Anda di halaman 1dari 9

ADVANCE DIPLOMA PRIMARY HEALTH CARE

ILKKM SULTAN AZLAN SHAH, ULU KINTA


1

PCHP 4083
HEALTH PROMOTION
CLINICAL CASE CLIENT COUNSELING REPORT
TAJUK : KAUNSELING INDIVIDU

NAMA RUDZAHAN BIN RAMLI


NO KAD MATRIK ADPH 1/2022 (06)-0017
NO KAD PENGENALAN 930209-08-5211
SESI KAUNSELING DILAKUKAN BERSAMA-SAMA
DENGAN UNIT PENJAGAAN KESIHATAN REMAJA
KLINIK KESIHATAN KUALA KANGSAR 2

KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI DARI PEJABAT


KESIHATAN DAERAH KUALA KANGSAR
KLIEN : SEORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
BERUSIA 16 TAHUN, JANTINA LELAKI
TEMPAT : BILIK TEMUJANJI PKMR KLINIK KESIHATAN
KUALA KANGSAR
TARIKH : 4/10/2022
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
NOTA: NAMA KLIEN TIDAK DINYATAKAN DEMI MENJAGA
KERAHSIAAN KLIEN DAN SESI DILAKUKAN DALAM
BAHASA MELAYU
SESI PENGENALAN 3

KAUNSELING
 Untuk mendapatkan hubungan baik dan mesra dengan klien, para
kaunselor telah memperkenalkan diri terlebih dahulu dan bertutur
dalam bahasa yang mudah difahami serta dalam intonasi yang lembut
supaya dapat mewujudkan suatu suasana yang selesa kepada klien.
Soalan yang diajukan terlebih dahulu bermula berkaitan tahap
keselesaan klien semasa berada dalam sesi kaunseling. Klien
memberikan respon baik dengan menyatakan dia berada dalam
keadaan baik dan selesa serta bersedia menjawab soalan-soalan yang
akan diajukan
SOAL JAWAB KAUNSELING 4
 Soalan pertama yang diajukan kepada klien ialah penyebab kenapa
klien dirujuk kepada unit kaunseling PKMR. Secara jujur dan telus,
klien menyatakan bahawa dia mempunyai permasalahan didalam
hubungannya dengan ahli keluarga terutamanya dengan bapanya yang
mahukannya memilih bidang pembelajaran yang dia rasakan dia tidak
mampu untuk pelajari. Klien mengalami dilema kerana perlu berusaha
keras untuk belajar dan diugut untuk tidak dibenarkan keluar daripada
rumah pada waktu cuti dan kemudahan gadjet seperti telefon mudah
alihnya akan dirampas. Dia juga sering diperkecilkan dalam kalangan
adik beradik yang lain memandangkan klien merupakan anak bongsu
dalam kalangan adik beradiknya. Kaunselor juga bertanya adakah klien
melakukan sesuatu perkara yang berbahaya demi untuk mendapatkan
ahli keluarga ataupun untuk melepaskan rasa tertekannya.
SAMBUNGAN 5
 Klien memberitahu bahawa dia pernah bertengkar teruk dengan
bapanya dan pernah bertindak hampir untuk lari dari rumah namun
membatalkan niatnya kerana memikirkan kesan di kemudian hari.
Klien juga menerangkan dia pernah ponteng dari sekolah semata-mata
untuk menghilangkan rasa tekanan belajar namun pernah dipanggil
oleh guru dan menambahkan lagi rasa marah bapanya. Kaunselor
memberikan soalan lagi berkaitan berapa lama tempoh kejadian ini
terjadi dan klien menerangkan kejadian terjadi hampir 6 bulan bermula
minggu awal persekolahan semasa beliau di tingkatan 4. Klien juga
memberitahu yang dia dirujuk kepada unit PKMR oleh gurunya
memandangkan pihak sekolah telah melakukan kaunseling namun
perkara tersebut masih berulang.
SESI PENUTUP 6

KAUNSELING
 Para kaunselor menerangkan bahawa sesi kaunseling akan
dilakukan lagi selepas ini memandangkan keadaan klien
masih tidak stabil. Kaunselor juga menerangkan bahawa
peranan mereka bukan untuk membantu klien
menyelesaikan masalahnya namun menjadi pendengar dan
membantu klien memilih langkah terbaik untuk dia
menyelesaikan masalahnya. Klien memahami dan berharap
akan masalah yang dihadapinya dapat diselesaikan dengan
sebaiknya
KAEDAH KAUNSELING 7
 PEMUSATAN KLIEN
Kaunselor menunjukkan rasa empati dan cuba merasai apa yang
dirasakan oleh klien.
 KEWUJUDAN
Klien diberikan kebebasan dan tanggungjawab serta kebolehan untuk
mengenal diri sendiri dan membuat keputusan yang terbaik oleh
kaunselor dalam sesi kaunseling ini.
 TEKNIK SOALJAWAB
Kaunselor memilih kaedah soaljawab secara bersemuka supaya
memudahkan urusan kaunseling dilakukan dan tiada masalah atau
gangguan kepada penyampaian daripada klien.
TINDAKAN DAN RAWATAN 8

 Klien akan diberikan beberapa sesi kaunseling secara bersemuka


sehingga klien dilihat mampu mencapai matlamat untuknya
menghadapi masalah yang dihadapinya. Pihak klinik kesihatan
juga akan kerap melakukan ujian kesihatan minda sihat (DASS)
dan beberapa ujian stress yang lain bagi memantau tahap tekanan
yang dihadapi klien.
RUMUSAN KAUNSELING 9

 Rumusan awal berkaitan sesi kaunseling ini dapat dirumuskan bahawa


kaunselor cuba untuk membantu klien dengan membimbing mereka
supaya mereka dapat melihat permasalahan yang mereka hadapi dan
alami dan menolong mereka untuk lebih memahami akan keadaan
mereka sendiri. Dengan menggunakan teknik dan kemahiran yang
digunakan oleh kaunselor dalam sesi ini, kaunselor sebenarnya
membantu klien untuk mereka melihat permasalahan sebenar mereka
hadapi dan membimbing mereka memilih kaedah yang betul dalam
menyelesaikan atau mengurangkan tekanan terjadi kepada mereka

Anda mungkin juga menyukai