Anda di halaman 1dari 55

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK PISMP SEMESTER 1/2010 PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK EDU 3102

Biodata

Implikasi Terhadap P&P

Teori Perkembangan Moral

Peringkat Perkembangan

Faktor Mempengaruhi

Biodata

Lawrence Kohlberg (25 Oktober 1927- 19 Januari 1987)

Lawrence Kohlberg
y Dilahirkan :25 Oktober 1927 di Bronxville, New York. y Berasal dari sebuah keluarga kaya y Belajar di Akademi Philips, sebuah pusat pengajian

yang terkenal. y Mendaftar ke Universiti Chicago pada 1948. Dan ia memperoleh gelaran sarjana dalam psikologi dalam waktu hanya satu tahun

Sambungan

y Pada 1968, dalam usia 40 tahun, ia menjadi profesor

pendidikan dan psikologi sosial di Universiti Harvard y Kematian : 19 Januari 1987 y Umur: 59 tahun y Bunuh diri dengan menenggelamkan dirinya di Lautan Atlantik akibat tekanan dan penderitaan penyakit yang merebak pada masa itu.

Sambungan

y Berpendapat penaakulan moral berkait rapat dengan

perkembangan kognitif walaupun ada masanya tahap pemikiran seseorang tidak menjamin peningkatan tahap penaakulan moral seseorang. y Kajian beliau merangkumi pendidikan moral dan perkembangan individu. y Telah mencadangkan peringkat perkembangan moral individu

CIRI-CIRI PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL


a) Peringkat-peringkat ini adalah bersifat hierarki. y Apabila seseorang individu didapati berada di satu peringkat yang lebih tinggi, ini bermakna bahawa ia telah pun melalui peringkat-peringkat moral yang lebih rendah. Seseorang individu biasanya bertindak atau memilih peringkat yang lebih tinggi dari peringkat semasanya. b) Peringkat-peringkat itu adalah sistematik dan berstruktur. y Merupakan sistem pemikiran yang berterusan. Cara seseorang menganalisa dan menginterprestasikan data serta membuat keputusan mengenai masalah moral dan peribadi merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan moral secara keseluruhannya. c) Urutan dalam peringkat-peringkat itu adalah tidak berbalik. y Ini bermakna dalam semua keadaan kecuali dalam keadaan trauma yang serius, pergerakan dalam peringkat penaakulan moral selalunya adalah ke depan dan tidak pernah mundur.

KAJIAN-KAJIAN KOHLBERG
y Satu kajian yang dijalankan selama 20 tahun dalam

kalangan budak-budak lelaki dari latar belakang kelas pertengahan dan golongan pekerja di Chicago. y Temubual awal bermula ketika subjek tersebut berumur di antara 10-16 tahun,kemudian mereka ditemubual semula selepas selang tiga tahun.

Sambungan

y Satu kajian jangka panjang dengan budak-budak

lelaki dari kawasan bandar dan luar bandar di Turki, yang berada dalam lingkungan umur yang sarna seperti di atas. y Beberapa kajian merentas budaya seperti di Kanada, Britain, Yukata,Honduras dan India.

Sambungan

y Berdasarkan kepada kajian-kajiannya, Kohlberg (1975)

mendakwa bahawa teori perkembangan moralnya itu adalah sejagat dan merentas budaya. Beliau mengatakan: All individuals in all cultures use the same thirty basic moral categories, concepts or principles, and all individuals in all cultures go through the same order or sequence of gross stage development, though they vary in rate and terminal point of development

Sambungan

TAHAP 1: PRA-KONVENSIONAL
Orientasi Kepatuhan dan Hukuman Orientasi Ganjaran Peribadi

TAHAP 2: KONVENSIONAL
Orientasi Perlakuan Baik Akur kepada Sistem Sosial dan Etika Peraturan

TAHAP 3: POS KONVENSIONAL


Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu Etika Prinsip Sejagat

y Paling bawah dalam penaakulan moral. y Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman

yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.

ORIENTASI KEPATUHAN DAN HUKUMAN Obedience and punishment orientation


y Pemikiran moral kanak-kanak egosentrik y Mementingkan kesan fizikal y Mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman

ORIENTASI GANJARAN PERIBADI Self-interest orientation


y Mematuhi peraturan atau sesuatu untuk mendapatkan

ganjaran, atau perkongsian untuk mendapatkan balasan.


y Apa yang saya akan dapat sekiranya saya buat apa

yang disuruh?

y Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak

sendiri.

y Tahap pertengahan teori perkembangan moral. y Individu mula mengaplikasi peraturan mengikut

kebenaran dan persetujuan ibu bapa, guru dan komuniti.

ORIENTASI PERLAKUAN BAIK Interpersonal accord and conformity


Mengaplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan

oleh ibu bapa, guru atau orang sekeliling. Menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan. Ingin dilihat sebagai anak yang baik dan mengikut arahan. (the good boy-good girl attitude)

AKUR KEPADA SISTEM SOSIAL DAN ETIKA PERATURAN Authority and social-order maintaining orientation
y Percaya kepada keutuhan undang-undang. y Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk

menjaga kesejahteraan komuniti. y Mematuhi sebulat-bulatnya peraturan dan undangundang masyarakat untuk mengelakkan hukuman atau denda.

TAHAP POS KONVENSIONAL PostPost-Conventional Level


y Tahap penaakulan moral yang paling tinggi. y Individu sudah mula meneroka pilihan dan alternatif

lain dalam penaakulan moral. y Mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri.

ETIKA KONTRAK SOSIAL DAN HAK INDIVIDU Social contract orientation


Berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip. Menilai undang-undang berdasarkan hak individu Menganggap undang-undang sebagai sesuatu yang

fleksibel dan mempunyai alternatif. Mematuhi undang-undang jika menepati hak-hak individu.

ETIKA PRINSIP SEJAGAT Universal ethical principles


Falsafah tentang moral seseorang. Mementingkan kesamaan hak kepada semua individu

dan menghormati maruah dan prinsip individu lain. Individu mempunyai kod-kod moral dan etika yang tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat. Mungkin melanggar peraturan masyarakat jika berkonflik dengan kod etika peribadinya.

HEINZ MENCURI UBAT DI EROPAH


y Seorang wanita sedang tenat kerana menghidapi penyakit kanser. Ada

sejenis ubat yang menurut doktor dapat menyelamatkannya. Ubat itu adalah seperti radium yang baru saja ditemui oleh seorang ahli farmasi di kota yang sama. Kos pembuatan ubat tersebut mahal, dan ahli farmasi tersebut menjualnya sepuluh kali ganda kos pembuatannya. Ia membayar $200 untuk radium tersebut dan menjualnya $2000 untuk satu dos kecil ubat tersebut. Suami wanita tersebut, Heinz telah berusaha meminjam wang dari kalangan keluarga dan kenalan-kenalannya, tetapi ia cuma memperoleh $1000. Dia memberitahu ahli farmasi tersebut bahawa isterinya sudah semakin tenat dan memintanya untuk menjual ubat tersebut dengan lebih murah atau membenarkannya membayar kemudian hari. Tetapi ahli farmasi itu mengatakan: Tidak, saya yang menemui ubat itu dan saya akan mencari wang dari ubat itu. Heinz menjadi putus asa dan menceroboh kedai ubat tersebut untuk mencuri ubat demi isterinya. Haruskah Heinz menceroboh kedai ubat itu untuk mencuri ubat bagi isterinya? Mengapa dan mengapa tidak?

Heinz tidak sepatutnya mencuri kerana dia akan dipenjarakan dan menggambarkan bahawa dia seorang yang jahat. atau Heinz patut mencuri ubat tersebut kerana nilainya hanyalah $200, dan tidak kiralah seberapa banyak pun yang ahli farmasi itu mahukan, Heinz telah menyatakan kesanggupan untuk membayar dan tidak mencuri barang-barang lain.

Heinz patut mencuri ubat tersebut kerana dia akan berasa lebih gembira jika dapat menyelamatkan isterinya walaupun akan dipenjarakan. atau Heinz tidak sepatutnya mencuri kerana penjara adalah tempat yang sangat teruk, dan berkemungkinan dia akan merana kerana berada di penjara berbanding kematian isterinya.

Heinz perlu mencuri ubat itu kerana isterinya mengharapkannya; Heinz mahu menjadi suami yang baik. Atau Heinz tidak patut mencuri ubat itu kerana mencuri adalah tidak elok dan dia bukannya penjenayah; Heinz telah berusaha segalanya tanpa melanggar undang-undang, kita tidak boleh menyalahkannya

Heinz tidak boleh mencuri kerana dilarang dalam undang-undang. Atau Heinz patut mencuri ubat itu dan menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan; seperti membayar harga ubat tersebut. Penjenayah tidak boleh dilepaskan dari sebarang hukuman; setiap tindakan ada akibat.

Heinz patut mencuri kerana semua orang ada hak untuk memilih kehidupan, tanpa menghiraukan undang-undang. Atau Heinz tidak patut mencuri kerana ahli farmasi itu mempunyai hak terhadap ubat itu. Walaupun isterinya sakit, tidak bermakna tindakannya untuk mencuri adalah betul.

Heinz patut mencurinya kerana menyelamatkan nyawa adalah lebih berasas dan baik berbanding hak pemilikan seseorang. atau Heinz tidak sepatutnya mencuri kerana mungkin ada orang lain yang lebih memerlukannya; kehidupan dan nyawa mereka juga bernilai.

KRITIKAN
y Salah satu kritikan terhadap teori Kohlberg adalah

bahawa teori tersebut terlalu menekankan pada keadilan dan mengabaikan norma yang lainnya. y Kesannya, teori itu tidak akan menilai secara adekuat orang yang menggunakan aspek moral lainnya dalam bertindak.

y Carol Gilligan mempertikaikan bahawa teori Kohlberg

terlalu androsentrik.
y Teori Kohlberg dinyatakan berdasarkan penelitian

empirikal yang menggunakan hanya responden lelaki; Gilligan menyatakan bahawa hal tersebut membuat tidak adekuatnya teori itu dalam menggambarkan pandangan seorang perempuan.

y Walaupun penelitian secara umum telah menyatakan

bahawa tidak wujudnya perbezaan pola yang signifikan antara jenis jantina, teori perkembangan moral dari Gilligan tidak memusatkan perhatiannya pada norma keadilan (value of justice). Ia mengembangkan teori perkembangan moral alternatif berdasarkan norma perhatian (ethics of caring).

y Pengkritik seperti Christina Hoff Sommers pula

membangkang kajian Gilligan kerana ketiadaan bukti untuk menyokong teori atau kesimpulannya.

Institusi Kekeluargaan

Sekolah

y Peringkat permulaan :kanak-kanak cuba

memahami konsep moral. y dibantu oleh orang dewasa(ibu bapa dsb) supaya kanak-kanak dapat menunjukkan dan menaakul perlakuan moral yang seimbang. Tanggungjawab: y Ibu bapa = beri asuhan yang baik dan bimbing anak-anak utk jd individu yang harmonis. y Kanak-kanak = mematuhi nilai-nilai baik yang diajar oleh ibu bapa dan menjalin hubungan yg positif dgn ibu bapa.

CORAK MENDISIPLINKAN ANAK-ANAK


Menjarakkan kasih sayang > Ibu bapa tidak bercakap atau menyatakan rasa tidak suka terhadap perbuatan anaknya. Menunjukkan kuasa > Guna kuasa ibu bapa untuk mengawal perlakuan anak. > Ambil tindakan ke atas anak (merotan, mendenda, mengugut) Dorongan > Mendorong kanak-kanak memikirkan sebab dan menerangkan akibat dr perbuatannya.

Martin Hoffman (Berk, 2003) menegaskan : (Berk, y teknik menjarakkan kasih sayang/ kasih sayang dan sayang/ menggunakan kuasa akan membangkitkan ketegangan emosi kanak-kanak. Menjarakkan kasih kanak-kanak. sayang boleh menimbulkan keresahan kepada kanakkanakkanak dan penggunaan kuasa akan membangkitkan rasa benci dan permusuhan dengan ibu bapa. bapa.

Menunjukkan kemesraan dan memberi sokongan Menunjukkan contoh perlakuan moral yg baik

Memberi maklumat tentang perlakuan moral yang diingini dan tidak diingini

CIRI-CIRI IBU BAPA YANG BAIK

Gunakan teknik dorongan untuk mendisiplinkan anak-anak

Beri peluang kepada anakanak belajar untuk menilai perasaan orang lain

Mengembang -kan kesedaran moral secara intrinsik

Melibatkan anak-anak dlm proses membuat keputusan tntg perlakuan moral yg dipersetujui

Sekolah
Sekolah penyayang Sekolah penyayang

Sekolah penyayang

Pembinaan modal insan

Kurikulum tersembunyi

Kurikulum Tersembunyi
y Penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum

melalui Kurikulum persekolahan kebangsaan, KBSR dan KBSM dalam setiap mata pelajaran. y Penerapan dilakukan secara implisit dalam strategi dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Pembinaan Modal Insan


y Antara agenda utama bagi mencapai hasrat membina

insan yang harmonis berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). y Pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah seperti aktiviti kokurikulum, bengkel kemahiran berfikir, kursus motivasi, bulan moral dan nilai-nilai murni dan sebagainya.

Sekolah Penyayang
y Penerapan budaya sekolah penyayang. y Melayan semua murid secara sama rata. y Guru mengambil peranan sebagai pendidik dan ibu

bapa serta memberi teguran, bimbingan dan nasihat.

Iklim Sekolah
y Mengamalkan sistem demokrasi yang mengambil kira

pandangan murid. y Memberi ruang kepada murid untuk membela diri dalam salah laku. y Elakkan ugutan dan hukuman serta-merta dan amalkan aktiviti perbincangan tentang akibat yang bakal diterima apabila melakukan kesalahan. y Murid akan merasakan bahawa sekolah merupakan tempat yang selamat sekiranya para guru tidak mengamalkan budaya ugutan.

Khidmat Sukarela
y Aktiviti sukarela memupuk murid-murid untuk

bersikap tidak mementingkan diri dan memberi kesedaran kepada mereka. y Aktiviti-aktiviti sukarela adalah seperti program pembimbing rakan sebaya, lawatan ke rumah kebajikan dan membantu membersihkan kawasan sekolah. y Murid-murid yang terlibat biasanya mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi, bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran bersosial yang baik.

Implikasi Perkembangan Sosio Emosi Terhadap P&P

Sambungan

Implikasi Perkembangan Sosio-Emosi Terhadap P & P


Bantu pelajar menilai permasalahan yang mereka

sedang dan akan hadapi.


Contoh: bincang secara terbuka dengan pelajar tentang

masalah emosi seperti perasaan cemburu, prejudis dan lainlain.

Bantu pelajar menilai berdasarkan perspektif orang lain. Minta pelajar terangkan perasaan atau pandangan orang lain terhadap sesuatu isu. Buat simulasi atau main peranan agar pelajar dapat membawa watak yang lain dari dirinya supaya pelajar dapat menilai perasaan orang lain.

Sambungan

Bantu pelajar membuat hubungkait antara nilai yang

dinyatakan dengan tingkahlaku yang dibuat.


Beri kesedaran kepada pelajar tentang ketidakselarasan

antara tingkahlaku mereka dengan nilai yang mereka sebut.

Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

pelajar saling mendengar antara satu sama lain.


Dalam aktiviti, samada semasa pembentangan atau dalam

kumpulan, pelajar mendengar hujah yang dinyatakan oleh rakan mereka. Beri peneguhan kepada mereka yang menjadi pendengar yang baik.

Sambungan

y pastikan kelas menunjukkan kesedaran dan

keprihatinan terhadap isu-isu moral dan nilai-nilai sejagat.


y Bincang dan buat tindakan terhadap isu-isu semasa yang

melibatkan nilai-nilai moral dan emosi y Pastikan keadilan dan layanan samarata kepada semua murid dalam kelas y Pastikan murid-murid dapat menbezakan antara undang-undang yang menjaga keselamatan dengan undang-undang yang melibatkan nilai-nilai moral.

Nama: alila Bi ti M d Is ak No ad Matrik: ISM 74 8 907 las: ismp Ambilan Januari 010

Nama: Farina Binti C Zaki No ad Matrik: ISM 7 88 89 las: ismp Ambilan Januari 010

Nama: Fatehah Binti Zulkifli No Ka atrik: PIS P 3 3 5 Kelas: Pismp Ambilan Januari 2 1

Nama: Ajeerah Binti Yahya No Ka atrik: PIS P 21 3 6 Kelas:Pismp Ambilan Januari 2 1

RUJUKAN
y Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. (2009), Perkembangan Kanaky y y y y y y

Kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2009), Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mohd Salleh Lebar. (1994), Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. http://id.wikipedia.org/wiki/Lawrence_Kohlberg http://asiahjapim.blogspot.com/2008/03/teori-teori-perkembanganmoral.html http://kuliahpsikologi.dekrizky.com/teori-piaget-tentangperkembangan-moral http://suficinta.wordpress.com/2008/04/07/buah-fikir-kohlberg-bagifilsafat-moral/ http://images.google.com.my/images?hl=ms&source=hp&q=teori%20mo ral%20lawrence%20kohlberg&oq=&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wi

Anda mungkin juga menyukai