Anda di halaman 1dari 54

Lawrence Kohlberg

TEORI
PERKEMBANGAN MORAL
Teori
Perkembangan
Moral
Biodata

Lawrence Kohlberg
(25 Oktober 1927- 19 Januari 1987)
Lawrence Kohlberg
Dilahirkan :25 Oktober 1927 di Bronxville, New York.
Berasal dari sebuah keluarga kaya
Belajar di Akademi Philips, sebuah pusat pengajian yang
terkenal.
Mendaftar ke Universiti Chicago pada 1948. Dan ia
memperoleh gelaran sarjana dalam psikologi dalam waktu
hanya satu tahun
Sambungan…

Pada 1968, dalam usia 40, ia menjadi profesor pendidikan


dan psikologi sosial di Universiti Harvard
Kematian : 19 Januari 1957
Umur: 59 tahun
 Bunuh diri dengan menenggelamkan dirinya di Lautan
Atlantik akibat tekanan dan penderitaan penyakit yang
merebak pada masa itu.
Sambunga
n

Berpendapat penaakulan moral berkait rapat dengan


perkembangan kognitif walaupun ada masanya tahap
pemikiran seseorang tidak menjamin peningkatan tahap
penaakulan moral seseorang.
Kajian beliau merangkumi pendidikan moral dan
perkembangan individu.
Telah mencadangkan peringkat perkembangan moral
individu
PERINGKAT
PERKEMBANGAN MORAL
CIRI-CIRI PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL

a) Peringkat-peringkat ini adalah bersifat hierarki.


 Apabila seseorang individu didapati berada di satu peringkat yang lebih
tinggi, ini bermakna bahawa ia telah pun melalui peringkat-peringkat moral yang
lebih rendah. Seseorang individu biasanya bertindak atau memilih peringkat yang
lebih tinggi dari peringkat semasanya.

b) Peringkat-peringkat itu adalah sistematik dan berstruktur.


 Merupakan sistem pemikiran yang berterusan. Cara seseorang menganalisa dan
menginterprestasikan data serta membuat keputusan mengenai masalah moral dan
peribadi merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan moral secara
keseluruhannya.

c) Urutan dalam peringkat-peringkat itu adalah tidak berbalik.


 Ini bermakna dalam semua keadaan kecuali dalam keadaan trauma yang serius,
pergerakan dalam peringkat penaakulan moral selalunya adalah ke depan dan tidak
pernah mundur.
KAJIAN-KAJIAN KOHLBERG
Satu kajian yang dijalankan selama 20 tahun dalam
kalangan budak-budak lelaki dari latar belakang kelas
pertengahan dan golongan pekerja di Chicago.
Temubual awal bermula ketika subjek tersebut berumur di
antara 10-16 tahun,kemudian mereka ditemubual semula
selepas selang tiga tahun.
Satu kajian jangka panjang dengan budak-budak lelaki
dari kawasan bandar dan luar bandar di Turki, yang berada
dalam lingkungan umur yang sarna seperti di atas.
Beberapa kajian merentas budaya seperti di Kanada,
Britain, Yukata,Honduras dan India.
Berdasarkan kepada kajian-kajiannya, Kohlberg (1975)
mendakwa bahawa teori perkembangan moralnya itu adalah
sejagat dan merentas budaya. Beliau mengatakan:

“All individuals in all cultures use the same thirty basic


moral categories, concepts or principles, and all individuals
in all cultures go through the same order or sequence of
gross stage development, though they vary in rate and
terminal point of development”
Beliau membuat dakwaan tersebut berdasarkan dapatan
empirikal daripada penyelidikan yang telah dijalankannya
dalam kalangan pelajar dari latar belakang budaya yang
berlainan seperti di Amerika Syrikat, Taiwan, Turki,
Mexico dan Yukata.
TAHAP PRA KONVENSIONAL
Pre Conventional Level
Paling bawah dalam penaakulan moral.
Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman
yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.
ORIENTASI KEPATUHAN
DAN HUKUMAN
Obedience and punishment orientation

Pemikiran moral kanak-kanak – egosentrik


Mementingkan kesan fizikal
Mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman
ORIENTASI GANJARAN PERIBADI
Self-interest orientation
Mematuhi peraturan atau sesuatu untuk mendapatkan
ganjaran, atau perkongsian untuk mendapatkan balasan.
Apa yang saya akan dapat sekiranya saya buat apa yang
disuruh?
Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak
sendiri.
TAHAP KONVENSIONAL
Conventional Level

Tahap pertengahan teori perkembangan moral.


Individu mula mengaplikasi peraturan mengikut
kebenaran dan persetujuan ibu bapa, guru dan komuniti.
ORIENTASI PERLAKUAN BAIK
Interpersonal accord and conformity
• Mengaplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan oleh
ibu bapa, guru atau orang sekeliling.
• Menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap
peraturan yang ditetapkan.
• Ingin dilihat sebagai ‘anak yang baik’ dan mengikut
arahan.
(the good boy-good girl attitude)
AKUR KEPADA SISTEM SOSIAL DAN ETIKA
PERATURAN
Authority and social-order maintaining
orientation
Percaya kepada keutuhan undang-undang.
Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk
menjaga kesejahteraan komuniti.
Mematuhi sebulat-bulatnya peraturan dan undang-undang
masyarakat untuk mengelakkan hukuman atau denda.
TAHAP POS KONVENSIONAL
Post-Conventional Level
Tahap penaakulan moral yang paling tinggi.
Individu sudah mula meneroka pilihan dan alternatif lain
dalam penaakulan moral.
Mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri.
ETIKA KONTRAK SOSIAL
DAN HAK INDIVIDU
Social contract orientation
• Berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip.
• Menilai undang-undang berdasarkan hak individu
• Menganggap undang-undang sebagai sesuatu yang
fleksibel dan mempunyai alternatif.
• Mematuhi undang-undang jika menepati hak-hak individu.
ETIKA PRINSIP SEJAGAT
Universal ethical principles
• Falsafah tentang moral seseorang.
• Mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan
menghormati maruah dan prinsip individu lain.
• Individu mempunyai kod-kod moral dan etika yang
tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat.
• Mungkin melanggar peraturan masyarakat jika berkonflik
dengan kod etika peribadinya.
HEINZ MENCURI UBAT DI EROPAH
 Seorang wanita sedang tenat kerana menghidapi penyakit kanser. Ada sejenis ubat
yang menurut doktor dapat menyelamatkannya. Ubat itu adalah seperti radium yang
baru saja ditemui oleh seorang ahli farmasi di kota yang sama. Kos pembuatan ubat
tersebut mahal, dan ahli farmasi tersebut menjualnya sepuluh kali ganda kos
pembuatannya. Ia membayar $200 untuk radium tersebut dan menjualnya $2000
untuk satu dos kecil ubat tersebut. Suami wanita tersebut, Heinz telah berusaha
meminjam wang dari kalangan keluarga dan kenalan-kenalannya, tetapi ia cuma
memperoleh $1000. Dia memberitahu ahli farmasi tersebut bahawa isterinya sudah
semakin tenat dan memintanya untuk menjual ubat tersebut dengan lebih murah
atau membenarkannya membayar kemudian hari. Tetapi ahli farmasi itu
mengatakan: “Tidak, saya yang menemui ubat itu dan saya akan mencari wang dari
ubat itu.” Heinz menjadi putus asa dan menceroboh kedai ubat tersebut untuk
mencuri ubat demi isterinya.

Haruskah Heinz menceroboh kedai ubat itu untuk mencuri ubat bagi isterinya?
Mengapa dan mengapa tidak?
TAHAP 1 : KEPATUHAN (Obedience)
Heinz tidak sepatutnya mencuri kerana dia akan
dipenjarakan dan menggambarkan bahawa dia seorang
yang jahat.

Atau

Heinz patut mencuri ubat tersebut kerana nilainya hanyalah


$200, dan tidak kiralah seberapa banyak pun yang ahli
farmasi itu mahukan, Heinz telah menyatakan kesanggupan
untuk membayar dan tidak mencuri barang-barang lain.
TAHAP 2 : KEPENTINGAN DIRI (Self-
Interest)
Heinz patut mencuri ubat tersebut kerana dia akan
berasa lebih gembira jika dapat menyelamatkan
isterinya walaupun akan dipenjarakan.
Atau
Heinz tidak sepatutnya mencuri kerana penjara
adalah tempat yang sangat teruk, dan
berkemungkinan dia akan merana kerana berada di
penjara berbanding kematian isterinya.
TAHAP 3 : PENYESUAIAN (Conformity)
Heinz perlu mencuri ubat itu kerana isterinya
mengharapkannya; Heinz mahu menjadi suami yang
baik.
Atau
Heinz tidak patut mencuri ubat itu kerana mencuri
adalah tidak elok dan dia bukannya penjenayah; Heinz
telah berusaha segalanya tanpa melanggar undang-
undang, kita tidak boleh menyalahkannya
TAHAP 4: UNDANG-UNDANG DAN
PERINTAH (Law & Order)
Heinz tidak boleh mencuri kerana dilarang dalam
undang-undang.
Atau
Heinz patut mencuri ubat itu dan menerima
hukuman atas kesalahan yang dilakukan; seperti
membayar harga ubat tersebut.
Penjenayah tidak boleh dilepaskan dari sebarang
hukuman; setiap tindakan ada akibat.
TAHAP 5: HAK KEMANUSIAAN (Human
Rights)
Heinz patut mencuri kerana semua orang ada hak untuk
memilih kehidupan, tanpa menghiraukan undang-undang.

Atau

Heinz tidak patut mencuri kerana ahli farmasi itu


mempunyai hak terhadap ubat itu. Walaupun isterinya
sakit, tidak bermakna tindakannya untuk mencuri adalah
betul.
TAHAP 6: ETIKA KEMANUSIAAN
SEJAGAT (Universal Human Ethics)
Heinz patut mencurinya kerana menyelamatkan
nyawa adalah lebih berasas dan baik berbanding hak
pemilikan seseorang.
atau
Heinz tidak sepatutnya mencuri kerana mungkin ada
orang lain yang lebih memerlukannya; kehidupan
dan nyawa mereka juga bernilai.
KRITIKAN
Salah satu kritikan terhadap teori Kohlberg adalah bahawa
teori tersebut terlalu menekankan pada keadilan dan
mengabaikan norma yang lainnya.
Kesannya, teori itu tidak akan menilai secara adekuat
orang yang menggunakan aspek moral lainnya dalam
bertindak.
Carol Gilligan mempertikaikan bahawa teori Kohlberg
terlalu androsentrik. 

Teori Kohlberg dinyatakan berdasarkan penelitian


empirikal yang menggunakan hanya responden lelaki;
Gilligan menyatakan bahawa hal tersebut membuat tidak
adekuatnya teori itu dalam menggambarkan pandangan
seorang perempuan.
Walaupun penelitian secara umum telah menyatakan
bahawa tidak wujudnya perbezaan pola yang signifikan
antara jenis jantina, teori perkembangan moral dari
Gilligan tidak memusatkan perhatiannya pada norma
keadilan (value of justice). Ia mengembangkan teori
perkembangan moral alternatif berdasarkan norma
perhatian (ethics of caring).
Pengkritik seperti Christina Hoff Sommers pula
membangkang kajian Gilligan kerana ketiadaan bukti
untuk menyokong teori atau kesimpulannya.
Faktor Mempengaruhi
INSTITUSI KEKELUARGAAN
Peringkat permulaan :kanak-kanak cuba memahami konsep moral.

dibantu oleh orang dewasa(ibu bapa dsb) supaya kanak-kanak

dapat menunjukkan dan menaakul perlakuan moral yang
seimbang.
Tanggungjawab:
Ibu bapa = beri asuhan yang baik dan bimbing anak-anak utk jd

individu yang harmonis.
Kanak-kanak = mematuhi nilai-nilai baik yang diajar oleh ibu

bapa dan menjalin hubungan yg positif dgn ibu bapa.
CORAK
MENDISIPLINKAN
ANAK-ANAK
Menjarakkan kasih Menunjukkan kuasa
> Guna kuasa ibu bapa Dorongan
sayang
untuk mengawal perlakuan > Mendorong kanak-
> Ibu bapa tidak bercakap
anak. kanak memikirkan
atau menyatakan rasa > Ambil tindakan ke atas
tidak suka terhadap sebab dan menerangkan
anak (merotan, mendenda,
perbuatan anaknya. akibat dr perbuatannya.
mengugut)
Namun….
Martin Hoffman (Berk, 2003) menegaskan :
teknik menjarakkan kasih sayang/ kasih sayang dan
menggunakan kuasa akan membangkitkan ketegangan
emosi kanak-kanak. Menjarakkan kasih sayang boleh
menimbulkan keresahan kepada kanak-kanak dan
penggunaan kuasa akan membangkitkan rasa benci dan
permusuhan dengan ibu bapa.
Kesimpulannya…………

Teknik penggunaan kuasa tidak begitu digalakkan kerana


dikhuatiri ibu bapa tidak dapat mengawal emosi sekaligus
ia seolah-olah menjadi model kepada kanak-kanak untuk
menggunakan kekerasan/ugutan bagi menyelesaikan
masalah.
Oleh itu….

Penggunaan teknik dorongan digalakkan kerana:


Kurang membangkitkan ketegangan emosi kanak-kanak.
Teknik ini menggalakkan kanak-kanak menaakul dan
berfikir tentang perlakuannya.
Membawa kepada perkembangan moral yang positif.
Strategi proaktif turut digalakkan kerana :
Mampu mengelakkan kanak-kanak dari tingkah laku
yang bermasalah.
Kanak-kanak kecil : Digunakan untuk mengalihkan
perhatian mereka drpd situasi yg bermasalah.
Kanak-kanak berusia : ibu bapa
menerangkan/berbincang dgn mereka tentang tingkah
laku untuk mendapatkan pandangan sebab mereka
melakukannya dan bincangkan akibat perlakuan
tersebut.
CIRI-CIRI
IBU BAPA
YANG BAIK
Menunjukkan Menunjukkan
contoh kemesraan dan
perlakuan memberi
moral yg baik sokongan

Memberi Gunakan teknik


maklumat tentang
dorongan untuk
perlakuan moral
yang diingini dan mendisiplinkan
tidak diingini anak-anak

Mengembang Beri peluang


kepada anak-anak
-kan kesedaran
belajar untuk
moral secara menilai perasaan
intrinsik orang lain
Melibatkan anak-
anak dlm proses
membuat keputusan
tntg perlakuan moral
yg dipersetujui
Sekolah
Sekolah penyayang

Sekolah penyayang

Sekolah penyayang

Pembinaan modal insan

Kurikulum tersembunyi
Kurikulum Tersembunyi
Penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum melalui
Kurikulum persekolahan kebangsaan, KBSR dan KBSM
dalam setiap mata pelajaran.
Penerapan dilakukan secara implisit dalam strategi dan isi
kandungan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pembinaan Modal Insan
Antara agenda utama bagi mencapai hasrat membina
insan yang harmonis berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
Pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah seperti aktiviti
kokurikulum, bengkel kemahiran berfikir, kursus
motivasi, bulan moral dan nilai-nilai murni dan
sebagainya.
Sekolah Penyayang
Penerapan budaya sekolah penyayang.
Melayan semua murid secara sama rata.
Guru mengambil peranan sebagai pendidik dan ibu bapa
serta memberi teguran, bimbingan dan nasihat.
Iklim Sekolah
Mengamalkan sistem demokrasi yang mengambil kira
pandangan murid.
Memberi ruang kepada murid untuk membela diri dalam
salah laku.
Elakkan ugutan dan hukuman serta-merta dan amalkan
aktiviti perbincangan tentang akibat yang bakal diterima
apabila melakukan kesalahan.
Murid akan merasakan bahawa sekolah merupakan
tempat yang selamat sekiranya para guru tidak
mengamalkan budaya ugutan.
Khidmat Sukarela
Aktiviti sukarela memupuk murid-murid untuk bersikap
tidak mementingkan diri dan memberi kesedaran kepada
mereka.
Aktiviti-aktiviti sukarela adalah seperti program
pembimbing rakan sebaya, lawatan ke rumah kebajikan
dan membantu membersihkan kawasan sekolah.
Murid-murid yang terlibat biasanya mempunyai
kesedaran kendiri yang tinggi, bertanggungjawab dan
mempunyai kemahiran bersosial yang baik.
Implikasi
Perkembangan
Sosio Emosi Terhadap
P&P
Sambunga
n

Implikasi Perkembangan
Sosio-Emosi Terhadap P & P
• Bantu pelajar menilai permasalahan yang mereka sedang
dan akan hadapi.
– Contoh: bincang secara terbuka dengan pelajar tentang
masalah emosi seperti perasaan cemburu, prejudis dan lain-
lain.
• Bantu pelajar menilai berdasarkan perspektif orang lain.
– Minta pelajar terangkan perasaan atau pandangan orang lain
terhadap sesuatu isu.
– Buat simulasi atau main peranan agar pelajar dapat membawa
watak yang lain dari dirinya supaya pelajar dapat menilai
perasaan orang lain.
Sambungan

• Bantu pelajar membuat hubungkait antara nilai yang


dinyatakan dengan tingkahlaku yang dibuat.
– Beri kesedaran kepada pelajar tentang ketidakselarasan antara
tingkahlaku mereka dengan nilai yang mereka sebut.
• Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
pelajar saling mendengar antara satu sama lain.
– Dalam aktiviti, samada semasa pembentangan atau dalam
kumpulan, pelajar mendengar hujah yang dinyatakan oleh
rakan mereka.
– Beri peneguhan kepada mereka yang menjadi pendengar yang
baik.
Sambungan
pastikan kelas menunjukkan kesedaran dan keprihatinan
terhadap isu-isu moral dan nilai-nilai sejagat.
Bincang dan buat tindakan terhadap isu-isu semasa yang
melibatkan nilai-nilai moral dan emosi
Pastikan keadilan dan layanan samarata kepada semua
murid dalam kelas
Pastikan murid-murid dapat menbezakan antara undang-
undang yang menjaga keselamatan dengan undang-undang
yang melibatkan nilai-nilai moral.
Nama: Khalila Binti Mohd Ishak
No Kad Matrik: PISMP 74283907
No Kad Pengenalan: 880919085256
Kelas: Pismp Ambilan Januari 2010C

Nama: Farina Binti Che Zaki


No Kad Matrik: PISMP 72883893
No Kad Pengenalan: 900715045370
Kelas: Pismp Ambilan Januari 2010
Nama: Fatehah Binti Zulkifli
No Kad Matrik: PISMP 73083895
No Kad Pengenalan: 901218-08-5392
Kelas: Pismp Ambilan Januari 2010C

Nama: Ajeerah Binti Yahya


No Kad Matrik: PISMP 72183886
No Kad Pengenalan:900724-11-5262
Kelas:Pismp Ambilan Januari 2010C
RUJUKAN
http://id.wikipedia.org/wiki/Lawrence_Kohlberg
http://asiahjapim.blogspot.com/2008/03/teori-teori-pe
rkembangan-moral.html
http://kuliahpsikologi.dekrizky.com/teori-piaget-tenta
ng-perkembangan-moral
http://suficinta.wordpress.com/2008/04/07/buah-fikir-
kohlberg-bagi-filsafat-moral/
http://images.google.com.my/images?hl=ms&source=
hp&q=teori%20moral%20lawrence%20kohlberg&oq
=&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wi

Anda mungkin juga menyukai