Anda di halaman 1dari 31

Guru,

Pengajaran dan
Psikologi
Pendidikan

BY
DR MAZENI ISMAIL
Word Cloud details can be found in the Notes section below
PENGENALAN
 Para guru terlibat secara langsung dalam pelaksanaan
kurikulum pendidikan dan program di sekolah.
 Peranan guru di sekolah sangat penting, bukan sahaja
dalam mencapai aspirasi dan matlamat sekolah; tetapi
yang lebih penting, dalam mendidik para pelajar.
PENGENALAN
Cooper (1988) menyatakan bahawa guru yang efektif
adalah seorang yang mempunyai pengetahuan, terutamanya dalam kemahiran
mengajar seperti:
(a) Pengetahuan teori dalam pembelajaran manusia dan psikologi;
(b) Mempunyai sikap ikhlas yang mendorong ke arah pembelajaran serta
interaksi pelbagai hala yang positif;
(c) Mempunyai ilmu pengetahuan lengkap dalam bidang yang diajar; dan
(d) Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang membolehkan pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan kaedah dan teknik yang
betul.
PENGENALAN

• Sebagai pendidik kepada generasi baharu, guru mesti mempunyai


pengetahuanpsikologi, terutamanya dalam perkembangan manusia.
• Dengan pengetahuan ini, para guru dapat merancang, menyampaikan dan
menilai pengajaran mereka dengan cara yang berkesan.
• Di samping itu, guru dapat menjalankan tugas sebagai pengganti ibu bapa,
iaitu dengan memberi pandangan, nasihat dan tunjuk ajar dalam aspek
tingkah laku dan hal-hal peribadi pelajar.
PENGENALAN

Psikologi adalah kajian saintifik mengenai tingkah laku dan proses


mental.
Sementara itu, psikologi pendidikan adalah cabang psikologi khusus
dalam memahami pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran
pendidikan. Ia adalah disiplin yang mementingkan proses pengajaran
dan pembelajaran; mengaplikasikan kaedah dan teori psikologi dan
mempunyai kaedah dan teori tersendiri juga (Woolfolk, 2016).

Dalam keseluruhan modul ini, kita akan menghubungkaitkan setiap


aspek dengan psikologi pendidikan.
LATARBELAKANG SEJARAH

Terdapat beberapa nama yang tersohor dalam bidang


psikologi pendidikan.
Tiga orang pelopor yang terkenal ialah William James,
John Dewey dan E. L. Thorndike, yang mengasaskan
psikologi pendidikan pada akhir abad ke-19.
WILLIAM JAMES

Principles of Psychology
Ceramahnya membincangkan
mengenai aplikasi psikologi dalam mendidik kanak-kanak.
James berpendapat bahawa kanak-kanak tidak dapat diajar dengan berkesan
melalui eksperimen
dalam makmal psikologi.

Sebaliknya, beliau percaya bahawa pemerhatian bilik


darjah semasa pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru untuk
meningkatkan pedagogi pengajaran mereka.

Beliau mengesyorkan supaya


memulakan pelajaran melebihi tahap pengetahuan kanak-kanak dan memahami
cara mengembangkan minda kanak-kanak tersebut.
JOHN DEWEY
• Antara sumbangan beliau adalah:
• (a) Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak
• Tokoh utama kedua dalam bidang
adalah pelajar yang aktif. Kepercayaan
psikologi pendidikan.
sebelum ini adalah kanak-kanak sepatutnya
• Beliau merupakan penggerak penting duduk dan belajar dengan pasif secara
dalam menerapkan psikologi secara hafalan. Berbeza dengan pendapat tersebut,
praktikal. Dewey menubuhkan makmal Dewey berpendapat kaedah pembelajaran
psikologi pendidikan utama yang terbaik untuk kanak-kanak adalah belajar
pertama di Amerika Syarikat, bertempat secara amali.
di University of Chicago pada tahun • mencadangkan agar pendidikan menyeluruh
1894. Kemudian, beliau meneruskan
untuk kanak-kanak dan memberi penekanan
karya inovatifnya di Columbia
terhadap penyesuaian kanak-kanak dengan
University.
persekitaran. Beliau berpendapat bahawa
• Beliau telah banyak menyumbang kanak-kanak harus belajar bagaimana berfikir
kepada proses pengajaran dan dan menyesuaikan diri dengan dunia di luar
pembelajaran yang kita ada sekarang sekolah dan bukan sahaja mendapat
pendidikan akademik semata-mata.
SUMBANGAN JOHN DEWEY

• Beliau percaya bahawa semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan


yang kompeten.
• Beliau mendesak pendidikan yang kompeten untuk semua kanak-kanak,
perempuan dan lelaki serta kanak-kanak daripada kumpulan sosio ekonomi
dan etnik yang berbeza.
E.L THORNDIKE

• E. L. Thorndike (1874‒1949) • Beliau menggalakkan asas pembelajaran


saintifik. Thorndike berpendapat bahawa
(rujuk Rajah 1.3), dianggap salah satu peranan sekolah yang paling
sebagai perintis ketiga dalam penting adalah meningkatkan kemahiran
bidang psikologi pendidikan, penaakulan kanak-kanak, dan beliau
bersungguh-sungguh dalam melakukan
yang memfokuskan pada kajian ilmiah mengenai pengajaran dan
pentaksiran dan pengukuran pembelajaran.
prestasi. • Thorndike juga telah mencetuskan idea
bahawa psikologi pendidikan mesti
• Mempunyai asas saintifik dan harus
menumpukan perhatian kepada pengukuran
prestasi.
PENGAJARAN BERKESAN
• Pengajaran yang berkesan bukanlah "satu saiz muat semua". Ini kerana
terdapat beberapa kerumitan dalam pengajaran yang terlibat dan
kepelbagaian individu dalam kalangan pelajar. Sebagai guru, kita mesti
menguasai pelbagai perspektif dan strategi dan bersikap fleksibel dalam
penerapannya. Menurut Santrock (2018), Anderson dan Dawson (2011),
kejayaan dalam pengajaran memerlukan dua
• ciri berikut:

• (a) Pengetahuan dan kemahiran profesional; dan


• (b) Komitmen, motivasi dan kepedulian.
PENGAJARAN BERKESAN
• Guru yang efektif haruslah mahir dalam bahan pelajaran dan mempunyai teras
kemahiran mengajar yang kukuh.
• Mereka tahu bagaimana menggunakan strategi pengajaran yang disokong
dengan kaedah penetapan matlamat, perancangan pengajaran dan pengurusan
bilik darjah.
• Mereka juga tahu bagaimana memberi motivasi kepada pelajar dan cara
berkomunikasi dan bekerja secara efektif dengan kanak-kanak dari pelbagai
tahap kemahiran dan latar belakang budaya.
PENGAJARAN BERKESAN

• Kompetensi Bidang Khusus


Untuk menjadi seorang guru yang efektif, kita mesti
mempunyai pemahaman yang bernas, fleksibel dan
konseptual tentang bidang khusus yang diajar. Pengetahuan
mengenai bidang khusus tidak hanya merangkumi fakta,
istilah dan konsep umum, malah ia juga melibatkan
penyusunan idea, hubungan antara idea, cara berfikir dan
berhujah, corak perubahan dalam sesuatu bidang,
kepercayaan mengenai bidang dan kemampuan membawa
idea dari satu bidang ilmu kepada yang lain.
PENGAJARAN BERKESAN
• Strategi Pengajaran
Terdapat dua pendekatan utama yang mencirikan bagaimana guru mengajar
iaitu konstruktivis dan pengajaran langsung.

Pendekatan konstruktivis merupakan pendekatan berpusatkan pelajar yang


menekankan kepentingan individu membina pengetahuan dan kefahaman
secara aktif dengan bimbingan daripada guru. Melalui pendekatan ini,
kanak-kanak harus didorong untuk meneroka dunia mereka, berfikir secara
kritis dan mengamati semula pengetahuan mereka
PENGAJARAN BERKESAN

• Pendekatan pengajaran langsung merupakan pendekatan


berstruktur berpusatkan guru yang bercirikan arahan dan kawalan
guru, masa yang maksimum diluangkan oleh pelajar untuk
menyelesaikan tugasan akademik dan jangkaan guru yang tinggi
untuk kemajuan pelajar. Matlamat penting dalam pendekatan
pengajaran langsung adalah untuk memaksimumkan masa
pembelajaran pelajar (Estes, Mintz, & Gunter, 2011).
PENGAJARAN BERKESAN

• Kedua-dua pendekatan tersebut harus digunakan untuk menjadi


seorang guru yang efektif; penggunaan salah satu pendekatan
sahaja tidak memadai
(Darling-Hammond & Bransford, 2005).
Contohnya, semakin ramai pakar mengesyorkan pendekatan
pengajaran langsung yang eksplisit dan menarik secara intelektual
semasa mengajar pelajar yang mempunyai ketidakupayaan
membaca dan menulis. Sama ada pengajaran anda menjurus
kepada salah satu pendekatan tidak menjadi masalah, dan anda
boleh menjadi seorang guru yang efektif
PENGAJARAN BERKESAN

Kemahiran Berfikir
Untuk menjadi seorang guru yang efektif, anda harus menjadi model dan
menyampaikan kemahiran berfikir yang baik, terutamanya dalam pemikiran kritis.
Pemikiran kritis melibatkan pemikiran reflektif dan produktif dan juga penilaian bukti.
Memandangkan ramai pelajar pada kebiasaannya belajar
secara pasif dan menggunakan ingatan hafalan, melatih pelajar berfikir
secara kritis adalah sesuatu yang mencabar. Untuk berfikir secara kritis,
pelajar perlu berfikiran terbuka dan mempunyai sifat ingin tahu; dan pada
masa yang sama, mereka perlu berhati-hati untuk mengelak daripada
melakukan kesilapan dalam penafsiran isu utama.
PENGAJARAN BERKESAN

Penetapan Matlamat dan Perancangan Pengajaran

Guru perlu menetapkan matlamat yang tinggi untuk pengajaran mereka dan
mengatur perancangan untuk mencapai matlamat tersebut (Anderman &
Dawson, 2011).

Sebagai guru yang merancang, kita perlu membuat refleksi


dan memikirkan bagaimana kita dapat menjadikan pembelajaran sesuatu
yang mencabar dan menarik.
PENGAJARAN BERKESAN

Kemahiran Pengurusan Bilik Darjah


Sangat penting untuk memastikan keseluruhan kelas bekerjasama dan
berorientasikan tugasan bilik darjah. Beberapa aspek yang mesti kita
perhatikan adalah strategi untuk menetapkan peraturan dan prosedur,
mengatur kumpulan, memantau dan menentukan rentak aktiviti bilik darjah
(pacing classroom activities), dan menangani salah laku pelajar (Santrock,
2018).
PENGAJARAN BERKESAN

Kemahiran Komunikasi
Sangat penting bagi guru untuk mempunyai kemahiran bertutur,
mendengar, mengatasi halangan komunikasi lisan, menyesuaikan diri
dengan komunikasi bukan lisan pelajar dan menyelesaikan konflik secara
konstruktif (Hybels & Weaver, 2009). Guru perlu menguasai kemahiran
berkomunikasi kerana kita bukan sahaja berurusan dengan pelajar, tetapi
juga dengan ibu bapa mereka, dan pentadbir lain.
PENGAJARAN BERKESAN

Bekerja secara Efektif dengan Pelajar daripada Latar Belakang Pelbagai


Budaya
Malaysia ialah sebuah negara berbilang bangsa. Tambahan pula, terdapat
ramai keluarga pendatang di Malaysia hari ini, seperti dari Indonesia,
Bangladesh, Pakistan, Nepal dan banyak lagi, tidak lupa juga pelajar dari
sekolah antarabangsa (rujuk Rajah 1.4). Oleh itu, guru yang efektif mesti
memiliki pengetahuan mengenai orang daripada pelbagai latar belakang
budaya dan peka terhadap keperluan mereka.
PENGAJARAN BERKESAN

Kemahiran Teknologi
Walaupun teknologi itu sendiri tidak semestinya meningkatkan kemampuan
pelajar untuk belajar, ia dapat menyokong proses pembelajaran. Terdapat
beberapa syarat yang menyokong penggunaan teknologi yang berkesan
dalam pendidikan (International Society for Technology in Education [ISTE],
2007), iaitu:
(i) Visi dan sokongan daripada pemimpin pendidikan;
(ii) Kemahiran guru dalam menggunakan teknologi untuk pembelajaran;
(iii) Piawaian kandungan bahan pembelajaran dan sumber kurikulum;
(iv) Penilaian keberkesanan teknologi untuk pembelajaran; dan
(v) Penekanan kepada kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif dan
konstruktif.
KOMITMEN MOTIVASI KEPEDULIAN

Komitmen dan motivasi membantu guru menjadi efektif


dalam melalui pelbagai cabaran dalam pengajaran.

Guru yang efektif mempunyai keyakinan terhadap


efikasi kendiri mereka dan tidak membiarkan emosi negatif
melunturkan semangat mereka.

Mereka perlu membawa sikap positif dan bermotivasi ke


dalam kelas.
CIRI-CIRI GURU TERBAIK
CIRI-CIRI GURU TERBAIK
PENYELIDIKAN DALAM PSIKOLOGI
PENDIDIKAN

Aspek penting dalam penyelidikan adalah pengumpulan data atau maklumat.


Terdapat tiga kaedah asas yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat
dalam psikologi pendidikan, yang bersifat deskriptif, korelasi dan eksperimen.
SOALAN

1.    membezakan antara psikologi dan psikologi pendidikan.


2.    mengaplikasikan pemikiran bidang psikologi yang berbeza dalam
bilik darjah.
3.    menggunakan pengetahuan psikologi pendidikan untuk memahami
bagaimana pelajar belajar.
4.    Kenal pasti pelbagai peringkat dan teori pembangunan dan bagaimana
murid belajar.

Sila baca Topik 1 (muka surat 1-18) dan Topik 2 (muka surat 19-55) sebelum
anda cuba menjawab Kuiz 1 anda.
APA YANG TELAH KITA PELAJARI PADA CLASS HARI
INI
Word Cloud details can be found in the Notes section below

Anda mungkin juga menyukai