Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti intervensi dalam perkembangan fizikal

• Teknik mengangkat, mengalih dan memposisi adalah sangat penting


dalam pengendalian kanak-kanak istimewa. Ini akan membantu kanak-
kanak bergerak secara betul dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Teknik ini juga memberikan satu sokongan badan dan imbangan badan
yang betul serta menjamin keselamatan bayi / kanak-kanak. Selain
daripada itu, ia juga dapat mengelakkan pergerakan otot yang tidak
normal dan juga mengelakkan kecacatan dan kecederaan tulang. Teknik
mengangkat, mengalih dan memposisi ini perlu dilakukan setiap hari pada
setiap masa khususnya apabila didapati kondisi kanak-kanak adalah tidak
normal. Teknik-teknik ini dilakukan sewaktu kanak-kanak berada dalam
keadaan selesa.

• Penglibatan ahli keluarga amatlah diperlukan. Melalui latihan kepada ahli


keluarga, masalah-masalah kontraksi dapat dielakkan.
Pengendalian Penjelasan
Mengangkat kanak-kanak Mengangkat dengan membawa kedua-dua
tangan ke hadapan. Posisi ini adalah posisi
yang bagus di mana ia menyokong kepala
dengan menegak dan membolehkan kanak-
kanak tersebut melihat sekitarnya.

Mengangkat kanak-kanak spastik yang Bersemuka dengan kanak-kanak sewaktu


mempunyai kaki bersilang atau kanak-kanak bermain.
floppy.

Memposisikan leher, bahu dan tangan Posisi kepala dengan muka ke bawah adalah
baik untuk meningkatkan kawalan kepala,
bahu, lengan dan tangan, dan juga untuk
meregangkan otot di pinggang, lutut dan bahu.

Anda mungkin juga menyukai