Anda di halaman 1dari 49

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(PPG) DI BAWAH RMKe-10


(AMBILAN TAHUN 2012)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TAKLIMAT
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(AMBILAN 2012)
OLEH :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
WAWASAN
2020

HIGH INCOME
NATION

Strategi 2: Meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia


untuk meluaskan kebolehpasaran
(terkandung dalam Bab 5 : RMKe-10)

Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi Meningkatkan


Kualiti Perkhidmatan

Menjadikan profesion keguruan lebih


PPG
menarik serta meningkatkan profil dan
profesionalisme kerjaya guru
Improving quality of teachers is essential for success of NKRAs
and the School Improvement Programme (SIP)
The quality of an education system cannot exceed the Teacher quality critical for all NKRAs
quality of its teachers
Student performance
Pre-Schools LINUS
100th percentile
-
Two students high r 90th percentile New Deal HPS
h e
with same t wit teach
n
performance t ude ing
S f or m
r
pe 53 percentile
points Teachers are a key element of the
50th percentile School Improvement Program (SIP)
Stude
n
perfor t with low-
ming 37th percentile
teach
er

0th percentile
Age 8 Age 11

Source: Sanders & Rivers Cumulative and Residual Effects on Future Student Academic Achievement 5
PERLUNYA GURU BERKUALITI

Guru Berkualiti
Tinggi

Memupuk
Pendidikan Program
Calon Guru Pembelajaran
Guru Yang Pembangunan
Berkualiti Sepanjang
Berkualiti Guru Baharu
Tinggi Hayat Pelajar
Cemerlang
GURU BERKUALITI PEMANGKIN
PENDIDIKAN BERKUALITI

7
Di dalam proses mencapai
Wawasan 2020, dan impian
menjadi sebuah negara maju,
perkembangan Malaysia
adalah amat perlahan.

8
4
TAIWAN
1
MATHS - < 13
2 2
KOREA
SELATAN
ITALI
1 3
22 19
SINGAPURA

6 6
HONG KONG

10 20
NORWAY
ISRAEL
27 21
19 24

TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Scores) 2003 and 2007 - Maths(13 TAHUN) 1
0
1 1
SINGAPURA
SCIENCE - < 13
2 2
TAIWAN

6 3 JORDAN
25 20
JEPUN

3 4
KOREA
SELATAN

20 21
BULGARIA
- 22
THAILAND
24 24

TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Scores) 2003 and 2007 – Science (13 TAHUN) 1
1
Menjejaskan penghasilan sumber manusia
dan tenaga kerja negara Tenaga
Kerja
Carta Alir Sumber Manusia 4
Kebanjiran buruh
PraSPM PascaSPM Pendidikan Tertiari asing (kemahiran
rendah) (peningkatan
1 2 25% - pelajar 3 250%)
Peluang untuk IPTA melahirkan
menceburi 5
meningkatkan ~80k graduan Sumber
pekerjaan hanya
prestasi pelajar setiap tahun – persekitaran yang
berbekalkan SPM
ramai kurang menguncup tidak
dan terhad untuk
memenuhi menyakinkan
peningkatan di
kompetensi di majikan/pelabur
masa hadapan 6
pasaran kerja
Banyak
kementerian, agensi
ada inisiatif/program
sendiri – tidak
ditonjolkan

1
2
6 perkara yang memerlukan perubahan
secara RADIKAL

High Income Economy


1 2 3 Boosting 4
“Virtual Scale”
Unleashing Building Human Productivity and
through scale
Competition Capital Enabling
and export
Innovation
5
Drastically more effective and simplified Government role in driving the
economy

6
World Class Foundation and Infrastructure

1
3
KUALITI GURU BERTERUSAN
Meningkatkan kualiti guru baru dan Meningkatkan kualiti, memahirkan
mengatasi kekurangan guru secara semula, dan menempatkan semula
radikal guru sedia ada di sekolah masa kini
Pembangunan Penilaian dan
Pemasaran Latihan Pengambilan
Profesional Pengurusan
dan Pemilihan Praperkhidmatan dan
Berterusan Prestasi
Guru Penempatan

Input Proses Kawalan Kualiti

A Meningkatkan profil profesion D Perkembangan karier berasaskan


keguruan prestasi dan kompetensi
B Langkah penambahbaikan
kualiti pendidikan guru untuk
E Pendekatan pengurusan prestasi dan
guru baru instrumen penilaian yang baru
C Sistem penempatan guru yang
fleksibel dan berdaya saing bagi F Meningkatan pembelajaran
menepati kehendak sekolah berasaskan sekolah dan sokongan
kepada guru

Syor Menambah Baik Nilai Guru

Memartabatkan Profesion Keguruan


Huraian :
• Sebagai latar belakang membicarakan Program Pensiswazahan Guru (PPG), tumpuan punca kuasa kita berdasarkan kepada
Rancangan Malaysia Ke-10 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 10 Jun 2010 hari Khamis jam 11.30
pagi di Parlimen.
• Intipati RMKe-10 dan hasrat kerajaan ialah : "Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi
Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Rancangan ini
merencanakan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang dengan matlamat untuk menyampaikan hasil
yang dihasratkan untuk semua rakyat. Rancangan ini menyediakan pentas bagi transformasi struktur utama yang diperlukan
oleh ekonomi berpendapatan tinggi serta hala tuju dasar, strategi dan program baharu yang membolehkan negara tampil
sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi...“ YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
• RMKe-10 -` Strategi yang dirancang kerajaan dalam RMKe-10 dilihat sebagai komitmen kerajaan untuk mencapai matlamat
Model Baru Ekonomi (MBE) dengan memberi keutamaan terhadap usaha meningkatkan taraf hidup rakyat. Strategi yang
dirancang dalam RMKe-10 amat menggalakkan dan disusun menggunakan pendekatan berbeza, sekali gus mencerminkan
dasar yang betul di pihak kerajaan. Perancangan teliti yang digariskan mampu meningkatkan keyakinan rakyat untuk turut
serta dalam proses pembangunan negara bagi mencapai masa depan yang lebih cemerlang.
• Menuju ke arah Wawasan 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dan lebih kompetetif di persada antarabangsa
bersama negara-negara lain di dunia. Persediaan menuju ke arah negara maju memerlukan negara dan rakyat Malaysia lebih
berdaya saing dan berpengetahuan agar dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain di dunia
• Penekanan `Negara Berpendapatan Tinggi’ selaras dengan hasrat kerajaan melalui dasar-dasar pembangunan negara
samada yang baru atau sedia ada berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia turut tergolong dalam kelompok
`berpendapatan tinggi’ termasuklah golongan pendidik / guru-guru kerana ia menjadi pra syarat terpenting mengisi
kewujudan negara Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020.
• Untuk memajukan sektor pendidikan diharap menjadi elemen penting menyumbang ke arah pembentukan negara maju di
mana kelompok terbesar rakyat negara ini berada pada tahap pendidikan tertinggi samada dari segi pensiswazahan atau
pensarjanaan pendidikan.
ACHIEVING THE STATUS OF HIGH INCOME NATION:
1ST CHALLENGE
2018 2019 VISION
2014
2015 2016 2017 2020

2013
WE HAVE ONLY :
2012 9 YEARS..2 MONTH…19 DAYS
(3,364 DAYS)

2011

16
Huraian :
• Slide ini menerangkan tempoh masa yang masih berbaki untuk rakyat Malaysia memikirkan
peluang dan ruang bagi bersama-sama dalam arus perdana Wawasan 2020. Mulai 11
Oktober 2011 (hari ini) masa yang berbaki menuju tahun 2020 ialah 9 tahun 2 bulan 19 hari
iaitu bersamaan dengan 3,364 hari sahaja lagi.
• Perkaitannya dengan PPG ialah persediaan dan keperluan para guru yang khususnya belum
berijazah agar terus mengambil peluang yang ada kini memasuki sistem pendidikan negara
yang akan menuju ke arah Wawasan 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dan
lebih kompetetif di persada antarabangsa bersama negara-negara lain di dunia
• Persediaan menuju ke arah negara maju memerlukan negara dan rakyat Malaysia lebih
berdaya saing dan berpengetahuan agar dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain
di dunia. Kerajaan melalui dasar-dasar pembangunan negara samada yang baru atau sedia
ada berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia turut tergolong dalam kelompok
`berpendapatan tinggi’ kerana ia menjadi cabaran utama untuk dicapai.
• Oleh itu, peningkatan akademik melalui penyertaan dalam PPG dan bergelar guru siswazah
dijangka mampu meletakkan guru-guru yang layak memohon PPG 2012 untuk berada di
landasan betul bagi memperlengkapkan diri dalam kategori penjawat awam berpendapatan
tinggi dan lebih berkualiti pencapaian akademiknya.
CETUSAN MINDA
Huraian :
• Konsep 1 Malaysia - `Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ ke arah mewujudkan
masyarakat harmoni, sejahtera demi keamanan dan kestabilan negara
• Menuju ke arah Wawasan 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dan lebih
kompetetif di persada antarabangsa bersama negara-negara lain di dunia
• Persediaan menuju ke arah negara maju memerlukan negara dan rakyat Malaysia lebih
berdaya saing dan berpengetahuan agar dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain
di dunia
• Kerajaan melalui dasar-dasar pembangunan negara samada yang baru atau sedia ada
berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia turut tergolong dalam kelompok
`berpendapatan tinggi’ kerana ia menjadi pra syarat terpenting mengisi kewujudan negara
Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020.
• Peningkatan akademik dan memajukan sektor pendidikan diharap menjadi elemen penting
menyumbang ke arah pembentukan negara maju di mana kelompok terbesar rakyat negara
ini berada pada tahap pendidikan tertinggi samada dari segi pensiswazahan atau
pensarjanaan pendidikan.
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(PENINGKATAN AKADEMIK)
Huraian :
• PPG merupakan perluasan dasar pensiswazahan guru yang dilaksanakan dalam Rancangan
Pembangunan Pendidikan (2001 – 2010) di mana ia belum mencapai matlamat sasaran
kerana setakat akhir tahun 2009, pencapaian di Sekolah Menengah hanya 89.4% dan di
Sekolah Rendah hanya 28.0%.
• Di bawah RMKe-10, perluasan dasar pensiswazahan yang dilaksana mensasarkan pencapaian
akhir sebanyak 60% pensiswazahan guru di Sekolah Rendah dan sebanyak 90%
pensiswazahan guru di Sekolah Menengah.
• KPM berperanan memastikan pelaksanaan dasar pensiswazahan guru di bawah RMKe-10
berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan agar program-program ke arah mensiswazahkan
guru memberi impak langsung kepada matlamat negara maju menjelang Wawasan 2020 di
samping mewujudkan golongan guru lebih berdaya saing dan berpengetahuan agar dapat
bersaing kelompok-kelompok lapisan masyarakat lain di negara ini.
• BPG sebagai urus setia yang mengelola PPG bagi ambilan 2011 dan 2012 menjadi peneraju
utama kejayaan dasar pensiswazahan guru di bawah RMKe-10 khususnya menjayakan
matlamat meningkatkan akademik melalui pensiswazahan guru-guru dalam perkhidmatan
agar golongan guru tergolong di dalam kelompok masyarakat negara ini yang lebih
kompetetif, berdaya saing, berpengetahuan ke arah rakyat berpendapatan tinggi.
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(PERANAN BPG)
VISI :
Guru Berkualiti Penjana Modal
Insan Cemerlang
Peneraju Utama Latihan Perguruan di
Malaysia. - KDP

SGM 1. Nilai profesionalisme


keguruan,
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 2. Pengetahuan dan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA kefahaman,
Aras 2- 6, Blok E 13, Kompleks Kerajaan Parcel E, 3. Kemahiran pengajaran
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, dan pembelajaran.
62604 Putrajaya
Huraian :
• BPG ialah bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan program Pendidikan Perguruan Pra-perkhidmatan dan
Kursus Dalam Perkhidmatan. Program pendidik keguruan berhasrat untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketerampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai
murni, berdaya fikir dan cekap teknologi.
• KPM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam
sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan
termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi
latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.
• BPG merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi
Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan
tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama
ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran.
• BPG telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik
guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.
• Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut
disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen
ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk
melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan
berterusan.

SASARAN PPG 2015
PERANCANGAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
RMKE-11
100% SR
100% SM 100% GURU
RMKE-10 SISWAZAH
60% SR
90% SM

RMKE-9
28% SR
89.4% SM
Huraian :
• Slide ini berkaitan petunjuk dan sasaran data dasar pensiswazahan guru dalam Rancangan
Pembangunan Pendidikan (2001 – 2010 : Rancangan Malaysia Ke-9) yang belum dapat dicapai
sepenuhnya oleh KPM. Setakat akhir tahun 2009, pencapaiannya adalah di sekitar 89.4% di
Sekolah Menengah dan 28.0% di Sekolah Rendah.

• PPG adalah penerus kepada dasar pensiswazahan guru dalam RMKe-10 (2011-2020) kerana
pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam RMKe-9. Ia mensasarkan pencapaian
berterusan bermula dengan ambilan 2011 dan 2012. Dari segi peratusan yang disasarkan,
dijangka menjelang 2015 (tempoh graduasi calon-calon PPG ambilan 2012) sebanyak 60%
guru-guru PPPLD di sekolah rendah dapat disiswazahkan. Manakala sebanyak 90% guru
PPPLD di sekolah menengah dapat disiswazahkan.

• Menjelang tahun 2020, jumlah guru PPPLD yang dijangka dapat disiswazahkan ialah 100%
bagi sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Ini mengambilkira data guru yang
disiswazahkan melalui program PPG dan juga calon-calon program pensiswazahan guru yang
sedia ada seperti PGSR, PJJ Tajaan KPM-OUM, PJJ Pembiayaan Sendiri dan PKPGB.
PELAN TINDAKAN PPG AMBILAN 2012
BIL TARIKH AKTIVITI
1 3 Okt. 2011 Surat Siaran tentang PPG Ambilan 2012 diedarkan kepada
semua Bahagian di KPM, JPN, PPD dan sekolah seluruh
Malaysia.
2 17 Okt. – 27 Nov. 2011 Permohonan secara dalam talian dibuka
3 1 – 6 Disember 2011 Sokongan permohonan oleh Guru Besar/Pengetua/Ketua
Jabatan (dalam talian)
4 7 – 13 Disember 2011 Pengesahan/Semakan permohonan oleh JPN (dalam talian)
5 14 – 16 Disember 2011 Penyelarasan data permohonan
6 17 – 29 Disember 2011 Proses pemilihan serta penempatan calon PPG 2012
7 30 Disember 2011 Keputusan tawaran mengikuti PPG 2012 (dalam talian)
8 Januari 2012 Pendaftaran calon PPG Ambilan 2012

* Sebarang perubahan tertakluk kepada pindaan dan kalendar akademik Institusi


KONSEP DAN MATLAMAT PPG
Huraian :
• Konsep PPG adalah melaksanakan dasar pensiswazahan guru yang digariskan oleh kerajaan
bagi memenuhi keperluan guru-guru berijazah sepenuhnya menjelang tahun 2020. PPG
menekankan matlamat yang berstrategikan serampang 2 mata iaitu akademik dan kualiti.
• Bertepatan dengan peranan/fungsi BPG yang bertanggungjawab melaksanakan program
latihan perguruan dan meningkatkan profesionalisme perguruan bagi guru-guru dalam
perkhidmatan maka program yang melibatkan peningkatan profesionalisme guru dari aspek
peningkatan akademik ke peringkat yang lebih tinggi adalah keutamaan fungsi BPG. Sasaran
akhir meningkatkan akademik guru-guru adalah melalui program pensarjanaan (ijazah
sarjana dan Phd.) yang akan menjadi antara fungsi BPG pada tahun 2012.
• PPG turut menekankan matlamat kualiti selain daripada akademik. Pensiswazahan guru
dijangka memberi impak besar dan limpahan bermakna kepada sistem pendidikan negara.
PPG akan membantu guru-guru lebih berkualiti dalam melaksanakan proses `pengajaran dan
pembelajaran’ (p&p) kerana berlakunya peningkatan akademik guru yang menambahkan
pengetahuan melalui program pensiswazahan di institusi pengajian tinggi.
• Selain itu, pengurusan bilik darjah dan aspek pedagogi juga akan lebih berkualiti melalui
peningkatan akademik guru-guru dalam PPG.
MAKLUMAT AM PPG
Huraian :
• Slide menerangkan maklumat am PPG berkaitan 3 perkara utama iaitu tempoh pengajian PPG, mod
pengajian PPG dan pembiayaan PPG.

• Tempoh pengajian di institusi pengajian ialah selama 3 ½ tahun dan sehingga 4 tahun. Secara wajibnya,
tempoh pengajian ialah 4 tahun namun bagi kes-kes tertentu yang melibatkan kes pindahan kredit antara
institusi maka pengurangan semester dijangka berlaku tetapi ia melibatkan kes-kes terpencil sahaja.

• Institusi dan pusat-pusat pembelajaran yang dipilih oleh KPM ialah dari kalangan Institut Pendidikan Guru
(IPG), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

• Mod pengajian atau kaedah pembelajaran PPG adalah secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) iaitu pembelajaran
secara `part-time’ yang mengikuti kelas secara bersemuka pada hari-hari minggu yang tertentu sahaja.
Bukan pertemuan atau kelas secara kerap setiap minggu tetapi sekurang-kurangnya 2 pertemuan
bersemuka dengan pensyarah institusi secara 2 kali sebulan. (tertakluk kepada takwim pengajian oleh
institusi). Selain itu, pembelajaran secara interaktif dengan internet `on line’ juga dilaksanakan untuk calon-
calon menyediakan tugasan.

• Pembiayaan bagi PPG oleh KPM iaitu biasiswa dengan ikatan kontrak. KPM membiayai sepenuhnya yuran
pengajian (kecuali yuran pendaftaran dan pembelian buku modul ditanggung oleh calon). Ikatan kontrak
dengan KPM melalui Borang Perjanjian yang ditandatangani oleh calon-calon.
PILIHAN BIDANG PPG
Huraian :
• PPG menawarkan pilihan bidang/opsyen yang fleksible mengikut unjuran KPM berdasarkan keperluan
semasa di sekolah. Oleh itu, akan berlaku pilihan bidang/opsyen oleh calon-calon tidak menepati unjuran
atau melebihi kuota unjuran maka pihak KPM berhak menentukan pilihan bidang/opsyen yang bersesuaian
untuk calon dengan mengambilkira aspek berikut ;
• Meneruskan bidang/opsyen asal yang diambil oleh calon semasa menamatkan pengajian di peringkat
sijil/diploma perguruan. Oleh itu, calon boleh memilih bidang/opsyen mengikut bidang/opsyen yang
dipelajari semasa belajar di peringkat sijil/diploma dahulu.
• Mata pelajaran utama diajar merujuk kepada calon-calon yang mengajar di sekolah mengikut keperluan
bidang/opsyen di sekolah. Maksudnya walaupun calon mengambil bidang/opsyen lain semasa di Maktab
Perguruan (kini disebut IPG) tetapi di sekolah ia mengajar bidang/opsyen lain, maka calon tersebut boleh
memilih bidang/opsyen utama yang diajar di sekolah semasa sebagai bidang/opsyen dalam PPG.
• Subjek yang ditawarkan di sekolah bermaksud memberi peluang kepada calon-calon untuk memilih mana-
mana bidang/opsyen yang ditawarkan di sekolah walaupun bidang/opsyen tersebut berbeza dengan
bidang/opsyen yang diambil semasa peringkat pengajian sijil/diploma perguruan. Begitu juga jika ia
berbeza dengan bidang/opsyen yang diajar di sekolah, maka calon boleh memilih mana-mana
bidang/opsyen yang ditawarkan dalam senarai bidang/opsyen dalam PPG.
SYARAT & KELAYAKAN PPG

WARGA
NEGARA
MALAYSIA
Huraian :
• Slide ini secara umum menerangkan tentang syarat am PPG dari segi umur, syarat sah jawatan, sokongan
ketua jabatan dan syarat am lain seperti laporan penilaian prestasi selama 3 tahun, pengalaman mengajar
dan tidak terikat dengan mana-mana tajaan KPM semasa memohon PPG 2012.
• Dari segi umur, calon-calon yang layak memohon ialah berumur 47 tahun dan ke bawah pada 2012 (lahir
pada atau selepas 1965) tanpa mengira bulan lahir.
• Calon-calon yang telah disahkan dalam jawatan sahaja layak memohon dan mengikuti PPG. Ini adalah
syarat wajib dipatuhi oleh calon-calon tanpa apa rayuan dan kompromi.
• Permohonan calon-calon mengikuti PPG 2012 wajib disokong oleh Ketua Jabatan/Guru Besar/Pengetua
selain daripada disemak dan dibuat tapisan oleh pihak JPN. Calon-calon yang tidak disokong oleh Ketua
Jabatan/Guru Besar/Pengetua atas sebab-sebab yang munasabah akan menyebabkan calon gagal
memasuki PPG walaupun calon layak dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
• Syarat-syarat tambahan lain : Laporan Penilaian Prestasi / LNPT calon juga akan diambilkira dengan melihat
kepada pencapaian prestasi selama 3 tahun berturut-turut bagi tahun kebelakang sebelum 2012. Jumlah
markah LNPT akan diisi oleh Ketua Jabatan/Guru Besar/Pengetua.
• Calon-calon yang layak memohon mestilah telah ada pengalaman mengajar melebihi 3 tahun.
• Mana-mana calon yang masih terikat tajaan KPM/sedang belajar di bawah tajaan KPM/peminjam
pinjaman KPM adalah tidak layak memohon PPG.
• Calon-calon yang didapati masih dalam tindakan tata tertib (menunggu keputusan/tempoh hukuman) juga
tidak layak memohon PPG 2012.
DATA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
Huraian :
• Jumlah PPPBS yang dicatatkan pada 2009 (ditolak daripada ambilan akhir program PGSR dan
Tajaan KPM-OUM/pembiayaan sendiri/PKPGB) ialah seramai 99,857 orang. Jumlah inilah yang
disasarkan oleh kerajaan untuk disiswazahkan bagi memastikan 100% guru berijazah di semua
sekolah menengah dan sekolah rendah menjelang tahun 2020.
• Melalui PPG (2011 dan 2012), jumlah sasaran unjuran yang ingin dicapai ialah sebanyak 77,564
orang PPPBS dengan mengambilkira semua guru PPPBS yang berumur 47 tahun dan 46 tahun.
Maka dicampur dengan baki PPPBS yang sedang mengikuti program-program pensiswazahan
guru yang lain maka sasaran 99,857 mampu dicapai. Untuk berjaya mencapai sasaran unjuran
itu, semua pihak termasuk PPPBS yang mengikuti PPG diharap dapat mendorong semua rakan
PPPBS yang belum berijazah agar mengikuti PPG 2012.
• Kos Perbelanjaan Yang ditanggung oleh kerajaan (menggunakan duit rakyat/pembayar cukai)
bagi membiayai program pensiswazahan guru ialah sebanyak RM 1,4 bilion yang merupakan
satu jumlah perbelanjaan yang amat besar berbanding jika wang dengan jumlah tersebut
digunakan untuk membiayai projek pembangunan rakyat termiskin di negara ini.
• Menjadi tanggungjawab setiap guru (PPPBS) yang dibiayai pengajian ijazah mereka melalui PPG
agar belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya dengan cemerlang untuk digunakan
setiap ilmu pengetahuan yang diperolehi bagi diperturunkan pula dalam bilik darjah secara
proses p&p yang lebih berkesan serta menjadi pendidik yang berkualiti tinggi seperti mana yang
diharapkan oleh setiap lapisan masyarakat.
DATA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
Huraian :
• Berdasarkan data, Ambilan 2011 menunjukkan komitmen tinggi pihak kerajaan untuk
menyediakan peruntukan membiayai program pensiswazahan guru PPPBS, di samping
mengambilkira kemampuan penyediaan tempat pengajian di pusat-pusat pengajian yang
terdiri daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
dan Institut Pendidikan Guru KPM (IPG).
• Sasaran unjuran PPG bagi Ambilan 2011 sebenarnya ialah sebanyak 42,384 orang. Namun
jumlah PPPBS yang dapat dicapai dan ditawarkan hanyalah 31,182 orang sahaja kerana
jumlah permohonan untuk Ambilan 2011 hanyalah hampir 31,300 orang.
• Bagi Ambilan 2012, jumlah sasaran sebenar pengambilan PPPBS ialah 35,180 orang. Namun
disebabkan kurangnya sambutan permohonan bagi Ambilan 2011 maka jangkaan sasaran
pemohon bagi Ambilan 2012 ialah sebanyak 46,382 orang dengan mengambilkira juga
kebenaran JPA untuk perluasan umur 47 tahun guru PPPBS yang layak memohon yang
mencatatkan jumlah sebanyak 11,420 orang (umur 46 dan 47 tahun)
• Seandainya jangkaan unjuran Ambilan 2012 sebanyak 46,382 tidak dicapai maka ia memberi
kesan kepada hasrat dan dasar pensiswazahan untuk memastikan semua guru PPPBS
berijazah sepenuhnya. Bahkan ia turut menyebabkan pembaziran perbelajaan kerajaan dan
duit rakyat.
CABARAN PELAKSANAAN PPG
Huraian :
• Cabaran pelaksanaan PPG yang dikenalpasti untuk ambilan tahun 2011 dan yang paling ketara ialah
berkaitan kurangnya calon yang memohon mengikuti PPG Ambilan 2011. Adalah diharapkan fenomena ini
tidak berterusan untuk ambilan 2012.

• Beberapa aspek yang dikenalpasti sebagai cabaran melaksanakan PPG ialah internet yang didapati
menyukarkan pemohon-pemohon yang tinggal di kawasan pedalaman. Kesukaran untuk `access’ internet
samada di kawasan pedalaman dan luar bandar juga didapati menjadi cabaran utama kepada pemohon
untuk memohon PPG 2011. Oleh itu, beberapa kaedah dan pendaftaran secara `manual’ dan `kaunter on
line’ oleh urusetia BPG akan dilaksanakan dalam PPG 2012. Namun segala kemudahan ini hanya dikhaskan
kepada calon-calon di kawasan pedalaman dan luar bandar yang menghadapi masalah access internet.

• Masalah promosi PPG yang singkat dan tidak menyeluruh juga dilihat antara punca cabaran PPG ambilan
2011. Oleh itu, bagi mengatasi maklumat yang tidak sampai ke kumpulan sasar utama maka untuk ambilan
PPG 2012 satu pasukan petugas khas `Task Force’ diwujudkan dengan menjadikan sasaran utama promosi
PPG ialah Guru Besar dan guru-guru di sekolah yang belum disiswazahkan. Untuk itu, kumpulan sasar
utama dari kalangan Guru Besar dan guru-guru PPPBS akan pula dijadikan agen untuk menyalurkan
maklumat kepada rakan-rakan guru PPPBS yang lain agar masuk mengikuti PPG 2012.
ISU KEBAJIKAN PPG
Huraian :
• Isu kebajikan calon-calon PPG ambilan 2011 banyak ditangani oleh urusetia BPG. Dijangka untuk PPG ambilan
2012 hal yang sama akan berlaku. Namun, kaedah mengatasinya secara terancang dan terkawal akan cuba
dilaksanakan dengan mengambilkira isu-isu kebajikan yang perlu diatasi segera bagi mengelakkan kekalutan
menangani permasalahan di peringkat urusetia BPG. Walaupun isu kebajikan harus ditangani oleh urusetia
namun kerjasama calon amatlah diharapkan agar tidak terlalu mengharapkan kes-kes mereka boleh diselesaikan
oleh urusetia BPG kerana ia terpaksa melibatkan keputusan pihak institusi pusat pembelajaran seperti IPTS dan
IPTA. Di antara isu kebajikan ialah ;
• Kes pertukaran bidang tidak boleh dianggap menjadi hak calon untuk menukarnya, kerana ia tertakluk kepada
unjuran KPM dan kemampuan penyediaan tempat oleh Institusi. Walaupun pemilihan bidang /opsyen adalah
fleksible namun jika calon boleh meneruskan bidang/opsyen yang ditawarkan maka mereka harus menerimanya
(kecuali dalam kes yang luar biasa sepertimana guru yang tidak pernah mengajar Perakaunan tetapi ditawarkan
bidang/opsyen Perakaunan).
• Bagi kes tukar pusat pengajian, pihak urusetia telah menetapkan hanya kes jarak jauh antara tempat tinggal
dengan institusi yang melebihi 240 km sahaja boleh diuruskan. Selain itu, bagi kes pertukaran pusat pengajian
kerana suami isteri calon PPG juga akan dipertimbangkan. Dalam hal-hal yang mampu diuruskan oleh calon
tanpa membuat pertukaran pusat yang ditawarkan maka diharapkan calon dapat mempertimbangkan tindakan
mengikut kebijaksanaan sendiri.
• Kes-kes menangguhkan pembelajaran PPG kurang diterima oleh urusetia, namun jika keadaan memaksa seperti
calon mengerjakan haji, melahirkan anak dan masalah kesihatan maka ia boleh dibincangkan. Begitu juga kes
menarik diri daripada PPG, perlukan calon berbincang dengan urusetia bagi mengelakkan tindakan pecah
kontrak dikenakan ke atas calon.
PENGUATKUASAAN PPG
Huraian :
• Selepas tamat pengajian, calon-calon terikat dengan perkhidmatan kerajaan selama 4 tahun. Seandainya
engkar ataupun meletak jawatan dalam tempoh tersebut maka calon boleh dikenakan pecah kontrak
dengan kadar RM50,000.00.
• Memandangkan calon-calon PPG dibiayai oleh KPM secara biasiswa dengan ikatan kontrak maka aspek
penguatkuasaan oleh urusetia BPG adalah dititikberatkan. Sebarang pelanggaran perjanjian akan
menyebabkan calon-calon PPG diambil tindakan penguatkuasaan selaras dengan peruntukan dan
perjanjian yang termaktub dalam perundangan yang dikuatkuasakan. Justeru itu, calon-calon diingatkan
agar menghindari diri daripada apa sahaja perbuatan dan tingkah laku yang boleh mengakibatkan tindakan
disiplin atau tatatertib dikenankan ke atas calon oleh institusi pusat pembelajaran. Calon tertakluk kepada
Akta Universiti Kolej Universiti sepanjang tempoh pengajian mereka di IPG/IPTA/IPTS.
• Sebarang pelanggaran oleh calon ke atas perjanjian yang ditandatangani akan memungkinkan mereka
dikenakan pecah kontrak dengan nilai sebanyak RM50,000.00 yang harus dibayar dalam tempoh 60 hari
selepas penghukuman dijatuhkan atas kesalahan yang dilakukan.
• Bagi kes-kes menarik diri dari PPG selepas calon mengikuti pengajian samada dalam semester 1 ataupun
semester yang berikutnya, maka ia membolehkan calon dikenakan pecah kontrak. Jika calon-calon
terpaksa membuat keputusan menarik diri dari PPG maka ia harus dimaklumkan kepadfa Institusi terlebih
dahulu dan membuat permohonan rasmi kepada urusetia BPG. Bagi kes-kes masalah kesihatan yang
disertakan Laporan Doktor Kerajaan , pihak urusetia boleh mempertimbangkan tindakan pecah kontrak
mengikut budi bicara yang bersesuaian.
MOTIVASI
Huraian :
• PPG merupakan program membantu guru-guru PPPBS untuk meningkatkan akademik mereka secara
dibiayai sepenuhnya oleh KPM dan Kerajaan Malaysia. Maka tanggungjawab calon-calon untuk belajar dan
tamat pengajian adalah satu pengorbanan yang terpaksa calon-calon lakukan. Kejayaan menamatkan
pengajian PPG dalam tempoh yang ditetapkan akan menjadi satu kebanggaan serta dapat memotivasi diri
calon kepada keluarga, agama, bangsa dan tanah air. Hanya kecekalan dan ketabahan yang dikesampingkan
dengan usaha jitu dan bersungguh-sungguh mampu mendorong kejayaan cemerlang calon-calon PPG.
• Apabila seseorang calon ditawarkan mengikuti PPG maka sesi pertama iaitu semasa pendaftaran akan
menjadi langkah pertama menuju kejayaan memotivasikan diri calon. Tetapi dalam ambilan PPG 2011,
setelah calon mengikuti sesi 1 dan sesi 2 kuliah dalam semester 1 maka pelbagai aduan dan rayuan
diterima oleh urusetia. Di antaranya ialah ;
• Masalah kesihatan mula membelenggu calon, ada yang stress, berhadapan dengan tekanan, mula diserang
penyakit yang lama dihadapi serta pelbagai masalah kesihatan yang sebelum ini mampu dikawal oleh calon
tetapi menjadi masalah diri apabila mengikuti PPG.
• Masalah menguruskan keluarga juga menjadi aduan dan rungutan calon PPG terutama gagal menguruskan
masa untuk keluarga dan terpaksa berhadapan dengan masalah baru dalam keluarga disebabkan
penumpuan kepada PPG
• Ada juga di kalangan calon PPG yang menghadapi masalah kewangan apabila mengikuti PPG. Ia melibatkan
perbelanjaan menghadiri kuliah di Institusi. Inilah bentuk pengorbanan yang harus calon-calon lakukan
sepanjang mengikuti PPG kerana natijahnya akan dirasai selepas mereka menamatkan pengajian.
Q & A : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
MAKLUMAT LANJUT….
Sebarang pertanyaan, emailkan/telefon ke:

Pn Halida binti Yunus


lydd91@yahoo.com

Cik Aida binti Mohd Anip


aida5186@yahoo.com

En Hasmidi bin Jusoh


hasmidi_jusoh@yahoo.com.my

Pn Aney Marinda binti Mohamad Amin


aneyamin@yahoo.com

Tel : 03-8884 1091/1269/1270/1273


Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai