Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN TUTORIAL GANTI (SABTU 19/8)

BERDASARKAN JURNAL INI, RUMUSKAN TENTANG KAJIAN KEMAHIRAN


MENDENGAR ABAD KE-21.
Menurut kajian kemahiran mendengar abad ke-21, modul My Electronic
Visual and Audio (MyEVO) merupakan modul inovasi yang merevolusikan modul
pembelajaran kendiri (self-directed learning module) yang mengintegrasikan
penggunaan Augmented Reality (AR) dan kod Respons Pantas (Quick Response
code – QR code) bagi memberi pengalaman interaktif dalam persekitaran dunia
nyata kepada pelajar untuk mempraktikkan kefahaman mendengar mereka.

Modul tersebut dicipta dan dihasilkan demi tujuan meningkatkan kefahaman


melalui kemahiran mendengar sehinggalah membolehkan para pendidik dan pelajar
memahami idea utama, mengenal pasti butiran sokongan, mengenal pasti
maklumat khusus, meneka konteks dan sikap penutur, membuat penilaian dan
membuat kesimpulan.

Bukan itu sahaja, modul tersebut turut membantu memberikan pemahaman


yang komprehensif bagi pelajar dan pensyarah serta pada masa yang sama
membolehkan penyelidik merekodkan kemungkinan dimensi persepsi yang berbeza
antara pelajar dan pensyarah dari sudut fenomena yang serupa.

Akhir sekali, modul tersebut telah memberikan kebaikan yang amat besar
dan berbantu terhadap pensyarah dan pelajar terutamanya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana MyEVO terdiri daripada ciri-
ciri seperti menjimatkan masa dan meringankan beban pensyarah, menarik minat
pelajar, menggalakkan pembelajaran kendiri, meningkatkan motivasi pelajar,
meningkatkan kefahaman pelajar, meningkatkan kemahiran bahasa yang lain,
membawa perubahan dan pengalaman baru dalam pembelajaran kemahiran
mendengar dan bersifat moden dan Interaktif.

Anda mungkin juga menyukai