Anda di halaman 1dari 24

MOTOR ELEKTRIK 3 FASA

SEE 30083
BAB 1:
PRINSIP KENDALIAN MOTOR
ELEKTRIK TIGA FASA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir Arena Pembelajaran ini, para pelajar boleh:
1. Menerangkan prinsip medan magnet berputar
2. Mengenal pasti pemutar dan pemegun dalam motor aruhan tiga fasa
3. Menerangkan prinsip kendalian motor aruhan
4. Menerangkan istilah kelajuan pemutar, kelajuan segerak dan gelinciran
5. Membuat perhitungan mudah mengenai kelajuan pemutar, kelajuan
segerak dan gelinciran.
6. Mengenal pasti jenis sambungan pada motor

Penilaian Berterusan bagi Topik 1


7. Kuiz
1.1 PRINSIP MEDAN MAGNET BERPUTAR
TIGA FASA
i. Hubungkait arus dan medan magnet dalam
system tiga fasa
ii. Prinsip kewujudan medan magnet berputar
iii. Kenal pasti arus teraruh dalam pemutar
motor aruhan oleh medan magnet berputar
Magnet
- Magnet mempunyai dua kutub
- Kutub utara & kutub selatan
- Pergerakan urat daya magnet adalah dari
kutub Utara ke kutub Selatan

U S
Rajah: Gambarajah urat daya magnet
MEDAN MAGNET
• Medan magnetik adalah ruangan di sekitar
magnet yang masih terpengaruh gaya
magnetik
• Medan magnet mempunyai kekuatan untuk
menarik atau menolak bahan/benda yang
mempunyai sifat kemagnetan.
Amali untuk melihat medan magnet
Peralatan yang perlu disediakan :
i. sebatang magnet
ii. kertas tipis
iii. serbuk besi

Kaedah yang dilakukan:


1. Ambil sebatang magnet dan letakan di bawah sehelai
kertas
2. Taburkan serbuk besi diatas kertas tersebut
3. Pola serbuk besi akan terbentuk di atas kertas apabila
sebuk besi tadi ditaburkan
Gambar medan magnet yang terbentuk

a. Sebatang magnet dengan b. Dua batang magnet dengan


medan magnet yang terbentuk kutub berlawanan apabila
didekatkan

c. Dua batang magnet dengan kutub


bersamaan apabila didekatkan

Medan magnet pada batang magnet


Hubungkait arus elektrik & medan magnet

a. Jarum kompas b. Jarum kompas dengan c. Jarum kompas dengan


tanpa pengaliran pengaliran arus kearah pengaliran arus kearah
arus utara selatan
Pengaruh arus elektrik terhadap penunjukan arah jarum kompas
Prinsip kewujudan medan magnet berputar

a. Hukum Genggam Tangan b. Arah induksi magnet oleh pengalir


Kanan Fleming yang berarus bebentuk gegelung
Mengenal pasti Pemutar dan Pemegun
Pemutar
• Pemutar adalah bahagian yang
berputar pada sesebuah motor.

Pemutar
• Tugas utamanya adalah untuk
memutarkan aci atau shaft.
• Bagi motor yang kecil terdapat pengalir-
pengalir aluminium yang dibelitkan
pada rotor .
PEMUTAR
• Pemutar bagi motor
sangkar tupai adalah
mempunyai batang-
batang kuprum atau
aluminium yang
dipasang selari dengan
shaft/aci.
PEMEGUN
• Pemegun terdiri daripada 'kutub' berlilit
yang mengangkut arus bekalan untuk
mengaruh medan magnet yang menembusi
pemutar.
• Bilangan 'kutub' boleh berbeza mengikut
jenis motor tetapi mestilah sentiasa
berpasangan (iaitu 2, 4, 6, dsb.)

Teras Pemegun
1.2 PRINSIP KENDALIAN MOTOR ARUHAN
• Apabila bekalan 3 fasa dibekalkan pada
belitan pemegun, medan magnet akan
terbentuk pada setiap belitan dan membentuk
satu medan magnet yang sentiasa berputar
pada pemegun.
• Penghasilan medan magnet ini adalah
disebabkan turun naiknya arus di pemegun
mengikut gelombang frekuensi bekalan.
• Medan magnet berputar yang terhasil di
pemegun akan mengaruhkan pengalir
pemutar secara aruhan saling.
1.3 KELAJUAN SEGERAK
KELAJUAN SEGERAK ( Ns )
Kelajuan segerak adalah kelajuan medan magnet
berputar di stator apabila bekalan diberikan.Kelajuan ini
adalah berkadar terus dengan frekuensi dan berkadar
songsang dengan bilangan kutub

FORMULA;
Ns = 120f
P
Dimana, f = frekuensi bekalan.
P = Bil. kutub
KELAJUAN PEMUTAR

KELAJUAN PEMUTAR ( Nr )
Kelajuan pemutar adalah kelajuan rotor bagi
sesebuah motor aruhan 3 fasa.

Kelajuan ini biasanya kurang 3 hingga 4 peratus


daripada kelajuan segerak.
FREKUENSI ROTOR

FREKUENSI ROTOR (Fr)


Ulangan arus yang teraruh yang wujud di pemutar
dalam pusingan per minit.
Frekuensi rotor ,

Fr = s x f

Dimana ;
s = Slip / kegelinciran
F = Frekuensi bekalan
GELINCIRAN
GELINCIRAN ( s )
Perbezaan kelajuan segerak dan kelajuan pemutar.
Gelinciran wujud di dalam motor bertujuan bagi membolehkan
medan magnet berputar memotong pengalir rotor dan
seterusnya mengaruhkan arus dipemutar.Gelinciran bagi
sesebuah motor aruhan biasanya 3 hingga 4 peratus atau dalam
per unit.
Peratus gelinciran ;

s = Ns – Nr x 100%
Ns

Dimana; Ns = kelajuan segerak


Nr = kelajuan pemutar
1.4 CONTOH PENGIRAAN
1. Satu motor aruhan 3 fasa telah dililitkan untuk 4
kutub dan dibekalkan dari satu suatu sistem 50
hertz.
Kirakan.

a. Kelajuan Segerak, Ns = 120(50)/4


b. Kelajuan Pemutar apabila kegelinciran 4%, Nr
c. Frekuensi rotor apabila laju rotor 600 rpm, Fr
Langkah Penyelesaian
Daripada soalan, berikut adalah data tentang
motor yang diperolehi;

P = 4
f = 50hertz
Langkah Penyelesaian Bahagian (a)

a) Kelajuan Segerak

Daripada formula;
Ns = 120f
P
= 120 x 50
4
Ns = 1500 rpm
Langkah Penyelesaian Bahagian (b)
b) Kelajuan pemutar apabila berlaku kegelinciran 4%.

Daripada formula slip kita akan dapat mencari nilai Nr ;


s = Ns – Nr x 100%
Ns
Ns(s) = Ns – Nr

Jadi,
-Nr = Ns(s) – Ns
= 1500( 0.04 ) – 1500
= 60 – 1500
- Nr = - 1440 rpm.

Maka, Nr = 1440 rpm


Langkah Penyelesaian Bahagian (c)

c) Frekuensi rotor apabila laju rotor 600 rpm.

Oleh sebab kelajuan rotor berubah maka nilai gelinciran yang baru perlu dicari;

Jadi , dengan menggunakan formula slip ;


s = Ns – Nr x 100%
Ns
s = 1500 – 600 x 100% Oleh itu, s = 60% @ 0.6p.u
1500

Sekarang, kita gunakan formula frekuensi rotor iaitu ;


fr = s x F
fr = 0.6 x 50
= 30 hertz
Kesimpulan

U S
Kutub mempunyai 2 jenis – Utara & selatan

Bahagian utama motor – Pemutar & pemegun

Terdapat 2 jenis kelajuan yang boleh diukur – Kelajuan


pemutar (Nr = rotor) & kelajuan pemegun (Ns=kelajuan
medan magnet berputar di stator)
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai