dan eksport.

 Kemudahan teknologi yang canggih dalam pemprosesan sesuatu produk – bekalan air
dan elektrik yang mantap.

 Keupayaan jaringan jalur lebar internet yang meluas. Pengguna mendapat akses untuk
membeli produk/barangan halal.

 Wujud kaw. Perindustrian yang lengkap dan moden – pusat perindustrian makanan
Halal (Hub Halal).
SLIDESMANIA
3. SOKONGAN AKTIF KERAJAAN
 Menawarkan insentif cukai kepada industri pada peringkat awal.

 Menganjurkan pelbagai pameran peringkat kebangsaan – galakkan


memperkenalkan produk halal.

 Contohnya : Ekspo Halfest (Halal Festival ) yang diadakan setiap tahun di


Kuala Lumpur.

 Selain itu, agensi-agensi kerajaan berkaitan juga menawarkan bantuan


pinjaman dan kursus-kursus serta khidmat nasihat.
SLIDESMANIA
4. KESEDARAN TINGGI MASYARAKAT
 Kesedaran pengguna untuk mendapatkan makanan yang bersih dan suci
semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Islam – semakin
berpendidikan

 Malahan, masyarakat bukan Islam juga turut mendapat info tentang


kelebihan makanan halal.

 Kadar penyakit berjangkit bagi haiwan ternakan import – menyebabkan


pengguna menukar alternatif kepada daging sembelihan.

 Contoh : Penyakit lembu gila di Amerika Syarikat – komuniti mengubah


pemakanan kepada daging halal.
SLIDESMANIA
5. PENSIJILAN HALAL MALAYSIA YANG MENDAPAT
PENGIKTIRAFAN BANYAK NEGARA

● Proses pengauditan halal di Malaysia yang sangat ketat dan tersusun.

● Terdapat pegawai berkepakaran tinggi dari segi pengiktirafan halal memeriksa


sama ada firma memenuhi syarat-syarat bagi mendapatkan pensijilan halal.

● Kesannya, pengguna dan pelanggan berasa yakin dengan bahan/produk halal


buatan Malaysia
SLIDESMANIA
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN INDUSTRI
HALAL
SLIDESMANIA
1. PENINGKATAN TARAF PENDIDIKAN
 Masyarakat yang berpendidikan tinggi mempunyai kesedaran tentang pentingnya
menjaga kesihatan.

 Mereka akan mengelakkan diri mereka daripada memakan makanan yang tidak
sihat dan berlemak dalam kuantiti yang banyak.

 Contohnya, masyarakat bukan muslim akan mengurangkan pengambilan daging


khinzir yang berlemak dan boleh menjejaskan kesihatan mereka.

 Industri makanan halal akan semakin berkembang maju berikutan  permintaan


yang tinggi daripada penduduk yang mementingkan kesihatan mereka.
SLIDESMANIA
2. PENINGKATAN PENDAPATAN

 Perkembangan industri ini telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

 Keadaan ini telah membolehkan rakyat mempunyai sumber pendapatan untuk


menyara kos hidup.

 Bagi mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang stabil, mereka akan
membeli barangan yang berkualiti tinggi dan sihat.

 Contohnya, barangan kosmetik, produk penjagaan kesihatan dan sebagainya.

 Selain makanan dan minuman halal, industri halal juga mengeluarkan produk lain
seperti barangan kosmetik, produk penjagaan kesihatan dan sebagainya.
SLIDESMANIA
3. BILANGAN PENDUDUK MUSLIM YANG RAMAI
 Penduduk muslim hanya akan mengambil dan menggunakan produk dan
makanan yang halal.

 Bilangan penduduk muslim yang ramai menyebabkan permintaan terhadap


produk keluaran industri halal semakin meningkat.

 Kini, bukan sahaja penduduk muslim mengamalkan gaya hidup pemakanan


halal, penduduk bukan muslim yang mempunyai kesedaran kepentingan
kesihatan juga membeli produk halal

 Keadaan ini menambahkan lagi permintaan terhadap produk industri halal.


SLIDESMANIA
CONTOH SOALAN :
Malaysia berhasrat untuk menjadi hab halal dunia kerana industri ini menjamin pelbagai
pulangan kepada negara. Oleh itu, segala potensi yang ada perlu dimanfaatkan
sepenuhnya dalam mencapai hasrat tersebut.
Bincangkan.

Format:______
Kombinasi Idea:______
SLIDESMANIA

Anda mungkin juga menyukai