Anda di halaman 1dari 8

Hasil Perbincangan Moral

(Tutorial 2)
Kelas: RBT1
Rasionalis

Definisi:Pemikiran rasional yang wajar dan logik.

Contoh: Semangat patriotik


- Rakyat Malaysia terdiri daripada banyak kaum
sebagai contoh Melayu, Cina Dan India.Warga
Malaysia menyambut hari kemerdekaan dengan
penuh semangat bersama-sama tanpa mengira
kaum Dan agama. Ini menunjukkan semangat
patriotik yang ada pada diri rakyat.
Naturalis
Contoh : Seorang pelajar Tingkatan 5 berasa sangat
sedih apabila melihat keputusan SPM Yang
tidak memuaskan.Pelajar tersebut berasa
sedih dan menerima keputusan itu dengan
mengatakan sebenarnya dia tidak belajar
dengan penuh semangat ,belajar macam
mana pun begitu juga prestasinya.Dia tidak
berusaha untuk mencari alasan-alasan yang
menyebabkan dia mendapat markah yang
rendah.
Emotivis
1)Aliran pemikiran emotivis bermaksud sikap
manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi yang dilahirkan melalui kata-kata ataupun
tingkah laku seseorang tanpa mengkaji kesan yang
akan berlaku selepas melakukan tindakan tersebut.
2)Contoh perasaan atau emosi yang akan
menyebabkan tindakan tersebut berlaku ialah
gembira, sedih ataupun marah.
Contoh Perlakuan Pemikiran Emotivis : Rohan
dipukul oleh ibu bapanya kerana dia tidak berasa
salah apabila ibu bapa dia sedang menegur atas
kesalahan yang dibuat olehnya.
Intuitionis
Contoh Intuisionis:sekumpulan pelajar lelaki yang
terjebak dalam gejala salah laku moral seperti
terlibat dalam aktiviti lumba haram, ketagihan arak
dan pil khayal, merokok, vandalisme dan sebagainya.
Mereka ini dari asal jati diri tidak terarah kepada
gejala-gejala yang negatif. Akibat daripada pengaruh
dari rakan sebaya dan didorong oleh perasaan ingin
tahu serta gerak hati mereka yang ingin mencuba
sesuatu yang baru dan ingin merasai pengalaman-
pengalaman tersebut menyebabkan pelajar-pelajar
tersebut cuba untuk mendekati perkara-perkara yang
negatif.
Pemikiran moral yang disetujukan :Rasionalis

Sebab:
1)Saya setuju dengan pemikiran moral
rasionalis,kerana melalui pemikiran moral
rasionalis,kita dapat membuat keputusan dengan
rasional serta pilihan yang lebih efisen.Oleh
itu,dalam setiap situasi,kita dapat mempelajari
cara untuk menyelesaikan masalah dengan
rasional,supaya dapat mengelakkan keadaan
huru-hara dalam kalangan masyarakat.
2)Kita dapat membuat keputusan dengan
bijak,menyelesaikan masalah dengan lebih mudah.

3)Pemikiran rasionalis adalah berdasarkan prinsip


moral iaitu baik,benar dan patut.Pemikiran ini
adalah wajar untuk kita menyelesaikan sebarang
masalah supaya tidak menimbulkan konflik atau
masalah yang serius.
4)Pemikiran rasionalis yang wajar dan logik akan
menyebabkan manusia menggunakan akal fikiran untuk
penaakulan, membuat keputusan dengan bijak,
menyelesaikan masalah, mereka cipta sesuatu. Hal ini
akan memanfaatkan manusia sejagat dan kes seperti
kes bunuh diri dan keganasan dapat dikurangkan.
5)Saya bersetuju dengan pemikiran rasionalis yang kerana
pemikiran nasionalis berupaya untuk meningkatkan
perkembangan intelek, ekoran bersikap terbuka dalam
menerima dan memberi pendapat. Natijahnya, seseorang itu
akan berupaya membina keyakinan diri untuk memberi hujah,
membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta
berani memberi pandangan dan kritikan.

Anda mungkin juga menyukai