Anda di halaman 1dari 22

LEMBANGAN SUNGAI

&
MORFOMETRI SUNGAI

SKAG 3063 – HIDROLOGI LEMBANGAN


LEMBANGAN SUNGAI
Definisi Sungai
• Mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran
air semulajadi dan apa-apa cawangan sungai, alur/delta
atau lencongan buatan darinya. (Mengikut Kanun Tanah
Negara 1965)

Definisi Lembangan sungai


• Kawasan dari mana semua air larian permukaan mengalir
melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama
dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu
kuala, muara atau delta.
Sungai Utama dan Anak Sungai
• Umumnya bermula daripada mata air di bahagian
hulu sungai, kemudian mengalir dari satu titik tinggi
ke titik terendah (Hilir) melalui alur-alur sungai.
• Penggabungan beberapa aliran kecil (alur) akan
membentuk aliran yang lebih besar dan disebut
sebagai Sungai.
• Sungai yang mempunyai debit atau jumlah luahan
yang tinggi akan disebut sebagai Sungai Utama
(Main River)
• Cabang sungai yang lain disebut anak sungai
(Tributary)
Klasifikasi Sungai Utama dan Anak Sungai
Rajah 3 Dimensi Lembangan Sungai
Jumlah Lembangan Sungai Di Malaysia

Kawasan Jumlah Jumlah


Lembangan Lembangan
Utama
(> 80 Km²)
Semenanjung 1,235 74
Malaysia
Sabah 1,468 75
Sarawak 283 40
Keseluruhan 2,986 189

Nota :* Lembangan adalah meliputi keseluruhan Malaysia tidak termasuk pulau-pulau selain
Pulau Pinang dan PulauLangkawi.
Morfometri Sungai
• Morfometri ialah pengukuran bentuk atau corak
lembangan.
• Morfometri adalah salah satu daripada kaedah
pengiraan yang penting dalam hidrologi dan
geomorfologi sungai.
• Pengiraan morfometri lembangan saliran telah
lama digunakan oleh Horton (1945) dan Strahler
(1950)
• Kajian morfometri melibatkan penilaian lembangan
saliran sungai melalui pengukuran pelbagai ciri yang
ada dalam sesebuah saliran.
Tujuan Kajian Morfometri

• Mencari ciri-ciri holistik sesebuah sungai daripada


pengukuran pelbagai atribut sungai.
• Mengumpul seberapa banyak data yang mungkin
mengenai rangkaian sungai dan lembangan saliran
yang boleh diukur.
• Kajian morfometri adalah asas kepada kajian
hidrologi, geomorfologi, kajian guna tanah, sumber
air dan sebagainya.
• Morfometri boleh diaplikasikan dalam permodelan
Geographic Information System (GIS) dengan
memodelkan cara sesuatu cawangan sungai
bersambung dengan cawangan sungai yang lebih
besar bagi membentuk rangkaian saliran sungai.
Kepentingan Ilmu Morfometri

• Mengenal pasti bukan sahaja keadaan


kawasan tadahan, malah juga keadaan sungai
pada masa lampau.
• Mengetahui keadaan cerun yang dapat
dikesan berpandukan kepada sejarah
pembentukan muka bumi yang telah dilalui
oleh sungai sungai tersebut.
• Memahami keupayaan hakisan dasar melalui
sifat-sifat sedimen di aliran sungai.
• Dapat mengenal pasti pengaruh jenis batuan
dan tanih ke atas pola saliran.
Pola saliran
• Pola saliran - Maklumat morfologi di dalam
sesebuah lembangan saliran
• Secara teorinya pola saliran dapat dikelaskan
kepada enam corak iaitu
a) Pola reranting/dendritik,
b) Pola selari/sejajar
c) Pola bersegi
d) Pola jejala
e) Pola bertumpu dan
f) Pola jejari/sepunca
Pola saliran reranting, selari, bersegi, jejala, bertumpu dan jejari/sepunca
[menurut Howard (1967)]
Order lembangan sungai
• Kaedah Horton (1945) dan Strahler (1950) telah
digunakan dengan meluas bagi menentukan order suatu
lembangan sungai.
• Dalam sistem ini segmen saliran sungai disusun mengikut
angka bermula daripada hulu sungai order rendah
(misalnya 1) ke hilir sungai order tinggi (misalnya 5).
• Sistem order sungai dipengaruhi oleh saiz lembangan
dan aliran sungai. Makin besar saiz lembangan semakin
banyak bilangan order sungai.
• Segmen yang paling kecil (bahagian hulu) yang
kedudukannya semakin jauh dari outlet lembangan
biasanya diklaskan sebagai order pertama (1). Manakala
segmen di bahagian hilir lembangan menduduki sistem
order yang paling tinggi.
• Berdasarkan klasifikasi Strahler (1978), order sungai
pertama ialah sungai tunggal yang tiada lagi
cawangan.
• Menurut Horton (1945) pula, sungai utama
biasanya akan mempunyai order tertinggi bermula
daripada muara sungai sehingga ke hulu sungai dan
biasanya anak sungai mempunyai order terkecil
iaitu order pertama berbanding dengan sungai
utama
Kepadatan saliran
• Kepadatan saliran pertama kali telah digunakan
oleh Horton (1945) dan telah diaplikasikan dengan
meluas bagi kajian hidrologi masa kini.
• Faktor-faktor yang dikenal pasti mempengaruhi
variasi kepadatan saliran termasuk iklim, bentuk
muka bumi, kapasiti keporosan tanih, vegetasi dan
geologi.

Kepadatan Saliran = Jumlah Panjang Sungai


(km)/Luas Lembangan (Km²)
• Kawasan tadahan yang mempunyai kepadatan
saliran yang rendah atau kecil adalah hasil daripada
dominasi proses air larian iaitu infiltrasi dan aliran
sub-permukaan.
• Manakala, kawasan tadahan yang mempunyai
kepadatan saliran yang tinggi adalah hasil daripada
hakisan oleh aliran permukaan.
• Pengiraan kepadatan saliran dapat menyediakan
maklumat penting kepada para ahli hidrologi dan
geomorfologi, terutamanya mengenai landskap dan
potensi aliran permukaan.
Ciri-Ciri Lembangan Sungai
• Lembangan sungai berbentuk lebar (Pendek) –
Debit aliran puncak dari hulu ke hilir adalah lebih
cepat berbanding lembangan berbentuk
memanjang.
• Bentuk hidrograf aliran puncak akan berbentuk
lebih curam berbanding lembangan yang berbentuk
memanjang hidrograf aliran puncak lebih landai.
Kesimpulan
• Sungai merupakan satu ciri fizikal muka bumi yang
sentiasa mengalami proses kedinamikan dan saling
memberi kesan terhadap persekitaran fizikal dan
manusia melalui fungsinya.
• Implikasi terhadap persekitaran fizikal dan manusia
berpunca daripada tindakan semulajadi atau aktiviti
manusia yang berlaku dalam sesebuah kawasan
lembangan.

Anda mungkin juga menyukai